Nov 25, 2014

TRANSEBERIA - EUROPE BY LAND



non-stop solo journey....unplanned.
2 minggu pertama Elly follow aku dari Beijing sampai half Gobi Desert, mongolia. Pastu dia tinggalkan aku keseeorangan di gurun tandus itu. Untuk Transseberia kat Russia aku terpaksa plan dan kira hari aku kat sana supaya tak terbabas 30 hari visa yang dibenarkan. Aku masuk Russia betul-betul date start (0000) visa russia tu dan keluar sehari awal sebab memikirkan kemungkinan yang nak jadi kt border memandangkan aku tak register pun kat balai polis russia bila aku stay lebih dari 7 hari kat 1-1 tempat tu.
Nasib sebelum start journey aku dah tukar ic & lesen memandu dengan pic muka latest, sbb masa kat border Russia / Estonia aku kena tahan dekat 30 minit dan dia mintak semua dokumen pengenalan diri yang ada gambar. Maybe sebab aku keluar ikut jalan darat dan naik bas plak nak masuk europe, dan diorang agak tak biasa dengan passport baru kita yang kaler hitam putih ataupun jarang orang Malaysia lalu situ...so dia check lebih sikit kot.
ramai yang dok tanya pasai Invitation letter untuk visa Russia. Korang boleh beli kat agen yang memang ada kt Malaysia nie dengan harga RM200 or beli kat Realrussia dengan harga 15 pound. Atau bila korang booking hotel/hostel, korang boleh mintak free invitation letter tu. Kertas sekeping je. Aku dapat free bila aku beli tiket train secara online kat company tu.
Semua tempat yang map dalam peta nie nampak huyang hayang cam mabuk sebab bila dah masuk europe aku dah tak ketahuan nak pi mana. Aku ikut advice local or host aku untuk pi tempat2 yang best dan target aku memang aku nak jelajah eastern europe pun. Sebab aku rasa tempat-tempat tu exotic nak mati dan MURAH.
Bagi yang nak itinerary kat europe...aku tak mampu nak bagi, tapi boleh advice lah tempat mana yang best dan pi begantung kepada apa yang korang cari. Kalau Transseberia...ya aku boleh advice dan bagi itinerary tu...dan sapa nak ambik trip nie dan behenti-henti kat Russia, plz plz calculate betul-betul berapa hari nak berenti supaya tak overstay.

Nov 20, 2014

AKU DAN BACKPACK

Nie lah rupa wardrobe bergerak aku sepanjang aku travel 4 bulan dari Beijing ke Europe ikut darat. Makin hari makin berat aku rasa. Taktau berapa kilo aku dok galas. Yang pasti dalam tu dar Beijing hanya penuh dengan makanan je....Bila makanan berkurang, penuh dengan baju sejuk pulak...sebab aku tak tahan winter & spring kat sana...tepaksa beli jaket, sweater, glove, selendang bagai....memang orng tropika sungguh aku nie. 



Beg aku nie agak old skool. Dah beli 7 tahun yang lalu, masih tahan dan mantap. Yang buat aku kental adalah support besi kat belakang dia tu...so, aku rasa ringan sikit lah. lepas sebulan travel, aku belajar untuk tidak punggah beg aku semua sekali tiap kali aku stop mana-mana. Nie semua aku alert betapa susahnya aku nak ambik barang masa dalam ketapi Transsebiria. Nasib aku bawak beg kain putih tu...so aku dh letak dlm tu spenda pakai buang, barang mandian dan jugak makanan. So, senang je aku godek-godek kat dalam tu je....Dah macam gaya mak bapak bawak beg diapers dah....



 perkara utama yang menyebabkan aku mampu berjalan berkilo meter dengan beg nie adalah KASUT. bagi yang nak travel, silalah beli kasut yang ada support kusyen dan lembut ketika berjalan. Kasut aku pakai nie Solomon untuk trekking. So sangat multipurporse. segak time jalan kat bandar....mantap time trekking kat gunung...jimat duit. Aku ada probs sakit lutut, so aku selalu mintak suggestion kat pekedai untuk cari kasut yang kurang bagi impak/tekanan kt lutut aku...so, cari kasut yang sesuai ye tuan dan puan. 

