Jun 23, 2008

PISS OFF

There are many reasons kita boleh piss off..sekarang nie aku cam cuak giler nak datang keja. Takde semangat langsung. Sebabnya..aku cuak giler dengan suma orang. 1st skali of course le dengan my current boss (date-Jun'08). Why aku cuak dengan dia. One of da reason, she's always nak elakkan diri dari sagala benda yang boleh burukkan nama dia. Solutionsnya of course le kitoarang yang kerja kuli batak nie. Sampai one day, aku kena wakil dia gi meting. Aku pun dengan innocentnye pun...attend le meting tersebut. Rupanya ada maksud terselindung. Ceh. Hampeh. Seribu kali HAMPEH.


Aku mulanya takde lah heran sangat pasal perkara berbangking yang ditumbulkan. Tapi bila aku cuba nak betulkan sesuatu yang pengarah aku cakap, dan disebabkan Pengarah aku nie tengah bengang giler dengan bos aku, apa lagi...keluar le perkataan yang tak best dari mulut Kertu dia tuh. "Tengok la...Budak tak sekolah tinggi cakap. Cakap kurang hajar." dan perkataan Budak tak sekolah terus keluar dr mulut dia yang mmang tau menyembur tuh. Yang aku membahang, kompem la bila dia cakap semua benda tu dalam meting yang pastinya dah dipenuhi dengan semua bos-bos besar (harap je pangkat tinggi). Semuanya terdiam dan pandang aku..Malu tak hingat.


PAda aku la, aku tau u all pangkat lagi tinggi dari aku and much-much senior than me. Tapi please le, jangan le kuar perkataan tak sekolah, kurang ajar or whatever yang seangkatan dengan bodoh. kalau in private, no hal. Tapi kalau dah so many person in that room. What da F**k kan..


Tapi yang pastinya back to my boss. Please la, that's ur jobs la. ko nak kena marah ke, nak tunggang terbalik ke. tu kerja ko. terima je lah. Buat apa jadi boss kalau asyik nak jaga nama baik (kononnye). Pastu ko nak guna kuasa veto ko yang mana pangkat ko ngan aku hanya sejengkal cuma, untuk aku terima habuan yang patut ko terima. Apa kes. Kali nie memang aku Out of my mind le...

Jun 19, 2008

WALL.E

Academy Award®-winning writer-director Andrew Stanton ("Finding Nemo") and the inventive storytellers and technical geniuses at Pixar Animation Studios ("The Incredibles," "Cars," "Ratatouille") transport moviegoers to a galaxy not so very far away for a new computer-animated cosmic comedy about a determined robot named WALL•E.

After hundreds of lonely years of doing what he was built for, WALL•E (short for Waste Allocation Load Lifter Earth-Class) discovers a new purpose in life (besides collecting knick-knacks) when he meets a sleek search robot named EVE. EVE comes to realize that WALL•E has inadvertently stumbled upon the key to the planet's future, and races back to space to report her findings to the humans (who have been eagerly awaiting word that it is safe to return home). Meanwhile, WALL•E chases EVE across the galaxy and sets into motion one of the most exciting and imaginative comedy adventures ever brought to the big screen.

Joining WALL•E on his fantastic journey across a universe of never-before-imagined visions of the future, is a hilarious cast of characters including a pet cockroach, and a heroic team of malfunctioning misfit robots.Filled with surprises, action, humor and heart, "WALL•E" was written and directed by Andrew Stanton, produced by Jim Morris, co-produced by Lindsey Collins and features original and innovative sound design by Academy Award®-winner Ben Burtt ("Star Wars," "Indiana Jones," "E.T. the Extra-Terrestrial").
Tak sabar nak tunggu cita nie. Byk review cakap cerita nie best sangat. So Just wait and see je lah.

KUNGFU PANDA

Dah hampir 2 weeks aku tak tgk movie. Apa lagi alasan yang aku boleh bagi selain EKONOMONEY. Disebabkan semua benda dah naik..so, kena lah ada kaedah penjimatan yang sewajarnye (ayat poyo je nieh).


