Oct 2, 2011
HAL DI TAMAN NEGARA
Feb 19, 2010
SERENDIPITY
Aku boring.
Keluar lunch, baca paper. Nak balik opis belum kul 1....
Start keta, aku ajak Naderie merayau.
Pi mana....??
Tak tau
....Time Square? Mid Valley?....weh cepatlah..mana nak pi nie...???
Dah jalan separuh Bangsar.....Jom pi Ikea...jom....
Kononnya nak cari hadiah kawin kat pakwe tak jadi.
Puas pusing satu Ikea, aku cuma beli gelas 6 bijik = RM4.90.
Oklah tu....paking free.
Gelas tu kononnya nak bawak balik kampung. Raya taun lepas aku dah beli 3 dozen. Bukan boleh beli gelas mahal-mahal. Sepupu-sepupu aku semuanya perangai mengalahkan jin. Jadi beli gelas murah, tapi ada jenama IKEA. Kononnya kalau jamu orang, ada jenama IKEA kat punggung gelas, orang kampung teruja la sikit bila minum. Takde lah diorang terasa sangat jamu diorang dengan gelas murah....
Ondaway balik, lalu Bangsar...
Di tepi jalan, aku perasan sesuatu yang best...memang best giler lah.
Teruja ooo time tuh. Tak sia-sia aku bagi 2 bijik kereta pintas aku time jem. Rupa-rupanya ada hikmah beb....
aku nampak dia....
dia usya keta aku...
aku dah lambai-lambai kat dia ala-ala miss universe..
dia dah perasan aku...dia senyum...fuuuu...bisa gugur jantung gue..
aku balas balik senyum gatai aku...
dia pura-pura buat sign nak tumpang...
aku poyo-poyo suruh dia masuk....
traffik sangat jeles...
aku tepaksa jugak teruskan pejalanan..
kami senyum.....
tetiba....di radio...
lagu HERO - Enrique Inglesias
(yang aku suka gila ...dan pasti aku jatuh cinta kali ke-2 kalau pakwe aku bg kt aku)
waaaahhh....petanda apakah ini....???
terus aku jatuh feeling....
Naderie kata ini serendipity..??
HAHAHAHAHA......mungkin...
Tapi yang pasti, aku suka dia tahap aku boleh terima dia dalam hidup aku.
Naderie tanya, ada ke suka orang tapi tak boleh terima dalam hidup...
kompem lah ada...ramai sangat.....
Sudah...semenjak bila pulak aku pandai jiwang nie...
Dahling, jangan le OUT OF MY MIND lebih-lebih.
Nak cakap pun takut....ada hati nak feeling-feeling...
Feb 17, 2010
BILA BEKAWAN NGAN BUDAK UMUR 5 TAHUN
Lokasi: Rumah pengantin pompuan
Lisa (cousin aku umur 5 tahun) tengah tengok sorang nyah nie hias pelamin. Asyik sangat dia dok tengok. Cantik...itu kata Lisa.
Lepas 5 minit, nyah yang memang 100% rupa dia cam pompuan tetiba bersuara. Bertanyakan sesuatu kat patner dia. Suara besar ngan garau habis. Memang tak match dengan penampilan luaran.
Dia terus pandang aku dan cakap sambil bisik-bisik....
"Kak ida...dia boy kan....."
dia tanya aku dengan muka curious giler....
aku dah nak tergelak-gelak dah. Speechless sekejap...memang terkaget lah. Aku ingat budak 5 tahun tak pandai beza lagi laki pompuan.
"a'a....dia boy...Lisa jangan cakap kuat-kuat tau, nanti dia marah...."
"Ok..." itu jawapan dia....sambil terus dia pandang nyah tadi buat keja sambil mulut tenganga sikit.
Sabar je lah....
Lokasi: Perjalanan ke Gemas, N. Sembilan
Lisa nie selalu ikut aku jalan-jalan. Kiranya aku nie best friend dia lah. Even balik kampung pun, dia selalu ikut aku. Yang letihnya dengan budak 5 tahun nie, spoil sikitlah pergerakan aku. Ye lah, kalau mak bapak dia takde, asyik nak follow bontot aku je. Penat jugak kenkadang.
So, masa nak pi kenduri sebelah rumah perempuan, dia ikut aku. Parents dia pergi keesokkan harinya.
Memandangkan kereta aku yang comel macam tuan dia, budak-budak sangat happy nak naik keta nie. Nak pi Gemas tu, ada 3 couzin aku naik sekali. Adam, Lisa (5 tahun) dengan Irdina (7 tahun). Bila dah budak kampung jumpak budak bandar, banyak benda yang dorang kompius sesama sendiri. Aku memang dah tak larat nak gelak dah.
Lisa duduk KL. Adam duduk kat Kedah.
Bila Adam sebut Ayaq, Lisa cakap, tak lah.....Air lah.
macam-macam lagilah....lawak betui dorang nie...
Nak jadikan cerita...ada lembu lintas jalan....
Si Lisa dengan confidentnya cakap...
"Ieee....banyaknya KUDA....."
aku terus bantai gelak keras perut...
Adam pulak cakap...
"tu bukan KUDA la....tu lembu..."
"Mama kita cakap...tu KUDA lah....."
Lisa nak jugak pertahan dia punya jawapan. Aku dah cam nak guling-guling dah gelak. Ajaran sesat apalah mama si Lisa nie bawak....
"Kak Ida....tu Lembu kan...KUDA macam lain kan..."
Adam tak puas hati. Siap mintak aku support dia lagi. Yelah, Lembu tu besepah kat umah dia, takkan lah dia tak kenal....
"tu lembu lah Lisa.....bukan KUDA...Kuda rupa macam lain...."
"ooooo....Lembu....Kak Ida, nanti kita berenti la...Lisa nak naik Kuda tu lah..."
Adoi lah budak bandar nie...penat aku...sabaq je lah.
OUT OF MY MIND aku rasanya kalau kawan ngan budak-budak bawah umur nie...tapi best, ubat awek muda beb, keras perut gelak je.
Feb 8, 2010
BILA PAKSU DAH KAWIN
