Jul 31, 2008

ANDA NO BERAPA

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb,19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb,20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb,21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb,22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb,23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb,24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb,25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb,26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb,27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

No.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil,rajin, terus-terang, cemburu dalam asaspertandingan, baik hati, peramah danautoriti. Anda ingin mendahului dalamapa jua keadaan. Anda seorang yangberdikari, berkeyakinan dan tidak pernahberada di bawah pimpinan orang lain.Anda akan bercinta dalam usia yang mudatapi akan berkahwin pada usia yangmatang. Anda tidak suka akan orang yangbertentangan pendapat dengan anda. Malahanda juga menyimpan dendam dengan orangyang bersalah dengan anda. Anda seorangyang kuat belanja. Pada masa hadapananda adalah professional dalam kerjayayang anda ceburi. Namun terdapat jugaorang yang kecil hati dengan pencapaiananda. Anda mempunyai keluarga yangbahagia. Pasangan ideal anda adalahno.4, 6, 8.

No..2----
Tak kira apa pun, anda akan disukai olehsemua orang kerana anda berperanankanBulan dan semua orang suka akan bulan.Em....bagus! Anda suka bermimpi siang.Anda kurang berkeyakinan terhadap dirisendiri. Jadi and perlu membuatperubahan ke atas hidup anda. Andaadalah seorang yang sukar diramal keranaanda membuat perubahan berdasarkan masadan keadaan. Anda juga seorang yangmementingkan diri sendiri tetapi andmempunyai bakat dalam muzikal, seni dankomunikasi lisan. Sikap anda sepertibulan yang datang keredupan dan pudarjadi semua orang boleh mengetahuiperubahan anda. Anda boleh menjadiMahatma Gandhi yang kedua kerana cintaakan keamanan. Anda juga seorang yangbertanggungjawab dalam keluarga.Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

No.3----
Anda adalah seorang yang berhati keras,pentingkan diri sendiri, kuat agama dansuka untuk mempertingkatkan kehidupansendiri. Anda mempunyai masalah keluargadan anda dapat mengharungi dengankesabaran anda. Anda sangat pandaibercakap, wajah yang cantik, jadi kemana saja anda pergi anda akan dapat apayang anda inginkan. Daripada hari lahiranda, anda perlu berkerja keras untukberjaya. Anda juga seorang yangmenghormati orang yang lebih tuadaripada anda. Bukannya senang nakmenjalinkan hubungan sama adapercintaan, kekeluargaan ataupersahabatan. Sekiranya anda suka akansikap seseorang itu, maka hubungan ituakan berpanjangan. Anda suka akankebebasan, pencipta di mana ada andaakan membawa harapan, kegembiraan dankeceriaan ke dunia ini. Pasangan idealanda adalah no.6, 9.

No.4----
Anda adalah seorang yang amat degil danrajin. Mungkin anda akan menjauhkanorang lain daripada anda keranakata-kata anda. Anda seorang yangbertimbang rasa akan masalah orang lain.Anda berbakat dalam penyelidikan danseni. Anda akan membantu ahli keluargaatau kawan-kawan yang menghadapi masalahtanpa berfikir panjang. Anda kenaberhati-hati dengan orang sekelilinganda kerana mereka mungkin akanmempergunakan anda. Kawan-kawan andaakan menghabiskan masa dan wang ringgitanda dan selepas itu menjauhi daripadaanda apabila anda dah tak ada nilai buatmereka lagi. Walau bagaimanapun andatetap seorang yang sabar dan tegas.Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

No.5----
Anda sangat popular dalam komuniti. Andaboleh menyelesaikan sesuatu perkarahanya secara lisan. Anda mempunyai akalfikiran dalam menjalani perniagaan.Namun anda terlalu terburu-buru. Andaadalah seorang yang humor di kalangankawan-kawan dan ahli keluarga.Kawan-kawan dan ahli keluarga anda jugaakan minta bantuan anda apabila merekamemerlukan bantuan. Anda bukan seorangyang setia dalam hubungan percintaan.Anda suka perubahan dan kebebasan. Andamempunyai ciri-ciri seorang pengembaradan ahli silap mata.. Anda mempelajarihidup melalui pengalaman. Pasangan idealanda adalah no.1 , 2, 9.

