Jul 31, 2009

JENAMA OR CAP AYAM?

...Hmmm....

Baru-baru nie, masa lawatan tak rasmi aku ke johor, aku dah rembat satu henpon. Rupa bentuknya ala Blackberry. Kiranya adik-beradik la. function pun lebih kurang serupa. Tu pun setelah sekian lama aku pakai henpon skrin kaler kuning.

Aku bukanlah peminat henpon yang tegar. lebih selesa dan mudah bagi aku guna henpon jenama nokia yang skrin kuning tu. Tak banyak songel dan ringkas. Yang penting, tinggal atas meja lama mana pun, potensi nak hilang dan kena rembat adalah rendah. (aku agak kedekut nak spend money kat benda yang aku rasa hanya satu kehendak bila kita start beli barang tu, atas tujuan orang nak wow dengan barang yang kita beli. )

Macam biasalah, upacara orang menegur aku pakai hanpon baru pun berlaku.

Salah satu ayat yang keluar, pastinya..."kenapa tak beli blackberry je...kan cantik dan stylo..dan bla bla bla".

Itu pertanyaan orang yang begitu pentingkan jenama dan juga kurang sayang dengan wang ringgitnya. Pada aku, aku beli henpon yang ala-ala sebijik dengan black berry tu., sebab function dia yang serupa. Yang paling utama pastinya harga. Beza harga sebijik Blackberry dengan harga sebijik hanpn yang aku beli, RM1020 . Bayangkan....kalau aku rembat sebijik Blackberry atas dasar aku nak orang wow dengan barang yang aku guna, baiklah lupakan saja. Lebih baik aku guna beli barang lain yang aku rasa lebih perlu wang itu dilaburkan.

Lagipun, bila nak jual balik, value akan drop...cth mcm kawan aku pakai henpon bernilai 2k, bila dia nak jual, kedai letak harga RM400 je. Hah...kan dah rugi. Aku masih lagi berpendapat, apa saja barang yang kita beli...benda itu adalah pelaburan. Kalau dua benda fungsinya sama, tapi harganya berlainan dan juga kualitinya lebih kurang yang sama, dah pasti lah, aku nak ambik yang murah, dan bila di tolak balik...harganya takdelah rugi sangat pun.

Jenama memang best. tidak dinafikan. aku pun terpengaruh jugak dengan jenama. jangan tipulah kalau aku kata aku nie beli kat kat pasar malam je selalu.

Yang takde jenama atau baru nak naik pun ok apa.....yang penting..puas hati..!!!

OUT OF MY MIND bila beli DVD player yang berjenama dengan harga yang mahal, tapi DVD cap ayam tak boleh tengok. Mana mampu beb nak beli yang original aje...dah la aku hantu movie. Sekali Ah Beng jual DVD cakap, guna je DVD Player cap ayam...bagus. Aku ikut arahan dia, beli DVD Player yang harga RM35. Tahan dan utuh sampai sekarang.....terima kasih DVD Player cap ayam.....!!!!

Jul 28, 2009

BIZI BEE

...Hmmm....

rindu giler nak baca blog dgn berinternet. Masa takde, internet pulak problem. Biasalah kalau dah pakai broadband yang tak broad mana pun coveragenya. Petang tadi baru sampai dari Johor Bahru, pergi kenduri kakak kepada MizzyN. Lepas tu ambik kesempatan melawat Singapore the FINE country.

Esok pulak akan fly pergi Kedah. Ada meting untuk event raya..
OUT OF MY MIND sebab tak dapat nak update dengan dunia luar...arggghhhhhh

Jul 17, 2009

ANUGERAH MEDIA


Barisan Pemenang malam tu.
Yang menang besar pastinya Jinggo laki Sheila Rusly, Mazidul pun menang jugak. Ada wartawan Kosmo, full list akan disenaraikan kemudian.

Oh ya..anugerah yang aku terima
Penerbitan Radio Terbaik
OUT OF MY MIND. Tak sabar nak beli lens kamera baru...yea. yea. yea

Jul 16, 2009

BLOG




..Hmmm....
Sebenarnya buat entry atau bukak blog nie, sebab kita memang ikhlas nak bukak blog atau nak kumpul follower atau nak tengok banyak mana komen yang kita dapat?

saja buat entry OUT OF MY MIND.

Jul 13, 2009

HMMMM....ENTRY TAKDE TAJUK.



..Hmmm....

Baru balik dari Kuantan atas urusan bukan kerja tapi menyumbang kerana aku mempunyai kamera 'besar'. Perlu mengambil gambar bakal-bakal selebriti bintang realiti yang akan bertanding untuk finale ogos ini. Ala pertandingan nyanyi lagu-lagu klasik tu...tak tau? takpe, aku sendiri yang memang dekat dengan orang kuat pertandingan pun tak tau...hehehhehhe.

Esok, isnin..akan bertolak ke Manik Urai pulak. Ini atas urusan kerja. Politik lagi. Tak payah nak buat ulasan panjang. Dah boleh agak keputusannya.

Orang selalu menganggap aku boleh berbicara hal politik dan isu semasa dengan sangat hebat, sebab banyak buat story pasal isu-isu ini. Hakikatnya tidak pun. Kerana aku tidak boleh mengaplikasikan ilmu itu bersama dengan kenalan aku, kerana mereka tidak berminat. Kalau pasal gosip artis, mereka sangat teruja. Tapi malangnya mereka akan kecewa, kerana aku tidak tau sangat pun pasal gosip artis dan tidak pun berkawan dengan artis, malah kalau berjumpa dengan mereka pun, aku tak berapa nak kenal. Serius.