Cerita animation dr Dreamwork Animation nie, boleh katakan memang best..Takde berat sangat. Aku selalu tgk movie, tak pernah pun memikirkan tentang apa message yang hendak dibawa. Sebabnya, movie hanyalah for fun. Kenapa pulak kita nak ambik pengajaran pulak. Yang pastinya, yang baik akan menang dan diraikan, yang jahat akan dapat balasan.

Suara dipinjam dari Jack Black, Angelina Jolie (suker giler kt dia), Lucy Liu, Jackie Chan dan etc, mmg fun. Tambah lagi kita tgk seroang side kick yang pastinya selalu dipandang rendah mendapat keyakinan diri dan membuktikan dia pun boleh jadi seseoarang yang mampu membuat sesuatu.

Warna, Picture, Animation dia semuanya best. Boleh nampak budaya masyarakt China. Tapi yang confusenye, bila ending credit, ada tertulis Jackie Chan sebagai monkey. bukannya confuse apa pun, cuma, tak kedengarn langsung suara JAckie channye.

Aku sedikit irritating part Jack Black. Dia slalunya suka over. Even suara yang dipinjam pun rasa cam overnye...ieee...cuba le jgn cakap banyak sangat. BUHSAN.
anyway....aku kasi 3/5 bintang.

Jun 9, 2008

TAK GLEM

Aku bukanlah seorang manusia yang glemer pun. Pencapaian dalam hidup aku pun, biasa-biasa aje. Dan yang pastinya, aku tak pernah puas hati dengan apa yang aku capai sekarang nie. Aku pasti, Page aku nie takde le se glemer page Chedet. Tapi yang pastinya, aku tak kesah pun semua tu. Sebabnya, aku nie sangat pemalu jika sekiranya orang tahu apa yang aku fikirkan dan rasakan.

Tadi on da way pergi lunch, aku borak dengan housemate merangkap carpool friend aku. Kitaorang pun cita la pasal zaman skool. Dia cakap, masa dia kat Skool, benda yang paling dia takut, adalah kena pegi baca kat depan. Malu katanya. Tapi, aku dulu, masa skool rendah la. Sangat suka nak pegi ke depan. Just nak show off my kemampuan. Sebabnya, my parents cakap, aku umur 5 tahun, dah boleh membaca (terer gak aku dulu). So, bila aku cakap aku suka pergi ke depan, kawan aku cakap, patut le aku sekarang nie macam giler glemer (lebih kurang lah ayatnye.)

Bila sebut je gila glemer, hmmm....
aku pun tertanya gak. Dan tetiba mengimbas kenangan lalu, bila ye aku nie glemer?
sebabnya sekarang nie, aku nie ibaratkan wallflower (term orang zaman Victoria). Takde le suka mengexpose sangat kat mana-mana. Kalau boleh, just nak blend wit da croud. Sebabnya, aku nie sebenarnya pemalu. Malu sangat kalau orang pandang-pandang aku (hehehe..macam tak percaya plak). Tapi kalau korang semua yang kenal aku nie tak pecaya aku nie pemalu, Mungkin gak aku nie dah OUT OF MY MInD. (^0^)

ANUGERAH CEMERLANG

Apakah yg boleh didefinasikan dengan anugerah cemerlang? adakah seseorang itu akan dikatakan cemerlang bila seseorang itu menunjukkan tahap kerajinan yang maksima? adakah dengan membodek orang memabayangkan kecermalangannya dalam operasi kipas mengipas? baru-baru ini, sahabat aku dpt anugerah cemerlang. aku tak rasa kecewa sikit pun. sebabnnya aku tau cmana dia kerja. macamana attitude dia. macamana dr segi team work nye. padangannya nie bukannya pandangan peribadi. tapi pandangan umum sahabat2 aku yang satu unit dengan aku. dari apa yg kitoarng perkatakan. semuanya yg kitoarng tahu dari apa yang diperkatakan di atas adalah 60% fail.

