Jun 15, 2016

HAPPY BIRTHDAY DURAGOI...!!

HAPPY BIRTHDAY !!

GEMINI MAN TURN 29 TODAY. 

sambut besday dia dekat skype memang kelakar....
so....hopefully besday kau yang ke-30 kita dapat celebrate berdepan sama-sama hokey. 

sumpah rasa pelik bila kau in relationship. Tambah lagi, bila hubungan jarak jauh. Dah masuk 2 bulan kitaorang berpisah. dua minggu pertama yang paling susah dan menyesakkan. 

dah lah. aku tak pandai nak cerita pasal cinta cinta nie. 

OUT OF MY MIND bila kau travel, selalu kau baca je kisah jumpa soul mate nie. Tapi bila terjadi kat aku.....entah...tak tau nak cakap apa. Masih lagi dalam keadaan tidak percaya. Tapi memang bersyukur gila. 


Jan 25, 2016

VISA...WHY U SO SUSAH...!

....hmmmm...

Me in piss off mood.
Sumpah tak pecaya mencabar sungguh nak buat visa rusia untuk trip kedua nie. Sebelum nie korang konfem sedia maklum aku dah pernah buat trip trans-mongolia / trans-siberia tahun 2014.

So...kali nie aku repeat lg pi lokasi tu. Tapi....gila lah payah nak apply visa. Dah 2x aku turun naik pi embassy...tak jugak dapat buat. Dah lah makcik kerani kerek tu haram nak tolong. Tau nak marah orang je keja...haish.

Ok. Bagi korang yang nak apply tahun 2016 nie..dorang ada buat syarat baru. Untuk apply visa 30 hari max....korang kena bagi sekali booking hotel/hostel kat lokasi nk pi tu...kalau tak mau layan perkara sakit kepala nie...apply lah 22 hari.

Apply 22 hari hanya perku dokumen in out dgn invitation je. Dan aku ada jumpa sorang mamat nie...dia cakap tiket in out pun takde..hanya ada invitation letter tapi lepas pulak buat visa. Itu kejadian pelik.

Info. Utk urusan nie...kedutaan rusia tu hanya buka isnin. Rabu dan jumaat sahaja dari jam 900 pagi sampai 12.30 hari...kalau lebih dari tu jawapan makcik kerani..."ko sapa aku nk kena keja sampai petang" sangat sopan kan...

Ok...tu basic ye saudara saudari. Sekian

OUT OF MY MIND aku rasa nak sekeh sekeh kepala makcik tu

Oct 22, 2015

PERKARA TAK BEST BILA SINGLE

...hmmm....

baru baru nie aku kerap gila demam. demam seminggu, pastu lega seminggu...pastu demam balik seminggu. aku rasa mungkin salah satunya adalah faktor usia dan jugak faktor kurang buat aktivti keluarkan peluh.

so....bila dah demam, tesadai atas katil tekelepek tak mampu nak buat apa, tetiba dalam otak berfikir, bestnya lah hai kalau ada patner....

jadi, mari kita buat senarai tak best bila ko single mingle trang tang tang.


  • bila ko sakit
bila ko sakit...waaa keadaan inilah paling terasa sekali. ko dok jauh dari famili. ko mampu call je ngadu ko demam tak larat rasa cam nak meninggal bila-bila masa je....time nie lah mula fikir, bestnya lah hai kalau ada tempat bermanja gesel-geset mintak picit kepala, buatkan air, sediakan makanan bagai. Series aku tak tau orang ada patner buat tak aksi camni. tapi aku membayangkan seperti dalam movie lah. Nie bila dah single...aku dah stanby call member yang boleh harap nk bawak aku pi spital, kasi warning siap-siap...kalau demam aku makin teruk, tolong bawak aku pi spital. aku dah fikir...segala pakaian dalam, sila beli baru. aku tak nak orang godek akunye laci privacy. 
  • bila ko sedih
bila ko sedih ya amat yg rasa nak meraung yang tahap ko nak pukul orang...mmg ko perlukan orang yang memahami. memang lah kawan ngan famili ada...tapi dorang pun ada problem dorang jugak kan. so derita ini kutanggung sendiri lah. 
  • bila ko bosan
part nie sebenarnya aku mampu kontrol lagi...self entertain namanya. aku tadahal pi mana sorang-sorang malah lebih bahagia lagi. cumanya bila bosan dah tahap maksima..tahap arghhhhhh aku bosan....mula lah ko fikir lebih-lebih sikit kan.