Time aku travel, bila aku bawak beg nie....semua orang (aku rasa) yang dok tengok aku dari belakang mesti berharap sangat aku pusing dan nak tengok sapalah yang bawak beg besaq dari tuan nie...memang banyak kali bila aku nak metro ke apa ke...bila aku kalih ke belakang or tukar posisi, ramai tengok aku...boleh kata suma orang tengok aku...ye lah, dari belakang macam dah beg bergerak...huhuhuhu...

OUT OF MY MIND bila aku dah rindu dengan beg nie.....nak suruh aku menggalas lah tu..

Nov 19, 2014

AKU RINDU INTERNET LAJU

...Hmm....

Benda yang paling aku rindu bila travel haritu adalah KELAJUAN INTERNET YANG SANGAT LAJU.

memang gila laju internet dia beb. Ko boleh download movie dalam 10 minit siap. Gila tak. Kalau series pulak...30 minit siap 30 episod. Gila bahagia. Bayangkan, Lithuania negara europe nun kat hujung dunia yang tak femes pun internet dia laju gila....aku sangat teruja.

Tapi ada jugak negara yang sangat stress dengan internet dia. Mana lagi kalau bukan China. Dah lah dia ban semua major/famous media sosial...sampai nak google lokasi apa bagai semua susah. Rasa nak hempuk handphone. Tapi nasib baiklah host couchsurfing aku si Yvonne yang sweet manis jelita tu ajar camna nak bypass internet kat sana. Tengkiu darling.

Tetiba aku nak bercerita pasai hal internet nie sebab lanie aku tengah nak download sesuatu...dah 3 hari tak siap lagi nie....ARGGGGGGG....Malaysiaku.

OUT OF MY MIND rasa cam nak hempup lappie nie.


Oct 20, 2014

LAKE BAIKAL - OLKHON ISLAND.

*aku copy paste dari apa aku share di group travel.


Saya sampai lokasi nie masa ambik trip Trans Siberia. Lokasi ini antara jadi idaman nak pi. Lake Baikal nie planet deepest & oldest lake.

Waktu sampai, bulan April. Off Season. Pulau tutup. Nasib baik sebab dapat host couchsurfing kat sana, dan dia ajar camana nak ke pulau tu. Sebelum tu saya pegi stesen bas kat Irkutsk nak beli tiket bas...memang takde. Kecewa gila. 

Saya advice, korang pi lah bulan feb/jan....boleh tgk fenomena ais yang frozen gila dan mcm jln atas kaca. Bagi yang terpegi time offseason (mid april - june) cara-caranya adalah:

- Kalau ambik transsebria train, turun kat Irkutsk. Ada juga flight ke irkutsk nie.

- ambik minibus di Irkutsk ke Khuzir. Perjalanan dlm 5-6 jam (dlm 300km camtu). Pergi seawal 8am. elok booking dulu, selalu full. Cara booking samada mintak tlg hostel korang or pegi je kat depan seberang jalan stesen bas...ada minibus banyak2 tu...itulah dia. Harga dalam 500 RUB.

- dah sampai kat jeti, ada hovercraft. Harga dlm 300 RUB 1 way. untuk local, free aje. Khidmat hovercraft nie pun atas belas ehsan utk orng luar yg gatai jugak nak ke sana walau dah cakap pulau tu tutup.

- Kat seberang sana, dah ada van yang tunggu untuk sambung perjalan ke Khuzir. Tak payah bayar dah. naik je. Khuzir nie lah perkampungan yang banyak hostel dan hidup. Tapi malang bagi saya sbb off season. Kedai runcit je bukak...segala mak nenek kedai/restoran ke apa ke semua tutup. So, survive makan cekelat, air milo dengan roti je lah.

