*aku copy paste dari apa aku share di group travel.
Saya sampai lokasi nie masa ambik trip Trans Siberia. Lokasi ini antara jadi idaman nak pi. Lake Baikal nie planet deepest & oldest lake.
Waktu sampai, bulan April. Off Season. Pulau tutup. Nasib baik sebab dapat host couchsurfing kat sana, dan dia ajar camana nak ke pulau tu. Sebelum tu saya pegi stesen bas kat Irkutsk nak beli tiket bas...memang takde. Kecewa gila.
Saya advice, korang pi lah bulan feb/jan....boleh tgk fenomena ais yang frozen gila dan mcm jln atas kaca. Bagi yang terpegi time offseason (mid april - june) cara-caranya adalah:
- Kalau ambik transsebria train, turun kat Irkutsk. Ada juga flight ke irkutsk nie.
- ambik minibus di Irkutsk ke Khuzir. Perjalanan dlm 5-6 jam (dlm 300km camtu). Pergi seawal 8am. elok booking dulu, selalu full. Cara booking samada mintak tlg hostel korang or pegi je kat depan seberang jalan stesen bas...ada minibus banyak2 tu...itulah dia. Harga dalam 500 RUB.
- dah sampai kat jeti, ada hovercraft. Harga dlm 300 RUB 1 way. untuk local, free aje. Khidmat hovercraft nie pun atas belas ehsan utk orng luar yg gatai jugak nak ke sana walau dah cakap pulau tu tutup.
- Kat seberang sana, dah ada van yang tunggu untuk sambung perjalan ke Khuzir. Tak payah bayar dah. naik je. Khuzir nie lah perkampungan yang banyak hostel dan hidup. Tapi malang bagi saya sbb off season. Kedai runcit je bukak...segala mak nenek kedai/restoran ke apa ke semua tutup. So, survive makan cekelat, air milo dengan roti je lah.
- Nak Balik ke irkutsk, boleh beli tiket minibus kat Nikita homestead. Booking awai jugak. Sebab Off season...macam mati akal sikit. Untuk pusing pulau, selalu ada local yang akan offer trip nie...jadi 3 hari saya dok berulang alik ke nikita homestead nie dok tunggu kot ada tourist lain nak join sewa van pusing2 pulau. kehidupan kat sini sangat sangat sangat minimalis...terasa cam hidup zaman dolu-dolu. Sebab saya stay dengan host couchsurfing, so aktiviti banyak sikit lah macam bekebun, merayau naik basikal, kacau pakcik mancing, layan budak main bola dll.
tak rugi datang sini, best giler beb.
nie antara contoh rumah yang ada kat Olkhon Island nie.
keta nie bukan bejalan kat atas jalan darat yang tutup salji. Tapi atas tasik beku tuuuuuu...laju kemain dia drive.
Penduduk pulau nie majoritinya sebelum ini beragama Shaman. Yang mempunyai bentuk-bentuk pemujaan. Dan kat sini antara lokasi upacara pemujaan berjalan. Ada influence dari Mongolia jugak. Ye lah, tak jauh pun dari Mongolia tu.
hello....im patrick...spongebob squarepant...!!
ini sunset....
Ini perempuan Malaysia yang tengah posing di tasik beku.
Ini masa nak pi pusing pulau. Terasa dalam film zaman dolu-dolu tu...Berangan jadi gadis Bond sat. Kebetulan pulak ada 2 askar amerika yang sangat sado dalam van nie..... =D
view yang main snap aje.....
Minah malaysia cuba buat aksi patrick lagi di hujung gunung dengan perasaan yang amat takut sambil mengimbangi body dari ditiup angin
takdak caption.
cubaan menurun....
tengah dok tunggu Hovercraft. Nampak dak yang kecik tuuuuuuu.....
tengah nak naik hovercraft.....
anak host aku yang dia tak paham apa aku cakap, aku pun tak paham apa dia cakap. asyik dok ajak aku main pasir je....
naik beskal, pusing pulau yang aku hanya nampak penduduknya setiap sejam 2 orang aje. Betapa aku rasa macam lepas zombie Apocalypse
.
selfie sikit
lagi selfie....
view dari dalam bilik aku.....mampu keluaq dlm 4 jam je...lebihnya aku betapa dalam bilik. Sejuuuuuuuk kot.
dapur dalam bilik aku....dengan heater yang kecik dan jugak tong ayaq. yep...dorang takde sistem perpaipan. Syukur Malaysia masih aman.
ini kereta hotwheels
aku guna kasut nie je sepanjang travel. Agak waterproof dan selesa dan multipurpose.
let it goooooo...let it gooooo....
selfie lagiii
ombak yang beku.....cantiklah formation dia...hhuhu
mari mengacau pakcik mengail....
owner nikita homestead. Mr. Nikita. baik orangnya.....
nie lah kampung Khuzir. kocik aje.
so....tempat nie memang OUT OF MY MIND gila. Dan aku plan nak pi lagi dalam musim winter,