No.6----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidupini. Anda tidak pedulikan apa-apaperkara dan hanya ingin berseronok dalamhidup anda saja. Anda sangat pandaidalam pelajaran dan pengurusanperniagaan. Anda seorang genius, baikhati (tapi hanya orang yang beranggapananda orang baik), mempunyai paras rupayang cantik atau kacak. Semua benda yangbaik akan datang pada anda. Andamengambil berat ke atas ahli keluargadan kawan-kawan anda. Pada pandanganmereka, anda adalah seorang yang murahhati, peramah, adil saksama danmempunyai penilaian yang tajam. Pasanganideal anda adalah no.1, 3, 9.

No.7----
Anda mempunyai daya tarikan kepadasesiapa saja. Anda adalah seorang yangrealistik, yakin, gembira dan merupakanseorang yang genius dalam bidangpendidikan, muzik, seni dan nyanyian.Anda mempunyai masalah sikap iaitu panasbaran. Namun demikian, anda banyakmelakukan pengorbanan untuk keluarga.Anda meletakkan keluarga di tempat yangamat tinggi sekali sehinggakadang-kadang mengabaikan kebahagiandiri sendiri. Anda telah dilahirkanuntuk memberi sumbangan kepada duniaini. Jadi anda seorang yang bagus danseorang yang amat gembira. Pasanganideal anda adalah no.2.

No.8----
Anda mempunyai personaliti yang sangatkuat jadi tak ada orang yang memahamianda. Kepakaran anda hanyalah menudingjari pada sesuatu benda. Anda jugamengalami pelbagai dugaan dalam hidup.Semua masalah ini telah menjadikan andalebih kuat dan tabah. Andamemperjuangkan keadilan. Kebanyakan masaanda telah dihabiskan bersama-samadengan kawan-kawan. Anda seorang yangdisiplin dalam hidup, tidak putus asadan berani. Faktor-faktor ini telahmembawa anda ke puncak kejayaan. Andajuga adalah seorang ahli pasukan,keluarga dan pejuang yang sangat bagus.Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

No.9----
Anda adalah seorang yang sangat tabahdari segi fizikal dan juga mental. Andamempunyai penilaian yang sangat tajam.Anda juga adalah seorang yang sangatdihormati dalam komuniti. Anda adalahorang yang boleh menerima cabaran danberjaya dalam apa jua yang anda buat.Pada usia yang muda anda selalubertentangan dengan ibu bapa anda. Tapiapabila usia anda telah semakinmeningkat anda adalah seorang anak yangtaat dan hormati mereka. Anda sesuaimenceburi bigan kejuruteraan atauperbankan kerana orang lain percaya danyakin akan anda. Anda merupakan modelteladan kepada orang lain. Pasanganideal anda adalah no. 3, 5, 6

Jul 29, 2008

BEAUTY AND DA ....

mizzy N sibuk suruh aku buat benda alah nie. Dia tag aku..aku pun tak paham tag tu mende. So, aku layankan aje lah.

MY FOUNDATION
skrng nie aku suka pakai REVLON. Sbbkan akunyer REVLON yg baru beli dh tetinggal kt kg, so aku pakai la yg MizzyN yg dh cam nak keras tuh. (beb..bnda alah tu bleh pakai lg la..)

EYE MAKE UP
Aku tak kisah jenama apa pun. Tapi aku suka sgt ngan FACE SHOP. dia nye eyeliner best giler. dan aku suka kaler hitam (eye liner). browniesh (eye shadow)..kononnye smooky le tuh.

DAY CREAM
Himalaya range - ini leh benda yg sesuai ngan aku

MY ESSENTIAL LIP PRODUCTS
tak kisah pun..asalkan boleh pakai.

MY PERFUME
L'occitane green tea - aku x reti nak eja. dan juga 3 perfume yang aku beli di Thailand. Nyum nyum

MY NAILS
aku suka kaler yg natural gitu. berkilat je kuku aku.

MY FEET
aku basuh aje dgn apa pun.

