Sep 30, 2009

CHOWRASTA


Balik raya hari tu, aku sempat jugak la curi masa nak cari Chowrasta kat Penang. Itupun sebab ramai yang suggest aku cari buku kat sana. Banyak kali jugak baca dalam surat habaq pasal tempat nie. Bila dah jumpa....woow..speechless.




Tengok lah...stok buku tahun bila punya pun tak tau.
Lokasi kedai nie, dalam pasar, di tingkat 1, nun jauh di belakang tersorok kedainya. kena ada skill sikit nak cari.




Masa aku sampai sana...ada lebih kurang 3 buah kedai je yang bukak. Mungkin sebab tokey kedai buku masih dalam mood raya lagi kot.




Sempat jugak la aku merembat 20 bijik buku...Buku lama murah. Buku baru pada pendapat aku, agak mahal (sebab beza dgn kedai top-top dalam RM5 je). Buku yang rare pun ada jugak juai. First edition. Hard Cover. Semua ada. Nak pegi lagi nanti....nak buat list buku yg payah nak jumpa. yea..!!


OUT OF MY MIND sebab nak beli banyak lagi buku. Tapi adik aku ngan bini dia dah stat buat muka boring walaupun mulut berkata tak apa.

Sep 29, 2009

APA ADA DALAM RADIO?

...Hmmm....

Dalam satu stesen radio - tidak semua staf yang mengatakan dia kerja radio itu adalah DJ (Disc Jockey? - salah term nie sebenarnya), RJ (radio Jockey? - jugak salah termnya).

Di ulang, tidak semua yang bekerja di radio itu adalah juruhebah.

Disebabkan ketika nie aku sangat rajin nak menaip, aku nak explain sikit peranan-peranan orang dalam radio dan disebalik radio. Ini di stesen tempat aku kerja ya... aku tak tahu pasal stesen lain.


Pengawal Stesen dot dot dot
pengawal bukan pegang tombak. aku sendiri tak tau kenapa term pengawal digunakan. Tapi, pengawal nie lah yang mengawal selia stesen radio. Senang kata - BOS BESAR satu-satu stesen radio tu.

Ketua Bahagian Rancangan (KBR)
Ini orang kedua dalam stesen. Beliau bertindak menyusun jadual kerja juruhebah-juruhebah nie. Juga menjaga program-program di bawahnya. Kiranya, anak buah dia lebih rapat la dengan KBR nie...senang nak mintak cuti. Senang nak tukar jadual kerja.

Penyelia
Kerja dia selia. Selia program-program yang dibawah stesen mengikut bahagian-bahagiannya.

Penerbit
Kerjanya menerbitkan program-program yang telah dirancang atau program-program yang memang disiarkan di radio. Contoh: Drama - penerbit inilah bertindak untuk mencari skrip, membuat rekoding dengan pelakon, editing - pendek kata dari A sampai Z, penerbit nie lah yang buat. Setengah-setengah stesen radio, suara penerbit nie jarang kedengaran. Nama dia pun dengar tak dengar je.

Contoh: "Sekian dari penerbit drama hari ini, Fauziah Sidek". Dengar tak dengar je nama penerbitnya. Padahal dialah yang bersusah payah menerbitkan drama 15 minit, nak terbit 15 minit tu pun, ambik masa 2 hari tau....bukan senang. Pendek kata, penerbit nie tak pernah diberi lime light. Bila penerbit menang anugerah...habis semuanya di ungkit.

Kerja penerbit juga best, boleh jalan-jalan keliling dunia.....

Juruhebah
Nak cerita jugak ke? hidup dioarang tak macam orang sangat. Kalau tugas tak ada time khas, terpaksalah mereka nie menyesuaikan dengan alam. Kerja time orang dah balik, orang pergi keja, dorang tidur....camtulah. Kengkadang payah giler nak jumpa dioarang nie. Lain dari duduk di konti main lagu, cakap itu ini serba sediikit dan mainkan program yang penerbit dah siapkan, tugas dorang jugak kena buat susunan lagu. Lagi satu...tugas dorang kompem la menjadi ikon stesen. muka dorang nie menjadi hiasan surat khabar dengan billboard....

