Jun 6, 2010

KERETA BARU?

....Hmmm.....

Aku sekarang nie tengah memimikirkan nak tukar kereta. Nope, bukannya ada masyuk besar-besaran pun. Kalau ada...alhamdullilah. Aku nak tukar sebab bila aku bawak kereta kesayangan aku tu jalan jauh, performance dia dah tak ummmp.

Ramai yang berpendapat, kereta lepas 4 tahun, dia akan start buat problem. Masyarakat cina banyak mengambil langkah lepas 4 tahun, tukar kereta. Ye lah, ada jugak betulnya. Dari mengeluarkan duit nak repair itu ini yang maybe makan kos lagi besar, baik tukar kereta baru kan. Ini sangat aku rasai bila kereta aku dah masuk tahun matangnya.

Lagipun...kalau ikut logiknya, aku bayar monthly 4++, tapi performance dah tak ummph, pastu kena kluar kos dia buat perangai lagi, lebih baik aku bayar 4++ yg aku takyah pikir apa-apa sangat kan....

Tapi tu lah...aku sayang gila ngan kelisa aku. boleh selit-selit paking. jimat minyak (sebelum nie lah), comel cam aku...pendek kata, memang sayang giler lah aku kat keta nie. insurans pun tak payah nak bayar mahal sangat dah.

so, patut ke aku tukar kereta..??



Nie kereta aku sekarang.
dia dah tak larat nak lar 200km/j dah.
sian dia.




Nie kereta yang aku rasa nak trade-in.
comel cam kelisa aku.
jadilah, aku kan sorang je...buat apa beli keta besar,
nanti ramai nak numpang....;p




suka jugak keta nie. Tapi besar sgt.
tak sesuai nak buat dok KL.
lagipun...nanti ramai nak naik. tak boleh..tak boleh.




nie saja je...comel pulak rasa.
kalau aku angkat nie, canteek tak.?
mampu ke pointnye

OUT OF MY MIND nak memikirkan benda nie pun. ye lah, effect akunya poket tuh.

4 comments:

NenekPenne said...

fikir kemampuan poket yer...
tapi swift tu cantik...lagipun kereta kecil tak ramai boleh tumpang...ha ha ha...

Anonymous said...

beb baik beli rumah. kete kecik takpe, rumah beb. rumah, like the one u dream of.

thoyol said...

bagi aku rumah beli lepas kawin..

takkan nak terikat komitmen 20/30 tahun and end up dgn umah kecik..

anyway, look for Mazda 2 Sporty or Sedan.. Agak menarik.. Aku pun di dalam dilema yang sama..

huhu..

ouT oF My MinD said...

nenek:
itu yg untung pkai keta kecik..enjoyz jd kedekut.

thoyol:
dah cekidaout keta mazda tu. cun aa. alah, ko nie tambah serabut plak. ces

Total Pageviews