Jun 7, 2013

GOBOX

...Hmmmm...

Sekarang nie super duper bz. dengan erti kata lain, aku pun penat tengok diri aku sampai satu tahap aku rasa lelah yang kalau tidoq tak mau bangun dari tidoq yang lena....just nak buat kuak lentang atas katil je. Ini series.

Antara sebabnya aku dah start shooting. Kalau last year aku buat program Xpresi Kembara. Travelog yang laidback lepak lepak, enjoy enjoy...cuma letih mental nak melayan kerenah artis je. Tapi tahun nie aku kena produce program Xplorasi yang hardcore. Yang buat ko mental dan fizikal sama-sama letih. Yang buat ko nyumpah sepanjang buat job (time tu je lah)...yang buat ko tertanya pada diri ko..."banyak lagi keja yang senang, lepak....apsal lah keja yang susah nie jugak ko nak buat". Tapi sebab minat aku terhdap mengembara, gunung dan jugak lautan serta alam sekitar, buat aku tak kisah pun. Walau lutut aku dah hampir hancur menampung berat badan aku tika menaiki gunung.....

Tambah buat aku letih, sekarang nie aku bukak bisness, Kongsi dengan nader rara & huda. BUkak kedai kecik juai baju, tudung & akseseri bagai....memandangkan kedai kecik kami takde pekerja sebab nak jimat bajet (sebenarnya bajet dah takde), kami gilir-gilir jaga dan bukak. dan operation hour pun kalau orang tak faham macam main-main je. 

Kami akan bukak time lunch hour, lepas jam 2.30 ptg tutup....dan bukak balik jam 6.30++ camtu. So xde lah orang nak cakap kami curik tulang time keja ke apa ke. Lagipun, time-time tu je ada orang...time lain lengang. Rezeki Alhamdullilah.

ramai kata aku buat keja nie sebab nak tampung hidup aku yang suka travel....ok...gua tak kesah. Memang betul pun. Setakat nie kedai nie x bebankan aku pun. Cuma takde masa nak lepak-lepak sangat...dan rehat-rehat sangat. Layan kan je lah.

Sebenarnya sekarang nie pun tengah kat kedai. panas weh. Maklumlah x mampu nak letak aircond lagi....redho lah kan...

ok lah.... aku lapaq.

OUT OF MY MIND kepanasan...

plz like GOBOX di facebook untuk support aku yang kepanasan sekarang nie. GOBOX yang display picture dia adalah pic perempuan pink tgh pegang beg shopping. Support aku yang tengah kepanasan nie...huwaaaa..menitik peluh i.

No comments:

Total Pageviews