Showing posts with label GILER. Show all posts
Showing posts with label GILER. Show all posts

Oct 30, 2009

APA? ORANG AFRICAN AMERICAN? SORRY NOT MY TASTE...!!!

...Hmmm....

Situasi nie berlaku di laman rumah aku. Semalam time aku nak keluar dating dengan kengkawan aku, ada sorang mamat hitam nie tegur aku dengan ramahnya. Lagaknya macam dah lama kenal.


"hello..hi...how are u...long time no see..." dengan suara gatalnya...

aku pandang dengan hairan dan curiga. Dalam hati...apahal mamat hitam nie...

"where are u going...?" sambil dok ikut aku.


Apa lagi...aku terkajet le kejap kat tengah jalan. Apahal mamat pulak mamat nie dok ikut-ikut aku nie. Nasib time tu, kereta tak banyak...kalau tak mau aku mati katak kena langgar...tak pasal pulak masuk dalam blog ondescene...

Pastu aku dengan cekalnya terus masuk dalam kereta...mamat hitam negro tak guna tu, berenti betul-betul depan kereta aku bila aku dah masuk dalam kereta. Sial...celaka...memang dasar negro tak sedar diri. (aku tau, diorang tak boleh di panggil negro lagi atas dasar perkauman...tapi peduli apa aku..itu kat america...Ini Malaysia...suka hati aku lah).

Dari luar kereta, dia jerit kat aku....

"bye-bye darling...see u" sambil dok lambai-lambai tangan kat aku...

ieeeuuuuuu.....pergi mampos la ko. Mangkuk hayun betul, tak pasal je nanti pak guard tu pikir aku ada affair ngan negro tu...

Tau la bumper aku besar, tapi aku bukanlah tergolong dalam kalangan wanita-wanita yang berbumper besar yang memang suka dekat bangsa ko....hish. karut sungguh.

OUT OF MY MIND....benci betul.

Oct 14, 2009

BILA FILEM KENA POTONG SESUKA HATI

...Hmmm.....

Aku cukup hot dengan Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF). Kalau filem itu dah di label 18s*, 18SG, 18 PL atau apa- apa yang melibatkan 18 tahun ke atas....kenapa perlu lagi dipotong dan disunting filem sehingga kita sendiri rasa frust dengan situasi pemotongan tersebut.

Pada hemah aku....orang yang berumur 18 tahun dah boleh pikir baik dan buruk. Dah boleh bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Dah tau semua carut-carutan yang perlu dipelajari. Dah tau semua apa itu making baby dan juga teknik-tekniknya. Dah tau sejauh mana keganasan itu boleh diterima akal dan dah tau segala-galanya lah.

Tapi pelik...filem-filem yang dilabel 18 inilah, beberapa adegan sesaat dipotong menyebankan kita rasa macam nak rage yang amat sangat. Ye lah...tengok kusyuk layan...tetiba cerita dia jump ke scene lain. Tak ke heran...tak ke rasa frust.

Sedangkan, penonton-penonton yang datang ke panggung tu datang dengan bayaran yang dikenakan termasuklah cukai hiburan untuk menonton cerita yang pastinya tiada gangguan yang over sangat seperti pemotongan scene-scene yang sangat tak profesional.

Sebagai contoh. Semalam aku melayan cerita (500) days of summer. Cerita yang best dan harus ditonton kali kedua. Tapi ada beberapa scene yang dipotong yang membuatkan orang dalam panggung jadi panas hati. OPPSS...scene itu tidaklah dipotong. Tapi percakapan perempuan tu di TOOOT TOOOT TOOOT kan. Bayangkan...perempuan itu menjerit perkataan itu dengan nada gembiranya...lepas tu mereka ketawa....Dan aku rasa, kalau dilepaskan pun perkataannya pun, aku rasa itu adalah antara funny moments dalam filem itu....tapi sayang, sepanjang adegan di taman tu...semuanya di TOOT TOOT TOOT kan. Kita rasa seperti menonton scene yang kosong-nada-dan tidak perlu. Alang-alang nak TOOT kan, baik buang terus je scene tu.