MY FAVOURITE MAKE UP PRODUCT
Entah lah. Sbbnye suma make up tak kekal pun kt muka aku...

THREE THINGS TO BRING ON A DESERTED ISLAND
1. Romance novel (must..sigh..sigh...) - boleh berangan beb smbil tnggu SOS
2. Camera - boleh fooling around till da batery last.
3. Spenda - tak nak le pakai spenda yg sama je tiap-tiap arie.

WOMEN I ADMIRE FOR THE BEAUTY
1. Tok aku (nenek) - kulit dia cantik la..jeles aku
2. Angelina Jolie - Sexy ... i like

WOMEN WITH THE BEST SENSE OF STYLE
Of Course la ....Me

MY ULTIMATE BEAUTY DREAM
Nak kuruskan badan skit. Pastu nak buang acne scar....yg lain suma dh perfect. opps..orange skin jugak.

MY FAVOURITE FASHION PUBLICATION
Cleo - ini je mag yg ada kt umah aku. MizzyN suka beli. Layankan je lah.

TAK TAHULAH APA NAK JADI

Tadi aku dapat call dari mummy budak yang lari dr umah hari tuh. Dia bagitau kat aku satu benda yang agak cam cuak je aku nak dengar dan jugak benda yang aku agak memang akan jadi...ieee

alkisahanya...(aku time nie ondaway nak pi meeting pasal MAHA)
"hello..." - aku

"Hello. Assalamualaikum. Keja ke?" - auntie N

"skrng tak lagi. tengah ondaway nak pi meting. Ada apa?" - aku

"Tadi mck bawak A pegi klinik. Pegi buat check up.." nada sedih "dokter ckp dia ngandung" - auntie N.

Aku just diam. Tak tau nak ckp apa. "hello....?" - Auntie N

"ye..dengar. Dah agak dah. Benda nie msti jadi punyalah. Budak2 baru nak blajar pasal sex. apa dia tahu pasal protection semua tu. Dah tu..budak laki bodoh tu stiil dlm lokap lg ke?" - aku dgn nada nyampah.

"Dah kena jamin keluar dah. Tak tau dia kat mana skrng nie. Mck nak buat apa nie? takkan nak terminate je kot?" - auntie N

"Jgn nak buat kja gila. Dah le buat dosa dah. Dah tu nak buat dosa lagi besar pulak. Camnie lah. Pegilah cari Pusat Kebajikan Masyarakat. Mintak tlg dorang carikan pusat pemulihan akhlak. Biar padan muka dia. buat benda tak nak pikir. Nyusahkan orang aje." aku dgn nada makin marah.

"mck pikir pun mcm tu lah..Tapi tah le. dah letih sgt layan dia nie. tgk lah, lepas balik hospital, dia mcm tak kisah pun apa jadi kat dia." - auntie N continue dianye aduan dgn sedihnye.
"Takpe lah. Nanti saya cubalah tlg mana yg patut. Tapi sebelum tu. Mck tampar je dia cukup. budak tak sedar diri" - aku

"takpe lah. oklah. tenang sikit hati mck. ok..assalamualaikum." - auntie N letak tepon.
-end

Skrng nie aku pun tak tau nak buat mcmana. Kesian betul kat mck. Dapat anak mcm hantu. kalau ada depan aku, mau aku tampar2 je sekuat hati sbb dah nyusahkan hati mck nie. anak tak ngenang budi. ieee...aku dh mmg OUT OF MY MIND dh nie..