Semalam Paksu aku dah selamat jadi suami orang. Macam tak pecaya pulak. Yelah..beza dia ngan aku 2 taun je. Sebab dari kecik sampailah dah layak jadi mak orang nie, aku tinggal ngan tok ngan wan aku (tok wan = granpa ngan grandma le). So, paksu aku nie boleh la diriwayatkan macam abang tak berdaftar aku.
Kami memang rapat giler. Dulu siap tidur sebilik. Itupun dulu la...masa tak kenal jantina laki pompuan. Lepas dia masuk skolah menengah, dia kena dok asrama. Bila balik asrama, dia tak mau dah tidur satu bilik ngan kami (aku ngan adik aku). Bengang giler aku masa tu...memang aku cop dia dah sombong giler. Lupa daratan segala lah. Gap makin besar, sebab aku tak paham. Tapi tu dulu. Sebelum period datang.
Bila dah tau kenapa dia perlu bersikap camtu, barulah aku cool balik. Dan rapat balik ngan dia. Bodoh giler aku dulu....
Semalam, masa dia dah jadi laki orang, aku rasa kehilangan lagi. Sebelum nie adik laki aku dah selamat jadi laki orang. Nie dia pulak...sudah....
Selain dari reason bodoh tu, yang buat aku cam garu kepala sikit adalah alasan aku hidup solo molo single mingle nie dah terkurang satu. hish....hish....haih.....
Sebelum nie aku, alasan aku..."Tunggu aa paksu kawin dulu...baru la cek follow..."
Hah...nie paksu aku dah lepas, apa alasan aku nak buat lagi. Ini alasan logik yang aku cover line ngan family aku. Kononnya ayat berhemah lah nie.
Takde lah family aku nie kobar-kobar sangat nak aku kawin...sebab depa nie tau, aku kan rock n roll. Tapi, suara-suara sumbangsih nie, biasalah mestilah nak berbunyi gak. Aku abaikan je. Meluat dah dengar...lepak la dulu. Bukannya umur aku dah masuk angka 3 lagi pun...
Situasi aku...bila menyebut family, aku bukanlah merefer kepada mak dan ayah aku je. Tapi memandangkan aku nie cucu sulung, maka-
mak sedara dan jugak bapak sedara = adalah mak bapak aku.
sepupu sepapat = adalah adik beradik aku
Jadi kalau mak betul tak berbunyi sikit, mak-mak lain pulak dok bergurau senda berbunyi...
Dan semalam, dorang dah pesan..
"dahling...kalau nak cari calon, jangan la cari jauh-jauh. Tak larat nak drive jauh-jauh. Cari jelah orang Kedah ke..Perlis ke...dah le."
Hahahahaha...yelah saudara-saudara ku sekalian.
Ayat-ayat nie keluar bukan apa. Adik aku dah sambaq orang Johor. Paksu aku pulak orang Nogori...mana tak penatnya dorang nak drive jauh-jauh. Lepas tu nak terkejar-kejar balik Kedah pulak...kesian dorang,....Menantu-menantu sebelum nie, semuanya dekat-dekat je. Kentut pun dengar. Bila part kitoarng, jauh-jauh belaka...
oppsss bukan kitoarang. Adik aku ngan paksu aku..hehehehe.
Si baju pepel masih lagi single..chef di hotel terkemuka.
sila tinggal pesanan untuk memesan sebarang masakan...
nie entry saja nak hapdate blog sebab lama tak hapdate...
OUT OF MY MIND sebab calon yang aku suka orang nogori jugak...kalau le dapat cakap kat dia kata aku suka dia....
beeesssstnye (dengan nada gatai yeee).
Jan 19, 2010
KENGKAWAN, AKU PERGI SEMAYANG DULU YE
Kali nie aku sentuh pasal kepoyoan manusia aku jumpa...
Tunjuk Alim atau betul-betul alim nie?
Ok, Orang camni banyak kali aku jumpa. Paling ketara adalah di ofis lah. Kalau tak satu ofis yang perangai camni, mesti ada sorang dua. Ayat dia bunyi camni lebih kurang:
"Weh...tadi masa aku kat surau masa aku nak semayang, ada orang tu dok buat bising je...nak sembahyang dengan kusyuk pun tak boleh.."
ayat yang di tekankan bukanlah orang buat bising. Tapi pasal dia semayang kat surau..
"Eh...dah Asar ke belum hah?..."
Padahal jam kat ofis baru je pukul 3.30 petang.
"Weh....aku pegi semayang dulu ye...."
baiklah....pegilah....
ayat-ayat di atas sering aku kedengaran masa duduk hostel. Ye lah, duduk hostel, orang tak alim pun boleh jadi alim kalau asyik kena perli 24 jam tak solat. Tapi kalau situasi di ofis nie, aku rasa, ayat-ayat yang dikeluarkan bukan lagi bentuk memerli, tapi lebih kepada menunjuk kata dia nak solat dan dah solat.
Ok, fine...bila dah jumpa ramai orang nie, of course lah ada yang complete 5 waktu...ada yang 2 waktu je (kiranya dekat ofis je lah solat), dan ada yang baik budi pekertinya, tapi solat tak komplete atau takde langsung. Takpalah...dia period agaknya.
Pada aku lah...kalau ko nak solat, ko pergilah senyap-senyap ke surau tu. Tak payah nak kecoh satu ofis yang mengatakan ko sedang bergerak nak solat. Sungguh irritating.
Kadang-kadang, kita tau perli atau fitnah je orang itu kata dia tak solat - sebabnya dia tak announce kata nak solat kat satu dunia. Manalah kita tau, dia pergi solat kat masjid ke...surau tempat dia makan ke...dia sempat balik rumah ke...kat opice kawan dia ke...kat rumah kawan dia ke...kat supermarket ke...dan banyak lagilah lokasi boleh solat nie.
Yang kita tau, tak pernah nampak dia solat, tetiba nak buat cerita pulak. Tak guna jugak kalau ko solat 5 waktu tapi perangai cam hantu...mulut kalahkan puaka. haih.....manusia betul.
