Aug 24, 2010

BZ BEE oooooooo

...Hmmm...

Bulan ramadhan nie, memang mencabar akal dan fikiran. Fizikal jugak mental....
Banyak benda nak ngarut, tapi kekurangan kelengkapan dan juga kesibukan menjadi pelarian jugak menyebabkan takdak masa aku nak ngadap PC.

List nak update:

  • aku kena halau dek tuan umah setan yang dah jual umah kat orang lain, tapi masih lagi nak jual umah tu kat aku. Pastu without warning suruh aku move out end of september tapi bulan september nya sewa dia naik kan sebanyak lagi RM100...apa hal ko nak upkan duit sewa umah, padahal umah tu dah jadi hak milik orang lain, sedangkan aku nak stay situ sebulan je lagi....dah lah tak pikir pasal aku nak raya ke, sekarang bulan posa ka..apa ka, nie nak buat jadi racist nie....hotak lu lah...!!
  • Penat shooting....
  • Tengah cari rumah nak beli....kalau u guyz ada suggestion, saya terima. Saya memang mencari umah untuk dibeli..kalau property yang baru nak naik pun, ok.....
  • oh ya...dah kembali solo/single/sengsorang cam biasa. Melankolik dah habis.
  • nak cerita sikit pasal lokasi rumah orang tua.

OUT OF MY MIND cam penat gila...gila gila punya penat...

Aug 11, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI

...Hmmmm.....

Selamat berpuasa.
Tahun nie single lagi...belum berdua. Tapi dah bertiga dan berempat jugak berlima..
Senang puasa orang single nie.

Tak payah nak terkejar-kejar balik kul 4.30 petang.
tak payah terpikir-pikir nak masak menu apa.
tak payah nak bangun awal-awal nak makan sahur ke tak.
Tak heran apa orang lain sibukkan.

yang aku paling sibuk sekali time puasa nie.
camna aku nak kontrol makan akibat mendapat jemputan dari sana sini.
Tapi...tahun nie, aku nak low profile yang boleh dalam berpuasa.

Baju raya pun malas nak beli.
OUT OF MY MIND bila di facebook, baru kul 11 pagi, semua orang sibuk dok announce resepi apa nak berbuka....terliur beb!

Aug 10, 2010

JOM BUAT DONAT

....Hmmm.....

Aku tak suka shopping. Tapi kalau sekali mood shopping aku tu keluar, hah..bepinau jugak bijik mata. Kat sini ada item yang aku rasa nak beli...perasaan nak beli nie baru je muncul semalam. Aku rasa kalau aku ada barang nie, mesti aku cool giler....

TADAAAA......!!


MINI DONUT FACTORY

Enter the Mini Donut Factory - 6 Donuts in a waffle-iron like configuration. Pour in the batter, close the clamshell, and wait for 4 short minutes. Boom - you've got hot donuts ready for immediate nommage.

Warning: these donuts can be highly addictive! Though they're much healthier than their larger store-bought cousins, eating twice-as-many sort-of ruins the effect.



















Ini bukan bulan posa nye iklan
tapi tetiba rasa cam nak buat donat....
sapa yang nak belikan untuk aku...sila layari web ini.
banyak lagi benda best kat situ....

www.thinkgeek.com


OUT OF MY MIND kan.

Aug 6, 2010

TERER GAK AKU EH...

...Hmmmm.....

Haritu masa kawan gua kawin, gua offer mau buat hantaran kat dia. Gila seh, gua bukan terer pun. Apatah lagi bab-bab seni. Goreng je kuat gua nie. Over kompident overload...

Malam sebelum gua bertolak ke rumah kawan gua di JayBee, gua bertungkus lumus lah menyiapkan hantaran kawan baik gua tu. Penolong gua time tu, gua import, DJ lagi gua gunakan. Gila...sampai kul 4 pagi gua ngan kawan gua dok nganyam hantaran dia.

Hasilnya...tadaaaaa....(cam gempak je..jadilah kan.)



Kasut mat bunga...




Minyak wangi tambah wangiiii....




Jam sesat dalam taman




Sireh tak jadi jungjung...


sekian...

OUT OF MY MIND aku takut mizzyN marah bila hantaran dia dah kecut bunganya...hahahhahaha

Aug 3, 2010

COBAAN...