- Nak Balik ke irkutsk, boleh beli tiket minibus kat Nikita homestead. Booking awai jugak. Sebab Off season...macam mati akal sikit. Untuk pusing pulau, selalu ada local yang akan offer trip nie...jadi 3 hari saya dok berulang alik ke nikita homestead nie dok tunggu kot ada tourist lain nak join sewa van pusing2 pulau. kehidupan kat sini sangat sangat sangat minimalis...terasa cam hidup zaman dolu-dolu. Sebab saya stay dengan host couchsurfing, so aktiviti banyak sikit lah macam bekebun, merayau naik basikal, kacau pakcik mancing, layan budak main bola dll.

tak rugi datang sini, best giler beb. 


 nie antara contoh rumah yang ada kat Olkhon Island nie. 



 keta nie bukan bejalan kat atas jalan darat yang tutup salji. Tapi atas tasik beku tuuuuuu...laju kemain dia drive. 



 Penduduk pulau nie majoritinya sebelum ini beragama Shaman. Yang mempunyai bentuk-bentuk pemujaan. Dan kat sini antara lokasi upacara pemujaan berjalan. Ada influence dari Mongolia jugak. Ye lah, tak jauh pun dari Mongolia tu. 



 hello....im patrick...spongebob squarepant...!!



ini sunset.... 




 Ini perempuan Malaysia yang tengah posing di tasik beku. 



Ini masa nak pi pusing pulau. Terasa dalam film zaman dolu-dolu tu...Berangan jadi gadis Bond sat. Kebetulan pulak ada 2 askar amerika yang sangat sado dalam van nie..... =D 




view yang main snap aje.....



Minah malaysia cuba buat aksi patrick lagi di hujung gunung dengan perasaan yang amat takut sambil mengimbangi body dari ditiup angin 



takdak caption.  



 cubaan menurun....



tengah dok tunggu Hovercraft. Nampak dak yang kecik tuuuuuuu.....




 tengah nak naik hovercraft.....



 anak host aku yang dia tak paham apa aku cakap, aku pun tak paham apa dia cakap. asyik dok ajak aku main pasir je....



naik beskal, pusing pulau yang aku hanya nampak penduduknya setiap sejam 2 orang aje. Betapa aku rasa macam lepas zombie Apocalypse




 selfie sikit


 lagi selfie....



view dari dalam bilik aku.....mampu keluaq dlm 4 jam je...lebihnya aku betapa dalam bilik. Sejuuuuuuuk kot. 




 dapur dalam bilik aku....dengan heater yang kecik dan jugak tong ayaq. yep...dorang takde sistem perpaipan. Syukur Malaysia masih aman.  



ini kereta hotwheels 

 aku guna kasut nie je sepanjang travel. Agak waterproof dan selesa dan multipurpose.




 let it goooooo...let it gooooo....




selfie lagiii



ombak yang beku.....cantiklah formation dia...hhuhu 



 mari mengacau pakcik mengail....



owner nikita homestead. Mr. Nikita. baik orangnya.....









nie lah kampung Khuzir. kocik aje. 


so....tempat nie memang OUT OF MY MIND gila. Dan aku plan nak pi lagi dalam musim winter, 

Oct 8, 2014

FAQ FOR SOLO TRAVELER (WOMAN)






OUT OF MY MIND cam poyo nak mati jawapan aku...hehe

Oct 7, 2014

SAKIT GIGI MASA TRAVEL ADALAH SANGAT DURJANA

....Hmmmmm....

Sepanjang perjalanan solo aku selama 4 bulan haritu, selain demam, aku takdak lah jatuh sakit kronik sangat selain dari sakit gigi. Yup, aku di uji dengan sakit gigi yang tahap nak hantuk kepala kat dinding, tahap nak cari playar nak cabut sendiri gigi tu. Geram sungguh, masa kat Malaysia takde pulak tanda-tanda nak sakit gigi tahap gaban nie.

Punca sakit gigi...aku taktau. Salah satunya mungkin gigi bongsu aku saja nak test power, nak tumbuh time tu. Satu lagi, gigi geraham aku tunjuk champion...dia dah berjaya bagitau dah belubang dengan teruknya. 