Perkara nie jugak bukan terjadi kat ofis, kat rumah pun boleh jadi. Tambah-tambah kalau sepupu sepapat dah ramai....ada mak bapak yang jenis nak bagitau anak dia satu dunia nie bagus, mesti nak jerit kuat-kuat tanya anak dia dah solat ke belum....Yang mak bapak cool, anak dia tak payah kena jerit, dah kompem dengan sendirinya bergerak menunaikan solat bila dah tiba time. Tak payah nak jerit-jerit 1 malaysia.
Jadi, saudara-saudara...sebenarnya tak salah nak bagitau anda ke mana dan buat apa. Tapi pikir-pikirlah suasana atau tahap nyampah orang tuh. Bukan semua orang suka dengan perangai camtu. Ye, kita tau anda telah menunaikan kewajipan, tapi tak payahlah nak war warkan satu dunia..iye...
OUT OF MY MIND bila semua cuba nak tunjuk terer padahal tak terer...(tak ada kaitan dgn entry)
-nanti nak cerita pasal tanggapan orang bertudung kpd yg tak bertudung-
Jan 5, 2010
TRAGEDI BANGKOK
Aku rasa aku belum buat entry pasal perkara yang agak menakutkan bila aku travel.
Last Year aku pi Bangkok...Bertiga. semua perempuan yang ayu dan jelita. Aku-Jaqueline-MizzyN. Kami sampai kat Bangkok dalam jam 12.00 malam. Sampai kat hotel je dah dekat jam 1.00 pagi.
Bila dah setel je semua benda, Jacq ajak aku ke Red District. Itulah tempat yang sangat-sangat dia nak pergi bila ke Bangkok...Sampai segala mak nenek pasal tempat merah nie dia google. Tapi satu benda dia terlupa dan terlepas pandang - yakni lokasi nie akan tutup pada jam 2 pagi. Dia nak tengok sendiri dengan mata kepala dia apa yang best sangat dengan tempat nie.
Dengan perasaan letih jet leg flight yg tak sampai 2 jam, aku pun gerak lah berdua dengan jacq naik teksi ke lokasi merah. MizzyN tak nak ikut. Dan dia memang tak berminat pun dengan lokasi merah...kalau lokasi kaler ungu mesti dia suka....
lokasi merah pun sebenarnya bukanlah kesukaan aku. Aku lebih bahagia di lokasi biru. Tapi, aku yang bertindak sebagai guide dan juga bodyguard kat si Jacq nie bila kami travel, ikut jelah. (Jacq agak fail bab memandu arah dan geografi- aku panggil dia bimbo. Tapi dia bukanlah seorang bimbo tegar...hehehhe.)
Tak sampai 10 minit kami naik teksi, dekat selekoh ada road block..hampeh betul. Aku dengan jack relax je bila teksi kitoarng kena tahan. Ye lah...apa nak takut, pasport bawak beb. Tapi bila part polis tuh dah mintak teksi tu berenti tepi jalan, lepas driver tu explain kami nak ke mana (mungkin kot) - Aku dah start heran.
Polis tu mintak pasport kami - pastu dia belek-belek pasport tu. Dengan English yang fail, polis tu mintak kami something yang yang menyatakan kami sampai bila dan nak balik bila. Aku heran...bodoh ke apa dia nie. Dalam Pasport tu kan dah cop bila sampai. Kad arrival pun ada..
Lepas 5 minit dia dok cek pasport - dia bagi balik pasport aku je. Demm.....Apahal pulak pasport jack dia ambik.Dah tu, dia ambik pasport tu bawak tunjuk kat kawan-kawan dia. Aku dah panik. Jacq dah nak turun dari teksi nak pi amik pasport dia. Abg teksi tak bagi. suruh kitoarng tunggu je dalam teksi. Dia turun pi tengok apa sebenarnya probs polis tuh.
Masa tuh dah dekat 1.30 pagi. Jalan dah lengang...takut mula timbul.
Aku dalam hati memang dah agak panik. Siap mulut takde insuran aku tercakap sesuatu kat jacq yang buat pastu kami terus terdiam....pegang tangan sama sendiri. Dalam masa tu, aku asyik dok pikir nak balik malaysia je....siap aku bagitau dekat jacq aku tak mau mati dekat Bangkok ...huhuhu...masa tu semua benda tergambar kat kepala aku...
Sedangkan kami yang tak bersalah, kena ambik pasport dengan polis pun dah cam nak pengsan dah, apatah lagi kalau orang yg kena perangkap dadah tuh....mesti lagi nak mati....
Lepas 10 minit, abang teksi datang bawak pasport jacq. Lepas tu dia bebel dalam bahasa Thai. Lepas tu baru dia explain dengan tonggang langgangnye kat kitoarng cakap polis tu tak reti pasal pasport-pasport tuh. Dia ingat jacq nie tipu ke apa ke...tak taulah.
Yelah...jacq orang Sarawak. Muka mix cam cina, maybe polis bodoh tu boleh pikir macam-macam.
Abis je cita pasal pasport tu, abg teksi tu tipu kitoarng pulak. Dia bawak pusing satu bandar Bangkok tu (saja je nak auta), dalam setengah jam baru dia drop kami kat lokasi merah. Kitaorang bayar jelah....apa nak kata. Camna kitoarng boleh tau tempat tu sebenarnya dekat je - bila balik, teksi tu ambik masa 15 minit je nak hantar ke hotel....
ok...lepas tu...Pusing-punya pusing punya pusing kat area merah - kitoarng dah start heran, apsal pulak tempat nie cam dah tutup je....lepas dah penat kaki - kitoarng pun blah balik hotel. Bila di kaji selidik, rupanya tempat tu tutup jam 2 pagi.....hampeh betul.
Tak berbaloi gerun kena tahan dengan polis....ces.
OUT OF MY MIND bila aku cakap kat jacq:
"Jacq - aku dengar polis Thai nie dia sesuka hati je suka tembak orang kalau dia rasa dia nak. Sungguh...betul nie tak tipu. Jacq...aku tak mau mati kena tembak..." - hahahhahah...sadis betul aku time tuh.
