....Hmmmm...
Bekerja dalam production nie salah satu tugasnya adalah deal dengan PR PR dengan sesebuah organisasi. Setakat nie macam macam perangai PR yang aku jumpa. Ada yang best gila, ada yang senang gila kerja dgn dia, ada gak sengal- sengal. Itu lumrah.
Tapi ada sorang PR nie...memang tahap overdatop menaikkan darah aku sampai tahap aku ambush office dia. Series....aku ambush office dia.
Ceritanya...
Aku kena buat program khas untuk merdeka. Sebenarnya lebih kepada ambik alih tugas penerbit sebelum nie. So, set balik date shooting...mula dari bawah balik. Buat surat bagai lah. Aku sendiri turun ke office dia untuk menunjukkan betapa seriesnya aku nak berkejasama dengan satu organisasi nie. melibatkan pertahanan negara. Ye, aku cuba bekerjasama dengan pihak tentera. So cliche kan...bila merdeka mesti tentera.
memandangkan dah ambik alih, so jumpa dengan PR botak nie kan mindef. Pertengah Jun hari tu. Dari tarikh sekarang hampir sebulan dah.
Dalam perbincangan...semua si botak nie cakap OK. takda masalah. menjanjikan gedebang gedebung bagai. Fine...aku tak tau sangat apa yang dia ada. Aku terima aktiviti yang di offer beliau. Gempak beb aktivitinya....sungguh gempak.
Memandangkan dia cakap ok dan takde masalah...aku pun tak buat lah PLAN B. ye...aku pecaya dia sampai takde Plan B in case proposal aku di reject pihak dorang. Sebab dia cakap...OK..OK..OK.
Dengan harapan yang dah diberikan botak nie...aku pun lega lah. Teruskan lah kehidupan sebagai producer dengan pergi shooting macam biasa. Assistant aku ada follow up. Botak masih cakap ok takde masalah....
Yang jadi masalah adalah last week....ini memang sangat masalah.
Assistant Producer (AP) aku call botak. botak tak angkat phone...call bos botak. bos botak cakap botak dah tak handle. Tapi PR pompuan lak handle....PR pompuan nie bila di call dah ngamuk ngamuk sebab kena amek alih tugas si botak.
AP pening...suruh aku sendiri cakap dengan dorang.
Cakap dengan PR Pompuan...PR pompuan tanpa segan silu memaki maki dan merepek-repek menjatuhkan air muka si botak. Cakap itu ini....aku dah start fedap. Aku tak nak dengar ko nye bengang. Seharusnya ko yang bekerja di organisasi macam CIA ko haruslah menjadi perahsia sikit. Ini tak...sama longkang je gayanya. Ko x perah kenal aku...pastu ko do cita keburukan si botak.
Aku sekarang nie nak tahu status program aku camana....next week (19/7) aku nak gi shooting lah gila.
Dengan takde feedback. Ko pas aku...aku pas ko. Ko kata aku...aku kata ko...kejadah menda. Kepala hotak korang...!!
Aku dapat tau dioarng langsung tak buat apa-apa last week...(11/7). ye tak buat apa-apa ye. selama nie dok kata OK...OK tu hanya cakap manis je. Setan sungguh....!!!!!
Aku nie takde backup plan lah setan. Korang buat main-main menda. Korang sebagai tentera seharusnya ada disiplin lah setan. Badigol sungguh....sangat badigol bongok.
Aku dah ikut prosedur. Sebulan sebelum shooting bagai. Nie apa cita....
12/7 (khamis) - aku ke mindef. Ambush dorang....sampai kat sana jam 11.00. Yang ada student pretikal dengan staff bawah-bawah je. Bila dorang call botak, botak cakap ondaway dari tv3 nak balik ke mindef dah. ok fine..aku tunggu......tunggggguuuuuuuuuuu......aku nak tau jugak status aku macam mana. patutnya takde problem. Just set balik date shooting je. bukannya apa pun. senarai nama untuk tapisan keselamatan semua dah bagi....nak apa lagi.
dari kul 11 ondaway dari tv3 kat damansara tu...sampai lah membawak sampai 1230. haram tak nampak muka botak tu. jauh benar lah tv3 tu kan...jauuuuuuh sangat.
Bila aku buat bodoh dengan lepak office dorang dengan muka tak malunya...agaknya staff dorang call lagi si botak tu aku still ada kat office tu, terus dia hantar sorang pegawai nie jumpa aku. Pegawai bidan terjun nie pun terkebil kebil lah bila aku dah soal jawab dia macam-macam. Dia hanya suruhan botak nie je.
Sekarang nie aku pulak jadi PR situ...suruh si pegawai suruhan nie call kem kat Melaka, ada tak terima apa-apa maklumat pasal aku nak shooting kat sana. dia call...jawapanya...TAK ADA..!! TAK ADA!!
Kepala bana korang. korang buat apa...ini memang menyirap. Pegawai tadi call botak, maybe botak cakap suruh bagitau aku cakap je tak clear lagi...tak dapat clearance lagi. Sebab itu je asyik dok ulang kat aku. Dont mess wit me sir.... aku suruh pegawai tu call bahagian clearance tanya pasal progress kitaorng dah kat mana. Tak nak dia call. dengan alasan, tak nak kacau keja si botak sebab dia hanya wakil je. BULL SHIT lah mother fucker....!!! KORANG TAK BUAT KEJAAAA!!!
Kalau ko cakap dari awal bulan, tak dapat nak kerjasama...aku dah boleh cari solution lain. Ini next week aku dah nak shoot, korang buat taik ngan aku. Peduli apa aku...aku tetap nak tuntut janji...
