Dec 11, 2012

KERETA SAYA WANGI


orang : wangi eh keta ko.... aku letak benda yang sama gak, apsal tak bau camni?

aku  : memang lah... sebab body aku wangi, bau badan aku tak pakai minyak wangi pun memang wangi.

orang: blah lah...x abis abis perasan. 

(dialog kat atas bila lebih dh 5 orang puji bau keta aku. Hakikatnya aku dah x basuh keta aku dah sebulan. Hujan. Rugi ayaq weh)

betul apa...tiap tiap orang mengeluarkan scene atau bau bauan lain lainkan. Kalau hang semboq minyak wangi yang sama macam aku pakai, efek dia konfem lain. kat aku wangi, tapi kat hang busuk. sebab dah becampur dengan feramon hormon kat body kot (main tibai je nie, jangan pecaya)


aku letak menatang wangi nie dlm keta. Tahan lah dekat 3 bulan. Kalau nak harapkan pewangi kereta yang kecik dah tu bau cam haram...memang x bau indah lah keta aku tu. 

KAMERA BANYAK

...Hmmm...

Dah 2 tahun rupanya aku jadi penerbit program travelog. Untuk produce program nie aku gunakan 2 camera. Tapi masih lagi di anggap sebagai SCP (Single Camera Production). Sebabnya 2nd camera itu sebagai backup dan juga insert insert candid yang memang kegemaran aku. 

Dan sepanjang 2 tahun tu, aku tak pernah sekali pun buat production untuk MCP (Multiple Camera Production). Tak kira lah jadi tukang sibuk atau tukang apa sekalipun. Salah satu puncanya sebab aku terlalu sibuk dengan program travelog aku, so..boss aku decide tak nak kacau aku sangat. 

Memandangkan episod raya khas raya program aku, aku gunakan 3 camera dengan jayanya, maka sebagai penutup tirai tahun nie, bos aku suruh buat konsert tahun baru. menggunakan 5 camera. 

MATI....

memang aku dah nak mati. betapa susahnya yang zero nak jadikan hero....arghhhhhh.
Sumpah aku stress. Puas aku berguru sana sini. Macam-macam pendapat. Tapi part malu adalah bila teknikal tanya itu dan ini, dan muka aku BLUR / KOSONG macam orang hilang ingatan. Matilah nanti aku kena buli nanti. Senior senior teknikal nie bukan boleh bagi peluang tunjuk ko bodoh, nanti mati lah kau....memang mati. 

Aku nak tidur. Aku nak keluar tengok wayang sekarang. Aku nak pegi panjat bukit nak menjerit....
tapi aku jerit sini dulu lah....

AAAAAAAAAAARGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGhhhhHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH



ini single camera. betapa dedikasinya krew aku bila aku paksa dorang turun sampai dlm laut. Teknikal dah menggelabah sebab barang barang kalau dah kena air laut, memang pasti jahanam. Peduli apa aku, aku nak gak shot tu....



Bapak berat siot camera nie. Macam pikul anak gajah. 



Ini screen dlm studio untuk multiple camera. Hambik kau, pilih shot mana ko nak sambil juling bijik mata. 


Camni lah rupanya MCP. Nie kira sikit lah nie. 

OUT OF MY MIND sebab tinggal lag 4 hari je.....*gulp*

Dec 10, 2012

BUKU OH BUKU - BIG BAD WOLF 2012

Hmmm....

Big Bad Wolf datang lagi tahun nie dengan lagi banyak buku dari tahun lepas. Buku-buku kali nie pin lagi umpph. Dan aku gembira jugak sebab lebih banyak novel dan juga ada section bahasa melayu walaupun buku melayu kat situ semuanya tahap tak pernah dengar kewujudannya. 

Tahun nie event buku terbesar nie bukak selam 63jam tanpa henti. Aku ada plan nak pi dalam jam 1 pagi. Memandangkan aku tengok kat Instagram ramai yang mengeluh sebab nak bayar kena beratur sampai dekat 2 jam dan orang sangat ramai, so aku matikan lah niat tu. 