Penapisan filem diurus beberapa jawatankuasa yang dikenali sebagai panel tapisan, iaitu setiap satu panel dianggotai antara dua hingga tiga ahli. Panel ini dilantik oleh Pengerusi LPF mengikut Seksyen 4(1) Akta Filem.

Dalam tugasnya, panel mengambil kira tema sesebuah filem, kemungkinan kesannya kepada penonton, jalan ceritanya diikuti dengan teliti dari awal hingga akhir serta mengambil kira mesej tersurat dan tersirat. Kemudian, ditentukan pula sama ada bahagian babak, adegan, dialog, suara dan sarikata sesuai atau sebaliknya berdasarkan garis panduan yang berkuat kuasa.

Perlu ditegaskan sistem klasifikasi LPF adalah berbeza dengan sistem yang diamalkan di sesetengah negara lain. Sistem klasifikasi meliputi dua kategori iaitu untuk tontonan umum dengan label ‘U’ dan bagi label ’18 Tahun Ke Atas’. Kategori filem untuk penonton berusia 18 tahun ke atas pula dibahagikan kepada empat kategori kecil iaitu 18SG untuk filem yang ada unsur ganas atau seram tidak keterlaluan, 18SX untuk filem unsur seks tetapi tidak keterlaluan, 18 PA, filem yang menyentuh aspek agama, sosial dan politik dan 18PL untuk filem yang ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks.

-source LPF -



MovieWeb - Movie Photos, Videos & More




OUT OF MY MIND sebab banyak filem yang dipotong sesuka hati. Solutionnya: CD cap Ah Beng....(scene dalam TROPHIC THUNDER telah dicaras dengan kejamnya oleh LPF)


Oct 12, 2009

INI BUKAN ENTRY BAJU KURUNG 2009. TAPI ANGELINA JOLIE YANG HOT

....Hmmm......

Aku suka gila check apa orang google sampai boleh masuk ke blog aku. Kadang-kadang benda tah apa-apa yang orang google. Ada sampai aku keras perut gelak....Tapi pencarian yang paling banyak adalah pasal baju kurung....so, lepas nie, nak bagi hits banyak utk blog aku nie, aku nak buat tajuk entry semuanya pasal baju kurung.....kelas mak...pakai baju kurung slalu...



Ini pencarian minggu ini. Banyak berita pasal indon yang dicari. Tapi yang tak tahan....ada jugak yang cari gambar angelina jolie di tepi pantai tuh. Hello darling, kalau nak tengok pic angelina jolie or latest news pasal minah HOT nie, silalah ke JUST JARED. TMZ. Kalau nak caras mencaras, boleh pi cari kat PAREZ HILTON yang macam mak hayam tuh.




Nie last week punya pencarian....:
  • corak baju perempuan yang seksi - kompem lah corak rimau...auuummmm...
  • trend baju tidur - tak berbaju lagi ok....
  • lelaki lembut suka pakai baju kurung - hayoooo....tak kuasa aku dgn tajuk pencariaannya ini....nok, kalau dah suka pakai baju kurung, buatlah sendiri...itu pun ko nak cari dalam tenet ke?



Ini pencarian bulan lepas.
Aku just buat entry pasal buku twilight yang tak best tuh. tak tau la pulak ada adegan berahi robert pattison dgn kristie stewart secara live pulak tu...nak cari jugak lah....i like...;p


Sebab aku suka jugak dengan ANGELINA JOLIE nie...so, dengan baik hatinya aku letak pic angelina jolie pakai bikini.


Angelina Jolie atas katil....



Angelina Jolie pakai bikini tahun 90's



HOT Angelina Jolie


entry OUT OF MY MIND ....
hahahahahhahahahhahahahahahhaha
persetankan

Oct 9, 2009

KO PIKIR KO PUNYA LOCK STERENG JE...!!!

....Hmmmm....

Semalam masa time balik keja...dah dekat dah nak sampai rumah aku. Aku drive slow je sebab kat depan ada traffik light. Lagi pun dah nak sampai umah dah...nak kejar apa lagi kan. So, sepanjang perjalanan aku nie dalam 10 minit sebelum tu, aku follow je satu kereta ATOS.

