..hmmm...
Baru je post entry pasal free hair dan kejahilan agama. Dah jadi lagi petang tadi. Bila seorang yang bertudung merasakan dia berhak dan layak menjatuhkan hukuman dan melabelkan tidak bertudung sebagai seorang yang sangat jahil dalam bab agama dan mempertikai pengetahuan dan juga adab pada agama.
Benda terjadi bila dia mencari ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang dia tempek-tempek dan lekat-lekat di meja da sekitar workplace dia. Tak jumpa. Dia dengan bongkak dan mulut cipet terus cakap
"Dah lah jahil agama, ko tau tak itu Ayat Al-Quran yang kau pergi buang tu..kalau tak suka aku pun, hormatlah sikit tu ayat Al-Quran...itu pun tak reti...bla bla bla...entah agama apa lah kau nie..."
Pergh...hebat kau kakak. Kau dah tuduh aku buang ayat-ayat suci tu satu hal. Pastu kau boleh cop aku jahil agama 1 hal.
Apa, ko pikir ko pakai tudung litup tertutup aurat kau, kau rasa kau terlindung daripada dosa? Kau fikir hati kau suci dan pengetahuan agama kau tinggi lah eh?
Kak, first sekali aku dah terang kat kau, masa aku dapat meja kau...dah kosong. dah clear. takdak apa melainkan sawang-sawang dengan habuk yang tebal yang ko tak pernah lap tu je ada kat situ.
Kalau kau tanya aku baik-baik, takpa lah. Ini kau main serbu, pastu kau tuduh aku macam-macam. Ye, kau tuduh aku macam-macam lagi kan. Kau tuduh aku buang barang-barang kau. Tape kau bagai.
Kau tak terima kasih sikit pun kat aku, yang kemas sampah sarap kau, pack barang kau cantik-cantik. Susun tape kau dalam almari elok-elok dalam kotak...haram kau nak cakap terima kasih kan.
Camtu ke akhlak terpuji yang kau nak tunjuk kat aku sebagai seorang yang bertudung litup yang patut aku contohi. Takpalah kak, aku rela tak pakai tudung biar hati aku baik sikit dari kau dari kau yang perfect tu aku nak jadikan contoh.
Kak...aku orang kampung. Aku dah khatam Al-Quran tu. Aku dulu sekolah agama. Sekolah menengah pun kelas agama..cuma bahasa Arab aku fail je masa PMR. Kalau tak kompem aku sekarang dah masuk program Ustazah Pilihan tu. Kalau bab hukum hakam agama kau nak debat dengan aku, mai lah...aku tadahal. aku rasa aku lagi hebat dari kau. Sebab tu orang keja kat JAKIM pun respek aku. Beza aku dengan kau hanya sehelai kain yang menutupi kepala kau je.
Sehelai kain tu memang mampu tutup aurat kau, tapi tak mampu nak tutup mulut kau yang macam ayam tercirit tau. Tak mampu menutup hati kau yang busuk yang dok mencanang serata dunia pasal keburukan orang tau. Tak mampu menhalang perangai makcik bedah kau.
Takpa, aku tak kesah kalau kau nak print out dan sebarkan benda nie kat satu Malaysia pun..itupun kalau kau paham lah degan kewujudan blog nie. Ini cerita benar apa.
So, akak...sila jangan pikir aku ni jahil agama ye. dan jangan kau sesuka hati nak mempertikaikan agama aku... Aku sentap nie....
Sekali aku OUT OF MY MIND....nahas kau.