Balik raya hari tu, aku sempat jugak la curi masa nak cari Chowrasta kat Penang. Itupun sebab ramai yang suggest aku cari buku kat sana. Banyak kali jugak baca dalam surat habaq pasal tempat nie. Bila dah jumpa....woow..speechless.
Tengok lah...stok buku tahun bila punya pun tak tau.
Lokasi kedai nie, dalam pasar, di tingkat 1, nun jauh di belakang tersorok kedainya. kena ada skill sikit nak cari.
Masa aku sampai sana...ada lebih kurang 3 buah kedai je yang bukak. Mungkin sebab tokey kedai buku masih dalam mood raya lagi kot.
Sempat jugak la aku merembat 20 bijik buku...Buku lama murah. Buku baru pada pendapat aku, agak mahal (sebab beza dgn kedai top-top dalam RM5 je). Buku yang rare pun ada jugak juai. First edition. Hard Cover. Semua ada. Nak pegi lagi nanti....nak buat list buku yg payah nak jumpa. yea..!!
OUT OF MY MIND sebab nak beli banyak lagi buku. Tapi adik aku ngan bini dia dah stat buat muka boring walaupun mulut berkata tak apa.
7 comments:
:O. kesian kamu si ulat buku.
nak buat camna...kadangkala, terpaksa jugak jadi manusia
kedai buku ni kat mana? boleh kasi direction tak? tq in advance~~
kerozani:
kalau naik bas, turun kat jalan campbell. dia kat pasar chowrasta...bahagian atas, dan tersorok di belakang selepas melalui kedai-kedai baju. kalau tak tau jalan campbell kat mana, naik bas turun kat komtar pun boleh. tapi kena jalan sikit lah. tak jauh. dalam 10 minit dah sampai. Tanya orang camna nak pi ke situ...
lokasi chowrasta nie depan dengan balai polis penang.
Post a Comment