Jul 30, 2010

BZ NYE AKU...KALAH TEBUAN

...Hmmm....

Lama tak update. Bukan apa, banyak sangat kesibukan yang melanda dalam 2 minggu nie. Dengan ketiadaan medium yaknie laptop, pc...aku pun tak dan lah nak cerita semua yang berlaku. Kill kill die die....

apa yang jadi kt aku dlm 2 minggu nie....:
  • 1st time kena admit spital
  • MizzyN kawin
  • mengalah sebelum berjuang
  • aku si pengubah hantaran - gila....
OUT OF MY MIND - curik-curik update jap time tengah dok mixing program. Tergezut jugak bila bukak blog, tetiba dah 69 fanz. thanx guyz sudi layan orng gilak....=D

Jul 18, 2010

KELAB MALAM TU MEMANG DUNIA SAYA MAKCIK

...Hmmm.....

aku: wei pompuan di luar pikiran...berapa kali lu mau update sehari hah?
otak aku: suka hati aku lah....aku tengah jiwa kacau nie...deym.

Baru-baru nie, ada seorang seorang kakak yang concern menegur aku, katanya mata aku bengkak macam orang menangis di malam hari. Situasi nie berlaku kat opice. Disebabkan kakak nie tahu otak aku tak betul, dia cover balik kononnya mata aku lebih kepada bengkak tak cukup tidur.

Yang pasti, kedua-dua teori kakak tu...tak betul. Aku dah lama dah tak nangis...apa barang nangis-nangis ni beb. tak MY CHEMICAL ROMANCE lah kan....tidur tak cukup pun bukan. Sebab sekarang nie, aku dalam fasa yang overdose tidur. Faham-faham sendirilah kenapa kan....

So, usik mengusik kakak tadi tu, didengar oleh seorang makcik yang lagi 10 tahun nak pencen. Dengan selambanya dia cakap apa tau....dengan nada yang kuat pulak tu..

"tak cukup tidur sebab gi kelab malam kan...."

aku terdiam..sengeh...selamba jawab...

"a'a...pandai akak teka..."
aku blah pastu...

apa barang makcik pegi kelab malam. dah la guna term old skool plak tu. Orang sekarang panggil CLUBBING lah makcik. Lagipun, apa best kelab malam kat Malaysia, penuh dengan orang tua tak sedar diri yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia clubbing yang cuba nak cari kepuasan kat luar sebab bini dia dah monompous.

Saya kalau nak pi clubbing, saya pi oversea punya. Lagi best....happening dia lain macam. Mata pun tak sakit tengok sebangsa seagama terkinja-kinja cam hapa.

Ok. stop ayat sarkastik.

Mentang-mentanglah aku nie free hair, sexy tahap kim kardashian...ko senang-senang je cop aku kaki clubbing. ngok lah ko makcik. Itu bukan dunia aku lah...tetiba aku nak sentap kat makcik tu dengan usikan dia. Sian makcik...

Tapi kalau aku nie, bertudung litup ala tudung Indon tu, ada ke makcik tu nak cakap camtu. Mesti dia cakap..."Tak cukup tidur sebab buat solat sunat kan..."...

OUT OF MY MIND sentap....

AKU MEMANG PERANGAI NENEK

...Hmmmm.....

Ya, perwatakan aku sangat perempuan moden.

Tapi dalam otak aku....aku masih lagi perempuan yang datang dari kampung, yang masih lagi berfikiran ortodoks bab-bab adat/adab seorang gadis. Nak mencebik...cebiklah. Sungguh. Aku sangat makcik-makcik, nenek-nenek bab itu.

Pada aku, tidak manis sekiranya seorang gadis stay di rumah keluarga lelaki tersebut tanpa ditemani oleh sahabat gadis itu atau ahli keluarganya. Kalau perkara itu tak dapat dieelakkan, fine..aku tak kisah. Logik. Tapi, kalau benda itu dirancang, aku sangat tak suka. Bukan sebab risau jiran tetangga berkata. Tetapi lebih kepada menjaga maruah keluarga si gadis itu sendiri. Ye, la...mau ke kita nak biarkan orang cakap, mak bapak tok nenek kita tak ajar benda-benda yang tak manis si gadis perlu elakkan? mesti tak mau kan.....

OUT OF MY MIND bila kawan aku tak pecaya aku mampu mengeluarkan peraturan-peraturan sebegini dari mulut aku yang lancang ini....ngeee...

GEMUK KE?

....Hmmmm.....

Kalau body ko sebesar Lisa surihani ko kata ko gemuk....
dah tu, orang yang body Ayu Raudah tu apa...Obes?
Dah tu...Adibah Noor pulak kategori apa tuh?

Nasiblah body aku Kim kardashian type...hahahahaha
(perasan jap =p)

OUT OF MY MIND bila orang sekeliling aku begitu obses dengan kegemukan. Yang best, orang lain nak kurus, apsal berat aku pulak yang turun....best kan jadi aku...

Jul 17, 2010

KOMUNIKASI KOMUNIKASI.

...Hmmmm.....

