Aug 3, 2010

COBAAN...

.....Hmmmm....

Dua minggu lepas, aku 1st time nya kena tidur spital....nie aku yang tidur tau. Bukan temankan orang tidur ke apa. Puncanya, dengan tetiba tanpa bagi amaran, perut aku buat hal. Gila weh...sedap-sedap dok update blog, tetiba 'tersentap' kat bahagian perut.

Dah la seharian aku dok umah sengsorang. Nak jadi cita, MizzyN yang masa tu masih lagi bujang, baru je balik umah...

Aku panggil dia, cakap aku sakit kat bahagian perut. Time tu aku dah keadaan berlutut dah. Nak bangun pun dah tak mampu. Apa tau reaksi kawan baik aku nie? dia boleh gelak....yep, dia gelak. Dia ingat aku buat lawak....dah sebijik cam cita Pendekar bujang lapok dah....ini bukan cobaan lah. Ini betul-betul....

Disebabkan best frenz aku nie tak pandai bawak apa-apa jua jenis transport, terpaksalah call paksu aku. Dia lah yang ambik aku kat umah, hantar dan tunggu kat hospital sampai aku masuk wad.

Yang bestnya, sampai 3 dokter cek aku. Gempak seh.

1st doc - dia tekan-tekan perut aku. dia ambik darah aku. dia suruh aku kencing dalam botol. Katanya suspek apendiks. Dia suruh aku start posa...in case esok pagi nak kena operate. Aku kena panik attack peringkat kecil-kecilan. Sementara nak tunggu result darah ngan urine test, dia suruh aku pi makan dulu....3.30 pagi datang balik.

3.30 am - aku muncul balik kat spital. doc cakap macam positif kena apendik. aku dah cuak. Mula dah terbayang macam-macam. Sebelum tu bukan main paksu ngan maksu aku dok takut-takutkan aku. Siot. Aku bukannya takut apa....aku takut jadi cam cerita AWAKE yang Jessica Alba ngan Luke Skywalker belakon tu. tak gila jadinya.

sebelum kena tidur spital, mestilah kena cucuk jarum masuk air tu dulu. Mula-mula try tangan kiri. Akibat penakut jarum nak mampos, aku dah tertarik tangan aku, maka jarum tu dah lari ke tempat lain....ayark. Padan muka. Kena buat sebelah kanan pulak. Baru aku tau sakitnya...hanya tuhan je tau (manja gila kan aku...). adoiiiiiii.....

Pastu kena tidur spital. Tunggu doc no. 2 datang cek pulak.

Doc no. 2 - dia kata cam takde apa. Tapi stanby je lah kat spital.

Doc no. 3 + doc doc pratikal - takde apa. awak boleh balik....(time nie dah kul 10++ pagi). Tak sempat lagi nurse tu bukak tirai ngan doc-doc semua blah, aku dah bangun, capai handbag, terus nak blah. Siap nurse pesan lag..."jangan lupa bagi balik jarum kat tangan...." ...ngeeee...

  • aku langsung tak boleh tidur sepanjang aku kena lepak spital tuh. Kononnya kalau aku kena operate, biarlah time tu aku tidur ngan ngantuk gila. Dengan harapan, aku tak terjaga cam cita AWAKE tu....
  • aku dok jalan-jalan. pusing-pusing dalam wad tuh. Nurse pun dah rimas ngan aku. Sorry nurse, saya boriiing.
  • takde sapa pun lepak ngan aku. Pesakit lain suma ada orang jaga. Sedeh. Tapi padan muka aku gak, suruh paksu aku balik.
  • Baru aku tau, sila stanby pakai baju sejuk kalau ke hospital. Manalah tau, kena masuk wad, tak ke naya mati kesejukan dalam tuh.
  • Hospital sangat boring.


Budak buas, padan muka 2-2 tangan ko kena cucuk...


OUT OF MY MIND bila semua doc asyik dok tanya aku bila last period. Pelik aku. Bila aku ckp bulan lepas tanpa bagitau spesifik date, dorang sibuk gak nak tanya date bila. Bila aku ngadu kat maksu aku (dia nurse) - maksu aku cakap, itu pertanyaan berlapik nak tau kita pregnant, sexually active ke dan sebagainya....oooooo. baru aku tau.


4 comments:

Naddy said...

ooooooooooooooooo drama qings and kueens

o painting me as the kawan gelak ekk. sapo gelak dulu masa tu? lu gelak masa sakit, gua follow la. wakakakka. kalau aku nanges ko psiko plak. ohhh yeah.

+ mika + said...

~C-O-B-A-A-N~ =)

DrSam said...

apa finale drama masuk wad ni? sakit perut biasa je ke? (banyak le soalannya). tapi yang bab sejuk tu memang tepat sekali...macam duduk dalam peti sejuk

ouT oF My MinD said...

mizzyn;
dah itu yg ko buat....hehehehhe

mika;
ini betul2...bukan cobaaan...hahahha

drSam;
doc tak bg tau lah drsam. dia suruh balik je, ubat pun tak kasi. konklusi, dia suruh saya lepak kt spital je kot...;p

Total Pageviews