Jam 4 aku dapat call dari bahagian tentera darat. Surat baru diorang dapat. Dan dengan dukacitanya nye mungkin permohonan aku kena tolak sebab last fucking minute. Greaaaaat!! korang memang terbaek. Aku mintak dia tolong aku...sebab itu bukan salah aku surat tu sampai lambat kat tangan dia. Puan tu cakap dia akan cuba...tapi 50/50 sebab Dato' tak suka benda last minit. Tambah aku nak shoot next week. Ya...memang aku dah desperate nie....gila!!
Puan tu bagitau...ini bukan kali pertama benda nie terjadi. ooooooh...bukan pertama, kenapa tak ambik tindakan? imej korang camtu je tegadai....sedeeeeh!!
13/7 (Jumaat) - Aku kenal seseorang kat office aku yang ada kenalan ramai dalam mindef tu. orang pangkat besar-besar gak lah. Buat appointment...dapat jumpa 930am. Sekarang misi bukan nak gi bukak cerita bodoh bengal PR PR tak guna tuh...tapi nie nak mintak tolong altelnatif pada masalah aku nie.
Jumpa Dato ini...jumpa Dato itu. Lepas tu terus jumpa Puan yang bahagian tentera darat. Dia bawak jumpa boss dia. Walau boss dia dengan muka garangnya dengan misai lingtang nye...aku tak peduli, yang penting merdeka nie program aku ada keluar TV.
Dato' tu boleh tolong. Tapi banyak aktiviti tak dapat ditunaikan. dapat bagi yang simple-simple je. Kecewa...tapi terima je lah. Syukur dari takde langsung...Pandai pandai lah fikir nak cantik kan program tu nanti.
ondaway balik office. Botak call...panggil meeting Isnin nie. 2.30pm (hari nie). Dia siap fax surat lagi. Ok. Fine.
16/7 - patutnya meeting 2.30pm kan....jam 2.15 aku dah tepacak dengan AP aku dekat office botak. kat Mindef lagi. Botak takde. Boss deparment yang lalu situ sembang-sembang jap dengan aku dan cakap tadi dia dengan botak. tapi botak tak turun kereta...balik rumah.
Aku cakap takpa...meeting jam 2.30. aku tunggu. Staff kat situ call botak. Botak cakap dia ondaway ke office. Aku tunggu...ye lah dah bersurat bagai. Ada letter head lagi. Official kan. 2.40, tak sampai lagi. sakit perut gamaknya. Aku tanya umah dia kat mana? diorang cakap dalam Mindef gak...takpa..tayar pancit agaknya.
2.45pm botak call office dia. nak cakap dengan aku. Nak tau apa dia cakap....
"bukan ke meeting nie dah batal kan. Takde orang bagitau awak ke.."
"Takde pun...sms takde, miss call takde, orang kat office pun takde cakap apa.."
" saya dah bagitau sarjan aidil suruh bagitau awak meeting nie batal..."
"ooooo....ok...batal eh...ok.."
"Awak lepas nie deal dengan Puan dot dot...bla bla bla bla...bla..bla"
" Tadi sarjan apa yang awak suruh call saya tadi...?"
"sarjan Aidil..."
"ok...thanx."
Dekat office orang kita harus kontrol anggun. Aku terus tanya...siapa sarjan Aidil? dia takde situ. ok fine. Boss department still ada kat situ. Boss dia yang lain pun ada gak. ok fine...aku takan tinggi suara.
"Oklah...saya balik dulu. Meeting batal katanya....takpa, saya pun takde keja kt office tu..oh ye encik sekian sekian kenal boss saya kan, takplah nanti saya bagitau boss saya. You tau kan boss i camana kan...thanx."
kebetulan ada sorang pegawai nie call sarjan aidil tanya ada tak botak suruh call aku. jawapanya...TAKDE..TAKDE. dan dia tak tahu apa-apa....!!!!
Perghhhh..hebat eh korang..sangat hebat.
Pegawai sorang nie besalah gila..iring aku sampi ke pintu nak keluar bangunan. Sambil bejalan dia tanya itu ini....aku just cakap..takpalah saya takde keja. kitaorng kat suka melepak. tipikal staff kerajaan. lagipun RTM nie kan sebelah mindef je. Apaadahal...tak susah pun. Bila aku dah perli perli dia camtu...dia mula tanya aku siapa...malas aku nak cakap. AP aku lah bisik kat dia...nie producer saya. Terus pegawai tu cam terkulat-kulat. mintak maaf dengan sikap kawan dia...peduli apa aku...pegi mampos.
itu kisah setakat hari nie...hari khamis yang nak shootingnya tak tau apa kisahnya lagi.
pelik sungguh, camni ke perangai seorang pegawai tentera yang pangkat bukan calang-calang lak tu buat kerja? ko dah lah panggil aku meeting, pastu aku dah tunggu situ dah lebih dari time meeting dan sebelum tu staff kau call ko cakap aku dah sampai...takde pulak ko cakap meeting tu cancel.
dah tu...ko call je aku..ko CALL je aku nak cakap meeting batal. Fucker, kenapa ko tak berani datang personally jumpa aku mintak maaf kat aku pasal meeting batal tu? oh lupa.....sepanjang aku berurusan dengan kau, kau langsung, haram nak mintak maaf dengan aku. Hebat PR kau...!!!
Ini bukan 1st time tau aku berurusan dengan tentera. Dulu kat radio aku sendiri banyak involve dengan event tentera. PR PR sebelum nie ok je...nie kenapa dah cam harajadah??
Ko tunggu je lah nasib ko ye....sekarang nie aku sangat bizi nak pikir pasal kau...takpa. tadahal.
OUT OF MY MIND kena deal dengan pemalas nie...bukan pemalas dah nie..baloq liat, penipu semua ada lah.
No comments:
Post a Comment