Jul 11, 2011

KUNCI OH KUNCI

Hmmmm....

Pagi nie aku sengal dan bebal. Bebal to da max. Dah siap dressing bergaya habis. Dah mekap kasi comel sikit, tetiba sesuatu terjadi. dah la harus ada kat office paling lewat jam 9.00 pagi. Kalau dulu, aku bantai paling lewat jam 1030 pagi, tapi sekarang dah tak boleh. Bos baru...hormat. hormat.

eh, jangan aa tuduh aku pekerja tak bagus. even aku pi lewat...aku tetap cukupkan 9 jam yang diperlukan. Baguskan aku....

dah comei, dah bergaya. seluaq yang baru beli pun menambahkan keanggunan aku nak pi kerja.

Tapi spoil. Kunci rumah aku hilang. Aku sure dan kompem, kunci tu memang aku letak dalam handbag lepas aku masuk. Tak pernah aku cuai dan lalai camtu sekali. Kalau takde kat dalam bag sekalipun, mesti ada kat dalam bekas mekap aku. Situ je. Tapi apa cita pun tak tahu lah. Agaknya penat nak gila nak mampus sangat malam tu, aku main bantai lempar je.

Ye lah, mana tak penat. hari jumaat lepas keja, kul 2.30 pagi aku gerak pi Aloq Staq. Paktam aku sakit. Dah dekat 2 bulan dia terlantar kat hospital tu, baru minggu nie aku berpeluang nak lawat dia. Bertuah punya anak sedara. Tak kenang budi betul aku nie.

Aku drive dari KL sampai jam 730 pagi esoknya. Sampai je umah Along (maklong sebenaqnya, tapi panggil Along. Saja suka), terus aku adik beradik membongkang sampai tengah hari. Bangun tidoq, terus pi hospital, lepas tu semua sedara mara aku ajak pi makan-makan kat Kuala Kedah. Lepas tu, tok dengan wan suruh balik Baling sebab nak suruh balik makan buah. Sebagai cucu kesayangan, kami pun balik lah Baling. Malam baru sampai. Merayau pasar malam sat.

Dah balik kampung, kul 10 malam camtu gerak pulak pi air panas Legong sampai kul 1 pagi. Sembang tah apa-apa sampai lah jam 3 pagi. esoknya balik KL....gila penat siot.

So, kesahnya......kunci aku hilang je pun.
Cari habis satu bilik. tilam, bantal, baju, tong sampah semuanya aku cek. Tapi takdak jugak. Gila stress. gila geraaaaam. grrrrrr.

Akhirnya, aku baring balik, ambik angin sepam dua. pikir balik kronologi apa aku buat semalam. Akhirnya aku nekad nak check kat satu tempat walau tak logik, dan aku rasa itu bukan AKU untuk buat benda tu.

Tapi...ternyata aku buat. Ternyata aku dah tua nyanyuk. Ternyata aku sangat letih.
Kisahnya....kunci rumah aku dah letak dalam peti ais dibahagian simpanan buah-buahan dan jugak sayur-sayuran. Yes....kunci rumah aku dah simpan dalam peti ais, besi kunci tu pun dah sejuk nak mampos!!

apalah aku pikir masa tu. macam mana boleh sampai kat situ letaknya kunci tu. haish..

OUT OF MY MIND aku rasa. aku perlu tukaq tagline aku nie....mmm...

2 comments:

Diana @ BKKC said...

hahahaha...nasib jumpe...kalau tak..tak gi keje lah gayanya

NenetPenne (NP) said...

dalam peti sejuk?? ha ha ha...

Total Pageviews