sebenarnya entah...tak banyak lah saat yang aku rasa alangkah bestnya kalau ada somebody special. mungkin sebab aku dah biasa buat semua benda sendiri..malas nak mintak tlg orang sangat dan kadang-kadang orang pulak irritating dengan aku sebab tak nak mintak tolong dorang. too indipendent katanya. 

tapi mungkin kot best kalau ada patner...ye lah dapat share buat semua benda bersama. ye lah kot. tapi kalau dapat yang memahami lah....kalau dapat yang tah apa-apa...aku cabut lari je..huhu

OUT OF MY MIND. 
dok tunggu jam 7 petang....aku nak balik....arghhhh 

May 6, 2015

EMPANGAN MUDA, KEDAH.









TRANS SEBERIA TRAIN. APA PATUT KORANG BUAT

...HMMM....

ok....ramai bebenar tanya benda yang sama. Dan banyak jugak aku dah post sebelum nie. Tapi ya lah, sekarang nie mana orang ada masa nak godek-godek entry lepas. Buang masa kan....
Nah...sini aku paste beberapa post aku yang maybe boleh tolong korang. Kalau kurang jelas lagi....tanya lah. Kalau logik boleh jawab...akan aku jawab. Kalau di luar kapaciti pemikiran otak kecik nie....aku akan cakap sila research... =D

KLIK kt link semua nie plz....



PREPARATION 1ST 
kat sini aku buat entry betul-betul masa aku tgh serabut cam korang dok pikir....camana tiket. camana nak booking bagai.


PLAN BETUL. GEOGRAFI TU KENA BUAT-BUAT PAHAM. RESEARCH RESEARCH
Ok....ini moment gelabah aku bila aku salah negara. Memang masak. akan spoil segalanya. so....research. research....research dan tanya ok.

TRAVEL SOLO SEBAGAI SEORANG POMPUAN
aku memang pompuan pun. Dan aku rasa aku cute....so statemnt pompuan x lawa je travel solo sbb xdak orang heran n kacau mmg hamjadah. apa kaitan paras rupa dgn travel solo & keselamatan. Kalau kau tak follow simple & basic rules....lembu pakai skirt jejalan sorang pun takkan selamat ok.

LOKASI RARE...WAJIB SINGGAH WEH
Bagi pencinta alam & ketenangan dan memikirkan dunia ini ana yang punya. Sila singgah ke lokasi nie kalau korang pi trip nie...

KONSIDER TIPS LAH SIKIT
sikit-sikit experience aku yg aku larat kongsi...mmg sikit sgt pun

OK....nanti aku update banyak2....!



mongolia 


mongolia


italy

Jan 15, 2015

FABULOUS 2014....!!


woooot woooot...helllo 2015!! Happy New year...!! 2014 is really a blast and amazing year for me. it really did change my life.thaaaaanx everybody who make my journey in 2014 more awesoooome..!! for this year, i just wanna enjoy and be grateful for every moment in my life...!! 

MATA TERBELIAK...INI BUKAN CITA HANTU

...hmmmm....

selama nie kau ingat dalam realiti hidup takkan ada memek muka macam sinetron indonesia buat tu. dengan mata tebelalak...muka tekemek kemek...tebelalak lagi...terjege jege lagi....

Rupanya ADA....ada hokey.

Nie ada seorang kenalan aku. Punya lah dia nak cita kejahatan orang lain tu, sampai tebeliak beliak mata dia. Aku takut. tapi dalam takut...tetiba aku ingat drama indo...terus rasa nak gelak, aku hanya angguk angguk dan dengar dan respon apa yang patut tanpa tengok muka dia.