Aku jugak dok cari teman seangkatan yang hari tu kemain dok tak sabaq nak pi sini, tapi bila call dekat 5x telefon tak berangkat dan juga takdak balasan return call malah takdak jugak sms, aku decide pegi seorang je. Geng aku yang lain, minat buku diorang maybe bertahan 30 minit je, so dari ambik risiko kena balik awai sebab dorang bosan, so pi sorang. Hambik kau...4 jam baru 2 row aku  jelajah. Dan ada berpuluh row lagi yang aku tepaksa cekidout trip ke-2 lepas gaji nanti. 

oh ya...venue kali nie kat Mines Convention Center dekat sebelah The Mines tu...Buku semurah murah buku dan majoriti harga RM8. 




buku nie berguna gila beb. Harga RM10. worth every penny beb. Semua benda ada. Dari cara nak menipu, sex, survival, how to itu ini...macam-macam lah. 


on the way keluar hall, ada orang jual nie. Agak mahal lah. 3  = RM10. tapi sebab dah terpikat, rembat lah. 


ini kira tak ramai sangat lah. Sebab boleh lagi konker satu satu meja. 


nak curik gak....tak kira


saujana mata memandang...duduk kat table nie, sibuk jeling table sana..takut terlepas punya hal 


20 minit pertama


setelah di tolak tolak - 4 jam kendian 


buku untuk cougar


comic....yippieee.....!! sebuah RM15


OUF OF MY MIND kan....


Dec 2, 2012

BILA BESAQ SAYA NAK JADI DOKTER NGAN CIKGU

...Hmmm...

semalam masa melepak sesi luah perasaan, sesi ngumpat mengumpat, sesi kenang kenangan lalu, kami mula bertanya pasal kerjaya geng geng kami zaman sekolah dulu. majoriti kawan-kawan aku ramai jadi cikgu. Separuh dari dorang yang jadi cikgu memang berminat jadi cikgu. Dan separuh lagi sebagai kerjaya terakhir sebab dah tak dapat kerja. Takkan nak menggangur je kan sementara nak tunggu peluang kerjaya idaman kan. Jalan terakhir, jadi cikgu je lah....terima je lah. 

Ok, bukan nak bebel pasal kerja cikgu. Tapi nak bebel pasal kami yang dari sekolah kampung, tak pernah sedikit pun diberi pendedahan kerjaya kat dunia yang luas nie. Ini series. Yang aku tau dulu bila nak tulis dekat kad yang mintak kita tulis apa cita cita kita dimana kerjaya pertama adalah yang paling kita nak...dan lain lain, hang fill in lah sendiri. Ada 4 cita-cita kita kena bagi rasanya. Yang aku ingat, keja Dokter, nurse, cikgu (tepaksa gak letak sebab tak tau nak keja apa dah) pastu last sekali tukang jahit (kononnya syok sebab boleh jahit baju sendiri). Naik tingkatan 4, aku nak jadi Akauntan yang utama...pastu bisnesman. Tapi...lani, tengok angka pun aku nyampah. 

Rentetan kerjaya & pendidikan aku.

- ting 1 - 3 = kelas Agama
Sebab result UPSR ok bagi budak kampung cam aku, maka kena lah dok kelas Agama. Ambik bahasa Arab. Masa form 1 & 2, bahasa arab aku excellent lagi. Tapi bila dah masuk form 3, dah diva sikit, start lah mengabaikan subjek Arab. Benak sangat gamaknya....1-1 nye pelajaran yang aku lambat  betui nak pick up. Lambat boleh. Punyalah pi tusyen kemain, tetap result cam taik. Last last masa nak ambik PMR, aku decide lupakan sajalah bahasa arab nie. Dan aku memang sengaja fail kan subjek nie. Gila kecik kecik pandai buat keputusan camtu. Masa exam pun, aku tak jawab soalan. Sebab malu nak antar kertas kosong, aku salin balik semua soalan kat dalam kertas jawapan. 

- ting 4 & 5 = kelas sains
Disebabkan subjek Arab aku dapat E (hehehe....), aku tak boleh lah sambung masuk kelas Agama lagi. Dan dengan result aku yang boleh lah tak cemerlang sangat, aku dapat masuk kelas sains. Memang ditempatkan dekat kelas sains. Ikut keputusan. Sekolah dah atur. Cuma aku boleh buat pilihan nak ambik extra subject ekonomi atau akaun. Sebabnya SPM kami kerajaan baru umumkan sijil terbuka yakni ko boleh ambik subjek lebih dari 9. Masa aku belajar kemahiran hidup, subjek yang paling aku suka adalah akaun, so aku decide nak ambik akaun masa untuk SPM. mula bercita cita nak jadi akauntan. Masuk kelas sains pun terpaksa sebab nak ambik akaun. 


Diploma = IT
Aku dapat pangkat 1, tapi tak dapat masuk U. Aku pun tak tau kenapa. Ramai gak kawan aku dapat pangkat 1 tak dapat masuk U. redo... so, masuk lah salah satu kolej under MARA. Mintak akaun tak dapat, tapi di tolak untuk ambik IT. ambik je lah...sekali lagi, hidup ditentunkan oleh kolej. Nak tak nak terima je lah kan. 