1st aku sakit masa aku ambik trip pi Gurun Gobi. Maybe sebab sejuk, so terasa ngap ngap ngap dia tangkap. Lepas telan penadol ngan ubat tahan sakit apatah Elly bagi, aku dah ok. Boleh tahan lagi lah. 

Pastu paling menggila adalah hari last aku kat Ulan Bator, Mongolia. Nasib masa tu aku decide nak tidoq kat hostel sebab nak mandi dan jugak senang aku nak tukar duit ngan kejar ketapi esoknya. Nak jadi cerita, malam tu aku tak leh tidoq langsung...sakit gigi tu hanya tuhan saja yang tau. Puas makan sampai 2 bijik Uphamol...tak jalan, nak makan lebih aku takut aku yang 'jalan'.....so, aku tepaksalah besabar tunggu klinik/hospital bukak. 

Apa aku buat nak lupakan kesakitan yang amat sangat tahap derita memang ku tanggung sendiri? Bangun tidoq, pi lepak kat ruang tamu, baca buku, layan tv....cuba-cuba tidoq...fikir aku nak pi hospital ke nak pi klinik. Kalau pi klinik kompem mahai nak mati. Kalau pi hospital, aku tak tau tahap teknologi dia macam mana. Entah-entah dia cabut pakai pelayar...entah-entah dia tak bius. Aku dah lah penakut dengan dokter gigi. Tambah aku dok kat negara yang nan-hado time tu. 

Hah, time nie lah perangai diva nak muncul. Nak hygenic aje. Under estimate negara orang. 

So, esok paginya aku tanya orang hostel mana klinik gigi terdekat, rupanya belakang hostel dan memang dekat pun...maka aku pun pi lah klinik tu. Sebelum check, aku tanya dulu harga. Ye lah, aku bukan bawak banyak duit. Pastu dah la swasta. kang dia charge aku sampai RM500, tak ke naya. Lepas dia cakap servis + charge bius + tampal semua dalam 25 dollar, aku pun oklah....

Gigi aku berlubang rupanya. Dia tak bagi cabut sebab aku tengah travel. Takut nanti aku demam terus. So dia tampal dengan temporary punya palam. boleh tahan sebulan je katanya. 





aku dah cakap, aku penakut. hambik 2x dia tepaksa bius aku. Sebab aku tak tahan sakit. Bila dah setel, kena 40 dollar. Ah sudaaaaaaah. Aku ada 30 usd je time tu. Nak bayar dalam euro dia taknak. Aku tak tau nak buat apa, aku tinggal pasport aku kat klinik tu dan berlari cari Money Changer. 

Bayangkan, dengan keadaan gigi dok berdarah lagi, dengan mulut kebas nak mati. dengan sakit dok menanngkap-nangkap otak...aku tepaksa berlari cari Money changer. Arghhhhhh....dugaan apakah ini. Dah gaya Amazing Race pun ada. Aku rasa aku zombie yang numb 1 muka pun ya.

nasib lepas 10 minit, aku jumpa. aku tukaq duit. aku lari pi balik klinik dan bayar dan mintak pasport aku. drama sungguh nak tampal gigi pun. 

Balik hostel. pack barang. ambik teksi, kejar train nak ke Rusia pulak.....dah lah nie start trip aku solo nak train, macam-macam hal sungguh. Beg berat. sakit gigi. nak cari train. tak reti baca sign board. Tak sempat beli bekal makanan....

orang tengok aku ke hulu ke hilir....lantak lah. Ye aku unik, dah takyah nak tengok aku lebih-lebih. 


muka orang sakit gigi ya hamat. Lantaklah aku tak fabulous pun time nie. 



Kedai kecik kat stesen ketapi Ulan Bator yang sempat aku beli roti krim. 


Naik train. aku duduk je dengan muka monyok. Tetiba naik sorang sami, 1 kabin dengan aku. Dia tak reti cakap omputih. Aku apatah lagi nak reti cakap Mongolia kan. Aku senyum.....dia senyum. pastu buat hal sendiri. 