Pengulas
Bukan calang-calang orang yang boleh buat ulasan nie. Silap kata, habis. Pendek kata, protokol semua kena arif la. Fakta-fakta kena jelas. Ulasan yang dibuat juga mestilah padat. Tidak meleret-leret. Pengulas-pengulas nie lah yang selalunya ada di majlis-majlis yang melibatkan Agong, PM dan TPM dan juga menteri-menteri yang berkenaan. Parlimen, Istana antara lokasi-lokasi korang boleh jumpa pengulas nie.

Nak kenal dioarang nie senang je, selalunya dengan headphone, alat-alat teknikal yang besepah di depannya, jugak kertas-kertas yang banyak giler. Padahal nak bagi laporan 5-10 minit je. Kalau majlis-majlis kecik, dorang nie selalu dengan HP, dan kertas di tangan. Cakap sambil tangan mengawang-awang.....Kerja nie best lagi mencabar. Silap kata, buatlah surat tunjuk sebab....huhuhu.

Tukang Komplen / Pemantau tak berbayar
Inilah manusia yang paling aku nyampah. Keja dia dok kat tepi radio, cari kesalahan orang. Kadang-kadang kita sendiri tak sedar, dia alert gila. Lepas tu, benda kecik tu dijadikan isu. Apa lagi....tadah je lah. Nie lah pengampu dan bos paling besar sekali dalam satu-satu stesen. Bila dia dah tua, suara tak lagi sesuai nak ke udara. itulah akibatnya.

OUT OF MY MIND dengan semua orang ini....kalaulah aku Sailormoon kan best...bertukarlah.

Sep 21, 2009

CUAK CUAK RAYA BERSAMA OUT OF MY MIND

...Hmmmm....

Benda paling aku cuak skali bila berkumpul sanak saudara nie.....bukan sanak saudara dekat. Tapi sanak saudara setahun sekali, adalah suka buat review dan upacara tegur menegur yang sangat over. Aku rasa cam dalam kamus idup diorang kalau tak bagi 'sedas dua', tak lengkap perjalanan raya diorang.....

Pertanyaan cliche yang selalu di tanya kat aku:


  • Bila lagi nie....? - Jawapan: Esok kot.... (soalan kawin la...)

  • waaaa....dah gemuk la hang lani...sihatnya. Bila nak kurus nie? - jawapan: hello guyz, aku dah kurus selama 23 tahun, kasi la can aku nak gemuk 5 taun lagi....

  • Waaaah....dah macam artis sekarang....tudung mana? - Jawapan: Hello...tak nampak ke aku tengah dok potong ayam, potong lemang, basuh pinggan tanpa henti sebab korang datang beraya ke rumah aku. Baju raya aku pun sempat dilaram sejam je....tudung? hilang jugak la....

  • Keja kat dot dot dot kan, kenal tak Azizah/azman/wahab/ani? Jawapan: ada 5 ribu staff kat HQ je. Dalam satu level pun aku tak kenal semua orang, lagi mau ambik tau lagi 4990 orang lagi.....

  • Tak pernah dengar suara pun. Kata kerja kat radio... Jawapan: Radio tu banyak jawatan yang diperlukan. tak semestinya suara wajib keluar radio je. Suara aku sangat exklusif. Hanya bila ada event yang melibatkan PM dan Menteri sahaja, pastinya kedengaran.
  • Takde duit raya ke kat saya..?? Jawapan: takde...bab duit raya saya mengamalkan cara cina. Orang kawin bagi kat orang bujang. terima kasih.



Sapa nak komplen lagi...aku letupkan korang kot nnt.


OUT OF MY MIND bila sedara tak berapa nak kenal cuba nak tegur kita sebarang. Pastu Lagi tak tentu arah bila ada sedara tak berapa nak kenal kita rasa cam nak ngorat...;p

Sep 18, 2009

BALIK KAMPUNG...OOOO BALIK KAMPUNG.