Nak dijadikan cerita, kereta ATOS bodoh nie terus berenti di lane tengah masa kat traffic light. Aku maintain lane paling kiri. Time tu jarak kereta aku dari Kereta ATOS nie jauh jugak la. Tah mood bangang apa tah, tiba-tiba ATOS nie terus masuk lane kiri dengan tiba-tiba. Padahal dia dah berenti tu kat lane tengah....Aku yang dah dekat gila masa keta dia tiba-tiba nak masuk lane kiri tu...hon la...ye la...terkejut gila aku. Nasib sempat elak.

Lepas tu...bila aku berenti belakang kereta dia masa nak tunggu traffic light, dia boleh tetiba tunjuk penumbuk kat aku. Aku ngan MizzyN heran giler. Apahal pulak kan...patutnya aku yang marah dengan over nya dengan tindakan dia tu...tapi tak...dia pulak nak emosi lebih dengan aku. Aku senyum sinis je....Nasib baik la semalam mood aku mood malas nak layan orang.

Yang kelakarnya, mamat nie tak puas hati....kepala dia hilang sekejap (tunduk cari apa tah). Aku ingat dah habis dah episod penumbuk dia tu....So, aku pun buat tak tau je lah. Sekali bila dia angkat kepala...dengan meng'usya' aku dekat mirror belakang, boleh dia angkat stereng lock dia dan tunjuk kat aku dengan erti kata nak bagi amaran...WHAT DA FUCK.

Aku ngan mizzyN heran giler...

Penumpang keta dia ada dua orang. Pompuan. Akak yang berfesyen makcik. Dua ekor akak nie, beriya-iya pusing belakang nak tengok kitoarng....Aku heran lagi...apahal pulak kan. Tapi kitoarng gadis yang jelita nie buat cool...siap gelakkan diorang lagi ada lah...HAHAHHA...

BOOOO ....dengan pompuan pun ko nak cari gaduh ke..??? Padahal ko yang salah.

Aku tau, mesti bro tu nak cover malu. Ye lah...bawak aweks yang tak jelita. Lepas tu bawak kereta cam haram. pastu kena hon dengan aweks HOT pulak...mestilah nak tunjuk jantan kan...HAHAHHAHAHA.

Allo BRO...mau gaduh kalu...paking aaa dulu keta. Ko ingat ko sorang je ke ada Lock Stereng. Aku pun ada beb. Besar lagi. DUMB BELL pun ada dalam keta aku....ada berani??? Kayu baseball pun ada beb (tapi kat umah la). HIGH HEEL lebih dari 3 inci pun banyak...mau buta ko bila aku taji dengan heel aku.

OK....nie no kereta orang keparat tu. HATI-HATI DENGAN DIA:-

BJQ 3876


OUT OF MY MIND bila orang nak buli aku....marah nie...marah nie...

Aug 28, 2009

BONUS

...Hmmm.....

orang A: Rasa-rasa tahun nie ada bonus tak?

Orang B: Mestilah ada...kan rakyat didahulukan.....hehehhehhe.

OUT OF MY MIND kalau dapat bonus...yea yea..tu pun kalau dapat la.

p/s: jgn mara aa mizzyN. cilok skit...

Aug 24, 2009

AKU PUASA LA...

....Hmmm....

Aku seorang perempuan yang sekiranya tidak boleh berpuasa, boleh tak makan sesuka hati dekat luar? Macam dekat fast food ke, apa ke...di siang hari.

Sebabnya, aku cari kawan aku yg non-muslim kat dlm satu restoran sushi nie. Sekali terus dia tunjuk aku meja dan menu tanpa segan silunya. Yang melayan aku tu...melayu pulak. Takkan le aku nak buat keja gila makan kat tempat awam di siang hari sekiranya aku tak puasa sekalipun kan.....

OUT OF MY MIND bila dok terkebil-kebil bijik mata tunggu kawan aku makan. Nak blah jalan sorang-sorang...kaki dah penat. Tapi aku mampu bertahan dekat situ 10 minit je lah...lepas tu, bawak diri....

Jul 9, 2009

KERJA kerja KERJA

...Hmmm.....

