....hMMM...
HELLO.....TRAN-SIBERIA....IM IN LOVE WITH YOU ALREADY
Start Middle March nie, aku akan start trip penjelajah solo aku. Persiapan agak last minit sikit. Sebelum-sebelum nie aku just plan nak ke europe da usual way lah...naik flight landing kt London or Amrsterdam or etc.....
Tapi masa aku dok browse...aku ada terbaca journey seseorang nie. Di ke europe naik train. Google punya lah google...aku buat keputusan...ya, aku nak p europe naik ketapi lah. TRAN SIBERIA Railway. Railway yang paling panjang di dunia yang merentas 3 negara China-Mongolia-Russia. Kalau perjalanan non-stop, ambik masa dalm 8-9 hari baru sampai.
Research lagi....pergh macam payah je aku nak paham journey dia. beli pulak buku....research lagi. Mula-mula plan nak main aci redah je beli tiket train kat Beijing nun....tapi bila aku jumpa ada akak sorang nie yang baru balik dari journey yang sama, aku decide...aku tepaksa beli tiket guna agent yang ada kat UK nun. Sebabnya, China & Russia perlukan tiket in dan out negara dia.
Sini beberapa point perlu tahu secara pemahaman aku...sebab mostly berjela-jela dan agak payah nak paham.
perkara perlu ambik berat (setakat yang ingat):
Malaysian kena apply Visa nak masuk China & Russia. Visa China maybe ambik masa 2 hari untuk siap. Russia pulak ambik masa dalam 5 hari waktu kerja diorang, waktu keja Russia lah...bukan time kita ye walaupun kita apply kat embassy diorang. kalau ikut time kita, sila jangka dekat 2 minggu gitu baru nak siap. Dan, ko perlu dah ada tiket in & out dari negara tu siap2. setakat nie aku tak tak siapkan lagi visa aku sebab tiket train aku tak siap lagi. hah....nak apply visa russia, kena melalui agent ye. bukan boleh syok sendiri je main aci redah pi embassy dia. duuuh gila. Nanti aku update harga pulak eh.
tiket flight ke Beijing...beli cam biasa lah. pilih lah airlines mana yang korang suka. pada aku, aku pilih airlines yang mana offer lagi harga murah. tak kiralah time tu air asia ke...mas ke.....asal murah. sekarang nie, citanya pasal tiket ketapi trans-siberia nie. Ok....jangan confuse....overall, orang akan panggil journey nie Tran-Siberia. Tapi hakikatnya, ketapi Trans-Siberia nie hanyalah digunakan di Russia. Sebab perjalanan aku dari Beijing dan aku nak stop kat Mongolia....aku ambik ketapi dan route Trans-Mongolian.
Tapi takyah risau....agent yang uruskan kertapi nie akan uruskan semuanya. Apa ko perlu buat...pilihlah mana syarikat yang ko nak untuk uruskan tiket ko. Aku pilih realrussia.co.uk untuk uruskan. Aku chat ngan dia sikit...pastu bagitau plan aku nak stop kat mana (research tu penting), berapa lama....dan dia akan uruskan dan make sure ko stay kat 1 negara tu tak lebih dari kebenaran visa. so, aku berurusan dengan dia melalui email....dan sekarang aku tak dapat lagi tiket sebab aku dok tukaq itu ini....hehehe....ya, walau dah confirm, tinggai nak bayar je, aku boleh lagi nak tukar dari kabin itu ini.....nasib ada lagi.
make sure korang tahu keadaan cuaca kat sana dan apa yang korang nak. Aku kejarkan winter...sebab lagi murah dan aku nak view & pengalaman yang superb itu. so....bila tanya sana sini...cuaca kat sana dah haywire. Katanya winter baru start kat sana. ooooo matilah aku....matilah.....sedangkan masa kat nepal pun aku tak berapa nak tahan sangat...camna lah nanti kat sana.
Plan masa korang...berapa lama korang nak stay kat satu-satu tempat. Memandangkan Mongolia antara negara yang aku teringin sangat nak pegi....so aku decide nak stay sana dalam 3 minggu. 2 minggu di Ulan Batar...1 minggu di Ulan-ude. Beijing dlam 4 hari je....sepanjang Russia: dalam 26 hari. So total semua dekat sebulan setengah gak aku nak habiskan perjalanan dari Beijing sampai keluar Russian dan start journey ke europe pulak.
Nie lagi satu benda yang penting....tambah ko nak travel solo. ok, memandangkan aku sangat nak jimat bajet, aku decide ada beberapa tempat aku nak stay kat couchsurfer. Couchsurfing tengah in sekarang nie...selain dari jimat belanja, ini salah satu cara ko boleh explore camana local kat sana hidup dan jugak budaya dia. Setakat nie, Beijing & Ulan Batar aku dah setel....Jimat dalam RM200 gak lah.
- Seriesly, aku tak buat research secara detail lagi apa aku nak buat dekat 1-1 lokasi....aku just nak enjoy 1-1 tempat dulu dalam masa dan cara aku sendiri dan tak mau terikat dengan tempat-tempat aku nak pi. Tapi macam mongolia tu...aku teringin sangat nak pi national Park dia dengan Gobi Dessert. A MUST....!!
ok, itu setakat yang aku ingat......pepehal nanti aku update lagi.
yeay...yippie yeaaaay....!!
Nie 2nd class nye cabin. Ada 4 bunk. Atas dan bawah. ramai advice ambik bawah sebab ada tempat simpan barang yang lagi secure dan ko boleh monopi meja makan yang kecik itu....perjalan yang panjang, aku ambik kabin nie.....yang pendek setakat sehari je, aku ambik 3rd class...
Nie 3rd class kabin. mostly local guna yang nie. dari pembacaan, kalau travel solo, lebih baik ambik 2nd class...lebih selamat sikit.
nie view dia...maybe masa summer kot/
view buat aku tak sabaq.....!!
OUT OF MY MIND mengira hari.