Semalam aku pi kenduri kawan aku - sblah suami dia. Sebelum nie, di sebelah pengantin pompuannya, aku ngan Naderie jadi tukang amik gambaq tak bertauliah depa.
Kami bukannya terer sangat pun. Tapi sebab minat ngan suka, dah tu, dorang mintak capture dorang punya moment, kami belasah je lah.
Memandangkan aku, Jackie ngan Uda sampai lewat kat umah kenduri, maka kami boleh lah bersuka ria lebih sikit dengan kedua mempelai...perkara pertama Pengantin perempuan (nama Pizza) nie bila nampak muka aku, dia tak sabaq nak cita satu perkara. Mulanya dia tak mau cakap, tapi bila nampak muka innocent aku nie, dia takleh nak simpan cerita. Alah...bukan ngumpat pun, cerita ja....
Ceritanya camni. Lebih kurang jelah ye..aku tak berapa ingat exact word...maklumlah, makcik dah tua.
Pizza satu kampung ngan aku. Jadi, untuk sesi outdoor, hubby dia mintak buat kat satu lokasi di sawah padi belatar belakangkan gunung. Tempat tu memang tepi jalan besar pun. Jadi, dalam ondaway dia nak balik ke hotel dorang, dorang nampak lokasi tu. Aku ok je. Sebab sebelum tu, aku dah bawak paksu aku ambik Outdoor kat situ jugak.
Masa dalam sesi dok posing maut, Naderie, Pizza ngan Hubby perasan ada orang naik moto - dua tiga kali pusing kat lokasi tuh. Aku yang memang tak ambik endah kalau tidak kena mengena ngan diri aku - tak perasan pun. Ye lah, moto lalu, biasa lah. mana tau dia nak balik rumah....biarkan je lah.
Naderie cakap - Orang bawak moto tu siap berenti lagi dan tengok apa kitoarng buat kat situ. Aku memang tak perasan hal tuh.
Ok, balik pada cerita.
Pizza cakap, lepas sesi posing maut kat tepi bendang tu, petannya kawan kitoarng datang ke rumah dia. Dah agak lewat petang lah. Aku letak nama Tuah dengan Jebat lah. Malas nak pikir nama lain. Dan sebelum dialog-dialog dibawah diteruskan, lebih baik aku cerita sikit latar belakang si Tuah. Jebat nie takde peranan pun. Dia numpang datang makan kenduri je.
Tuah fotographer kat Kampung aku. Boleh kata, group diorang memang peganglah pekan kecik tuh. Gambaq dorang pun memang gempak. Aku akui.
Dan...tibalah masanya aku create kembali dialog kami di masa kenduri.....
Tuah tanya pizza - korang ke tadi yang posing maut kat bendang tuh.... Pizza balas ya.
Tuah cakap - itu tempat kitaorang. Sapa yang pecah lobang...??
Pizza terkebil-kebil terkejut - tempat hangpa? weh....Ida dah lama dah amik gambaq kat situ. (pizza saja buat cerita. kaber line).
Tapi tu tempat kami. - Tuah tak puas hati.
Mana aku tau. - Pizza balas
Dah lama ke, ida ambik gambaq - Tuah masih cuak
Lama lah jugak.....tapi dia ambik area Kolumpo - Pizza kaber line lagi. Aku sayang pizza time ni.
Perbualan seterusnya - aku dah tak ingat. Kan aku dah kata aku dah tua, tak mampu aku nak ingat semua dialog tuh.
Seriously, aku rasa lawak gila bila si Tuah tak puas hati sebab kami dah curik lokasi wajib dorang. Mana lah aku tau, itu port dorang. Lagipun, takde pun sign board kata itu Private property, hak milik Tuah bersaudara.
Tuan punya bendang pun tak kata apa, apa hal pulak dorang nak claim itu lokasi rahsia dorang. Piirah. tak profesional langsung. Ada ke.
Tulah Melayu - dengki nombor satu...tak penahnya nak letak dengki no- 100 dalam carta hidup.
Hello dahling Tuah - Lokasi itu hanya penambah perisa je. Kalau ambik gambaq suck, posing repeat, setting tak betul, tempat cantik pun jadi hampeh. aparaaaa....
lagi satu - si Tuah nie,adalah classmate aku dulu. geng-geng dia pun banyak aku kenal. Kampung betul pikir. Tak apa-apa.
Kalau lah semua fotografer pikir cam korang, maknanya, aku nie takleh nak nak amik gambaq kat Putrajaya, FRIM, jamban, tepi longkang, kat tong sampah, bilik mayat, hatta bilik aku sekali pun - sebab fotograper lain dah ambik gambaq kat situ, dan itu lokasi 'rahsia' dorang. budus betul...
OUT OF MY MIND masa kami amik gambaq kat lokasi tuh, ada pengantin lain jugak. Tapi kami buat tak kesah. Ye lah, biarlah dia buat keja dia. Kami keja kami. Tapi, rupanya fotografer tuh tak puas hati, siap call member panggil memantau lagi. Member dia yang naik moto tuh lah....stupid.
Masa kat Sungai Patani, ada 5 pengantin lagi kat lokasi tu- takde pun diorang panggil bodyguard halau kitoarng.
10 comments:
tu burung wak wak tu bukan penunggu sawah padi
har har nak bg tau kat tuan sawah suruh sewa tapak.. saper nak gambar sejam RM10.. hik hik
ada wak wak, bangau, ayaman , katak pancing banyak nak clim tu
tak semua melayu begitu tapi kebanyakan melayu aku jumpe mmg begitu...hampeh...semua nak selidik..kecoh...........aku pun marah.....
hahaha..
time senang memang keja nak membantai orang. Itu hak diorang sendiri-sendiri..
tapi time susah atau time berniaga MLM, mulalah keluar topik Melayu kena tolong Melayu.
Haha..
melayu kene tolong melayu utk tipu melayu...harap2 korang paham.
tapi bukan semua camtu.
drp matkool
cantek port tu...
tp kelako kan...tgok mentaliti stgh photographos ni...
wakakak
x sangka ade jugak otak jurugambar macam ni...
aku minat gak tangkap gambar
rumah aku kat taman negara kot
banyak sangat tampat2 yang cantik
dan buat setakat ni...x de plk orang tuntu tu port diowang amek gambar
kalu si Tuah tu baca coment aku skunk
ko adalah jurugambar paling pelik dalam dunia!
wakakakaka
mizzyn:
pandailah hang...
aznarina:
sebb x ramai tu lah yg jd nila. bg rosak habis semua susu2....
thoyol:
bab tu ngaku pulak melayu kena tlg melayu...blah aaa
matkool:
nak jumpa yg tak tipu melayu sndiri, mmg payah la beb. tambah skrng nie. lagi lah.
ajie:
mmg cantik gila...aku nk tgk, time orng bakar jerami, depa kalut tak nak pi tmpat tuh. mana tau, terlampau terer amik pic dlm asap tebal...
comel:
beb, better cepat ko pi pacak sign board kata port tu ko yg punya. siap charge satu kali klik rm1...ada berani???
hihi..kelakar teramat2 kelakar..
kalah Raja Lawak
Post a Comment