Jun 22, 2011

MENCARI BUKU MA LEE CHUSWAN

...Hmmmm....

Bulan nie aku agak obses dengan novel-novel melayu. Terbaru lepas aku godek forum sana sini, ramai yang cadangkan Ma Lee Chuswan punya karya. Tak pernah baca pun. So, dari 90% review mengatakan ia novel edisi susah letak, maka aku berkobar-kobar mencarinya sekarang nie.

Di MPH dah takde. katanya novel lama sangat. dan sebenarnya aku selalu je nampak cover page novel-novel nie. Tapi tak pernah ada hati nak beli. Dan aku percaya selalunya novel keluaran creative memang tinggi sikit gaya mutu penulisannya.

Bagi yang termasuk dan terperangkang dalam blog aku bila korang google nama Ma Lee Chuswan nie, aku sebenarnya takde pun novel tu. So, dengan ikhlas cakap....

KALAU ADA SESAPA MAU JUAL NOVEL INI, AKU SANGGUP BELI DENGAN HARGA ASAL WALAU 2ND HAND. TOLONGLAH.....

nie sebahagian novel dia. pic thanx kepada google.





OUT OF MY MIND dah tak sabaq nak baca beb. stress gila rasa. Ye, aku seorang tamak buku. so what??

Jun 21, 2011

NOVEL NAK JUAL TAPI....

...Hmmm....

Aku mau jual novel nie. RM20.00 je. harga betul dia RM26.00
Kalau sapa-sapa mau tukar pun boleh...tak kesah.





Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya. Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya


Sebab aku nak let go:-

- Aku sakit hati dengan logik logik yang tah apa-apa.

- nampak sangat penulis dia tak buat research dan penyelidikan yang bagus. Aku tak kesah kalau berangan. Tapi biarlah lah logik. Yang paling aku rasa kelakar bila CEO pakai Gen2. Wow humblenya lah CEO dia kan. Kalau dia pakai VIOS, ok fine...tapi penulis nie describe watak tu sebagai sorang yang dibesarkan dengan penuh kemewahan dan jugak kejayaan. Aku tak rasa jiwa watak itu akan sekadar berpuas hati dengan membawa kereta Gen2. Kalau Perdana, boleeeeeh la....agak boleh la....jugak terima.

- Banyak sangat ayat-ayat atau dialog yang kebudak-budakan dan aku rasa nak lempang dan jugak berulang. Enuff said!

- Mostly aku akan skip beberapa muka surat bila dah super irritating dengan sesebuah novel. Dan novel ini adalah salah satu darinya.

- Malas cakap banyak, kesimpulannya kita boleh tau serius ke tak serius or kebudak budakan or matang ke tidak penulis ini bila tengok gambaq profile dia. Myspace stail beb. Dengan mengambil gambar dari sudut atas dan memandang ke kamera dengan bajet comel. Terus, seriously mati rasa mau baca!! (never trust author with myspace profile picture...!! - ayat pengajaran dari aku )

OUT OF MY MIND tak aku, padahal aku nak jual novel nie, tapi bukan main aku dok kritik. Kelas kau maria kalau orang tak nak beli.....!!

Jun 17, 2011

ASKAR WATANIAH YANG GLEMER GITU

Korang rasa apa tak kena dengan gambaq nie. Sekali aku tengok je, aku dah tak tahan nak gelak. lawak siot. Agaknya photographer nie mesti nak kenakan artis-artis nie dengan ambik full shot dorang. Kalau situasinya masa catwalk, aku tak heran. tapi.....



Nah, ini rupa sebenarnya gadis gadis yang masuk askar wataniah.
Cuba teka mana aku??
*oh malunya...lari masuk tandas*




Dari skolah menengah lagi dok gila hitamkan kulit. Maklumlah orang putih kan suka wanita berkulit tanned...
*katakau*

OUT OF MY MIND bila dok teringat masa training askar wataniah dulu. Gila...!

Jun 6, 2011

#2 RANDOM JE

...Hmmmm....

Aku lepak dengan 2 orang jejaka yang aku istiharkan sebagai kawan baik aku. Segala rahsia dorang aku simpan dan jugak ada aku cerita je kat orang. Sorang dah kawin. Sorang dah bertunang. Aku...cam biasa single.

aku: Korang rasa lah kan, orang lelaki tak berani nak approach aku sebab aku bagi vibe yang aku dah ada pakwe ke or sebab lain? (tetiba gatai tanya)

mamat dah kawin: kau antara perempuan yang sesuai di buat kawan. Tapi kalau nak jadi isteri, kurang sesuai.

OUT OF MY MIND sentap......!!

RANDOM JE

....Hmmm.....

aku dengan sepupu yang berumur 6 tahun. Lisa nama dia. Dia seorang yang sangat nakal dan sangaaaaat suka main. Dia kenal huruf semua. Tak pandai mengeja dan membaca lagi. Tapi, apa je yang kita ajar dia, dia mampu hafal. So, bila setiap minggu kalau aku jumpa dia, aku akan bagi 3 perkataan yang aku suruh dia hafal.

Aku: cuba eja ROSE..MAMA..SAYA..BUKU..CAT..CAR..bla bla bla

(dia dengan hebatnya eja. lepas tu aku ajar perkataan lain pulak, mula mula dia ok. lepas tu dia mula bosan...)

Lisa: cuba kak ida pulak eja, ok?
Aku: ok......nak eja apa?

(macam-macam dia bagi beb....semua benda yang dia nampak aku kena eja....)

Lisa: ieeeeee....pandainya kak ida eja. suka laaah...

aku angkat kening aje kat dia...
OUT OF MIND comei rasa nak tampaq...

Total Pageviews