Gila.....dia dah lah mata besar....dok buat tebeliak beliak lagi...sumpah rasa nak gelak. bukan simpati lagi dah.

saja ja....nak habaq....aku nak gelak tengok mata tebeliak dia beriya iya cita kt aku jahatnya orang itu. dan...aku dah tak ingat dah apa yang dia cerita kerana selama sejam masa aku habis sebab dia dok ulang ulang cerita yang sama. smpai aku dok meengira dalam hati

 "....nie rasanya dh masuk kali ke-5 dia cakap nie....bukan tadi dh cakap ke...."

OUT OF MY MIND.

kenalan aku nie....aku leh kategorikan dia dalam ini gak... =P

SELEPAS BANJIR

Aku bekesempatan pi Gua Musang dan Kuala Krai, Kelantan.
keadaan lepas banjir sangat meruntun jiwa. 






























Nov 25, 2014

TRANSEBERIA - EUROPE BY LAND



non-stop solo journey....unplanned.
2 minggu pertama Elly follow aku dari Beijing sampai half Gobi Desert, mongolia. Pastu dia tinggalkan aku keseeorangan di gurun tandus itu. Untuk Transseberia kat Russia aku terpaksa plan dan kira hari aku kat sana supaya tak terbabas 30 hari visa yang dibenarkan. Aku masuk Russia betul-betul date start (0000) visa russia tu dan keluar sehari awal sebab memikirkan kemungkinan yang nak jadi kt border memandangkan aku tak register pun kat balai polis russia bila aku stay lebih dari 7 hari kat 1-1 tempat tu.
Nasib sebelum start journey aku dah tukar ic & lesen memandu dengan pic muka latest, sbb masa kat border Russia / Estonia aku kena tahan dekat 30 minit dan dia mintak semua dokumen pengenalan diri yang ada gambar. Maybe sebab aku keluar ikut jalan darat dan naik bas plak nak masuk europe, dan diorang agak tak biasa dengan passport baru kita yang kaler hitam putih ataupun jarang orang Malaysia lalu situ...so dia check lebih sikit kot.
ramai yang dok tanya pasai Invitation letter untuk visa Russia. Korang boleh beli kat agen yang memang ada kt Malaysia nie dengan harga RM200 or beli kat Realrussia dengan harga 15 pound. Atau bila korang booking hotel/hostel, korang boleh mintak free invitation letter tu. Kertas sekeping je. Aku dapat free bila aku beli tiket train secara online kat company tu.
Semua tempat yang map dalam peta nie nampak huyang hayang cam mabuk sebab bila dah masuk europe aku dah tak ketahuan nak pi mana. Aku ikut advice local or host aku untuk pi tempat2 yang best dan target aku memang aku nak jelajah eastern europe pun. Sebab aku rasa tempat-tempat tu exotic nak mati dan MURAH.
Bagi yang nak itinerary kat europe...aku tak mampu nak bagi, tapi boleh advice lah tempat mana yang best dan pi begantung kepada apa yang korang cari. Kalau Transseberia...ya aku boleh advice dan bagi itinerary tu...dan sapa nak ambik trip nie dan behenti-henti kat Russia, plz plz calculate betul-betul berapa hari nak berenti supaya tak overstay.

Nov 20, 2014

AKU DAN BACKPACK

Nie lah rupa wardrobe bergerak aku sepanjang aku travel 4 bulan dari Beijing ke Europe ikut darat. Makin hari makin berat aku rasa. Taktau berapa kilo aku dok galas. Yang pasti dalam tu dar Beijing hanya penuh dengan makanan je....Bila makanan berkurang, penuh dengan baju sejuk pulak...sebab aku tak tahan winter & spring kat sana...tepaksa beli jaket, sweater, glove, selendang bagai....memang orng tropika sungguh aku nie. 