p/s - sampai sekarng tak ramai yang tau peristiwa nie. Tapi bila dikenangkan balik - memang best....!!! Tempat merah tu mana lagi kalau bukan Pat pong, Bangkok, Thailand.
Jan 4, 2010
OUT OF MY MIND
Tahun nie nak buat entry apa?
Buat je entry cam biasa...
Nak expose tak..?
takyah lah...u can low profile...u kan x minat glemer-glemer nie. Janganlah buat entry smpai nak makan cokodok pun nak ambik gambar. Dah banyak sangat dah orang buat camtu...Tapi you letak pic you sikit2 ok lah kot....
Apsal lately nie entry u banyak sangat pasal tukar ofis nie?Bosan lah kita nak baca..
Oh ye ke...nak buat camna...saya excited sbb dapat keluar ke tempat lain. Tak kisahlah lepas tu orng kata masuk mulut puaka, keluar mulut naga...saya orang yang cepat bosan. sebab tu lah saya memerlukan paradigma baru untuk mencergaskan diri saya yang nak tua dah nie. Kalau saya terus melekat di kerusi dan selesa dengan apa yang ada, saya risau, saya akan jadi manusia yang tidak ada kemajuan dan juga menjadi makcik kecewa yang saya kutuk-kutuk selama ini....takpa...kalau awak tak minat baca entry saya, awak boleh lah skip-skip. Tapi..kenapa perlu saya ikut cakap awak? ini kan blog gila saya....
Awak nie umur berapa ye?
Saya...?? tanpa rahsia...umur saya muda lagi. Jiwa saya 18, angka dalam borang saya mungkin 27, tapi saya mantain 25. Ok ke jawapan saya nie...?
Tak banyak pun cerita pasal life awak...
ooo... life saya adalah sangat bosan dan boring. Saya orng yang bising dan perengus juga garang dan juga mempunyai amarah yang sangat hebat. Jadi orang takut nak dekat dengan saya. Jadi saya takde life sangat selain dengan buku saya, DVD saya, dan juga kamera saya. saya seorang yang pemalu yang pastinya. Oh ya...ini rahsia saya yang paling besar...saya tidak suka ke kantin atau cafe. Dari sekolah rendah sehingglah sekarang walaupun dah kerja, saya tidak suka ke kantin atau cafe. Jadi agak payah orang di institusi saya berada untuk kenal saya. Saya rela berlapar, makan di luar dan juga membawa bekal..kan saya dah kata...saya pemalu..itulah life saya. sadis kan....
Lagi..?? takkan itu je...
Apa lagi ye....soalan yang saya paling cuak bila orang tanya adalah soalan bila lagi nak kawin. Kalaulah saya pandai menilik nasib saya, takpun boleh membaca buku takdir saya, dah lama saya boleh jawab soalan ini. Tapi apakan daya, saya hanya manusia biasa yang mengharapkan kaum lelaki mengorat saya...Ramai kenalan saya tidak percaya saya masih single. Mereka siap cakap, adakah saya menanti seseorang...?? ya, saya memang menunggu seseorang. Seseorang yang saya dah suka selama 10 tahun...lama kan.
Tapi, saya seorang perempuan yang ortodok yang masih lagi percaya, lelaki perlu memulakan....jadi, terpaksalah saya memendam perasaan saya. Apatah lagi bila saya dengar dia couple dengan sesiapa...luluh hati saya. Baru saya faham apa itu erti patah hati...Tapi sekarang dia tengah single...apakah yang perlu saya lakukan...? menanti lagi 10 tahun?
Eh...kenapa pulak perkara ini saya ceritakan...tak apalah. saya pasti, dia tak akan baca entry saya ini....
Siapa MizzyN...kerap kali nama dia ada dalam entry awak...
MizzyN ya...ini blog dia. Dia sahabat terbaik saya sepanjang saya bekerja. Dia juga housemate saya. Dia seorang yang sabar menangkis serangan Out Of My mind saya...sebab itu saya sangat suka dengan dia. Tapi jackie bon bon...jangan risau, saya juga sayang awak.
Ceritalah lagi....
Apalagi saya nak cerita? tanyalah saya...tapi sambung esok je lah. Ada ke wartawan lain nak tanya soalan kepada saya..?
OUT OF MY MIND betul aku dengan wartawan yang sibuk nak korek rahsia aku nie...CES
RUSA MASUK KAMPUNG
Ngantuk....hari nie lapor diri. Rasa neves bagai nak mampus. Semua orang pandang je. Aku cukup benci dengan situasi di tempat baru...rasa cam rusa masuk kampung...ayam berak kapur pun ada...terkebil-kebil cam hapa.
Rasa kelakar bila si MizzyN gatai nak hantar ke opis baru tuh. Ye lah, memandangkan dia dulu pernah praktikal kat sana, malah dengan kegembiraan beliau kerana aku bertukar ke satu bangunan dengan dia, jadi dia bagaikan "ibu" yang hantar anak 1st time pi sekolah.
Tiba-tiba rasa cam nak balik ke radio balik. Nak balik ke situasi yang selesa yang aku memang boleh bawak kepala sendiri. Situasi yang aku dah tau semua benda.
Tapi takpe, perasaan tu sekejap je kot. Harap dalam minggu nie settle le perasaan bosan nak mampus nie. yelah....selalunya time macam nie aku dok sibuk buat editing, cari tetamu...gaduh ngan bos aku. Tapi......minggu nie minggu aku lepak2....yeah!...
OUT OF MY MIND dok pi ceroboh opis orang menggunakan PC orang untuk membuat apa yang patut dan tak patut....
rusa ini sesat masa nyambut new year cara barat..
Dec 30, 2009
BILA BENDA DITUNGGU SUDAH TIBA...