Inilah kerja aku...bila aku 'terpaksa' outstation.


membuat lintas langsung bukanlah kerja yang OUT OF MY MIND sangat pun.



relationship dengan tech sangat dititik beratkan. Tapi kadang-kadang rasa nak kill kill die die je dgn diorang, diva over sangat. Sebab itu aku lebih suka membuat laporan lintas langsung guna hp je. (Gambar ini adalah hiasan semata-mata. Ini team dari Johor FM).



demikian tadi saudara, serba sedikit laporan saya mengenai kerja saya.

Jul 3, 2009

TIE DAN KEJAYAAN MLM

...Hmmm...

Kelakar aku tengok iklan Hai-O kat tv. Kejayaan ditunjuk dengan memakai tie - dalam rumah, pergi jalan-jalan. hahhahah....mesti ke kejayaan tu diukur macam tu? dengan memakai tie?

Kawan yang tak berapa rapat dengan aku, pernah join Multi Lavel Marketing (MLM) nie. Dia terpaksa mengeluarkan kos dia dulu, sebelum meraih keuntungan. Produk dia nie, cth: dari 10 dia ambik, 3 je yang jalan. Yang lain, dia mintak aku tolong tanyakan kawan-kawan aku yang lain sekirannya berminat, sebab dia nak jual murah je (ini dikira MLM jugak ke).

Aku tak pandai sangat bab-bab nie. Cuma aku rasa, kalau nak berjaya dan pakai tie macam diorang nie, korang kena extra rajin, extra tebal muka. Sekian terimah kasih.


Takde ke yang pakai kerta Mini Cooper ngan VW beetle.
Tak nak la join MLM camni, kena beli Merc ngan BMW je. (pic source dr google)




Sapa nak kaya, cepat pahami carta ini. Aku tak paham, jadi jangan tanya aku ya.



sila pakai tie dan blazer.


OUT OF MY MIND aku dok tergelak sorang-sorang tengok iklan nie..mintak maap dekat peserta-peserta Hai-o. Bukan sengaja...;p

Jun 25, 2009

CARI MIZZYN DI OFFICE AKU?

...Hmmm....

Tadi masa lepas buat keja sikit kat luar, aku kembali ke opis aku dengan mizzyN. Jam masa tu pukul 6.45 petang. Office aku dah kosong. Lampu pun dah separuh tutup, cuma bahagian belakang je yang terbukak lagi. Memandangkan kunci pintu kitoarng rosak, jadi kitoarng satu office pura-pura la kunci. Office aku nie ada 2 unit. Staff dalam office nie pun ada dalam 8 orang je.

Masa aku dengan MizzyN sampai, ada seorang akak nie dari bahagian tuut datang dari arah hujung ofis aku dengan ala-ala kelam kabut sikit. Aku kenal akak tu, tapi tak pernah bertegur sapa. Dia dengan tiba-tiba terus menegur MizzyN. Dah la panggil nama minah tu salah...sesuka hati je. Aku buat tak kisah dengan diorang dua orang, terus bergerak ke meja aku. Sambil tu dok dengar perbualan MizzyN dengan akak tu. (mizzyN ketika itu sedang fotokopi I/C).

Yang bestnya, MizzyN setahun setengah yang lalu memang satu ofis dengan aku, tapi di unit lagi satu tuh. Sekarang nie, ofis MizzyN, jauh nun di hujung dunia., di bangunan lain Dah lama dah minah nie tukar. Tapi akak nie dengan yakinnya berkata dia mencari MizzyN, dan nampak kelibat MizzyN di ofis nie. MizzyN menafikan.."Hari nie, ini baru je saya sampai ofis nie kak. Mana saya ada datang tadi". Tapi akak tu mengiyakan...maka terjadilah perbualan di antara mereka. Untuk mengetahui perbualannya silalah klik di sini -----> sembang mak limah bersama mizzyN. (jangan klik lagi. Mizzyn malas nak menaip)



Ini gambaran dari belakang/hujung ofis aku. Abaikan tuan punya meja dan kenapa meja dia sangat semak...