Beg aku nie agak old skool. Dah beli 7 tahun yang lalu, masih tahan dan mantap. Yang buat aku kental adalah support besi kat belakang dia tu...so, aku rasa ringan sikit lah. lepas sebulan travel, aku belajar untuk tidak punggah beg aku semua sekali tiap kali aku stop mana-mana. Nie semua aku alert betapa susahnya aku nak ambik barang masa dalam ketapi Transsebiria. Nasib aku bawak beg kain putih tu...so aku dh letak dlm tu spenda pakai buang, barang mandian dan jugak makanan. So, senang je aku godek-godek kat dalam tu je....Dah macam gaya mak bapak bawak beg diapers dah....



 perkara utama yang menyebabkan aku mampu berjalan berkilo meter dengan beg nie adalah KASUT. bagi yang nak travel, silalah beli kasut yang ada support kusyen dan lembut ketika berjalan. Kasut aku pakai nie Solomon untuk trekking. So sangat multipurporse. segak time jalan kat bandar....mantap time trekking kat gunung...jimat duit. Aku ada probs sakit lutut, so aku selalu mintak suggestion kat pekedai untuk cari kasut yang kurang bagi impak/tekanan kt lutut aku...so, cari kasut yang sesuai ye tuan dan puan. 

Time aku travel, bila aku bawak beg nie....semua orang (aku rasa) yang dok tengok aku dari belakang mesti berharap sangat aku pusing dan nak tengok sapalah yang bawak beg besaq dari tuan nie...memang banyak kali bila aku nak metro ke apa ke...bila aku kalih ke belakang or tukar posisi, ramai tengok aku...boleh kata suma orang tengok aku...ye lah, dari belakang macam dah beg bergerak...huhuhuhu...

OUT OF MY MIND bila aku dah rindu dengan beg nie.....nak suruh aku menggalas lah tu..

Nov 19, 2014

AKU RINDU INTERNET LAJU

...Hmm....

Benda yang paling aku rindu bila travel haritu adalah KELAJUAN INTERNET YANG SANGAT LAJU.

memang gila laju internet dia beb. Ko boleh download movie dalam 10 minit siap. Gila tak. Kalau series pulak...30 minit siap 30 episod. Gila bahagia. Bayangkan, Lithuania negara europe nun kat hujung dunia yang tak femes pun internet dia laju gila....aku sangat teruja.

Tapi ada jugak negara yang sangat stress dengan internet dia. Mana lagi kalau bukan China. Dah lah dia ban semua major/famous media sosial...sampai nak google lokasi apa bagai semua susah. Rasa nak hempuk handphone. Tapi nasib baiklah host couchsurfing aku si Yvonne yang sweet manis jelita tu ajar camna nak bypass internet kat sana. Tengkiu darling.

Tetiba aku nak bercerita pasai hal internet nie sebab lanie aku tengah nak download sesuatu...dah 3 hari tak siap lagi nie....ARGGGGGGG....Malaysiaku.

OUT OF MY MIND rasa cam nak hempup lappie nie.


Oct 20, 2014

LAKE BAIKAL - OLKHON ISLAND.

*aku copy paste dari apa aku share di group travel.


Saya sampai lokasi nie masa ambik trip Trans Siberia. Lokasi ini antara jadi idaman nak pi. Lake Baikal nie planet deepest & oldest lake.

Waktu sampai, bulan April. Off Season. Pulau tutup. Nasib baik sebab dapat host couchsurfing kat sana, dan dia ajar camana nak ke pulau tu. Sebelum tu saya pegi stesen bas kat Irkutsk nak beli tiket bas...memang takde. Kecewa gila. 

Saya advice, korang pi lah bulan feb/jan....boleh tgk fenomena ais yang frozen gila dan mcm jln atas kaca. Bagi yang terpegi time offseason (mid april - june) cara-caranya adalah:

- Kalau ambik transsebria train, turun kat Irkutsk. Ada juga flight ke irkutsk nie.

- ambik minibus di Irkutsk ke Khuzir. Perjalanan dlm 5-6 jam (dlm 300km camtu). Pergi seawal 8am. elok booking dulu, selalu full. Cara booking samada mintak tlg hostel korang or pegi je kat depan seberang jalan stesen bas...ada minibus banyak2 tu...itulah dia. Harga dalam 500 RUB.

