Mar 26, 2010

KAKI BULI

...Hmm...
Ini sebahagian dari tugas aku kena buat...



Masuk ke kawasan yang sempit untuk artis-artis nie buat aktiviti.
aku jadi tukang gelak je bila ada yang penakut nak mampus.
Siap jerit-jerit cam hapa tah - hilang suara jantan dorang...




Ambik korang...
aku nie bab mendera memang sangat suka...




Preparation nak buat abseiling....

Mar 25, 2010

BILA IDA TAKDE LIFE

..Hmmm....

Aku tak tau ngupanya kerja kat bahagian production tv sangat memakan masa aku. Kenapa??

  • Aku tiada masa lagi nak meronggeng dengan hebatnya.
  • MizzyN tiada masa nak lunch dengan aku. Malah dia jugak terpaksa menyeksa diri dia dengan menaiki transport awam. Dengar kata dia sesat nak ke tempat keja....Padahal, bangunan opis ko tu sangaaaat besar sebelah federal highway. Camna ko boleh sesat hah??
  • Masa weekend aku di spend untuk membuta dengan jayanya.....arghhh. Plan memang nak membuta, tapi hakikatnya aku dok layan novel bagai nak rak..petang baru membuta dengan jayanya.
  • Banyak projek gambar terdelay. Sian pengantin tak dapat lagi album. Ampunkan aku....akan aku siapkan secepat yang mungkin.
  • Blog jugak tidak dapat di hapdate. Salah satu sebab, aku takde apa nak story. Dan genre cerita pun pasti akan berubah selepas ini.
  • Dan banyak lagilah....
Oh ya...aku sekarang di assign buat program lain pulak - xpresi kembara. Melibatkan perlancongan dan jugak artis....dan sesiapa yang kenai aku, pasti tau - aku tak minat nak berurusan ngan artis nie. Tapi aku minaaaat gila melancong. So, memang kenalah dengan jiwa aku.

OUT OF MY MIND bila artis pandang aku dengan herannya bila aku cakap aku tak pernah dengar lagu dorang. nasiblah...

Mar 16, 2010

BIGGEST LOSER ASIA - JACKIE SILALAH PERGI AUDITION..;P

..Hmmm....

Bila dah tengok Biggest Loser Asia...aku jadi teruja nak masuk. Tapi, probnya...berat aku nie sebenarnya tak melayakkan aku pun - aku rasa lah. Yelah...dari rekod pencapaian diorang dalam masa 2 bulan, ada yang dah hilang dekat 35kg, kalau aku masuk...hilang 35kg, mau tinggal tulang gamaknye....tambah lagi, kalau dapat masuk final, kena excersie lagi, nak tengok siapa penurunan lemak dia lagi banyak....of course lah aku menang kan...hehehehe.

Oleh itu, aku mencadangkan housemate aku merangkap kawan aku untuk masuk realiti show nie. Dia kata dia tak layak...Aku cakap, ok je. Apa kata, dalam tempoh 2 or 3 bulan nie, ko makan bagai nak rak, gemukkan diri...sampai ko rasa ko layak. Insentifnya = RM300++ ribu tuh...kaya beb. Kaya. Lagipun, dengan sikapnya yang periang, manipulasi dan juga cita-citanya yang nak pergi travel satu dunia, aku rasa dia antara yang boleh lepas ke final.



Carlo sebelum kurus...comei.



Carlo lepas kurus - hensem seh. Tapi David nie over sangat la tahap kurus dia.
Dah nampak rupa penagih dadah dah...Tapi sebab dia nak menang kan, kira relevan la alasan dia sampai kurus camni.




yeah...we adore ur body...

pic diambil dari fanclub dia kat facebook

So, sekarang nie aku tengah berkempen untuk dia pi Audition Biggest Loser Asia - season 2. Alah, kalau dapat masuk Top 20 pun dah orait. Sebab yang tak layak masuk bootcamp, kena turunkan berat badan sendiri juga kat umah. Siapa yang berjaya - menang duit jugak beb...Kaya..kaya..kaya.

OUT OF MY MIND beb....mana boleh aku nak gumukkan badan aku. aku sekarang kena bergerak aktif.

Mar 12, 2010

FACEBOOK

...Hmmm....

Funny Facebook Fails

OUT OF MY MIND sungguh...
see more funny facebook stuff!

BYE BYE MR. BROWN

...Hmmm....

Hari nie, geng-geng opice yang terbuang buat farewell party untuk rakan kami Mr.Brown. Mr. Brown sangat cool dan aku sangat suka dengan dia dari segi erti kata persahabatan yang erat yang berlainan umur mahupun jantina.

Beza umur kami hampir 15 tahun. Tapi dia tak kesah kawan dengan orang yang amarah macam aku. Dialah wikipedia bergerak aku mengenai topik-topik sensasi yang pasti mustahil aku nak tanya kat daddy mahupun uncle aku, mahupun jantan-jantan terpilih kat luar sana....Bukan aku sorang je ye suka tanya soalan cepu emas kat mr. brown nie...Mizzy N jugak....

lepas nie, agak payah le nak komunikasi ngan dia lagi. Dia dapat tukar ke tanah tumpah tercinta - Kuching, Sarawak. Best aaa...dapat balik jumpa bini. ceh, tetiba nak buat ayat jeles pulak....hahahhaha.