Benda yang ditungu-tunggu dah tiba...
Akak yang hntar surat nie jadi heran sbb aku sangat gembira dapat surat ini setelah 4 tahun....

Padan muka aku....Minggu depan aku kena gerak ke opis baru....

uiii....semaknya meja orang ini.....
Jenuh la aku nak angkut semua barang

Hah...nie la akibat kalau 4 tahun tak pernah buang semua benda....
dah 5 kotak ko nak pindah barang. Nie tahap nak pindah rumah dah nie...

Fasa nak clearkan barang.....majalah je sekotak.
OUT OF MY MIND bila rasa nak terkucil kena pergi tempat baru sebab aku takde ilmu pengetahuan langsung dalam penerbitan TV.
Dec 29, 2009
SEDIHKAH AKU....ATAU KORANG YANG BERSEDIH...
Tadi masa baru sampai kat ofis...aku terserempak dengan seorang bos satu stesen radio nie. Pada hemat semua orang, senior terutamanya...kalau terpilih untuk masuk ke stesen itu, maka kita adalah orang yang terpilih dan bagus....
Tapi pada hematnya...kami terutamanya aku, tak hingin langsung nak masuk ke situ. Dah beberapa tahun aku melobi untuk mintak ditukarkan ke tempat lain. Aku tak mau dah satu bumbung dengan stesen radio itu....dengan perangai hulu semua orang dalam tu, buat aku sakit kepala dan nyampah tahap maksima.
Ok...balik pada cerita aku terjumpa dan hakikat sebenarnya dia sebenarnya menunggu untk "bercakap" dengan aku.
Aku sampai, masa aku nak membelok kereta masuk parking, aku nampak dia. Aku tak minat sangat dengan Boss ini, kerana dia sangat bermuka-muka. Jadi bila aku dah park kereta, aku take my own sweeet time dok dalam kereta. Malas nak terserempak dengan dia. Lepas, 15 minit aku buang masa, aku keluar...buat-buat bukak bonet segala....
Tiba-tiba.......suara yang aku tak suka kedengaran....(sebahagian dari cerita je nie...)
"AIDA....."
"hah...ye aji...."
"Dah dapat dah surat tukar..."
"belum....."
"tapi awak dah tahu kan awak ke mana..."
"a'a....ke TV..."
"takpe....awak jngan susah hati....nanti bila awak ke sana, kita usahakan tukar awak ke masuk balik ke radio..." - aji ni memang poyo....dia cakap camni kononnya nak kita rasa terharu sebab dia prihatin dengan kita. Tapi padahal.....
" takpa lah aji...lagipun memang saya sendiri yang request nak ke tv....nak rasa dunia baru pulak.." terus dia terdiam.....ayat poyo dia berjaya aku cantas....hahahhahah....setan betul hang nie ida....
"baguslah awak ke tv...sayang dengan apa you blajar selama nie kalau ke tempat iklan....at least dekat tv, awak boleh sambung apa yang awak dah tahu..." ces...ayat cover malu....
Itulah kisahnya....aku rasa pelik sebab orang anggap aku kecewa gila sebab tak dapat nak terus berkhidmat kat stesen itu....sedangkan.....sedangkan...sedangkan....
haih.....hanya korang-korang yang memilih jalan untuk menjaga periuk nasik masing-masing je buat camtu...aku suka periuk nasik aku tunggang terbalik....nak buat camna...memang perangai aku camtu....
Kisahnya ....nama-nama kami nie disenaraikan, kemudia orang-orang di stesen itu buat vote memilih siapa yang dioarng suka untuk masuk ke situ....
Nama aku tak termasuk calon kegemaran ramai...maka terpaksalah aku cari kotak lepas nie.
dan nama yang terpilih semuanya jenis...play safe...(mesti diorang guna jenama DUREX nie)....hahahhaha
OUT OF MY MIND OUT OF MY MIND.....
Dec 7, 2009
DELIMA ORANG TERBUANG.....
Sekarang nie dalam delima. Bahagian Penerbitan akan dimansuhkan dan sebahagian dari kami akan diserapkan ke lokasi-lokasi terpilih. Dari kabar-kabar yang mungkin boleh dipercayai, nama aku kena masuk kat satu steSen radio yang urban.
Adus.....
Malasnya aku nak ke sana. Aku suka sangat buat production. Happy. Pengetahuan yang luas. Dapat pi lokasi-lokasi yang best lagi hebat yang kita sendiri tak jangka dapat nak jejak kaki ke sana.
Kalau aku masuk ke radio urban tu, pastinya dunia aku lepas nie - lagu popular, artis, roadshow...Kalau aku kena kerja belakang tabir je, no hal la jugak. Kalaulah di arahkan untuk berkonti? berposing? ayark.....ayark.....aku tak minat dunia glemer nie beb....delima betul.
Itu satu hal.
Sekarang nie pulak, Bos stesen berbahasa Inggeris dah jumpa dengan pengarah aku. Dia request aku dengan seorang lagi partner in crime aku (yang memang aku dah bosan giler kerja dengan dia) untuk masuk stesen Omputih tu. Request tu...jangan wat main....
Bila dapat je berita tu....terkebil-kebil bijik mata aku. Ye la...English aku bukan perfect. Cakap pun bunyi melayu je lebih. Nahu-nahu semua aku dah lupa...kalau bab suruh aku baca...memang le superb English aku. Tapi...kalau suruh aku cakap, haih.....bukan rojak lagi dah...dah jadi sampah masyarakat dah...huhuhuhu...