Jul 28, 2008

CUTI

Aku memang sangat suka cuti or a.k.a bermalas-malasan. Dulu masa aku kt Kolej, aku cuba sehabis baik untung ponteng kelas apa yg patut. Dan sekarang nie pun biler dah keja pun lebih kurang camtu lah. Tapi takde le dasat sangat mcm time study dulu.
Buktinya. Dah 3 tahun aku kja, cuti terkumpul aku slama nie tolak aku dah guna smpai tarikh nie, tinggal lebih kurang 50++ hari lagi. Banyak giler. Kalau bawak ke depan, of course le cuti aku jadi 70++ hari. Wargh...apa aku nk buat dgn cuti yg banyak tuh. Mmg le boleh simpan utk masa depan. Tp allow dlm 14 hari je. Balance? entah la.
aku dah banyak kali try nak amik cuti just lepak2 kat umah. Tapi semuanya tak menjadi. Banyak benda nak kena pikir bila nak cuti nie. So, stakat nie aku just abiskan cuti aku dgn travel ajalah.. tu pun bukannya aku travel lama-lama pun. Dan slalunya aku travel time bersangkut paut dgn cuti umum. So, aku just need to apply cuti yg skit aje.
Orang admin selalu jeles ngan aku sbb cuti aku byk lg. Aku pun tak tau nk ckp apa. Kalau boleh dibagi cuti aku tuh, aku akan bg je sorang 2 hari. heheheh...baik tak aku.
Aku bukannya nak cita pasal apa pun. Sebabnya, hari nie aku plan nak cuti. Dengan keadaan kesihatan aku yg agak tak ok nie, pagi td time aku bangun tido, mmg plan nak antar SMS kt boss aku nak ckp aku amik EL aje. Lagipun, hari nie aku takde keja apa nak buat kat opis. Mmg boring. Kalau le aku boleh amik cuti....
baru aje kejap tadi, ahkak kt tmpat aku remind kan aku pasal dinner mlm nie ngan MTIB. adoi. rasa penat sgt nk pegi. Dlm hati nie, pikir nak cuti aje. Dalam dok pikir2 tu, ada gak cadangan akal aku nie nak amik cuti esok. Tapi, dah diberitahu pulak esok ada meting kat MOA pasal MAHA. warghh...byknye nak buat (kononnye la).
hai...bile lah aku boleh cuti nie. Boleh gak rayau, cari kasut. Dah 3 bulan aku tak beli kasut. Penatnye otak aku time nie. Maybe aku dah OUT OF MY MIND kot...
p/s - nak cuti ari jumaat nie. harapnye dpt le.

Jul 22, 2008

HOW OLD DO YOU ACT

How old do you act?
Aku skrng dh 26 (x malu ngaku umur). Tp ada 1 quiz ini, menyatakan aku nie act like aku nie 15. Sadisnye. sadis bukan sebab apa, sbabnya rasa sangat tak matang dan sangat berfikiran tidak logikal.

Skrng nie, aku mendengar perbualan dua orang manusia. Sorang umur 50-an. Sorang dah nak masuk 40 (almost). Si akak nie layan minah 40an nie sgt mcm budak2. geli telinga aku rasanya. rasanya aku tak boleh nak sudahkan apa yg aku buat nie. sebab rasa berbulu je. maybe aku dah OUT OF MYMIND.

Jul 15, 2008

SOSIAL

Baru-baru nie aku dikejutkan dengan berita yg pastinya aku tak caya nak jadi. Selalunya aku baca kat paper je. Ye la. cita apa lagi kalau bukan nak jadi sosial tapi semuanya gone wrong and unexpected thing dah terjadi.

budak-budak skrng sangat advance. Lebih advance dari aku dan kengkawan aku. Advance nie banyak gak kategorinye. advance part yg bagus..oklah. kalau advance yang tah apa2 camna?nyusahkan orng lagi adalah.


ceritanye camni....
aku dikejutkan dengan cerita si A ini dah hilang. Dia baru je umur 15 tahun. Masa diorang call aku, dah masuk 3 hari minah nie hilang. Aku tergezut gak le. Ye la..tetiba orang yang ko kenal hilang dh 3 hari tanpa kabar berita. Dah report polis, dan dah disebarkan gambarnye di negeri yang berdekatan. Aku yang tak reti nak respond macam mana, just lepak je lah tunggu kabar berita. Hopefully jumpa lah. Hopefully takde apa-apa yg sadis terjadi.

By day 5th, aku dpat call dlm jam 9.00mlm. Minah nie dah dijumpai. dan from da story, minah nie dijumpai lebih kurang dlm 10km from her house. Dan time tu, still di balai polis. So, tak banyak cerita lah yang boleh dikorek lagi time tu. Masa jumpa minah tu, dia ok dan sihat maybe agak dalam ketakutan. Esoknye, aku call. Nak tau gak apa ceritanya. (maybe reporter insticnt in me tu dah ade).