Beberapa perkara yang menarik perhatian aku:
  • akak, apa ko buat di ofis aku? di ulang sekali lagi, ofis aku, bukan ofis MizzyN.
  • Apa motif ko datang dari arah hujung dan belakang ofis aku? apa ko buat ha?
  • kenapa ko begitu defensive terhadap diri ko - terlalu banyak kata-kata yang pada hemah aku seolah-olah nak menutup sesuatu. Perbualan yang tiada henti dan juga pertolongan yang tidak diperlukan. Itu menunjukkan ko seolah-olah terperangkap dengan perbuatan ko sendiri, dan seolah-olah membela diri.
  • Engkau bercerita dengan MizzyN, ko cakap, ko bagi salam. Tapi takde orang jawab, jadi ko nak pastikan orang ada ke tak - akak, bukanke bila kita dah bagi salam kalau dah lebih dari 3 kali, kalau orang tak menjawab, maknanya orang takde atau orang tak nak hadap ko, dan ko patutnya blah, bukannya masuk tolong periksa ofis orang tuh. Itukan tak beradap namanya. Setahu aku, akak nie menerbitkan program berbentuk keagamaan...huh...mushkil. Lagipun, time tu kan time orang dah balik kerja, jadi kenapa ko nak cari lagi orang dalam ofis aku...????
oklah....aku yang OUT OF MY MIND agaknya. Protective sangat dengan ofis aku....haih. Bukan apa, sebelum nie, dah ada barang hilang. Tak best la nak main tuduh-menuduh kalau ada apa-apa lagi yang hilang lepas nie.

ps: boleh klik dah, mizzyN dah rajin taip.

Jun 18, 2009

ANAK TERBARU - CAMERA LOMO, GUMBIRANYA!!

....Hmmm......


Camera apa nie? macam mainan je...


Setelah lama ngidam benda nie, akhirnya tercapai jugak hajat. Takde dah leleh air liur lepas nie...Kalau best hasilnya, nantikan kemunculan fisheyes punya pulak....(sesepa - tolong lah bagi hadiah besday ini kat aku)..yea...yea...selamat masuk dlm keluarga camera aku....



nie packaging dia...cantik...lama jugak dalam kedai tu,
dok memikir camera jenis yang mana satu nak beli...rambang mata oooo



tu nama kedai yang aku beli...MOOKS CLOTHING CO. kat The Garden.
Orang kedai tu cakap, dekat pavilion pun ada jugak.




3 bulan sebelum tu, aku dah tempah camera lomo nie kat ROOM Mid Valley, Tapi sampai sekarang aku tak nampak barangnya. Satu hari tu, aku baca dalam majalah Time Out KL (TOKL), camera nie ada jual kat The Garden, tapi Tak dinyatakan nama kedainya...puas jugak cari. Tapi tak jumpa.
Jadi, hari nie extra rajin...extra bukak mata....akhirnya...tada....




Inilah hasil bakal berlaku dengan camera yang aku beli tuh....
gempak kan...Oh lagi satu, camera nie guna filem biasa. Bukan digital. Jenuh jugak lak nak hantar kedai pergi cuci.


THE 10 GOLDEN RULES
  1. Take your camera EVERYWHERE you go.
  2. Use it ANYTIME, day and night.
  3. Lomography is not an interference IN your life, but a part OF your life.
  4. Try the SHOT from the hip.
  5. Approach the objects of your Lomography desire as CLOSELY as possible.
  6. "DON'T Think"
  7. Be FAST.
  8. You dont have to know BEFOREHAND what you've captured on film...
  9. ...and you dont necessarily have to know AFTERWARDS, either.
  10. Dont worry about ANY rules.

OUT OF MY MIND bila dah dapat camera nie...lupa kejap DSLR. MizzyN cakap, aku memang dah gila sebab bila dah bubuh filem...tah apa-apa yang aku dah tangkap...hahhahaha. kompem le muka sendiri menjadi experiment.

Untuk extra info sila bukak web nie LOMOGRAPGY

Jun 14, 2009

PENCURI OH PENCURI

...Hmmm......

Amaran: Entry kali nie sangat banyak perkataan.....banyak sangaat....

Aku baru sampai ke KL. 5 hari cuti di kampung sebab adik aku kawin. Penatnya....macam hapa. Lupakan edisi penat, sebab aku memang sering diserang masalah kepenatan mengalahkan ibu beranak lima....

