Aug 7, 2011

BOLA OH BOLA


ini perhimpunan apa nie..??


.....Hmmmm...

Baru-baru nie aku pi tengok bola kelayakan Piala dunia Malaysia lawan Singapore kat Bukit Jalil. Sebagai skandal terbaru kepada penjaga gol itu, haruslah aku bagi support kat dia kan. dah aku berulang kali bagitau dia, aku tak minat bola. Tapi dia paksa jugak aku pergi. Sebagai semangat katanya. Takpalah....aku pergi jugak. Tapi nak nak lah duduk dekat seat VIP. tak feel lah sayang. I nak duduk dengan penyokong-penyokong you, nak rasa sendiri aura Harimau Malaya.

So, dalam sejarah 20 lebih tahun aku pun pi lah hadap bola sepak. Tak pernah paham permainan dia. Yang aku tau, tendang masuk gol, kira menang. Pemain pun aku tak kenal kecuali skandal aku yang sebuk dok jaga gawang tak nak kasi bola yang disepak Singapore masuk gawang. Oh, dia sangat terer. Hanya 1 je bolos. Tapi takpa, I tetap akan terus berskandal dengan u.

*oh dah azan maggrib. mari kita bukak posa kejap*

Apa yang pasti, dengan masuk dah agak lewat, aku ngan sahabat serta boifrend nya yang tinggi macam galah, menyelit-nyelit sampai ke bawah, dan bila dapat ruang duduk, kami pun duduk lah. Penuh gila dalam stadium tu....memang aura semangat Harimau Malaya terasa lah sampai ke sumsum tulang. Kami duduk kat tangga je.

Bila orang sorak, aku sorak. Bila orang frust, aku pun frust, bila orang berdiri, aku pun berdiri. Hakikatnya, aku tak nampak apa sangat pun kat padang. Yang nampak jelas adalah drama-drama bodoh pemain Singapore. aku yang tak tau apa-apa pun tau dorang tu tengah belakon drama swasta....agrrrrrrhhh....benci betul aku. Tak nak pi Singapore dah sampai hujung tahun nie.

whatever pun, ini pengalaman yang paling bermakna. Takda sengketa politik, takdak sengketa kaum, sesama menyanyikan lagu Negaraku penuh semangat yang penuh membara.

Walau kalah, aku tetap happy dan terus support Harimau Malaya, tapi aku tak akan belajar pasal bola. Tak minat lah...

tapi sebelum tu, aku tak suka betul bila dah kalah, penyokong-penyokong malaysia nie start baling botol mineral bagai tanpa memikir orang yang dibawah. hampir-hampir aku berdarah!

OUT OF MY MIND bila tiket yang dipesan 830 malam baru dapat....


saya sangat suka sokongan rakyat malaysia!

Aug 6, 2011

HANTU OH HANTU

....Hmmm....

Last week aku dgn sepupu aku, Lisa (6 tahun) hantar adik aku ke Maktab dia kat Seremban. Time tu dah jam 10 malam. On the way balik, aku agak confuse jalan nak masuk balik ke highway KL. Signboard pun agak fail, dah dekat baru ada sign belok ke kanan nak ke PLUS. Grrr..

dan jadi kebetulan, 1 kereta waja nie tak nak langsung bagi laluan nak masuk ke simpang tu. Geram gila aku time tuh. So, aku pun terlajak ke depan dengan harapan ada u-turn.

Al-kisahnya. takde...rupanya jalan tu terus masuk ke highway nak ke PD. Deym, super duper deym. Aku tanya akak penjaga tol, dia cakap takde jalan u-turn, aku kena terus ke PD. so, nekad lah aku ke PD sambil dok bising dekat Lisa kita kena pi PD...jauh. Nasib ada dia.



hai, nampak tak muka saya yang super nakal nie.


Sepanjang jalan Lisa dok tanya aku apa ada kat PD. Aku layankan aje. Lepas tu dia tegur tempat tu gelap lah, itu lah ini lah....aku layan. takdak hal.

Sampai lah aku nampak signboard tulis Bandar Springfield. Aku nekad masuk situ. Siap explain lagi kat Lisa kenapa kita kena masuk situ.

Dah masuk...gelap...dan ngupanya itu kawasan perumahan yang baru nak bangun. Banyak rumah separuh siap. Aku dah takut sangat. Dalam hati janganlah benda tah apa-apa jadi. Lepas tu Lisa cakap ada lampu banyak kat sebelah sana. Aku ikut cakap dia. Pegi ke sana, dengan harapan adalah kedai makan/rumah orang/surau kat sana.

memang ada rumah orang dah duduk kat situ. Tak banyak. aku teruskan perjalan...Lisa tetiba cakap..

"kak ida, sini macam nak pergi tempat hantu je...." ah sudaaaah...
"diamlah...jangan dok sebut lah hantu-hantu. Kita nie sesat tau dak.."
" betullah kak ida....tempat nie ada hantu...macam Lisa tengok kat tv.."

aku mula bengang. dah lah sesat. tak tau jalan keluar.

"Lisa..diam boleh tak..." aku tinggikan suara...hambik kau. dah lah dekat ladang sawit, umah semua tak siap..lagi kau mau cerita pasal hantu.