Yep..memang kalau aku masuk Stesen orang putih itu aku akan kerja di belakang tabir. Buat production...tapi, tidakkah imej stesen akan 'tercalar' sikit bila seseorang yang bekerja di steten English, tapi tak fluent Englishnya bila berurusan dengan orang?
Aku ok je...postive part adalah cabaran aku nak improve English aku yang hidup segan mati tak mahu nie. Tapi aku dah jemu sangat dah keja ngan radio nie. Rasa cam nak ubah angin....
Angin aku.......
Aku nak sangat ke TV. Bahagian production...bahagian berita pun tak kesah. Nak rasa camna hectic kerja kat tempat macam tu. Kalaulah dapat..........
OUT OF MY MIND nak tunggu surat pertukaran yang nak keluar 16hb dan ke atas....tunggu dan lihat je lah ke mana dunia aku lepas nie...Berdunia dengan artis ke? Cakap Omputih ke? tak pun dunia TV yang sangaaat baru....
- baru je bermesra-mesra dengan dunia fotografi..camna nak bagi masa lepas nie kalau aku keja shift. Haih -
Nov 17, 2009
AKU JADI MAKCIK? BIAR BETUL BEB
Hahahahaha.....nak gelak dulu. Benda tak lawak pun. tapi saja nak intro dengan gelak....
Tetiba semalam adik laki aku bagitau sesuatu (bukan adik suami aku, sebab aku takde laki lagi. Tapi adik aku yang lelaki...)
dia bagitau kat aku ada dua berita. Satu baik satu tak baik, Pastu dia gelak-gelak...aku cuak.
"oii...cepat lah cakap...kedit aku ada singgit ja nie...apahal."
"Relax aaa...jangan aa marah-marah along"
"nie apahal panggil aku along pulak...buang tebiat ka?" biasa la...orang utara kan kahaq sikit.
"Aku nak jadi daddy...." pastu dia gelak-gelak happy...
"dah tu...apa yang berita tak bestnya" aku kan kakak yang takdak emosi.....mestilah terus direct to da point.
"dah lin pregnant....kami takleh la pi holiday nanti...kan tiket dah beli bulan may punya.." cis...itu berita tak baik dia...hampeh.
"oklah daddy...congrat. jangan lupa tinggal anak hang nanti sebulan dua...aku nak uli cukup2..."
weh, taun depan aku jadi makcik tuh.....gempak seh. Tak pernah termimpi aku nak ada anak sedara. Tak pernah berangan pun. Aku rasa adik aku kawin aritu atas dasar cam nak cari housemate permanent je....heheheh....
Sebelum tu aku dah remind adik aku....jangan panggil aku maklong....tak glam...tak vogue...tak diva...tak class...panggil aku along ja...aku bukannya mak kepada sapa-sapa lagi yang sesuka nak panggil aku maklong....hahahha...harus gila kuasa dulu..
OUT OF MY MIND bila tetiba teringat tiket holiday itu adik bertuah aku tak bayar lagi. Cepat-cepat SMS...
"tak kiraa...hang pi ka...tak pi ka...tiket kena bayaq gak. hang suruh aku belikan, bukan hang mintak aku hadiahkan...terima kasih ya daddy."
P/s: Harga tiket tu RM80.00 je....hahahhahaha...sadis tak aku?
Nov 16, 2009
CHARLES & KEITH AKU MENCINTAIMU....!!!
Ok pompuan-pompuan semua. Juga kepada guyz guyz yang nak cari adiah nak kasi kat aweks aweks dan juga korang punya other half......nie ada berita baik. Berita baik haruslah dikongsi ya...tak baik kedekut ilmu.....
wokeh, nie berita baik punya....berita yang bakal meranapkan poket korang....TADAAAAA :-
| Discount Duration | : | Fri, 13 Nov 2009 - Fri, 4 Dec 2009 |
| Company | : | Charles & Keith |
| Location | : | Charles & Keith - 1 Utama Shopping Centre Charles & Keith - Gurney Plaza, Charles & Keith - Mid Valley Megamall, Charles & Keith - Pavilion Kuala Lumpur Charles & Keith - Sunway Pyramid |
| Promotion | : | Charles & Keith End of Season Sale 2009 , discounts up to 50%. |
Haritu dah usya dan try...sangat massyuukkk dengan kaki ku....pasti beli nieh.
oh...platform heel....i loving it....!!!
cun aaa....sangat cun....gerammmnya...
arghhh....hypertensen...hypertensen....nak nak nak...
hmmm....aku suka stud stud nya. tapi tak suka stail kasut ini. Pasti sakit kaki....handbagnya sangat cool.....!!
OUT OF MY MIND nie...sangat dah out of my mind. Pasti lepas balik kerja aku akan kerjakan butik ini....(cis gaji tak masuk lagi pulak...cis cis cis...)
Oct 21, 2009
APA ADA DALAM HANDBAG?
Nak membuktikan aku jugak mempunyai sifat feminin jugak, entry kali nie aku nak buat tipikal entry dalam blog sorang pompuan....nie atas permintaan seorang blogger yang ingin menyaksikan apakah barangan yang aku bawak dalam handbag aku yang gedabak tuh...
Oh ya....aku banyak koleksi handbang dan juga high heel...lebih dari 20 aku rasa...ini akibat fetish selepas 20 tahun menjadi seorang tomboy tegar....(series...series aku ada lebih dari 20 hanbag, lebih 20 high heels, 20 tahun jadi tomboy tegar lagi series)
wokeh....nie benda yang slalu terkandung dalam handbag aku...harap je beg besar..barang takde pun.