Hari Jumaat 12/06/09. Rumah makcik aku kena pecah. Aku tak sempat nak amik gambar keadaan dalam rumah, sebab sibuk dok soal selidik makcik aku dan mendengar teori-teori orang kampung. Rumah makcik aku di tepi jalan besar. Dia baru aje duduk umah tu dalam 1/2 tahun. Jarak rumah dia dari rumah aku dalam 10km. So, sepanjang nak berlangsungnya kenduri, siangnya dia di rumah aku, malamnya dia balik ke rumah dia.

Pada hari kejadian, hubby dia balik ke rumah. nak angkat kain. dan bukak lampu. masih lagi normal. Lepas tu, pergi umah aku balik. Malam, diorang satu family balik dalam jam 11.00 malam. Masa balik...rumah dah berselerak. Barang-barang besar langsung tak di usik. Yang dia cari, barang-barang yang kecik tapi berharga.

Teori aku: orang yang masuk adalah seorang penagih dadah yang agak bodoh.

PC yang didepan mata langsung tak disentuh. TV semuanya masih normal. Cuma yang tunggang terbalik adalah dalam bilik. Biasalah...mestilah tabung, barang emas, HP dan seangkatan denganya yang menjadi target.

Kesian makcik aku...nak kena kemaskan baju dalam 5 buah bilik...Bayangkan, semua almari dengan laci, habis di punggahnya.

Oh lupa...dia masuk ikut tingkap sliding yang dipecahkan.

Yang kelakar. Jiran depan rumah dia ada nampak 3 bijik motosikal yang berenti depan umah makcik aku. Tapi, dia langsung tak peduli...Nampaknya, kat kampung pun dah macam bandar. Jiran dah tak kisah langsung apa jadi....sadis betul.

Malam tu aje di kampung tuh, 3 buah rumah kena pecah masuk. Ada satu rumah tuh, semua bilik dikunci. Jadi pencuri tuh dah belasah cukup-cukup semua pintu bilik rumah tuh. memang totally rosak terus...kesian kan.

2 minggu sebelum kenduri adik aku, rumah aku kat kampung pun kena masuk pencuri. Tapi, sebab pencuri nie ada belas kasihan, dia hanya target duit atuk aku. Biasalah orang dolu-dolu, suka simpan duit dalam almari.

Duit dalam almari atuk aku tuh ada dalam RM3500. Tapi, yang kena angkut RM3000. lagi RM500, dia tinggalkan. Wah...ada jugak yang jenis simpati macam nie....Sabar jelah. Dan yang pasti, bukan rezeki adik aku lah, sbb duit yang kena curi tu, untuk kenduri dia....hmmm.

Part aku pulak. Sebelum aku pindah ke rumah sekarang. Aku tinggal di Blok 21, Ting. 13, Bukit Angkasa, Pantai Dalam. Rumah aku ada sekuriti. Tapi dua kali kena pecah masuk.

Kali pertama, malam. Pencuri tuh masuk ikut ampaian yang sememangnya ada grill dan dah dirantai dan dimangga sebesar-besar mangga yang tuan rumah jumpa. Tapi dia tetap masuk. sanggup tanggung risiko jatuh ting.13 semata-mata nak mencuri. Potensi dia nak jatuh melalui tempat dia masuk tu...sangat tinggi. 80%.

Yang membuat aku jadi sangat fobia sampai sekarang...bila aku sendiri yang sedar pencuri tuh masuk dalam rumah bila dia bukak pintu bilik aku. Aku sewa bilik seorang. Di ruang tamu, lampu terbukak. Dalam bilik aku gelap. Jadi, bila dia bukak pintu, dia tak sedar aku ada dalam bilik dan aku terjaga bila aku terasa cam ada orang perati aku.

pencuri tu, tercegat dekat muka pintu. Maybe nak adjust mata dia dengan kegelapan bilik aku. Bila aku tersedar ada orang buka pintu bilik. Perkara pertama aku pikir adalah...tadi aku kunci pintu bilik ke tak. Yang kedua aku terpikir...nie housemate aku ke?