Kerja = Producer
Hah, hambik kau...keja aku sekarang takdak langsung kaitan dengan rentetan sejarah pendidikan aku. Seriesly bila aku masuk keja nie, aku jadi lost. Kena belajar semuanya dari bawah. Term term dan juga proses keja sebagainya. Susah...amat susah. Tapi..syukur sebab aku minat gila. 


so, kat sini aku nak cakap lah. sepanjang aku sekolah, aku tak pernah langsung didedahkan bahawa kat luar dari kampung nie, banyaaaaak sangat keja selain dari dokter, cikgu, bisnesman, tukang jahit, cikgu, jurutera dan lain lain lain....tak pernah. 

Kami pun takdak seminar kerjaya ataupun siapa siapa yang boleh kongsi dengan kami, kalau awak nak jadi wartawan, sila ambik jurusan masscom, nak jadi designer baju ambik lah bidang itu ini. takdak ye. Sumpah masa aku interview jawatan penerbit, aku sendiri tak tahu apa itu penerbit dan kerja penerbit. Aku apply keja nie sebab bunyinya macam gempak je. Bayangkan aku seorang graduan yang tak ketahuan punca keja yang aku mintak. 

PAda aku, apa salahnya...sekolah jemput siapa-siapa memberi talk kat sekolah bekernaan kejaya. Maka tebukaklah sikit minda kami. Tadaklah aku dulu hegeh hegeh nak masuk sangat kelas Sains yang mana dalam jiwa, takdak sikit  pun minat nak jadi dokter maknusia mahupun dokter haiwan. Dalam diri aku, aku nak keja yang berbentuk outdoor selain dari akauntan. So, pilihan kerjaya aku next banyak nak jadi tentera....gilo.

Dan yang pastinya, aku rasa ramai kawan kawan aku yang kalau kami diberi pendedahan dari peringkat sekolah, pastinya ada yang jadi macam macam dah selain dari keja tipikal yang kami tau.

Well what to do.....itulah kami. Sekolah kampung.

OUT OF MY MIND semua orang kata keja aku glemer...hakikatnya....

Nov 21, 2012



dedikasi kat diri aku sendiri....

Nov 20, 2012

JOVIAN OH JOVIAN 2

...Hmmm....
Aritu Raya Haji, Jovian buat lagi sale baju raya. 
Deym...so hot. Lagi hot dari yang raya Aidilfitri nye. 
Dalam tak nak beli, gigihkan diri juga simpan duit nak rembat sepasang. Tidak boleh tidak. 

Nie lah idaman hati. Nama dia Jewel. 
Beli nie sebab nak rasa comel comel kiut kiut gadis. 
Itupun main pesan dekat kenalan yang pergi ke open house.
 Dia pulak letak alamatnya kat Rawang (pre order masa open house)
Penat jugak mencari rumah adik nie... dah lah esoknya nak balik kampung dah. 
Tapi demi nak show off....gigih kan jugak. 



Tadaaaa....
Gadis tak? gadis taaaaak?
Ini lah 1st time aku pakai. Lepas tu tak pakai sampai sekarang. 
Dok elok lagi dalam plastik. Sayaaaang oooo...
Masa raya haji ada lah pakai paginya. 
Lepas tu, nak pi tengok lembu korban, takkan lah aku nak berfesyen gini kan.
 Kang lain pulak jadinya. 
Dah lah sayang gila dengan material dia. Kain lace.
 Kalau koyak....HUwaaaaa....

Jadi, bila lah dapat aku melaram baju gadis gadis ini...??

OUT OF MY MIND gewdik tau...

GIRL FIGHT YO...!!

...Hmmmm...

Aku rasa aku pernah suarakan pasal minah sorang nie. 

Dari aku tak kenal dia, tapi aku tengok dia pun aku nyampah, apatah lagi bila dah kenal peribadi dia...lagilah buat aku overdose tahap gila nyampah...meluat...semua adalah. 

Aku tau, perasaan nie bukanlah sesuatu yang beri manafaat pun. Dan aku bukanlah perempuan dalam novel yang redo menerima je dan berperwatakan baik nak mati sampai takdak perasaan. No...aku adalah maknusia yang emosi. 

Dulu aku selalu nampak minah nie dalam event, event media. Gila babi punya gedik menggeletis. Dan bila aku 1 ofis dengan dia, rupanya perwatakan dia sama dengan sifatnya...macam mana eh nak cakap. Gaya seiring dengan perangai? Muka seiring dengan attitude? 