...Hmmm....

Arie nie gerak balik kampung....
Mana lagi kalau bukan nuuuuun jauh di Utara.
Mana lagi kalau bukan BALING, KEDAH.

so guyz...kalau pergi hot spring di Legong or mencari 'massage' di BETONG, THAILAND..;p
Singgah-singgahlah di rumah.
Oh ya....BALING jugak menjadi heaven kepada mizzyN untuk shopping....

Harap-harap tak le sesak sangat jalan.....

OUT OF MY MIND??? -------> tak lagi dah....

Sep 10, 2009

INDON & AKU (TAK...KAMI TIDAK BERPACARAN. JANGAN BUAT FITNAH YA...)

....Hmmm....

Semalam isi minyak keta. Pekerja Indon kat situ tolong isikan. Aku tengok dia tolong isikan. Bukan sebab tak percaya...tapi sebab rasa cam kurang asam kalau aku dok tunggu dalam keta.

Mamat tu mungkin gelisah sebab aku dok peratikan dia...so, dia start tanya aku. Dan aku rasa, dia baru sampai di Malaysia, sebab slang dia masih pekat Indon lagi:


Indon: Kereta ini tahun bila ya?
(
aku x pandai sgt slang indon nie...lebih kurang je lah)

aku: ...hmmmmmm......2006.

Indon: Ini Kancil ya....


aku: tak....Kelisa...

Indon: produksi Malaysia ya...


Aku: a'a....baguskan...(sambil buat muka perasan bagus).

Indon: iya...sangat bagus....


Tau pun bagus buatan negara aku....Negara korang ada apa? Kijang, Jimmy..kereta kuda? ambik la...kami tak hingin nak maling pun....korang lagi teruk...kerta Unser jadi Kijang. Kononnya ingat tukar nama kereta tu, boleh jadi buatan korang ke...???

hoh..???!!! apa kaitan statement nie dgn perbualan aku tadi?
takde apa...cuma semangat kenegaraan yang extreme.....yeah...MALAYSIA BOLEH.



Ini akibat bila Lembu cuba nak mengorat Kelisa....(2007)


OUT OF MY MIND..OOOUT OFFF MYYY MIND....

Sep 9, 2009

WAITER KURANG AJAR....SIAP KO!!

....Hmmmm....

Semalam aku pergi bukak puasa di satu kementerian nie. Salah satu acaranya, pastilah mengkayakan anak-anak yatim. Aku bukan nak cerita pasal kementerian nie, tapi nak cerita pasal kebodohon mamat catering yang dok hidang juadah bukak puasa nie.

Majlis nie buat kat satu dewan institusi. So, takdelah grand sangat macam kat hotel. Dah tiba masa nak bukak puasa - yang ada atas meja air oren - gado-gado (pecal ke nama lainnya?) - ayam goreng - tempe goreng cili - kuih muih. Itu je. Nasik takde. Semua meja camtu.

Majoriti dalam dewan tu adalah anak yatim dan orang miskin yang diraikan. Mereke-mereka nie memang dibawa jauh nun dari utara timur dan selatan.

Nak dijadikan cerita. Bila dah boleh bukak posa, pakat makan la kuih dulu. Lepas tu, orang-orang kat table aku dah start ambik ayam goreng dan lauk-lauk yang ada tuh. Sampai lincin jugak la....Dalam pemikiran kami, ini mungkin chinese style. makan lauk dulu...nasik kemudian.

Sama jugak la dengan table anak-anak yatim tu. Dah lapar, makan lah apa yang terhidang. Sekali lepas sembahyang magrib, budak-budak tu ditegur dengan kasarnya. lebih kurang camnilah ayatnya :

"kenapa korang makan lauk nie. Mana ada lauk lain dah nanti...Lauk nie nanti nak makan dengan nasi. kalau dah habis takde tambah-tambah dah..."