Anyway Mr. Brown, bergembiralah dengan family ko kat sana, tambah lagi anak-anak ko yang memang rindukan ko sangat-sangat tuh. Kalau aku turun sana, sila bentang karpet merah untuk aku ya.....

OUT OF MY MIND bila semua dah bawak haluan masing-masing dah. Kat sapa lagi aku nak luahkan perasaan aku yang huduh ini....sob sob sob



Mar 10, 2010

OUT OF MY MIND

...Hmmm...

suka gila aku dengan skin baru nie...cam sesuai je ngan aku. Saiko.
Jugak dia ada buku yang banyak...
Sangat aku....!!

MizzyN cakap aku dah poyo ngan gila.
Biasalah...dia kan sangat dengki dengan aku bila aku asyik angkat bakul sendiri.
kalau tak....takdelah nama blog aku nie OUT OF MY MIND.

Mar 9, 2010

GAYTHERING BLOGGER - TAKDE GAMBAQ

...Hmmm.....

Banyak benda sebenarnya nak update. Tapi masa masih tak mengizinkan. Sekarang nie aku sangat sibuk kena buli. Ye lor - budak baru katakan. Tadahkan je lah. Tabah weh...tabah....

1st nak sentuh sikit pasal Gaythering Blogger baju merah. Memang happening. Aku ngan MizzyN sampai agak lambat. Kalau tak dah tepat kul 3 dah sampai kat lokasi. Tapi memangdangkan peta dan arahan yang disediakan sangat "banyak", jadi aku sesat.

Dah la jem gila kat tengah-tengah hutan. Tak paham aku...apahal lah nak jem sangat. Agaknya suma umat manusia kat Kolumpo dan kawasan sekitarnya, semua sepakat nak keluar ramai-ramai nak penuhkan jalan agaknya. Ok...paham...bukan kami je gatai nak pi gathering pada Sabtu 6 Mac tu...orang lain pun.

Dalam dok jem tu, sempat lagi aku ngan Mizzy-N dok main agak-agak orang dalam keta lain yang pakai baju merah, mesti nak pi lokasi blind date tuh. hahahhaha....poyo. Maklumlah, aku nie tak pernah pi blind date dalam kadar jumlah orang yang besar...jadi agak teruja. Ye lah..kami jangka mesti ratus-ratus yang datang punyalah. Tapi...lega, tak ramai sangat. Bolehlah lah poyo lebih sikit....hahahahhah.

Lagipun air mineral kita orang beli tu bukannya banyak pun....
Maklumlah orang gomen dapat gaji awal.....itu je yang mampu.

Disebabkan kitoarng tak pernah sampai kat Hutan Rimba Komanwel, aku dengan innocentnya park keta kat luar. Kebetulan ada sorang brother blogger dengan family dia pun park kat tempat yang sama gak. Aku tanya ko...ko tanya aku, kitaorang pun jalan lah panjat bukit tuh. Pastilah aku ngan MIzzyN yang juara jalan depan.

Tetiba kitoarng nampak abang tu ngan family dia patah balik. Kitoarng buat tak kesah. Jalan jugak....Ego beb...Ego.

Bila dah suku jalan kitoarng naik, berenti jap tercungap-cungap. Abang aiskrim lalu. Dia kesian tengok kitoarng yang dok ngusung kotak mineral water tu, terus bagitau....

"Kenapa tak bawak keta naik....jauh lagi nak jalan dik..."
"oooo ye ke...keta boleh lalu eh...." innocentnya aku....
"a..a...lagipun bukit nie tinggi..."

sudah....
disebabkan naik bukit tu sambil memikul sekotak mineral, membuatkan aku tak payah lagi excersise selama 3 tahun....arggghhh....sayang lemak aku...terbakar....arrhhhh....

tambah lagi, bila aku kena lari turun bawah ambik keta pulak. MIzzyN langsung tak simpati ngan aku. Tapi takpa lah....aku rela. Kalau biar MIzzyN bawak, pastinya "title" ini akan muncul dalam blog Ondasence:

MASUK GAUNG AKIBAT TAK RETI MEMANDU.


hehehe...ampun...nadhrah.
Bila dah sampai....akibat VVIP sangat... kitoarng tak dapat goodies. Tapi takpalah, at least aku yang tak bertuah nie menang jugak cabutan bertuah...Korang ADA???



Bab membuli budak memang no. 1 mamat nie.




Aksi bahaya nie..
Hanya lakonan semata-mata



OUT OF MY MIND bila aku tidur, aku trauma sekejap. Terasa sesuatu. Adakah akibat mulut celupar ku...Tapi bak kata MIzzyN, kata-kata itu terkeluar time kat jalan raya. Apakah kaitannya....
saja nak buat cerita lah beb ;p

Mar 5, 2010

KENTUT AKU TAK BAU - SUNGGUH.

...Hmmm....

