May 5, 2011

NOVEL LAGI

....Hmmmm.....

Baru-baru nie aku beli novel berbahasa melayu kat pesta buku. Dan seperti biasa, aku cuba support penulis-penulis lokal. Tak kisah lah keluaran apa sekalipun. Tapi yang pastinya, novel-novel nie masih lagi terikat dengan cliche nya jalan cerita dia. Aku rasa aku pernah dah buat entry pasal benda nie....

cliche 1st.
Majoriti novel berbahasa malaysia (or melayu??) yang ada sekarang nie jalan cerita mesti pasal kawin kawin paksa, kawin kawin kontrak, kawin kawin pilihan ibu bapak. Mula tak cinta, buat rules bagai lah dalam rumahtangga tu. Pastu buat isteri tu macam bena tak bena je. Tapi, lama lama mula lah jatuh cinta. Tapi tak nak cakap...tapi dah falling in love gila babi nie dengan kelembutan dan jugak kewanitaan, keayuan dan jugak keibuan wanita yang dikahwininya itu. Gitulah selalunya storyline dia....

cliche 2nd
Konflik balik balik sebab jeles. sebab salah paham. sebab pakwe lama si isteri cari balik. sebab ada orang ketiga yang nak sangat kat si suami dia tu yang sanggup buat apa je macam orang hilang akal. Tak pun mesti ada konflik mak bapak si lelaki tak suka kat wifey dia, so nak jodohkan hubby dia ngan pompuan pilihan dorang...haihs....dah boleh agak dah.

cliche 3rd.
punyalah malas nak cari solution nak setelkan masalah konflik yang dia buat tu, penulis amik jalan mudah je. Setelkan dengan accident je lah. Tangkap basah, tetiba mak bapak sedar sebenarnya pompuan yang dipaksa kawin ngan anaknya adalah berlian lah. Malas betul dorang nie. Dan ada 1 novel nie, dalam 4 muka surat je dah boleh tulis penyelesaian konflik yang dia create tu. hello, kenapa ko wujudkan konflik sampai beratus-ratus helaian, tapi ko setelkan problem tu dengan semuka surat je...

Tapi standard lah, orang yang selalu komplen nie, slalunya dicabar "kalau ko terer sangat, ko buatlah novel sendiri. cuba tulis tengok. cakap senang aa.." memang la kan. Tapi aku dilahirkan untuk beli novel dan mengkayakan penulis penulis nie. Kalau semua orang nak menulis, sapa nak beli novel kan...

Novel keluaran crative aku rasa masih lagi menjaga standardnya. banyak kisah masyarakat yang sangat menyentuh. Konflik dia bagus dan jalan cerita sangat unexpedted. best....

dan kepada penulis-penulis sekalian..janganlah nama tu overdose bombastik...tq

OUT OF MY MIND bila novel yang tak best tu aku rasa nak bakor je. Nak jual kat orang pun tak sanggup.

4 comments:

Naddy said...

"Tapi aku dilahirkan untuk beli novel dan mengkayakan penulis penulis nie. Kalau semua orang nak menulis, sapa nak beli novel kan..." I loike.

Bena x bena tu amende?

mummy afif &aidil said...

beb, aku kalo nk bli novel, mesti cari yg 'dh ada nama'..kalo stakat nama penulis je dh overdose, tp tulisan cm bingai, aku pilih maintain kekal baca tulisan penulis feveret. so far, yg kekal suka - norhayati berahim. ahadiat melampau sgt imaginasi dia..'xtercapai akalku'.

Anonymous said...

Aku setuju. Aku baru start baca novel melayu seminggu lepas. Setakat ni dah 5 buku aku baca. Aku pun dah browse bnyk kat penulisan2u. Boleh kata kurang 10% yg original citer dia. Yg lain sume ada unsur korea tak pun judith mcnaught. Ada satu buku tu siap tiru plot drama taiwan lagi. Ada satu lagi buku compile kan semua perkara perkara romantik korea dlm satu buku. Hangin aku satu badan.

Jay said...

Banyak point kitorang setuju:
http://squidoo.com/kahwinpaksakontrak

Total Pageviews