Tak apa, next time, aku cuba minta tukar ke bahagian hiburan pulak. Mesti hebat dan best korang menjadi kawan aku sebab aku kenal ramai artis..yea..yea..

OUT OF MY MIND sebab takde pun orang pernah tanya aku, pernah tak aku jumpa che det secara dekat dan bergambar dengannya sebab aku sangat minat pada dia. Hmmmm...

Jul 9, 2009

KERJA kerja KERJA

...Hmmm.....

Inilah kerja aku...bila aku 'terpaksa' outstation.


membuat lintas langsung bukanlah kerja yang OUT OF MY MIND sangat pun.



relationship dengan tech sangat dititik beratkan. Tapi kadang-kadang rasa nak kill kill die die je dgn diorang, diva over sangat. Sebab itu aku lebih suka membuat laporan lintas langsung guna hp je. (Gambar ini adalah hiasan semata-mata. Ini team dari Johor FM).



demikian tadi saudara, serba sedikit laporan saya mengenai kerja saya.

Jul 7, 2009

KESIAN ADIK-ADIK NIE

....Hmmm.....


Comelkan budak 2 orang nie. Aku bukan nak aibkan mereka, tetapi mereka ini bersedia bercerita dengan aku kisah hidup mereka. Kesian, tapi apa nak buat, desakan hidup.



Mari teka, agak-agak budak-budak nie kerja apa? Kerja mereka nie halal ya, janglah fikirkan yang bukan-bukan. Tapi, kerja mereka buat nie, tidak setimpal dengan perolehan dan juga tanggungan yang mereka perlu jaga.

OUT OF MY MIND memikirkan betapa tak best tidak ada zaman kanak-kanak.

Jul 6, 2009

SIAPA SUDI TEMANKAN AKU?

...Hmmm....

Aku kena pergi outstation di Labis, Johor hari nie. Sempena HARI PENEROKA 2009. Aku terpaksa pergi seorang diri dan membawa kereta sendiri. Masalah the problem nya adalah:
  • Labis, Johor tu dimana - dah di google map kan pun, rasa macam jauh sangat.
  • Aku kena masuk Felda - adoi la, dah la banyak felda di sana. Mampus lah aku.
  • Kawan aku cakap, ada 2 je hotel di Labis tu, nie dah ada function besar, kompem la penuh. Mana aku nak tidur malam nie beb? Masjid pun orait nie.
  • Kereta aku belum servis lagi. Tayar pulak asyik dok bersiul je kalau tekan brek. Bahaya tak?
  • Yang paling penting - kawan aku tu, kalau tak nak temankan, janganlah buat muka jual longgok kat pasar malam pun tak laku. Cakap je "TAK MAU" - sudah. aku paham.

nasib tak OUT OF MY MIND masa ondaway nanti, sudah aku burn cd lagu pilihan aku sendiri dengan banyaknya. Tetiba rasa sedih sebab takde boyfriend...(hahahhaha...apa kaitan bf dgn o/station?)

Jul 3, 2009

TIE DAN KEJAYAAN MLM

...Hmmm...

Kelakar aku tengok iklan Hai-O kat tv. Kejayaan ditunjuk dengan memakai tie - dalam rumah, pergi jalan-jalan. hahhahah....mesti ke kejayaan tu diukur macam tu? dengan memakai tie?

Kawan yang tak berapa rapat dengan aku, pernah join Multi Lavel Marketing (MLM) nie. Dia terpaksa mengeluarkan kos dia dulu, sebelum meraih keuntungan. Produk dia nie, cth: dari 10 dia ambik, 3 je yang jalan. Yang lain, dia mintak aku tolong tanyakan kawan-kawan aku yang lain sekirannya berminat, sebab dia nak jual murah je (ini dikira MLM jugak ke).

Aku tak pandai sangat bab-bab nie. Cuma aku rasa, kalau nak berjaya dan pakai tie macam diorang nie, korang kena extra rajin, extra tebal muka. Sekian terimah kasih.


Takde ke yang pakai kerta Mini Cooper ngan VW beetle.
Tak nak la join MLM camni, kena beli Merc ngan BMW je. (pic source dr google)




Sapa nak kaya, cepat pahami carta ini. Aku tak paham, jadi jangan tanya aku ya.



sila pakai tie dan blazer.


OUT OF MY MIND aku dok tergelak sorang-sorang tengok iklan nie..mintak maap dekat peserta-peserta Hai-o. Bukan sengaja...;p

NAK PERGI HOSPITAL KE TAK NIE?

...Hmmm....

Baru je balik dari Kota Kinabalu, Sabah. Naik flight dari KLIA, turun pun di KLIA. Lepas balik mengalami selsema dan juga sakit tekak di campur sakit kepala sikit-sikit. Sekarang nie, peringkat demam kecik-kecik.

Haruskan aku pergi hospital?
Seperti yang dicakap oleh Kancing Itu Butang, aku lepas outstation, balik mesti demam. Mungkin esok-esok baik la kot, ye.
OUT OF MY MIND kalau disuruh kuarantin. Banyak kerja nak disetelkan..

Total Pageviews