topi...wajib pakai utk hari-hari bad hair day.
Aku ada banyaaaak koleksi topi. Tapi dah setengah tahun nie, topi nie jadi fav aku. pakai sampai reput

Ini tutup lens je.
Body nya tengah mengambil picture penutup nya....
Memandangkan beg asal camera nie dah kena cilok masa kenduri adik aku, jadi aku guna je hanbang aku sebagai perumah sementara....sadis.
(takde sapa-sapa ke hadiahkan beg camera kat aku...;)

Jangan tak tau, dalam beg yang penuh koperat dan kewanitaan, barang ini juga termasuk dalam antara yang wajib berada di dalamnya. Aku sendiri tak tau masa bila aku nak main, ye la, masa aku banyak habis untuk drive ngan kat tempat keja. Shoping pun sama...Takpa, hanya untuk pemberat je. (bila nak main, slalu bateri habis)

Ini wallet aku, merangkap perangkap resit. perangkap syiling jugak. Beg nie beli kat Vietnam. Keychain beli kat atas flight Air Asia....sungguh aku beli kat atas Flight Air Asia. Sewaktu abang steward hensem menolak troli....kesian tengok dia...terbang RM10.

Talifon baru....talifon yang hanya digunakan untuk angkat call. Jugak nak sms...jugak camwhore sikit-sikit. Jugak sebagai internet bergerak tika outstation. Jugak sebagai radio. Sebenarnya aku lagi selesa dengan Nokia screen kuning aku. Simple dan cepat. Tapi, sebab aku memerlukan radio bila di lokasi, so...terpaksa la spend duit sikit.
OUT OF MY MIND untuk menyiarkan gambar handbang aku....tak nak ah...nanti peragut tengok barangan dalam handbang aku, tak pasal je kena aim....jangan tak tahu, diiorang pun pandai apa guna internet. Betul tak?
Oct 7, 2009
HOW TO CREATE SIGNATURE IN YOUR BLOG
Aku suka bab-bab nak explore dalam tenet nie. Tapi tak le terer sangat pun. Dan tak la rajin sangat pun....kalau mai mood malas...malas la iye. Alah...aku pasti...semua orang perangai cam aku jugak...
Wokeh...kali nie aku nak kongsi sikit pasal penemuan aku tika sakit perut nie. SIGNATURE....camana nak buat signature cam orang lain buat. Kononnya cam hebat sikit la blog korang kan. Cam blog aku yang poyo nie...
Contoh-contoh signature:



Langkah-langkahnya:
- clik sini untuk buat signature pilihan korang pilih yang creation wizard tu tau. Pastu follow lah step by step arahan dia....senang je.
Finished! The signature is ready. bila page nie dah keluar - silalah click WANT TO DOWNLOAD THIS SIGNATURE?
- silalah save signature yang anda buat itu sebagai picture.
- Bila dah siap save....silalah guna signature korang setiap kali korang buat entri. kiranya senang cerita ------> upload signature macam korang upload gambar dekat dalam entry.
- siap dah....
Oct 2, 2009
JOM JOGING

Setelah dekat 3 bulan beli kasut nie...akhirnya semalam, upacara perasmian pun dilakukan. Lokasi pilihan pastinya di Tasik Perdana. Dapat la pusing suku round tasik tuh. Balancenya hanya jalan-jalan makan angin je.
OUT OF MY MIND bila kaki dah melecet. Bukan nya tak gigit kasut nie...pijak-pijak pun dah.
Sep 29, 2009
APA ADA DALAM RADIO?
Dalam satu stesen radio - tidak semua staf yang mengatakan dia kerja radio itu adalah DJ (Disc Jockey? - salah term nie sebenarnya), RJ (radio Jockey? - jugak salah termnya).
Di ulang, tidak semua yang bekerja di radio itu adalah juruhebah.
Disebabkan ketika nie aku sangat rajin nak menaip, aku nak explain sikit peranan-peranan orang dalam radio dan disebalik radio. Ini di stesen tempat aku kerja ya... aku tak tahu pasal stesen lain.
Pengawal Stesen dot dot dot
pengawal bukan pegang tombak. aku sendiri tak tau kenapa term pengawal digunakan. Tapi, pengawal nie lah yang mengawal selia stesen radio. Senang kata - BOS BESAR satu-satu stesen radio tu.
Ketua Bahagian Rancangan (KBR)
Ini orang kedua dalam stesen. Beliau bertindak menyusun jadual kerja juruhebah-juruhebah nie. Juga menjaga program-program di bawahnya. Kiranya, anak buah dia lebih rapat la dengan KBR nie...senang nak mintak cuti. Senang nak tukar jadual kerja.
Penyelia
Kerja dia selia. Selia program-program yang dibawah stesen mengikut bahagian-bahagiannya.
Penerbit
Kerjanya menerbitkan program-program yang telah dirancang atau program-program yang memang disiarkan di radio. Contoh: Drama - penerbit inilah bertindak untuk mencari skrip, membuat rekoding dengan pelakon, editing - pendek kata dari A sampai Z, penerbit nie lah yang buat. Setengah-setengah stesen radio, suara penerbit nie jarang kedengaran. Nama dia pun dengar tak dengar je.
Contoh: "Sekian dari penerbit drama hari ini, Fauziah Sidek". Dengar tak dengar je nama penerbitnya. Padahal dialah yang bersusah payah menerbitkan drama 15 minit, nak terbit 15 minit tu pun, ambik masa 2 hari tau....bukan senang. Pendek kata, penerbit nie tak pernah diberi lime light. Bila penerbit menang anugerah...habis semuanya di ungkit.
Kerja penerbit juga best, boleh jalan-jalan keliling dunia.....
Juruhebah
Nak cerita jugak ke? hidup dioarang tak macam orang sangat. Kalau tugas tak ada time khas, terpaksalah mereka nie menyesuaikan dengan alam. Kerja time orang dah balik, orang pergi keja, dorang tidur....camtulah. Kengkadang payah giler nak jumpa dioarang nie. Lain dari duduk di konti main lagu, cakap itu ini serba sediikit dan mainkan program yang penerbit dah siapkan, tugas dorang jugak kena buat susunan lagu. Lagi satu...tugas dorang kompem la menjadi ikon stesen. muka dorang nie menjadi hiasan surat khabar dengan billboard....
Pengulas
Bukan calang-calang orang yang boleh buat ulasan nie. Silap kata, habis. Pendek kata, protokol semua kena arif la. Fakta-fakta kena jelas. Ulasan yang dibuat juga mestilah padat. Tidak meleret-leret. Pengulas-pengulas nie lah yang selalunya ada di majlis-majlis yang melibatkan Agong, PM dan TPM dan juga menteri-menteri yang berkenaan. Parlimen, Istana antara lokasi-lokasi korang boleh jumpa pengulas nie.
Nak kenal dioarang nie senang je, selalunya dengan headphone, alat-alat teknikal yang besepah di depannya, jugak kertas-kertas yang banyak giler. Padahal nak bagi laporan 5-10 minit je. Kalau majlis-majlis kecik, dorang nie selalu dengan HP, dan kertas di tangan. Cakap sambil tangan mengawang-awang.....Kerja nie best lagi mencabar. Silap kata, buatlah surat tunjuk sebab....huhuhu.
Tukang Komplen / Pemantau tak berbayar
Inilah manusia yang paling aku nyampah. Keja dia dok kat tepi radio, cari kesalahan orang. Kadang-kadang kita sendiri tak sedar, dia alert gila. Lepas tu, benda kecik tu dijadikan isu. Apa lagi....tadah je lah. Nie lah pengampu dan bos paling besar sekali dalam satu-satu stesen. Bila dia dah tua, suara tak lagi sesuai nak ke udara. itulah akibatnya.
OUT OF MY MIND dengan semua orang ini....kalaulah aku Sailormoon kan best...bertukarlah.
Aug 31, 2009
Aug 18, 2009
HASIL MENUAI
Aku baru je balik bertugas seminggu di Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2009. Memandangkan pihak kementerian sudah membeli 'airtime' di radio untuk membuat liputan, jadi kami kena berkampung di Melaka.
Jadi media nie kadang-kadang 'murah rezeki' jugak. Ada je yang menghantar barang mintak dipromosikan. Ada yang bila dah memang kena interview pun, bawak jugak 'buah tangan'. Aku bermakna aku (aku tak tau orang lain), tak pernah mintak untuk merasa barang-barang mereka secara free....malu ooooo....sangat malu. Malu kalau di cop muka goodies bag...tapi kalau orang dah memberi, baiklah kita menerima...tak mau malukan diorang pulak....hehehhehe.
Hasilnya selama seminggu.....tadaaaaa:-