Keretapi begerak. aku tidoq lepas makan ubat. Aku bangun tidoq, sami tu tengok aku lagi. Aku minum....makan roti...aku tidoq balik. Aku bangun tidoq...sami tu tengah dok makan daging, dia semawa kat aku. Aku tolak....dia dok tolak-tolak lagi suruh aku makan...arghhh camana aku nak tolak pelawaan dia, kompem lah daging tu tak halal kan. Memang aku ada terbaca yang penumpang ketapi orang Mongolia dengan Rusia memang baik hati, akan share makanan dorang dengan kita. 

Nak tak nak...aku buat lah isyarat sakit gigi kat dia....
dia pun cakap "aaaaaaaaaaaaaaaaaaa....."
pastu dia buat bahasa isyarat yang maksud dia mungkin " oooooo...patut ko keja tidoq je..."

dia godek-godek beg.
aku perhati.
dia dok godek beg cari apa pun tak tau....

tetiba dia sua kat aku herba. dengan bahasa isyarat, dia suruh aku ambik dan letak kat tempat sakit. aku pun ikut lah arahan dia. Rasa cam teh. Cuba je lah kan...

Perghhhh...memang mujarab lah. lepas 30 minit...sakit hilang sikit-sikit. 
Kitaorng berbual cara ayam ngan itik. 
dia tanya aku dari mana...aku tunjuk pasport tulis MALAYSIA. Tapi dia tak reti baca bahasa latin. Dia selak pasport dia...pastu dia tunjuk cop INDIA...tunjuk kt aku. Aku cakap bukan. payah betui ada darah mix antarabangsa cam aku nie. INDIA lah, NEPAL lah...

Aku cuba imitate camna orng Mongolia sebut MALAYSIA. tapi usaha aku tak berhasil. Takpalah...aku tak rasa dia tau mana Malaysia. 

Yang penting aku terima kasih lah kat tokwan sami yang bagi herba yang jaga aku masa dalam train dari Ulan-Bator ke Ulan Ude, Russia. Dia ontheway pi Moscow. Aku taktau dia nak buat apa kat sana. 

Sakit gigi aku terus hilang lepas tu. Rugi pulak aku rasa tak mintak lebih teh dia. Sebab sakit gigi tu serang aku balik lepas 2 bulan kejadian dekat Mongolia....oh shit super shit. kenapalah gigi aku suka sakit time aku dok tempat yang aku payah nak dapat access klinik dan hospital.

Lokasi sakit gigi next...di tengah-tengah perkampungan di Romania yang aku berkhemah selama 6 hari dan makan ubat tahan sakit period pun tak jalan dan aku terpaksa kumur dengan alkohol nama PALINKA yang tahap alkohol dia adalah 60-70% yang membuat dalam mulut aku bukan aje kebas, malah rasa terbakar....huwaaaaaaaaa....!

OUT OF MY MIND gila bila dh balik Malaysia, haram gigi aku nak sakit. 


tokwan sami dengan mangkuk teh dia dan beg sakti.  



view pengubat sakit gigi.





Sep 30, 2014

NADER DAN AKU

...Hmmm...

aku dah tak jumpa dia dah dekat setahun rasanya. 
Anak dia yang no-2 nie pun aku tertengok kat FB. 

Tapi aku tau, walau kami nie haluan seorang ke bulan, seorang ke matahari....tapi kami tetap kawan jugak.

Nak cerita hal poyo-poyo aku pun dah cam tak kena. Bukan apa, aku tak tau masa bila dia letih, masa bila dia busy, masa bila dia tidoq ka apa ka....so lebih baik diam diri je lah.

Dia pun, aku rasa tak tau masa mana aku tidoq, masa mana aku rasa malas nak angkat tepon dan masa bila aku dok hadap novel...so, lebih baik diam diri je. 