Contohnya camnilah...bila orang nie joyah sangat sifatnya...mesti memek muka dia pun cam joyah gak kan..arghhh nak paham.paham lah. tak nak paham sudah. 

Aku sebenarnya tak berapa nak faham mula mula kenapa minah nie macam nak musuh musuh dengan aku. Lantak hang lak. Tapi lama-lama bila aku tau sebabkan seorang jantan...ok, whatever. Tapi bila dalam kerja pun ko nak komplot dan kutuk kutuk aku dok menambah perisa bagai dimana yang pastinya tidak langsung melibatkan kau...itu sangat what the heck. Sebab producer ko ada masalah kendiri dengan aku, yang kau sibuk sibuk nak join 2 /3 kaki tu kenapa?

So, sekarang nie ko dah pakai produk nipis kulit muka, muka ko dah jadi pin pink dah tak macam jawa, ko rasa ko hebat lah eh? pada aku, ko tak payah ubah kulit muka ko tu, tapi ubah attitude tak semenggah ko, lagiiii bagus.



dush dush dush...
ambik kau...!!


Ko pehal nak jeling jeling pastu nak tunjuk bagus bagus dengan aku....aku menyirap nie tau tak. Nasib kau lah dapat tugas dengan aku. Yang pasti...kau boleh pegi mampos. ko jaga team kau...aku jaga team aku sudah. Tak payah nak tunjuk muka nyampah kau kat aku...yang pasti aku lagi meluat tengok muka kau. 

Gitulah wanita x leh terima hakikat aku punya aura lebih dari dia...booo...Kalau lak kau terserempak dengan entry aku nie, meh sini aku nak bagitau kat kau...Lelaki yang kau dok pikat sangat sangat tu sekarang nie dah rapat ngan aku. Laki yang sebelum nie yang kau gila gila sangat yang sekarang dah jadi laki orang pun, dah jadi kawan aku. 

Nak tuduh aku perampas? buat onar kat kau...? mana lah aku tau kau dok terkejar kejar dorang. Lain kali kejar pada yang sudi. Tak payah nak tunjuk desperate sangat. Buat relax sudah. Aura relax itu lagi buat orang teruja nak dekat dengan kau.... 

Dah, malas nak tunjuk perasan sangat. Aku tau, selagi aku single dan available nie....selagi tu kau takut aku rampas 'boyfriend' kau kan. Kesian kau kan. Bersusah payah berusaha, last last diorang datang kat aku pulak kan...Tak sangka laku gak aku ni kan

so, siapa yang lelaki masih single & available, silalah kenal kenal ngan aku. Aku pun kesian dengan minah nie nak bujang lama-lama pun...=D 

OUT OF MIND laki orang saya taknak...big NO NO NO.... 

Nov 12, 2012

RANDOM PIC - ANNAPURNA BASE CAMP TREKKING

Himalaya range

view sunrise dari poon hill


fish tail mountain (maybe) 









ANNAPURNA BASE CAMP TRIP (A.B.C) - HARI 1 & 2 (KATHMANDU & POKHARA)

...Hmmm...

Sebelum nie aku ada buat entry pasal keterpaksaan aku menggihkan diri untuk trip trekking di Nepal. so, Masanya dah sampai....!!

(re edit...)

Semalam 6hb/10/2012 sampai kt nepal. 1st time naik international flight kt KLIA, jadi super excited. Siap dok merayau sengsorang kat terminal satelit lagi. Bila sampai kt terminal tu dlm hati dok cakap...."ooooo ini lah tempat kononnya airport dlm hutan tu..."

Flight ke kathmandu dlm jam 850am lebih kurang. Sekali lagi excited naik flight MAS. 4 jam lebih perjalanan x rasa apa selain dari seat sempit. Sebabnya ada film best best siooooot. Lepas 1 film 1 film aku tgk...eh..movie lah.

Bila dah dekat nak sampai, pilot buat announcement " ...di sebelah kanan kita dapat lihat pemandangan puncak Everest..." wooooooo gila lah.


di sebalik awan awan tu...ada puncak gunung tertinggi kat dunia tau...


gila lah tingggi....


Sampai kat kathmandu dlm jam 1200 tgh hari waktu dorang. Kami guna travel agent utk trip kali nie. Ye lah nak trekking naik gunung kan. Sampai je...dah kena kalung bunga. Perghhhh rasa cam menteri lak.