Aku belok masuk kawasan perumahan. Kebetulan pulak ada pasangan baru nak masuk rumah. Agaknya baru lepas makan kat luar kot. Aku tegur dan tanya arah nak ke Highway. walau dioang pelik, diorang layankan juga dan sambil tu bertanya aku dari mana sebenarnya.

Maka, kami pun keluarlah dengan penuh tawakal agar jumpa jalan keluar. Makin gelap. gelap..kereta sebijik dua je berselisih.

"Lisa...cepat baca Bismillah...baca doa...."

Minah tu baca Bismillah. lepas tu dia pi baca doa makan....
hadoiiiiii....

takpalah. Layan aje.

Jumpa jalan keluar. Topik hantu masih lagi menjadi agenda si Lisa. Aku geram. aku sound dia

"jangan nak cakap pasal hantu sangat. satgi dia tunjuk muka, padan muka..."
dia terus diam....

aku suruh dia nyanyi. suruh dia menari...dia diam.
aku cuak jugak lah kan...

aku panggil nama dia. dia langsung buat tak dengar.
lepas tu aku cakap....

"eh, hantu dah masuk dalam badan Lisa ke? orang panggil tak jawab pun...."
dia balas apa tau....

"Belum lagi....."
aku terus seram, sebab lepas tu dia terus pandang aku sambil tersenyum......
lepas tu kami pun sampai kat plaza tol PD tu balik...
Lepas tu kami pun selamat sampai balik.....
Kami pun selamat...sebab hantu tak masuk pun lagi dalam badan Lisa.....=D


hantu lisaaaaaa


OUT OF MY MIND bila budak obses hantu nie.

Aug 3, 2011

SORRY YA MIZZYN

....hmmmm....

Bff aku si mizzyN baru je melahirkan baby lelaki. Ra'if mikael. selamat menjengah dunia. Congrat buat kawan aku nie jugak kerna tabah dan sabaq berjuang nak lahirkan baby sulung awak. Aku cemburu. Agak cemburu...

Tapi....

tapi semenjank dia dah melahirkan baby nie, sensitif dia lain macam sikit. Pada aku agak overdose. Mungkin sebab ini 1st time dia dalam dunia ibu. Mungkin jugak kerna berjauhan dengan suami. Mungkin jugak berjauhan dengan aku. Dan mungkin juga memikirkan stress nya nak kena jaga baby di samping perut yang kena ceaser. Ye...aku faham...sangat faham walau tak pernah mengalaminya.

Yang pasti wahai sahabatku:

  • aku call kamu bukan kerana aku nak menyampaikan rage aku seperti yang kamu sangka. Aku cuma mahu bertanya keadaan kamu. Samada kamu sudah mampu menyesuaikan diri dengan dunia baru itu.
  • aku call kamu kerana aku risau dengan sms pada jam 3.20AM yang kamu hantar haritu. Aku mahu tahu samada kamu sudah ok atau tidak.
  • aku call kamu cuma nak mendengar suara gembira kamu. Tapi malangnya....kamu cop aku bukan-bukan.
  • aku call kamu kerana ingin kepastian. Aku dapat cerita dari kakak office kamu yang mengatakan kamu menangis dengan teruknya mengadu cerita. Aku risau. Sebab itu aku call kamu hendak bertanya keadaan sebenar.
  • Aku call kamu kerana aku nak tahu samada pembawa masalah itu telah pergi atau tidak?
  • Aku call kamu kerana aku rindu kamu....
  • Tapi ada satu hari aku call kamu, kamu bertanya life aku....aku sangat tension masa tu, aku terus meluahkan perasaan aku. Bukannya aku sengaja nak bebankan kamu. Tapi terlepas. Kalau itu kamu rasa membebankan, sorry...lepas nie aku akan diamkan diri aje. Dun worry dude.
Sekarang kamu rage. Meluahkan kata bukan-bukan pasal aku dalam twitter. tak apa...aku tak kesah. orang cakap, perempuan baru lepas bersalin nie emosi dia sangat fail. sensitif. ok....aku tak ambik hati.

Tadi masa kamu call. Aku baru lepas berjalan dari wisma radio. duduk sekejap kat bawah pokok dengan kaknor. Aku tanya kak nor, ada ke aku marah-marah. Kak nor cakap aku just marah bila part kamu tak jaga pantang. tu je. Yang lain takde pulak aku cerita apa selain aku cakap aku penat sebab aku dah lama tak cuti. itu aje.

Da rest, aku lebih banyak diamkan diri. dan sampai satu tahap kamu pun diam. Aku dah speechless. Dah tak tahu nak cakap apa dah. ye lah, apa aku nak cerita sedangkan hidup aku adalah office, rumah, saudara mara dan jugak buku.

Takpalah. Aku mintak maaf lah kalau dah tersinggungkan hati kamu yang fragile tu. Kalau kamu tak puas hati, maknannya kamu memang tak kenal aku siapa.

OUT OF MY MIND bila kau sendiri dah tak tahu nak entertain kawan kamu macamana lagi. haish.

Total Pageviews