Da story...(from her mum side)
Somebody grab her and force her to ride da damb motorbike (i don’t believe her, how come they can force u to ride a motorbike?). Then, da guy took her to his house and then rape her several time and everyday till da bastard guy return da girl back. I simply cannot believe all this bull shit. and Of course she lied to her mum to cover all da things she done.

da story...(from her side)
Dia dah ada pakwe. Dia kenal mamat nie dah lebih sebulan. so, masa hari dia kena "kidnap"ngan jantan nie, dia sebenarnya dah janji nak jumpa. Time her mum leka di bilik air, dia pun keluar senyap2 nak gi dating. Tinggal basikal dia di tepi jalan di dewan, and then ikut dat guy pi joli sakan. Lepas tu, laki tuh bawak minah bangang nie balik rumah. berseronok2. apa lagi. benda yang tak patut jadi, akan terjadi, dan memang terjadi pun. so..selama 5 hari dia kat umah jantan tu, 5 hari lah dia berseronok tanpa mikirkan mak bapak dia yang bersusah payah cari dia smpai ke negeri sebelah. Yang lagi bangang, dia tak rasa pun nak call or nak notify sapa-sapa pasal dia hilang nie. double bangang to her.

Bila laki tu dah hantar dia. Hantar mean dah puas ngan betina nie, dia tinggalkan minah nie kat jambatan somewhere within 10km from her house. Kat situ lah mana polis tu jumpa dia. And then, lepas dah disoal jawab, laki tu pun kena tangkap. Maybe sebab kes rape. ye lah. budak bawah umur. Budus ke apa. Padan muka.

Keesokannya, aku wit my uncle and my frenz, pergilah melawat dia. Dan hanya aku aje yang dpat masuk jumpa dia wit her mum. Aku tanya dia. how are you sebagai pembuka bicara. Dia jawab ok. So, aku consider, dia takde le trauma sangat. Then aku tanya apa dah jadi. Dia diam. Sebabnya her mum ada. So dia tak cita apa2. Her mum faham. Then, dia bangun dah beredar dengan muka sedih. Tinggal aku aje dengan dia.


"Apa dah jadi." diam...
"cerita lah. Bukannye ada sapa pun". still pandang aku dengan mata berair.
"cakaplah. A kenal ke laki tu?" angguk.
"dah lama?"mulut dia gerak "dah sebulan"
"mesti bestkan, ada pakwe. Akak tak pernah ada boyfriend. cerita lah. kongsi lah sikit. A pergi mana dengan dia. Mesti best kan" aku saja memprovoke.

apa lagi..pastu dia pun ceritalah semuanya.....
dan lepas habis dia cita. aku terus OUT OF MY MIND. anger beyond my f***king mind can accept.

Jul 7, 2008

BUHSAN

Bosan btul aku dgn keadaan suasana politik negara skrng nie. aku bosan bukannya sebab apa pun. Bosan sbb dorang nie sibuk-sibuk je nak accused sesama sendiri. Ini tak kena. Itu tak betul. Mula mula memang le sronok nak baca. tapi skrang nie, huwaaa...bosan je lebih.

Tolong lah. Disbabkan isu tuduh menuduh nie, seolah-olah nak melarikan diri atau nak menutup masalah yang sebenar-benarnya. Apa lagi kalau bukan harga barang yang dah gila babi mahal, semua orang tensen sebab kos sara hidup pun dah tinggi. Tgk lah dalam newspaper. tajuk utama semuanya aku tuduh kau..kau tuduh aku. APA SEMUA NIE?. padahal kita ada lagi probs yang paling besar. MAcam mana kita nak hadapi ekonomi dunia yang skrng nie suck giler. Dan daripada teori-teori kebanyakan orng yang aku dh interview (prof, cendekiawan) semuanya mengatakan, within 5 to 6 month, kita akan mengalami kadar inflasi yang paling teruk.