Anak-anak yatim tu terkebil-kebil bijik mata. Letak la balik lauk tu.

Gila ke apa. Dah la jam 8.00 dah, nasik tak sampai lagi. Kuih letak 10 bijik je satu table. Sapa tahan beb...tambah budak-budak. Mau aku gi cepuk je muka waiter tu. Nasib baik la, bulan puasa...kalau tak...dengan tenaga aku yang banyak, mau kena mamat tuh.

Dan paling tak logik. Ada ke di Majlis Bukak puasa peringkat Kementerian yang dihadiri oleh menteri - lauknya 3 jenis je. Ayam goreng - tempe - daging masak lemak. Biar betul beb. Kedekut sangat ke kementerian tersebut. Tau le kementerian yang bertanggungjawab terhadap orang miskin dan luar bandar. Tapi takkan la, makanan pun daif benar. Memang la patut bersyukur. Tapi still tak patut. Kesian kat budak-budak.

OUT OF MY MIND bila tengok kejadian tu. Rupanya bukan budak-budak je kena tegur camtu, geng reporter meja sebelah pun kena gak....huhuhu. sadis. Oh ya, geng kami akhirnya makan nasi dengan lauk daging masak lemak je....sebab lauk lain dah selamat dah...hehehehhe. Balik makan maggi...

Sep 5, 2009

PTPTN - APA TU??

...Hmmmm.....

Aku syukur....sangat bersyukur sebab:-

AKU TAK KENA BAYAR HUTANG STUDY - YAKNI PTPTN!!

Aku di support sepenuhnya oleh MARA. Dari tempat penginapan, sampai lah aku diberi elaun tiap-tiap bulan untuk sara hidup. Masa Study, aku agak kecewa dengan kegagalan aku masuk Universiti. Jealous sebab tak dapat nak beli itu dengan ini macam budak UiTM, HP baru...dapat pakai keta lagi. Huh....sangat jeles. Duit elaun yang dapat pun, hanya cukup-cukup nak beli kertas A4, ink printer dan jugak disket (masa Disket masih lagi bermaharajalela la..Adik-adik, taukah apa itu disket?).

Tapi lani....aku mampu tersenyum dengan GAH nya dengan kengkawan aku yang sedang keluh kesah sebab hutang PTPTN mengejar. Dah tu, siap bangga lagi cakap aku takde hutang kecuali hutang yang aku buat sendiri sekarang nie...hehhehehhe.

Jadi, kengkawan aku sekalian, bersabarlah ye....ala, bukan banyak pun...10 tahun lagi habis lah...hahahhahahahha

OUT OF MY MIND aku bila dulu masa study, dalam bilik aku yang 10 orang, sorang je yang ada HP. Pakat-pakat pakai la, cukup bulan...cari no dlm bil, bayar....sadis betul time tuh...

P/S: Tak salah aku, dulu ada lagu Misha Omar - pulangkan yang memang ditujukan khas utk peminjam PTPTN nie kan....;p

Sep 2, 2009

H1N1 SERIES 2

...Hmmm....

Semalam aku pegi nak ambik CD kosong kat satu department nie. Masa tengah dok nak isi borang, aku terdengar la perbualan 2 orang pakcik.


PAKCIK 1: Engkau demam kena H1N1 ke?

PAKCIK 2: tak lah...demam biasa je...

PAKCIK 1: oooo....nasib baiklah. Tapi kalau ko kena H1N1, ko minum air susu kambing banyak-banyak. Susu kambing nie lah penawarnya...dia nie lawan kepada H1N1 nie.

PAKCIK 2: oooo ye ke...nanti aku cuba.


OUT OF MY MIND bila pakcik no. 2 tak nak kongsi rahsia penawar nie kat WHO. Kesian kat warga dunia yang terkena H1N1 nie...Aku pecaya, kalau pakcik nie membongkar rahsia penawar susu kambing nie, dia pastinya di angkat menjadi hero. Maka, terkenal lah Malaysia. yeaaaaa!

Total Pageviews