.....Hmmmm....

Dua minggu lepas, aku 1st time nya kena tidur spital....nie aku yang tidur tau. Bukan temankan orang tidur ke apa. Puncanya, dengan tetiba tanpa bagi amaran, perut aku buat hal. Gila weh...sedap-sedap dok update blog, tetiba 'tersentap' kat bahagian perut.

Dah la seharian aku dok umah sengsorang. Nak jadi cita, MizzyN yang masa tu masih lagi bujang, baru je balik umah...

Aku panggil dia, cakap aku sakit kat bahagian perut. Time tu aku dah keadaan berlutut dah. Nak bangun pun dah tak mampu. Apa tau reaksi kawan baik aku nie? dia boleh gelak....yep, dia gelak. Dia ingat aku buat lawak....dah sebijik cam cita Pendekar bujang lapok dah....ini bukan cobaan lah. Ini betul-betul....

Disebabkan best frenz aku nie tak pandai bawak apa-apa jua jenis transport, terpaksalah call paksu aku. Dia lah yang ambik aku kat umah, hantar dan tunggu kat hospital sampai aku masuk wad.

Yang bestnya, sampai 3 dokter cek aku. Gempak seh.

1st doc - dia tekan-tekan perut aku. dia ambik darah aku. dia suruh aku kencing dalam botol. Katanya suspek apendiks. Dia suruh aku start posa...in case esok pagi nak kena operate. Aku kena panik attack peringkat kecil-kecilan. Sementara nak tunggu result darah ngan urine test, dia suruh aku pi makan dulu....3.30 pagi datang balik.

3.30 am - aku muncul balik kat spital. doc cakap macam positif kena apendik. aku dah cuak. Mula dah terbayang macam-macam. Sebelum tu bukan main paksu ngan maksu aku dok takut-takutkan aku. Siot. Aku bukannya takut apa....aku takut jadi cam cerita AWAKE yang Jessica Alba ngan Luke Skywalker belakon tu. tak gila jadinya.

sebelum kena tidur spital, mestilah kena cucuk jarum masuk air tu dulu. Mula-mula try tangan kiri. Akibat penakut jarum nak mampos, aku dah tertarik tangan aku, maka jarum tu dah lari ke tempat lain....ayark. Padan muka. Kena buat sebelah kanan pulak. Baru aku tau sakitnya...hanya tuhan je tau (manja gila kan aku...). adoiiiiiii.....

Pastu kena tidur spital. Tunggu doc no. 2 datang cek pulak.

Doc no. 2 - dia kata cam takde apa. Tapi stanby je lah kat spital.

Doc no. 3 + doc doc pratikal - takde apa. awak boleh balik....(time nie dah kul 10++ pagi). Tak sempat lagi nurse tu bukak tirai ngan doc-doc semua blah, aku dah bangun, capai handbag, terus nak blah. Siap nurse pesan lag..."jangan lupa bagi balik jarum kat tangan...." ...ngeeee...

  • aku langsung tak boleh tidur sepanjang aku kena lepak spital tuh. Kononnya kalau aku kena operate, biarlah time tu aku tidur ngan ngantuk gila. Dengan harapan, aku tak terjaga cam cita AWAKE tu....
  • aku dok jalan-jalan. pusing-pusing dalam wad tuh. Nurse pun dah rimas ngan aku. Sorry nurse, saya boriiing.
  • takde sapa pun lepak ngan aku. Pesakit lain suma ada orang jaga. Sedeh. Tapi padan muka aku gak, suruh paksu aku balik.
  • Baru aku tau, sila stanby pakai baju sejuk kalau ke hospital. Manalah tau, kena masuk wad, tak ke naya mati kesejukan dalam tuh.
  • Hospital sangat boring.


Budak buas, padan muka 2-2 tangan ko kena cucuk...


OUT OF MY MIND bila semua doc asyik dok tanya aku bila last period. Pelik aku. Bila aku ckp bulan lepas tanpa bagitau spesifik date, dorang sibuk gak nak tanya date bila. Bila aku ngadu kat maksu aku (dia nurse) - maksu aku cakap, itu pertanyaan berlapik nak tau kita pregnant, sexually active ke dan sebagainya....oooooo. baru aku tau.


Total Pageviews