Apa akan jadi kalau kita lost intrest dgn hidup kita? Bukannya tahap nak bunuh diri ke apa. Tapi lost intrest dgn apa yg kita biasa buat sebelum nie. Cam tengok novel yang sangat best pun, dah takde feel nak baca. Tengok DSLR yang mahal pun dah tak rasa bestnya amik gambar tu. Nak bersosial dengan orang, lagilah tak selera.

Itulah yang aku rasa sekarang nie.

Aku sering menekankan dalam relationship, tak kiralah family, kawan, musuh, kerja atau berkasih-kasihan, komunikasi adalah penting. Ya…sangat penting. Kita tak boleh sebarangan nak merajuk, tak nak bercakap, tapi buat memek muka yang terbaik dengan harapan, siapa-siapa yang kita tak puas hati tu faham apa yang kita cuba sampaikan….

hello, manusia hanya akan faham xpresi muka anda dengan suka, sedih, marah, geram, sakit atau apa2 je memek yang kita boleh buat. Tapi, hakikatnya, kenapa kita happy, geram, marah tu…semuanya perlu di suarakan.

Kalau tak suarakan..sapa nak pahamkan...

camtulah jadi ngan aku sekarang. Aku ada cerita pasal kawan yang aku baru kenal nie. Hari nie, dah sebulan kami lost komunikasi. Adakah sebab aku ada buat salah ngan dia ke? Atau dia memang tak mau kawan ngan aku? Atau dia sedang menguji perasaan dia? Atau dia takut aku rejek dia? Atau dia ada masalah kewangan? Atau dia fikir aku nie tak setanding dengan dia? Atau dia plainly not interested at me?

Tengok..berapa persoalan yang aku boleh buat dengan dia tak xplain kenapa dia tak mau contact aku dah. Aku sebagai seorang perempuan, biasalah…aku buat spekulasi macam-macam. Bagi pihak lelaki jawapan direct nya mungkin aku nak ruang. Mungkin…

Bukannnya aku tak hingin nak berkofrentasi dengan dia. Tapi aku tak berani sebab aku tau dia nie sangat sangat sangat sensitive. Kat sini aku sebagai orang yang mementingkan komunikasi..fail dengan jayanya.

Sekarang nie, aku dalam fasa mau give up. Tapi sebab aku suka dia, dan aku rasa dia antara manusia yang rare spesis, aku sangat sayang dia. Sayang ye…bukan cinta pun. Belum tiba masanya aku nak ada feel itu, kalau camni lah dia buat kat aku camna aku nak jatuh cinta kan.

OUT OF MY MIND tak keruan sebab ini bukan aku yang sebenarnya...

Jul 7, 2010

JOM SUPPORT PROGRAM AKU LAGI.

...Hmmm....

Minggu nie punya episod...enjoyz!


Jul 5, 2010

RUMAH OOOO RUMAH

...Hmmm.....

Tadi aku pi beberapa bank sekitar Kuala Lumpur. Survey pasal nak buat loan rumah. Memandangkan aku nie JAHIL dalam bab beli rumah nie, beberapa soklan lembab dan bodoh aku tanya. Ye lah...biarlah tanya soklan bodoh, at least kita puas hati dan paham kan. Aku kalau bab tanya soklan nie, aku selalu mengaplikasikan teori 1 laki 5 bini tuh...

FIRST, Bank sign board putih...layan ok. penerangan dia pun jelas. Aku puas hati.
pastu pi bank signboard biru muda. Kat sini, orang yang bagi penerangan kat aku tu, memang aku rasa nak angkat kaki aku letak kat muka dia je. Bukan sebab dia tak hensem....tapi sebab kurang ajar dan PR dia suck giler.

Dia beri penerangan kat aku macam aku nie sangat bahalol. Ambik ko...dah lama aku tak guna pekataan bahalol nie. Dah lah cakap bongkak dan ego. Pastu, takdan aku nak explain bagi habis itu dah ini, dia terus potong cakap aku dan mengatakan aku nie nak tipu dia...kepala hotak apa kan. Tunggu lah aku habis cakap dulu bangang....

Pastu, dia tengok slip gaji aku...dia cakap kata agak berat jugak lah dengan memek muka Cam aku nie tak layak benarlah nak beli rumah. Apa yang ko perlu cakap adalah...layak dengan tidak je. Aku dah boleh paham. Pastu dok cakap gomen nye rate fix..itu ini itu ini....cakap bongkak lagi...aku time tuh memang nak angkat kaki letak muka dia dah.

Aku pun dengan bongkaknya, aku cakap kat dia aku ada side income dengan monthly dapat fix almost 2k...dia bleh dok tanya, job tu masuk tiap-tiap bulan ke? Of course lah...aku tipu ko lagi...hahahha. Memang selayaknya orang cam ko kena tipu...

Dah tu siap cakap bank lain semua sama je rate dia itu ini. Nak tipu aku pulak dia. Ingat aku nie malas sangat ke nak heret punggung aku yang power nie pi ke bank lain untuk survey. Ngong! Dah la tak respek aku as ur potential customer, cakap kuat-kuat. Tak gentleman langsung...suruh amik kerusi sendiri kat meja sebelah. Bongok tul. Sorilah aku nak berurusan dengan Bank ko lagi even aku boleh pi cawangan lain. Tapi disebabkan pegawai bank tu PR dia suck...go to hell lah. Patutlah tak ramai customer kat bank tuh....