Kenapa hal ini tak dititik beratkan. Kenapa pulak hal-hal yang tah apa-apa tu pulak nak diberi perhatian. Sampai bila kita nak tgk drama yang tah apa-apa nie. Cukup-cukuplah kita dok membela orang-orang ini yang pastinya, akhirnya kita gak yang rugi. Ye la. Sibuk dok buat demotrasi, sibuk dok bincang siapa salah, siapa betul. Yang kita nie, Sapa yang nak tolong belakan?

Mereka-mereka ini kononya bak betulkan diri. Nak berjuang untuk rakyat? betul ke? or sebab rasa diri tu dah glemer sangat dan jadi perhatian dunia, so whatever you do, semuanya orang akan tolong fighkan ke? Ye la tuh. Takpe lah. Tak kesah le. Kita tak makan pun tak apa. sebabnya, sibuk dok nak memprotes aje kerjanya.

Kepada pihak yang kalah. Sudah-sudahlah. Biarlah kita nie hidup dengan aman. Cuba lagi next election. Biarlah kerajaan yang menang sekarang ini menjalankan tugasnya. Apa yang tak betul tolong le tegur-tegurkan. Itulah fungsinya. Bukannya bila dah menang ke, or kalah ke, sibuk tak habis-habis nak fight benda yang tah apa. HELLO...ada banyak lagi benda yang kat luar sana tgh terjadi. Bukannya masalah korang je yang menjadi tragedi.

Bukalah minda sikit. sedangkan aku yang OUT OF MY MIND nie pun tahu, bila nak stop dan bila nak berenti.

Jul 3, 2008

POLITIK

Apa yg korang paham pasal politik...??
kalau tanya aku, boleh lah aku jawab sikit2. tu kira nasib aku baik ler. sebab keja line aku skarang nie memaksa aku ambik tau pasal hal dunia dan hal ehwal semasa. Kalau aku kat tempat lain, aku x sure aku tau apa yang orang cakap. Dan pada aku, maybe go to hell la ngan semua benda yang korang cakap.

mostly kawan2 yang aku jumpa, tak ramai tau pasal politik or apa dah jadi kat dunia, unless somebody told them. Kesian gak aku rasa kat kengkawan aku nie. Tapi nak buat camna..mungkin pengaruh orang sekeliling dia yang mungkin tak minat dengan hal-hal camni.


Aku baru paham hal-hal Election or more to politik masa aku kena kerja untuk wat report masa Piliharanraya. Before this, jangan harap le aku nak amik tahu apa itu N11 or P11. Dan aku juga tak paham macam mana seseorang PM itu dilantik kalau BN menang. Sampai satu tahap aku anggap, Pak Lah dapat jadi PM sbb suma orang nak dia jadi PM..huhuhu (malunyer). Tapi sebenarnya, rupa-rupanya Pak Lah dipilih, sebabnya dia skarang presiden kepada Parti BN ini.


Baru le aku paham. Kesian aku. Hidup penuh dengan kejahilan.

Skarang nie, kecoh sana-sini orang tak puas hati dengan kerajaan. Bagi yang tak ambik kisah, biarkan je lah apa nak jadi. Asal dia boleh dapat gaji tiap-tiap bulan pun dah kira ok. Asal dapat Clubing tiap-tiap weekend pun dah kira bahagia giler. Tapi kadang-kadang sikap endah-tak-endah segelintir inilah yang kadang kala agak bahaya. sebabnya. Dia tak pernah ikut progress semasa. Dia tak pernah nak tau apa jadi kat dunia. So, orang camni, dia akan ikut je the flow apa orang lain buat dan senang pulak tu dipengaruhi. Percayalah. Ramai giler orang camni. Tak percaya, pi le survey di Mid Valley. Tanyalah. Tau tak apa isu yang paling latest sekarang nie, kompem tah apa2 dia cakap. Silap2 dia cakap pasal AF...huhuhu. Sadis.


Tak kisah lah. apa pun. Yang penting, aku dulu pun pernah gak tergolong dalam kelompok macam tuh...maybe time tuh..aku dah out of my mind.....!!

Total Pageviews