...Hmmm...
Menjadi penerbit sesebuah program bukan senang sebenarnya. Tanggungjawab besar nak mati. Tambah tambah kalau semua tannggujawab semuanya nak kena letak di atas bahu yang makin menunjukkan tulang temulang ini.
Paling aku cuak, bila lokasi tak setel-setel. Memang pening kepala gila lah. Balik rumah hati tak tenteram. Macam aku buat program travelog. Melibatkan artis pulak. Memang ada kala boleh naik gila.
Untuk 1 episod, aku kena cari 4 lokasi paling kurang untuk shooting. Mesti ada aktiviti yang menarik nak di highlight. Tambah pulak aku lah penulis skrip, aku lah penyelidik, aku lah editor offline, akulah tuan director, akulah jaga kewangan, aku jugak jadi manager artis. Amacam, cukup gila kuasa tak? Kat ending kredit tu, nama aku je penuh....
Keuntungan aku bab-bab lokasi nie adalah sebab aku bukan produksi luar. Senang sikit nak berurusan. Tapi yang tak senangnya kalau sesetengah tempat tu mintak dikenakan bayaran. Sedangkan kita nie promote tempat dia. Kalau dia nak beli iklan kat tv, matilah kau nak bayar beribu ribu ringgit untuk 30 second. Nie kami dah offer masuk tv 2 minit, lagi mau charge ke. part nie, memang kena mulut manis gila lah.....tapi aku takde taik lalat di bibir, payah gak. Tapi bernasib baik digunakan multi skill untuk bertukar jadi gedik....
bab artis pulak, memang agak payah jugak nak cari. Tambah sekarang nie semua artis yang top top sibuk nak masuk realiti tv. Dah 1 hal sebab diorang terikat dengan shooting realiti tv tu....tak boleh ke mana-mana. pening weh....2 realiti tv yang betul betul menjual nama artis besar. Haish...
Mula-mula jadi penerbit. Aku jadi nervous gila nak shooting. Ye lah, aku takda ilmu broadcasting. Lepas tu nak deal dgn artis. Kalau yang tak top, ok lah, boleh lah aku handle....tapi kalau dah sebut je nama orang dah tejegil bijik mata, aku pun takut. Bukan apa, diorang konfem dah biasa dengan penerbit yang pengalaman, yang dah tau apa nak buat. Aku lak...dok terkial kial lagi nak trial error.
Caranya satu je, jangan bagi tau kata kita nie cetek ilmu....
bagitau je kalau ada idea, kongsi kan bersama....
Sekarang nie aku tengah pening nak setelkan hal shooting dekat sarawak.
4 episod pulak tu.
OUT OF MY MIND
No comments:
Post a Comment