...Hmmm....
perkara paling aku rasa super annoying buat masa nie adalah perkataan KAHWIN.
'ko bila nak kawin?'
'ko biar betul takde boifrend'
'nie dah puas jalan, bolehlah settle down kan'
'dah dah lah tu enjoy.....dah tua...target kawin lah pulak..'
'takkan ko pusing 1 dunia, ko tak jumpa orang yang ko rasa nak kawin?'
'ko memilih sangat....tu si polan tu kan bujang lagi, dia cam suka kat ko, terima je lah'
'alah...ko ajak je si A tu kawin, korang pun dah lama kawan kan...'
dan lagi....dan lagi...dan lagi....
rasa nak flip meja, nak hantuk kepala.
dari rasa nak kawin, terus rasa nak menongkah arus, fedap...hilang rasa nak kawin tu.
Eh, menongkah arus tu bukan nak ke arah lain, saya masih suka lelaki ok...
Fine. aku bukan taknak kawin, cuma tak jumpa seseorang yang aku ada rasa perasaan nak spend hidup aku dgn dia lagi. Kalau ada pun, sampai satu masa, jodoh takde pulak (senang cakap lah). Apa aku boleh buat. kan kan kan...
Ada kawan aku berpendapat, alah jangan memilih, kawin je dengan orang yang ko rasa ok, sesuai, baik bla bla bla....kalau tak serasi, nak buat camna, divorce je. Boleh ke buat pilihan camni, gamble, tak sesuai, blah. Cerai tu aku rasa benda yang tak mudah dan bukan je melibatkan perasaan aku dan dia, of course lah perasaan family jugak kan. Ini macam kawin nak menghalalkan cara je.
Masa travel, dekat 5 orang jugak yang ajak aku kahwin. Tapi aku anggap benda nie hanya macam travelbug, macam cinta di perantauan gitu. aku pun tengah onthemove time tu, dan aku anggap ia hanya macam crush sahaja. Kalau betul ada jodohnye, kita tengoklah camna nanti...huhuhu. Hah, memang cerewet kan citanya. mungkin....mungkin kot =P
Pada aku, kahwin tak kahwin....semua tu dah ketentuan kan. Mungkin ada sebabnya yang kita sendiri tak pasti. Mana tau pasni Fahrin Ahmad tu jodoh aku *wink wink*....sedangkan Alma alamuddin umur 36 baru kahwin...dapat kawin pulak dengan george Clooney yang yummy, aku baru 32....relax sudah...hahahaha
Bila 90% kawan sama umur ko dah kahwin...ia jugak menjadi satu stress. Kerana dunia ko dah berbeza dengan dorang dan ko cuba paham dorang dan dorang cuba paham ko dan masing-masing tak akan faham sebenarnya. cannot related gitu, at the end...ko bawak haluan diri ko, aku....dunia aku.
Oleh kerana itu...kalau orang bukak cerita kawin...aku memang akan buat muka fedap...duuuuuh. dan kalau jumpak aku, plz plz plz plz.....jangan lah tanya soalan nie....letih tau. dont worry aku tengah berusaha memikat abang bawah ini....ngeeeee
hello bakal boifrend
yeah....im 32 and fabulous gitu....gedik sikit