Tengok pic bawah nie, sapa kata dia lupa aku....kemain aku dapat handbag yang memang kena ngan taste aku walau aku rasa cam risau sikit sebab jenis ada butang/kancing cabut buang 3 in 1 nye stail...tapi aku suka. Lagi pulak, dia mesti mintak mak dia masak kuih tradisional johor nie bila aku cakap aku nak rasa....lagi pulak dia bagi aku t-shirt yang aku konfem hubby dia dapat masa pi buat coverage. 

Tak kesah lah...ingatan tulus ikhlas tu yang penting. Aku pun ingat dia. Aku ada beli perfume dari Bulgaria dengan magnet Rusia, tapi aku kena korek kotak dokumen aku dulu....oh malasnyaaaa.....nantilah ye...

apa pun, wei member, aku rindu nak buli ko...hehe


baik kan dia.... =D


I MISS ITALY


















Sep 29, 2014

NEXT QUESTION PLZ.....

...Hmmm....

perkara paling aku rasa super annoying buat masa nie adalah perkataan KAHWIN. 

'ko bila nak kawin?'
'ko biar betul takde boifrend'
'nie dah puas jalan, bolehlah settle down kan'
'dah dah lah tu enjoy.....dah tua...target kawin lah pulak..'
'takkan ko pusing 1 dunia, ko tak jumpa orang yang ko rasa nak kawin?'
'ko memilih sangat....tu si polan tu kan bujang lagi, dia cam suka kat ko, terima je lah'
'alah...ko ajak je si A tu kawin, korang pun dah lama kawan kan...'

dan lagi....dan lagi...dan lagi....

rasa nak flip meja, nak hantuk kepala.
dari rasa nak kawin, terus rasa nak menongkah arus, fedap...hilang rasa nak kawin tu.
Eh, menongkah arus tu bukan nak ke arah lain, saya masih suka lelaki ok...

Fine. aku bukan taknak kawin, cuma tak jumpa seseorang yang aku ada rasa perasaan nak spend hidup aku dgn dia lagi. Kalau ada pun, sampai satu masa, jodoh takde pulak (senang cakap lah). Apa aku boleh buat. kan kan kan...

Ada kawan aku berpendapat, alah jangan memilih, kawin je dengan orang yang ko rasa ok, sesuai, baik bla bla bla....kalau tak serasi, nak buat camna, divorce je. Boleh ke buat pilihan camni, gamble, tak sesuai, blah. Cerai tu aku rasa benda yang tak mudah dan bukan je melibatkan perasaan aku dan dia, of course lah perasaan family jugak kan. Ini macam kawin nak menghalalkan cara je.

Masa travel, dekat 5 orang jugak yang ajak aku kahwin. Tapi aku anggap benda nie hanya macam travelbug, macam cinta di perantauan gitu. aku pun tengah onthemove time tu, dan aku anggap ia hanya macam crush sahaja.  Kalau betul ada jodohnye, kita tengoklah camna nanti...huhuhu.  Hah, memang cerewet kan citanya. mungkin....mungkin kot =P

Pada aku, kahwin tak kahwin....semua tu dah ketentuan kan. Mungkin ada sebabnya yang kita sendiri tak pasti. Mana tau pasni Fahrin Ahmad tu jodoh aku *wink wink*....sedangkan Alma alamuddin umur 36 baru kahwin...dapat kawin pulak dengan george Clooney yang yummy, aku baru 32....relax sudah...hahahaha

Bila 90% kawan sama umur ko dah kahwin...ia jugak menjadi satu stress. Kerana dunia ko dah berbeza dengan dorang dan ko cuba paham dorang dan dorang cuba paham ko dan masing-masing tak akan faham sebenarnya. cannot related gitu, at the end...ko bawak haluan diri ko, aku....dunia aku. 

Oleh kerana itu...kalau orang bukak cerita kawin...aku memang akan buat muka fedap...duuuuuh. dan kalau jumpak aku, plz plz plz plz.....jangan lah tanya soalan nie....letih tau. dont worry aku tengah berusaha memikat abang bawah ini....ngeeeee


hello bakal boifrend


yeah....im 32 and fabulous gitu....gedik sikit



Total Pageviews