Sep 17, 2008

PURE

Pulau nie sangat kecik. Jalan kaki aje dah boleh pusing satu pulau. Nama tempat nie. Pulau Denawan, Sabah. Orang-orang disini still lagi tidak terpengaruh dengan dunia luar.

Local people kat sini basuh kain di perigi yang dikorek. Perigi tu kecik giler. Memandangkan pulau nie dikelilingi air laut dan sangat jauh dari tanah besar, so, perigi yang kecik nie la jadi sumber bekalan air kat situ.


basuh kain kak...

TAMAK

KONICHIWA,

Hari nie dah 17 september 2008. Dah masuk 2 minggu dah posa. bulan posa nie lah nak kita hakiskan sifat tamak kita. kalau tak semua, sikit pun jadilah.

Sekarang nie, negara kita bukan main rancak cerita pasal politik. Dulu, orang tak pernah pun heran apa-apa pasal politik, tapi sekarang nie, budak 15 tahun pun dah pandai angkat bendera parti, dah pandai maki-maki, dan conteng-conteng dinding yang mengata-ngata certain-certain parti politik.

dalam akbar, tv, radio..semuanya dok sibuk lagi cakap pasal politik ini politik itu. Sampai keutamaan negara dan juga rakyat tidak dilaporkan atau pun berita tu ditolak ke belakang. Salah siapa, dah pasti salah ahli-ahli politik yang tak habis2 nak rebut kuasa. yang sepatutnya tugas dorang sekarang nie adalah menjalankan tugas yang dah diamanahkan oleh rakyat.

kalau ye pun teringin sangat nak ambil alih kerajaan sekarang. tunggu ajelah next election lagi 5 tahun. sekarang nie dah dapat 5 negeri, usahakan le negeri-negeri tu yang sebaik-baiknya. tunjukkan kemampuan anda. mana tahu, dengan kejayaan memerintah negeri-negeri tersebut membuktikan korang bukannya cakap kosong.

ini tak, masing-masing berlumba-lumba nak glemer nak tunjuk taring. sudah-sudahlah. pikir-pikirlah masalah negara pulak. masalah dunia pun banyak. tak payah la nak pikir masalah sendiri aje.

entahlah...aku kah OUT of my MIND atau merekakah yang terlalu bijak pandai.

Sep 16, 2008

16 SEPTEMBER

Tarikh 16 September dipebesar-besarkan. Daripada apa yg aku goggle di tenet, ini yg aku dapat dan apa yg terjadi dlm tarikh ini.

Sep 9, 2008

MY FAV...






Angelina Jolie - sexy...
Sex and The City





George Clooney


5 THINGS..

5 benda bermakna yang aku buat Dlm bulan nie..
1. Dlm tempoh 2 weeks..aku abiskan duit aku RM100.00 je (hebat tuh)
2. Dlm tempoh 5 hari lepas gaji, balance dlm acc aku hanyalah RM200.00 (lagi hebat - orng pinjam la...)
3. Aku makan sekali aje sehari - (dh bulan puasa katakan...)
4. Tiap-tiap hari aku masak..
5. Dah lama aku tak pi shoping.

5 Benda yang aku asyik ulang siar (selalu kuar dr mulut aku la)
1. Daaaa...
2. Hampeh..
3. Tolonglah...
4. Budus Betul...
5. Ye ke...

5 benda yang aku nak buang tapi tak buang2 gak
1. Baju lama aku
2. kasut yg rosak giler...sayang..
3. unders aku yg dh lama aku x pakai.
4. mekap-mekap yg aku dpt dr kwn aku dr jepung. (dh expire)
5. resit-resit-resit.

5 benda yang aku cuak giler
1. driver2 kat negara aku yg veryyyy da "sopan" sangat. naik darah je
2. Ngan bos aku.
3. ngan stalker-stalker aku...
4. orng yg susahkan aku..
5. dekat diri aku yg x mampu kata tidakkkkk.....

5 benda yg aku bangga giler dgn diri aku
1. aku mampu dpt keja skrng
2. Aku mampu beli keta
3. aku mampu pengaruh orang...HAHAHAHA..hebat
4. aku boleh depends dgn diri aku sndiri
5. people keep asking about my opinion even thoungh apa yg aku ckp suck giler...hehehe...

5 benda yang aku x mampu lagi nak buat
1. Sambung study di ober da sea
2. Super bike
3. kawin
4. kuruskan badan..
5. fikir sblum bckp...

- mizzy..aku tag ko..-

PONTENG KEJA

DUhHhHHHH....

Semalam ( Isnin 08/09/08), aku dah ponteng keja. Niatnye memang dah nekad nak pi keja awal..awal tu dlm kul 7.30 am la. Tapi by da time dah pukul 6, mata aku nie dh tak sanggup dh nak layan otak aku nie. Apa lagi...konon-kononnya tidur2 ayam la..Sekali..tebabas dah sampai kul 9.
Time aku dh sedar tu, biasak la...kalau tak tidur cukup, kompem le tahap mata dh xleh bukak dan otak tak dpt nk antar signal yg serupa dgn mata aku nie. so, aku teruskan lah dengan tidur aku balik. Kononnya lg 30 minit aku bangun la...