- dah sampai kat jeti, ada hovercraft. Harga dlm 300 RUB 1 way. untuk local, free aje. Khidmat hovercraft nie pun atas belas ehsan utk orng luar yg gatai jugak nak ke sana walau dah cakap pulau tu tutup.

- Kat seberang sana, dah ada van yang tunggu untuk sambung perjalan ke Khuzir. Tak payah bayar dah. naik je. Khuzir nie lah perkampungan yang banyak hostel dan hidup. Tapi malang bagi saya sbb off season. Kedai runcit je bukak...segala mak nenek kedai/restoran ke apa ke semua tutup. So, survive makan cekelat, air milo dengan roti je lah.

- Nak Balik ke irkutsk, boleh beli tiket minibus kat Nikita homestead. Booking awai jugak. Sebab Off season...macam mati akal sikit. Untuk pusing pulau, selalu ada local yang akan offer trip nie...jadi 3 hari saya dok berulang alik ke nikita homestead nie dok tunggu kot ada tourist lain nak join sewa van pusing2 pulau. kehidupan kat sini sangat sangat sangat minimalis...terasa cam hidup zaman dolu-dolu. Sebab saya stay dengan host couchsurfing, so aktiviti banyak sikit lah macam bekebun, merayau naik basikal, kacau pakcik mancing, layan budak main bola dll.

tak rugi datang sini, best giler beb. 


 nie antara contoh rumah yang ada kat Olkhon Island nie. 



 keta nie bukan bejalan kat atas jalan darat yang tutup salji. Tapi atas tasik beku tuuuuuu...laju kemain dia drive. 



 Penduduk pulau nie majoritinya sebelum ini beragama Shaman. Yang mempunyai bentuk-bentuk pemujaan. Dan kat sini antara lokasi upacara pemujaan berjalan. Ada influence dari Mongolia jugak. Ye lah, tak jauh pun dari Mongolia tu. 



 hello....im patrick...spongebob squarepant...!!



ini sunset.... 




 Ini perempuan Malaysia yang tengah posing di tasik beku. 



Ini masa nak pi pusing pulau. Terasa dalam film zaman dolu-dolu tu...Berangan jadi gadis Bond sat. Kebetulan pulak ada 2 askar amerika yang sangat sado dalam van nie..... =D 




view yang main snap aje.....



Minah malaysia cuba buat aksi patrick lagi di hujung gunung dengan perasaan yang amat takut sambil mengimbangi body dari ditiup angin 



takdak caption.  



 cubaan menurun....



tengah dok tunggu Hovercraft. Nampak dak yang kecik tuuuuuuu.....




 tengah nak naik hovercraft.....



 anak host aku yang dia tak paham apa aku cakap, aku pun tak paham apa dia cakap. asyik dok ajak aku main pasir je....



naik beskal, pusing pulau yang aku hanya nampak penduduknya setiap sejam 2 orang aje. Betapa aku rasa macam lepas zombie Apocalypse




 selfie sikit


 lagi selfie....



view dari dalam bilik aku.....mampu keluaq dlm 4 jam je...lebihnya aku betapa dalam bilik. Sejuuuuuuuk kot. 




 dapur dalam bilik aku....dengan heater yang kecik dan jugak tong ayaq. yep...dorang takde sistem perpaipan. Syukur Malaysia masih aman.  



ini kereta hotwheels 

 aku guna kasut nie je sepanjang travel. Agak waterproof dan selesa dan multipurpose.




 let it goooooo...let it gooooo....




selfie lagiii



ombak yang beku.....cantiklah formation dia...hhuhu 



 mari mengacau pakcik mengail....



owner nikita homestead. Mr. Nikita. baik orangnya.....









nie lah kampung Khuzir. kocik aje. 


so....tempat nie memang OUT OF MY MIND gila. Dan aku plan nak pi lagi dalam musim winter, 

Total Pageviews