Terus ke hotel. Ok lah...not bad. Yg penting toilet bersih. Ada wifi...

Letak je beg, owner travel agent terus bawak kami merayau kat Thamel. Perghhhhhhh...yang aku boleh ckp, mmg gila babi murah dan banyak lah barang outdoor, pashmina, aksesori bagai...rambang mata weh.

Lepas dah abis pusing, kami balik hotel. Beg kena spot check ngan travel agent tu. Alah...dia nk cek apa yg x lengkap lg...apa yg x payah bawak. Tinggai je kt hotel.

So pastu kami keluar balik. Shopping apa barang x cukup. Beli byk gila. Tapi x abis smpai 300 pun...


acara memilih mana yang berkenan....



Rajin rajin lah belek belek harga...



semua nie tak sampai RM300 beb....


Malamnya...owner travel agent tu blanja kami mkn. Pilih je lokasi mana. Apa lagi...aku terus je excited nk makan kat Anatolia. Restoran beriyani. Halal food.

Kemain krew krew aku yang pernah sampai kt sini dok suggest pi makan kat Annatolia nie. Bila dah try...apalagi. Terus rasa hebatnya nikmat dunia. Sumpah sedap. Sangat sangat sangat....
Haish..


Lauk pauk kitaorang..sedap weh..sangat sedap 





Hari - 2 

view dalam bas... Kathmandu - Pokhara

Sekarang nie aku di pokhara. 6 jam dari kathmandu. Padahai jarak dia dlm 200km je. Sebenarnya trip nie kami di offer naik flight local. Tapi sebab jiwa advanture yang over da top kononnya, kami decide nak naik bas. Guide kami untuk trekking, nama dia Suresh pun join gak naik bas. 

Yang pasti, MasyaAllah sangat jalan dia. Gerun jangan cakap lah. Sebijik macam dalam cita hindustan zaman dolu dolu yang part adegan kejar penjahat kat lereng bukit, jalan simpang siur tu. Takpun sapa pernah tengok dokumentari pasai Deadliest Road, hah...camtu lah jalan dia. Tak tipu. 

Dah lah driver bas tu bawak laju plak. dalam hati, kalau brek tak makan, jatuh gaung, conform meninggal terus...mau mayat aku hilang kat lereng bukit. 


kalau silap letak tangan kat luar, mau hilang sebelah rasanya...


himpit setepi tepi yang boleh...



inilah jalannya, seraaaaaam.....


Pemandangan memang superb. Cantik. 







Sepanjang perjalanan 6 jam tu, dia akan berenti kat certain-certain tempat je. Kalau nak kencing sangat-sangat sila lah tahan. Dinasihatkan jangan lah minum air banyak sangat kalau pundi kencing korang cap ayam. 

macam aku, kononnya takut dihydrate, minum mineral water setengah botol besaq. tu baru separuh perjalanan. Lepas tu ambik kau, dah lah jalan lubang-lubang. terhentak hentak...terkemut kemut lah menahan kencing. huwaaaa....perit weh. 

Bila dia dah berenti kat toilet tepi jalan nie, ada 2 jenis. 1 yang pintunya hanya plasti besar yang dah  berlubang-lubang, mangkuknya hanya tanah yang di korek. Dan 1 lagi tandas proper, tapi takdak air. Air kat tong luar. tahap hancingnye nye toilet tu sampai boleh koma. tapi sebab nak kena gak let go, so tabahkan hati...bila dah setel, dia nye busuk makin menikam nikam masuk hotak. menggelatar nak zip seluar beb...ini cerita betul. 

tapi toilet tempat tempat lain, bersih lah....takde lah horror sangat. Tahap-tahap ok sikit dari toilet puduraya zaman sebelum sekarang nie....


Oklah...nak tdo dulu. Kemas apa yg patut.  

Esok start kaminye trekking ke Annapurna Base camp selama 10 hari...wuuu


Out of my mind super excited...wish me luck guyz...aku perlukan segala positif vibe utk trip nie.







apa mau makan??? silalah ambik dengan harga RM6.20 


mau panas panas pun ada.....


100 rupee bersamaan RM4.00 lebih kurang...
silalah pilih ikut bajet anda..


aku rasa ini ikan kering. Kemain lagi dorang dok membeli. Sedap agaknya. 



nie makanan time pit stop aku. Vegetarian burger...
roti kering macam hapa, tapi inti dia best....


barang-barang dari Malaysia. 

  
hello hectic Kathmandu....


 










Thamil Road


Thamil Road






















ini Tom Cruise....


Kathmandu... 

Total Pageviews