Tapi rupanya...3 jam lepas tu baru aku terbangun...huhuhu..time tuh tahap kemalasan nak pegi keja dah maksima dah. Apa lagi..golek-golek je lah atas singgahsana smbil baca novel. Bulan posa, apa la boleh buat.. Nak masak awal lagi.

dgn Silent kan HP aku, aku teruskan aktiviti dlm bilik aku smpai le ptg. siap pesan kan Mizzy N, aku tak dtg opis lagi..Tp sebelum tu.

mlm sebelumnya, aku dh lepak kt mamak smpai kul 3 am. punya lah bosan, lepas bukak posa, pegi mid valley semata-mata nak ke MPH. time gerak ke MV tu dh kul 9 mlm. Sejam je kat sana, pastu lepas kat McD, pastu plak terus gerak ke mamak. Borak tah apa-apa..tengok2 jam dh kul 3. Esok nak kja. Mampu ke nk bangun kalau dh tidur nie..??

Pada hari tu gak, aku tak bagitau sapa-sapa pun pasal aku ponteng keja. Ari nie, aku pi opice, BOSSan aku tanya cuti ke smlm. Aku just say YES..hehehehe...

Dats da way people out of her mind respond...

Sep 5, 2008

AMBANG MERDEKA...






POLITIK...TAK HABIS LAGI KER?

konichiwa...

Politik...tak habis-habis lagi ke pasal politik nie. Sekarang nie, di office aku, di satu sudut sedang berlaku perdebatan ataupun ceceh menceceh pakcik dan makcik pasal kes Saiful, anwar, politik dn macam-macam lagi. Yang pastinya, dorang nie tak boring-boring ke nak bincang pasal isu nie. Apa yang pakcik n makcik nie dapat dok discuss pasal semua nie.

yang pastinya, dorang nie dapat, aku tak puas hati dekat ko, ko tak puas hati dekat aku. Dan maka dari situ bertambah-tambah lah macam-macam teori sendiri dan juga pandangan peribadi mengenai isu-isu bodoh nie. Kalau la dengan bincang semua nie dapat mengubah sesuatu, kan bagus. Nie...hampeh.

henti-hentikan lah. Boring la...ada banyak benda lagi yang harus di ambik tahu dari benda yang tak berkesudahan ini. Out Of My f**king mind.

Sep 2, 2008

RAMADHAN..

Konichiwa...

Today dh masuk 2nd day pose..
masih tak lambat lagi to say welcome to Ramadhan.

Ramai yang cakap, bulan posa bulan nak buat amalan. Nak jimat cermat. Nak kurus. Tapi pada aku. Biasa aje lah...cuma bulan posa nie banyak ngajar aku balik cepat utk masak kt rumah..hehehe. Tak lah..time bulan posa nie lah aku nak muhasabah diri balik..
dan daripada pemerhatian aku selama aku dh 3 kali tempuh puasa sejak aku kja nie, orang lain semuanya berlumba-lumba nak balik awal sbbnya:-
  • nak sediakan makanan or nak masak kat family. of course lah pastinya mck2 yang menjadi juara dalam kategori nie.
  • Pck pakcik pulak akan tuang keja kejap sebab nak kejarkan bubuk lambuk kampung baru yang katanya sedap nak mampus. Padahal, aku penah jugak le rasa bubur lambuk kg baru nie, dengan membeli RM1 daripada orang yang pegi ngambiknya, kesimpulan: takde le sedap sangap pun. Rasanya cam bubur lambuk tempat lain je. Apa yg bestnya. Maybe suasana rebut tu yg jadi bubur lambuk nie lagi best kot.
  • pakcik-pakcik yang tak pegi berebut bubur lambuk, akan duduk bekumpul sambil sembang-sembang apa yang patut dalam tu jugak amik kesempatan pejamkan mata. KOnonnya kosentrate la tuh. tak paham aku. apa yang diletihkan sangt pun tak tahulah. padahal, semuanya isteri dh sediakan...huhuhu
  • bagi golongan remaja terpilih mcm aku nie, bagi yang tak posa, aku cari peluang nak makan curi-curi. Kadang-kadang buat muka tebal megi McD beli Value Meal Set...hehehe. Dan taun ini percubaan kali kedua aku semenjak posa pi beli McD time tengah hari. mavelous. Tak malu punya pompuan...hehehe
  • Golongan remaja (ehem) cam aku jugak tengah dok pikir-pikir. Nak masak. Nak Tapau. Masak Apa? Asam pedas - tak reti. Ayam masak kicap - selalu sangat dah, muak pulak. Tom yam - kenkadang sedap, kenkadang tak best pun, kurang apa pun tak tau...ala..senang tapau je lah. Tunjuk-tunjuk. setel. dok depan Tv, tunggu je azan. nyum..nyum.

Bulan posa bagi aku, takde le sangat aku nak jengah bazar ramadhan. entahlah. aku nie memang tak minat sangat nak beli-beli nie. baik aku masak kat rumah. tak kisah la...tak sedap pun. yang penting anak tekak aku cakap sedap. Dah tu, ada plak orang yang sudi makan, dah besar sangat hati aku.

bulan nie jugak membuat aku terfikir dan berhasrat untuk tune my mind supaya tak Out Of My Mind..

Total Pageviews