Hmmm....
Big Bad Wolf datang lagi tahun nie dengan lagi banyak buku dari tahun lepas. Buku-buku kali nie pin lagi umpph. Dan aku gembira jugak sebab lebih banyak novel dan juga ada section bahasa melayu walaupun buku melayu kat situ semuanya tahap tak pernah dengar kewujudannya.
Tahun nie event buku terbesar nie bukak selam 63jam tanpa henti. Aku ada plan nak pi dalam jam 1 pagi. Memandangkan aku tengok kat Instagram ramai yang mengeluh sebab nak bayar kena beratur sampai dekat 2 jam dan orang sangat ramai, so aku matikan lah niat tu.
Aku jugak dok cari teman seangkatan yang hari tu kemain dok tak sabaq nak pi sini, tapi bila call dekat 5x telefon tak berangkat dan juga takdak balasan return call malah takdak jugak sms, aku decide pegi seorang je. Geng aku yang lain, minat buku diorang maybe bertahan 30 minit je, so dari ambik risiko kena balik awai sebab dorang bosan, so pi sorang. Hambik kau...4 jam baru 2 row aku jelajah. Dan ada berpuluh row lagi yang aku tepaksa cekidout trip ke-2 lepas gaji nanti.
oh ya...venue kali nie kat Mines Convention Center dekat sebelah The Mines tu...Buku semurah murah buku dan majoriti harga RM8.
buku nie berguna gila beb. Harga RM10. worth every penny beb. Semua benda ada. Dari cara nak menipu, sex, survival, how to itu ini...macam-macam lah.
on the way keluar hall, ada orang jual nie. Agak mahal lah. 3 = RM10. tapi sebab dah terpikat, rembat lah.
ini kira tak ramai sangat lah. Sebab boleh lagi konker satu satu meja.
nak curik gak....tak kira
saujana mata memandang...duduk kat table nie, sibuk jeling table sana..takut terlepas punya hal
20 minit pertama
setelah di tolak tolak - 4 jam kendian
buku untuk cougar
comic....yippieee.....!! sebuah RM15
OUF OF MY MIND kan....
1 comment:
sorry arr, dah tido mampos kepenatan malam tu. Sale kan 7 sampai 23 disember. boleh buat repeat telecast.
Post a Comment