Aku sangat suka fakta ini. Sebab selalu aku tertanya, napa kentut kuat takde bau, kentut senyap sunyi, bau dia.....tau sendiri lah kan.

Lepas tengok fakta kat bawah nie, baru la aku tau. Thanx to onlineschools. dan aku terserempak dengan web ini setelah aku baca banyak fakta dari BLOG SERIUS - rajin mamat nie dok jalan-jalan dalam internet.

Facts About Your Farts
Via: Online Schools

ARTIS vs MENTERI -INI BUKAN GOSSIP

....Hmm....

Semalam aku kena pi tengok movie. Pratonton kot term dia. Nie adalah salah satu tugas yang aku kena buat sekarang nie. Tengok movie free, sapa yang tak mau kan. Dah lah tu, dapat goodies bag pulak tu...yang pasti, aku amik cap je..baju sudah selamat aku bagi kat pakcik aku. Kata dia nak buat pakai pi joging. Sungguh tak relevan pakai baju nama drift pi bawak jogging....

Sebelum nie, kat radio, tugas aku banyak melibatkan bidang protokol. Yakni berurusan dengan Parlimen, Istana, Ketua itu, ketua ini, YB yang best, YB yang hampeh...sampailah kepada golongan marhain. Aku sangat suka berkecimpung dengan golongan marhain nie, jawapan diorang jujur, dan kita tak payah nak poyo-poyo nak bermadah berhelah.

Berbalik pada cerita...
hmmm....apakah cerita yang aku cuba nak sampaikan nie.
Ok...cita dia pasal perbezaan 'status quo' yang aku perlu hadapi. Aku ye...bukan orang lain.
Aku kan sangat obses dengan diri aku....

Bila dah namanya launching film, of course le semua hero-heroin, pengarah, director, penerbit, tukang pacak..tukang lalu...semualah - Akan hadir. Jadi tugas baru aku nie, memaksa aku untuk intview mereka-mereka ini. Tanya soalan tipikal je - kata mereka. Aku ok je. Di sini tugas aku adalah sebagai pemerhati dulu. (So, shut up dulu, sebelum ko nak pertikai cara orang lain buat kerja ye.).

Dulu - aku nak inteview orang-orang, aku mesti la berbahasa-basi. Kena panggil Encik, Tan Sri, Dato datuk Seri panglima sari segala.

Kini - aku terkial-kial nak panggil artis nie apa. Takkan lah aku nak aci redah je. Takkanlah aku nak panggil dia Encik kot.

"En. Farid Kamil...En. Farid Kamil..."
sesuai ke??...cam panggil gaya nak masuk bilik rawatan kat spital kerajaan je bunyinya...

aku ubah taktik lagi...(hish, apsal la payah sangat nie nak panggil oranng nie.)
Mula aku panggil sorang artis nie abang nama sekian sekian....dia terus pandang aku semacam. Oppss...dia tak suka beb. Manalah aku tau. Aku tak di ajar etika bercakap dengan artis....

Last-last, sorang-sorang aku panggil nama je. Dah la aku nie tak berapa kenal sangat muka diorang nie. Maklumlah....artis malaysia nie i tak kenal lah. Tengok dorang pun, dalam tv je..kat luar rupanya muka dah lain.

Itu baru part nak panggil...belum lagi part nak intview diorang. Padahal nak tanya 2 soalan je pun, aku dah cuak. Dengan YB aku bantai je tanya 10 soalan sekali intview - patik jari je. (riak betul aku kan).

Masa nak 'tembak' artis dengan soalan, Sekali aku dah terkeluar soalan ayat dan frasa penuh ala-ala inteview YB. Penuh protokol gitu. Mau Dewan Bahasa & Pustaka bangga gila ngan aku. Artis tu terus pandang aku dengan tersenyum-senyum....ayoo....crew crew pun dah gelak-gelak. Hampeh. Bantai je lah...

Nak buat camna. aku memang tak biasa inteview artis-artis nie. Dulu, bukan main aku kena study subject yang aku nak inteview. Tanya orang sana sini, siap berkajang-kajang kertas aku print nak cari data. Telefon senior, tanya betul ke tak pangkat, bahasa ngan sebutan sebelum nak on-air.

Tapi sekarang - aci redah je lah dik oiii....



comei dia nie...nasib baik aku pompuan.
kalo tak, dah lama ngorat.

OUT OF MY MIND bila aku terkaget sebentar nak susun ayat tak protokol dalam otak....skema gila aku.

Mar 4, 2010

NO MORE LAZY LAZY BONE

...Hmmm....

Banyak benda nak cita. Tapi terpaksa delay. Maklumlah minggu nie dah start keja dengan jayanya...cemerlang gitu. Jangan tak tau, aku di assign bawah program remaja... Selamanya muda gitu. Kelassss.....!!

Malam nie cover preview movie baru...dapat tgk movie pree you allz. Jangan jeles. Bila lagi nak support filem tempatan kan, kalau bukan time dapat tengok pree...hehehehhe.

OUT OF MY MIND bila dah start menjadi gadis berkejaya semula....

Total Pageviews