reasonnya. dari segi team work. sahabat aku ni sangaaaat sangaat fail. dia memang seorang yang tak boleh buat keja secara ramai. mostly whatever benda pun yg memerlukan kerjsama suma orng. dia nk buat sendiri. smpai le satu tahap, kalau dah tak boleh nak survive, baru lah cari orang lain. (baguslah orng camni. senang kja kita). memang senang sangat sapa yang satu team dengan dia. tapi, macama mana pulak asyik miss communication je. puas hati ke...

contohnye. patutnye aku yang uruskan beli kereta. so aku uruskan le apa yang patut. dalam 1 week keta akan dapat. dah setel..tapi, dia pulak dengan perasaan kononnya dia aja yang dapat uruskan benda nie dengan baik, sibuk le talipon sana sini pasal nak beli kereta. uruskan pulak sorang2. tanpa bagitau dekat aku yang dia pun booking nak beli kereta. so, kereta yg dia beli pun akan setel dalam masa 1 week. macamana nie...?2 kereta yang akan dapat within 1 week. tapi bajet untuk satu kereta je. of course le...dia akan bagitau dekat boss yang kereta nak beli tu dah setel. dan boss pun akan pelik. kenapa pulak aku pun beli keta jugak. sapa nak nak bayar yang lagi satu tuh. korang dua nie tak bincang ke? tak bagi tau satu sama lain ke. of course le aku akan cakap. tugas beli keta tuh aku yang patut uruskan. kenapa pulak dia sibuk2. so..sbb teknikal probs...dh rugi. dah kena marah. padan muka kitaorng. hahhahah...commnucation fail. dah le tak nak kongsi info pulak tuh... (keja kitoarng bukannya pasal beli-beli keta ye...)

Dari segi perancangan kerja jugak fail. ada jalan mudah...nak disusah-susahkan. kadang-kadang aku pun tak paham. mula-mula tuh. aku rasa macam aku jealous dengan dia. tapi..bila buat survey. perasaan aku tuh (pada pendapat aku ler) tak le salah. sebabnye bukan aku sorang je berperasaan camni. sahabat-sahabat aku yang pernah kerja ngan dia pun rasa macam tuh. bayangkan. staf yang dah masuk kerja lebih setahun pun, bila diperkenalkan dekat orang luar still dia cakap staff baru (baru ker..??). sampai bila orang tuh nak dikategorikan sbgai baru....??(kompius..kompius) alamak dh lari tajuk pulak. anugerah cemerlang dari pemerhatian aku yang dah keja kat tempat nie selama 3 tahun. hanya lah tradisi yang akan dibahagi-bahagikan sama rata. tahun nie mungkin tahun dia. next year, tahun aku pulak...?? jadi mana perginya maruah title ANUGERAH CEMERLANG itu...???

Jun 6, 2008

HOME SWEET HOME

Nie le umah aku kt Kg...aman damai dan mengasyikkan...berlatar belakagkan Gunung Baling. Jangan diragui mengenai whether aku dah menaklukinya atau tidak. Of course le I already climb it. Somebody told me, b4 i climb others mountain in da world, I better climb da mountain near my house 1st. Akulah Raja di Gunung Itu...



This is da oldest part of my house. Still Solid. For me, this is da best part of my house.


This hadrworking and still handsome guy is my grandpa. i Loveeee him so much. he's da cooleest grandpa in da whole wide world...

MY LITTLE CUZ

Khadija n Irdina - minah 2 orang nie minat sangat dengan mekap2. aku pun tak tau sapa yang ajar ;P



this sweet little baby is my last cousin in line (for now). This sweetie name - Najhan. Bcoz i not frequently meet him, so..when i try to dukung him, he cry like crazy...



mini model. she like her picture taken. When da camera click...click..she will posing like true model. this supermodel name is Lisa Adriana.

Jun 4, 2008

CUTIE


Mula-mula tengok, memang teruja. Mereka-mereka nie sangat comel. CUTIE. Aku pun sebab dah lama geram sangat dengan benda nie, tanpa fikir panjang, beli lah. Sekali aku beli, 3 ekor terus.

