Mar 20, 2014

BEIJING....HERE I AM

...hmmm....

13/3. 7.00pm. Yeaaaaay finally start aku nye travel nie. Sekara g kat Beijing. Nak try jap boleh update ke idak...

DAY 6

...hmmmm....

Sekarang di Beijing Railway Station. Tengah tunggu nak naik train jam 8.05am. Pukul 5am kami dah kluaq rumah yvonne. Sebab ramai yang suggest better keluar awai sebab security check dia very thight. Lucky us....sebab awai, takde orang sangat.

Stesen keretapi nie memang besaq nak mati. Lagi sekali....problem sebab bahasa. Òrang Beijing memang hampeh gila bab bahasa inggeris nie. Payah gila nak tanya direction ke apa ke. Harap ayam itik style je lah.

Masih lagi sejuk kat Beijing nie. Dalam 8celcius. Kulit dah gatal-gatal. Tak tau napa. Maybe sebab udara yang tak bagus. Tekak tengah sakit nak mati, maybe sebab kurang air. Hah....aku baru discover something. Taik idung bila keras dalam hidung time winter sangat sakit ye. Rasa macam lepas kena tumbuk (mungkin kot kena tumbuk rasa camtu) dan macam kena pendarahan tanpa henti.....pastu nak korek buang pun payah. Gross kan...hahahahhaa

Pasai Beijing. Superb experience. Superb Host. Dan rasa puas hati gila. Akan datang lagi..sebab tak sempat p great wall of china. Pada aku...ok je. Nothing to cry about. Still be there in 3 or 5 years....

Arghhhhh ngantuk gila. Tidoq 2 jam je. Gonna be out of my mind nak bukak mata..nak layan view lagi....

Mar 13, 2014

I DO LOVE MY JOB. SERIES.


.....hMMMM....

sebenarnya aku dalam keadaan situasi tak dapat nak tidoq. satgi jam 7pm aku akan fly ke Beijing dan teruskan akunya travel Tran-siberia. To kill da time.....aku nak dok upload pic, pastu aku tenampak lah picture masa aku shooting. So, aku nak kongsi sikit cerita pasal kerja aku. 

Ok. last year 2013...aku kena produce program xtreme advanture yang melibatkan hiking, climbing. diving dan bermacam macam lagi lah yang melibatkan kederat. Menjadi media ada bermacam bentuk dan tugas. So, tugas aku sebagai producer untuk program advanture travelog nie, sangatlah mencabar dan menguji kesabaran dan juga melibatkan nyawa dan skill. Semua kerja ada risiko...tapi keja aku kali nie risiko dia salah langkah....ko redo je lah. 

so, untuk prgram lain...aku tak boleh nak nilai dan agak berapa lama diorang ambik untuk shoot di lokasi untuk satu episod. Bagi program aku pulak...bergantung kepada keadaan, lokasi dan cuaca...1 episod makan masa dalam 6 ke 10 hari nak siap shooting. Sebab program nie weekly, so aku kena plan habis habisan dan jugak guna masa sebaiknya. kalau tak aku akan susah untuk catch up dan siapkan episod next next. 


nie situasi kepenatan menaiki 4x4. kill da time again. 


 selalunya untuk shooting dalam hutan, macam dalam gambar nie, episod mendaki gunung dulang, yang belum lagi diteroka oleh peminat kaki gunung, kami hired orang kampung kat situ yang dah biasa panjat gunung tu. nie tengah berehat. penat siot. Tu....nampak tak kamera gabak tu...ya, kameraman aku pikul sampai naik puncak. dalam bag hitam panjang tu pulak...tripod...tu pun kami pikul. 


 sebagai producer....ko kena pikir pelbagai aspek kalau bab produce program camni. ko tak boleh nak tunjuk kepala ko je...ko kena pikir krew krew ok ke tak....porter camna...aspek keselamatan...nak kejar host lagi...macam-macam lah. tu tak masuk ko kena pikir pacat gigit tak kaki ko ....ko penat nak mati...dan bagai bagai lah. 


nie sebenarnya aku abuse go pro....
belakang tu...Assistant producer.  


untuk elak kameraman aku stress dan jugak over penat dan jugak sebagai backup, aku slalu guna 2 kameraman untuk program or aktivti hardcore. relationship ko dengan cameraman mesti kena ngam...kalau tak, pikul lah kamera ko sendiri. lagi satu...bila dah mendaki gunung, dalam hutan, penat beb. kadang-kadang semua naik darah dan aku pun kadang-kadang jadi hilang ingatan. So, aku akan buat simple meetaing dan briefing untuk krew ngan host. Bagitau apa aku nak, shot apa, apa yang nak kena cakap setiap lokasi dan siapa antara 2 orang kameraman nie akan jadi master dan 2nd cam. Ye lah...kalau dua dua nak ambik wide shot...sapa nak ambik insert insert shot. 



 nie kameraman otai dalam bab hutan-hutan dan kerahan tenaga untuk aktviti outdoor. dia dah pernah sampai everest walau x sampai puncak. sangat kreatif. dan inovatif. selalu dia akan buat something or create something untuk mudahkan dia masa shooting. respek.


abang porter....assitnt producer yang dok mengenang masa depan dan memikir....natang apa lah aku buat nie....



ko tak boleh nak melaram dalam hutan. kalau nak melaram pun mungkinn dengan barang-barang ko yang jenama hebat-hebatlah. hakikatnya, semua barang ko kena beli sendiri. dan sangaaaaaaat mahal ye barang outdoor nie. tu kasut aku beli kat nepal...dah hancur akibat selalu lanyak. 


kesian abang teknikal aku nie. pikul tripod...bateri kamera dan macam-macam lagilah. sampai cramp kaki dia. thaaank....!!


dah sampai puncak....campak je...hahahhaa. 

OUT OF MY MIND. memang keja nie nampak susah. dan memang susah pun. tapi kepuasan tu...tak terhingga. hopefully masuk keja nanti, aku dapat lah produce balik program nie. dan aku kena fit balik....arghhhhh....!!

Total Pageviews