Ini hasil yang pasti kena bawak balik kg. Kalau tak serah kat kampung, maknanya expire je lah kat umah tu. Jadi tukun tiruan.

sapa nak produk-produk nie. sila tinggalkan alamat. Nanti aku post mana yang ada lebih dari satu. Bila lagikan nak rasa produk buatan malaysia...

Tengok...baja pun aku dapat. Tapi ini bukan pemberian. Tapi hadiah kuiz yang aku menang teka beras dalam tong. Aku ingat dapat beras. Sekali dapat baja daaa....
jenguk le blog lagi satu jugak -> me n cam
Aug 17, 2009
H1N1
Hari Sabtu hari tu, aku menguatkan hati pi Hospital Melaka. Bukan sebab hospital di KL ramai orang, tapi dah seminggu aku kat Melaka, jadi lebih senang aku ke sana. Sepanjang aku kerja, rasanya tak pernah sekali pun aku pergi hospital. Jadi, bedebar gak la masa nak kena pi tu. Yelah, sekarang nie keadaan tak bagus...takut oooo.
Sampai je kat hospital, aku pergi tanya bahagian pendaftaran. Diorang tanya apa masalah aku, aku cakap batuk-batuk dan mungkin asma. Tanpa cakap panjang, aku dengan kawan aku disuruh masuk ke bahagian kuarantin....Aku cakap..aku hanya batuk je. tapi...diorang cakap, aku MESTI jugak ke bahagian kuarantin tu. waaaa....apa cerita nie kan. Aku takde demam. Cuma batuk teruk je.
Di bahagian kurantin, tak ramai lagi orang. pagi lagi. Kena isi borang. Tunggu dengan orang-orang lain...aku jadi panik sikit. Yelah...aku di bahagian kuarantin. Tak tahu sapa yang ada H1N1 dan siapa yang takde kan....dibuatnya bejangkit sebab aku terpaksa di bahagian tu camna? Dah la orang depan, belakang, kiri kanan...dok batuk batuk pastu bersin lagi...ayarrkkk.....
lepas 30 minit lebih kurang tunggu bahagian tu, kami ramai-ramai di bawa ke bahagian rawatan sakit luar. Pak guard yang bawak. Jalan lah ramai-ramai. Kelakar rasa masa tu. Rasa macam nak kena sumbat di satu tempat yang tiada hala tujunya....hahhahaha...jauh benar imiginasi aku. Semua orang tengok time tuh....
Sampai di sana, cek tekanan darah...suhu..ngan apa tah lagi...aku pun tak sure. Lepas tu baru lah, di panggil jumpa dokter....
Lucky me. aku dapat dokter hensem dan muda dan sangaaat baik hati...hahhahahahha. Risau aku denyutan jantung laju dari biasa bila dia check penafasan....hehehheheh. Kawan aku cakap, lama jugak aku kat dalam tu. Aku tak perasan. Tapi memang aku ngan doc tu borak panjang. Siap lepas bukak mask, doc siap tanya lagi:
"awak ada adik dekat UM ke...?"
"takde..."
"hmm...muka awak serupa dengan somebody yang saya kenal dkt UM..."
"ramai jugak kata macam tu. Agaknya saya nie muka pasar malam kot.."--------------->hahahhahahahha.....
Ada lah dialog-dialog lain lagi....tapi pendekkan cita, dia suruh aku buat x-ray. Sebab katanya, asma aku dah takde. Nafas aku semput mungkin sebab penat kerja. Tapi sebagai langkah jaga-jaga, dia suruh aku buat x-tray, sebab takut ada jangkitan kuman dalam paru-paru. lepas tu jumpa dia balik....baik doc...jumpa kamu lagi 100 kali pun aku sanggup....;p
Kesudahannya aku tak kena apa-apa selain batuk sebab cuaca dan sejuk sangat dan jugak terlebih bekerja. Tak payah kuarantin di rumah...yea yea....tengkiue doc hensem. Lepas je balik dari hospital tu, aku balik hotel...tukar baju dan membersihkan diri balik...takut ooooo.
OUT OF MY MIND.....hahahhahahah. pasti lah.
p/s-doc, kalau kamu terserempak dengan blog saya ini, jangan lupa tinggalkan komen....hehehehe.