1st week, memang excited. Siap aku beli set rumah untuk dorang lagi. Tiap-tiap hari aku layan benda nie. 1st thing bila balik keja, mereka-mereka ni la aku cari dulu.
Tapi excited aku nie, sekejap aje. suam-suam kuku gitu. by da time, masuk 2nd week..aku dah bosan. Dah malas nak layan. So, housemate aku nielah sekarang nie, sibuk membela mereka-mereka nie. Nama mereka-mereka ini pastilah nama yang glemer gitu. Angelina, Brad, Mr. Big (sorry guys...aku minat sgt dgn u all).

so, housemate aku yan baik hati nie, dah banyak habiskan duit nak mantain hidup diva-diva nie. sorry la ye. sampai situ je minat aku dekat u all semua...hehheeh. tapi yang pasti, masa aku beli korang semua, aku sebenarnya dah OUT OF MY MIND..!!!

JODOH ITU KETENTUAN TUHAN...

seriously..sekarang nie aku dalam fasa orang cakap dah sesuai nak kawin. Siapa yang tak nak kawin kan. Tapi jodoh itu semua dah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Siapa kita untuk menghalangnya.

Tapi baru-baru nie.aku ber'chatting' dengan kawan yang dah almost 5 years aku tak jumpa. Dan dia tanya aku soalan tipikal seorang sahabat yang dah lama tak dengar kabar berita.




"Ko dah kawin ke belum...?".
aku pun cakap la. "Belum..."
"Kenapa tak kawin lagi..?"
"saja...nak lepak dulu..enjoy tak puas lagi.." (biasa la. nie jwpan typikal aku pulak)
"Engkau nie. sampai bila nak enjoy."
"takde le nak enjoy sangat pun. cuma sekarang nie buzy sikit. kerja. lagipun JODOH TAKDE LAGI..."
"kerja? buzy?...aku pun kerja gak. boleh aje kawin. kita nie, kerja-kerja la jugak. tapi kawin tuh jangan le nak dielakkan...bla...bla..."


mungkin juga la, kawan aku tak perasan.atau pun just ignore apa yang aku tulis.JODOH TAKDE LAGI. dan dia terus le brain wash aku dengan kata-kata hikmat dia.bila dia terus je merepek kat aku macam-macam. aku pun dengan nada bengangnya just cakap. dah jodoh tak de lagi. sapa aku untuk halang apa yang dah ditentukan oleh Yang Esa.

Semalam. aku bertalifon dengan seorang sahabat aku. Just nak tanya tahap kesihatan dia.dia cakap dekat aku dia kena buat operation 16 June 2008. Sedikit Profile dia. Umur 24. dah berkahwin, anak perempuan yang comel sangat. Tapi sayanag. masa becinta bukan main meriah. tapi bila kawin. suami buat hal. Apa yang cantik, semuanya dah buruk belaka. sepak terajang dah jadi makanan harian. Yang paling agak tak guna sekali. berlaku curang (dh sampai tahap buntingkan perempuan lain), isteri yang baru lepas habis pantang, dipukul macam apa. Dan sekarang, hak miliknya yang melambangkan dia seorang perempuan juga akan hilang.

bulan lepas dia di dianogsis ada kanser rahim. aku terkejut gila bila dia beritahu aku pasal hal tu. (soo young). Dan satu perkara yang mengguris hati dia adalah pasal hubby kesayangan dia cakap, sakit dia tu dah menyusahkan laki dia. DUH...(double DUH). what da hell he's talking bout. MENYUSAHKAN.

padahal kawan aku sakit, sebabkan hubby tak guna dia tuh.

kadang-kadang aku tertanya gak. Adakah seseorang boleh berubah dengan cepatnya. Atau perangai/sikap sebenar yang dirahsiakan. Ye la...bercinta le katakan. semuanya haruslah di pandang Indah. Entahlah. Maybe aku dah Out Of My Mind......

Total Pageviews