Pastu aku gerak pi bank signboard merah pulak. Kali nie akak plak layan aku. Best...dianye offer pun sangat menarik. Siap dia cakap, aku sangat layak nak buat loan rumah tuh. Puas hati aku.

oh...aku nak beli rumah bukan sebab apa. Dua orang best friend aku akan move out bulan nie. So, aku keseorangan. kebetulan pulak, tuan umah aku nak jual rumah tu. Lagi tambah kebetulan, dia nak upkan sewa rumah pulak. Sakit kepala aku...haih. Macam-macam.

Kalau blogger-blogger yang ada rumah nak jual sekitar Kuala Lumpur yang harga reasonable, bagitahulah saya. Kalau nak sewa kan kat saya pun, saya ok..

OUT OF MY MIND dengan segala hal yang terjadi. Lepas nie kena buat entry saya syukurlah...sebab akhir-akhir nie jiwa tak tenteram dan asyik menghukum diri sendiri...haih.

Jul 2, 2010

GAMBAQ SANA SINI

....Hmmm...

Di malam robohnya kota pudu jail, aku pun turut nyibukkan diri kat sana. Ye la, bila lagi mau amik pic kat sana tanpa di cop hegeh dan gedik lagilah poyo kan.

Masyarakat kita kan memang camtu, kalau nak amik gambaq, mesti cakap...
"ek eleh...kat situ pun nak amik gambar"

Aku tak heran pun dengan kata-kata orang. Pegi mampus lah. Camera aku..berapa ratus klick aku nak amik, kat mana pun, peduli hapa kan....Ko ada?
tetiba rage...apahal. Gila ke ko nie OUT OF MY MIND?
hahhahaha...sorry. enjoyz lah pic yang dah di saring nie...=D



nie tembok tepi sebelah parking.



nie pun tembok sebelah parking.



muaaaah.....
iklan jap. Nope, bukan aku. putih sangat. aku berkulit tanned.



Bahagian dalam....




Nie bukan pakwe aku.
not available. dah kawin dah haritu...




aku lah tu...tuuu...tu.
nie kan bahagian sebelah jalan besar.
pintu gate kecik tu apa fungsinya pun aku tak tau




Brother 2 orang nie mintak tolong paksu aku amik gambaq dorang.
aku join sekaki. Sebab aku rasa stail dorang berdiri ada gaya cam baru je keluar dari tahanan.
cool je dorang...tapi bukan aku kata dorang banduan ye. stail...gaya. baca betul-betul.

OUT OF MY MIND malas nak nak update. =D



Jul 1, 2010

MALANKOLIK OVERDOSE

....Hmmm....

Sebelum nie aku ada remindkan diri aku, Kalau bulan lepas banyak sangat aku suka, gembira, bergelak ketawa...mesti bulan depan aku nangis. Dan memang betul pun...aku asyik dok sedih, malankolik dan ada satu hari tu aku nangis teruk....

Deym....deym...deym....
apahal plak aku nangis nangis kan.
Wei OUT OF MY MIND, semenjak bila ko pandai nangis a....gila aa ko.
Lepak aaaa....apa barang minah rock alternatif nangis...cengeng weh. cengeng.

hahahahahaha.
itulah benda bodoh skali aku buat.
benda yang aku tak patut nangis, tapi aku rasa sedih.
bodooooooooh.!

wokeh,
nak tanya pendapat. camna aku nak lupakan orang aa?
seriesly selain dari buzy buzy kan diri.

aku cuba gak dok bawah pokok pelam, dengan harapan, buah tu jatuh bedebuk kat atas kepala aku, dapat amnesia part orang yang perlu aku lupakan tu je. kan best. Nak duduk bawak pokok kelapa, overdose lah pulak. tu mencari nahas, dah lah amalan pun tak cukup lagi kan, lagi mau bunuh diri. lagi bodoooooh. =)

Bulan nie memang malankolik abis aku.
kengkawan aku, krew, pilot...suma dah menegur aku tak macam dulu.
sioooot. Camna lah aku nak jadi diri aku balik nieh hah...arrrghhhh...

MizzyN dah bising...
dia lebih suka aku rage daripada aku emo...hahhaha.
gila aa nie pompuan.

kengkawan aku pun dah tinggalkan nasihat pelik-pelik kat aku. hahhahaha. antaranya:
xpe..u kena kuatkan smgt tau..u xmo sedih2 tau...u kena jadi u yg dulu tau...mst mau happy selalu...u kena tnjuk kt org lain yg u kuat..x lemah tau...hahaha - hakim

ye lah...
aku akan happy-happy balik cam dulu.
dont worry ya guys.
harap-harap buah pelam dapat tolong aku lah...=)

OUT OF MY MIND bila mood swing...sapa boleh tolong aku lupakan masalah aku nie. benci lah, aku sendiri penat dengan diri aku....!

Total Pageviews