Bila aku tau itu kelibat lelaki...aku terus menjerit bagai nak gila....panggil kawan aku. memang tahap jerit lah. Bayangkan pak guard boleh dengar suara aku...hahahhaha.

Pencuri tu terkejut. memang terkejut gila lah. Dia terus lari dengan pantasnya. Aku pun tak tau camna dia boleh lari kuat gila, pastu, keluar ikut tempat dia masuk pulak tuh...part aku pulak. lepas dia lari, aku terus tutup pintu. Lepas tu terus jerit tak berenti-renti. Panggil nama kawan aku. Jantung time tuh...jangan cakap apa lah. memang tahap tak boleh tenanglah.

Time housemate aku semua dah keluar bilik diorang, ketuk bilik aku pun, aku tak mau keluar. takut ooooo.....lepas kena pujuk...baru aku keluar. aku tengok ada pisau kat ruang tamu. cari jari sampai tapak tangan semua ada kat dinding. nampak sangat dia tergelincir masa nak lari. Nasib baik lah, time aku jerit tuh, dia tak terus masuk dalam bilik aku, dan rodok perut aku. Kalau tak....tak dapat aku bayangkan kegilaan orang nieh.

Kali kedua, siang. 2 bulan lebih kurang lepas kes first. Time tu, aku balik kampung. Kawan aku call pagi...dalam jam 11.00 pagi...dia cakap rumah kena pecah masuk lagi. Kali nie, dia masuk cara beradap. Masuk ikut pintu depan. Telinga grill yang dimanggakan tu, dipotong. Jadi, dia masuk lah tanpa orang syak tempat mangga tuh dah kena potong.

Kali nie, memang rezeki dia lah. Kebetulan pulak, dua orang kawan jepun aku datang menumpang. Segala mak nenek gadjet yang aku sendiri tak pernah tengok, semua kena angkut. Laptop yang bahasa jepun pun kena cilok. Mana lah mamat tuh nak jual kan. Kos barang dorang je, dah dalam 20K...bayangkan. Tapi nasib baiklah budak-budak tu dah insurankan semuanya. kalau tak....Nangis jugak lah.

Aku...takde lah banyak sangat. Sebab beware dah. lagipun baru keja time tuh. Harta apa lah sangat yang ada. Cuma frustnye...koleksi jam tangan yang aku kumpul dari skolah menengah sampai lah time kena curi tuh...banyak siot.....memang tahap boleh open table kat pasar malam lah.

Polis pulak:
Dalam semua kejadian yang diceritakan....buat report. datang tengok. ambik gambar. balik.

haram pun nak amik cap jari ke...apa ke...Bila aku tanya kenapa tak ambik cap jari tuh. dia cakap, dorang tak cukup peralatan. Aik....takkanlah kat Malaysia nie kes pecah rumah dalam setahun ada 10 buah je kena pecah , jadi tak perlulah nak beli alat-alatan semua tuh. Takkanlah takde langsung alat2 yang boleh ambik, detect or whatever cam CSI tuh...miskinnye kerajaan kita ek. Yang peliknya. Kalau VVIP, langsunglah siasat cam hapa...esoknya dah boleh tahan pencuri...hmmmmm. Samada polis kita nie malas or memang takde alatan. Takpelah...berfikiran baik. Mesti tak cukup alat lah tuh kan.

Lagi satu, kita takde database yang boleh cek thumb print ke? Bukan ke semua thumbprint kita kena ambik masa nak buat IC. takkanlah tak boleh cek.

lagi satu jawapan yang paling bodoh yang aku terima dari polis tuh....dia cakap apa tau...
"macam mana kalau bila kita cek, nanti itu thumb print kawan awak sendiri. Tak ke naya kawan awak tuh...???"

camnie lah en. polis yang aku sendiri tak tau apa no dia sebab time dia ambik report aku dia pakai baju kemeja biasa aje....apakata, semua orang dlm rumah aku di ditolak kemungkinan untuk pecah masuk rumah sendiri sebab takde maknaynya nak masuk ikut ampaian yang pastinya kami semua perempuan-perempuan jelita yang gayat nie pasti tak akan buat. Kunci umah kan ada....kalau nak robek pintu bilik aku. dan kengkawan yang lain..bila2 masa pun boleh...

Dah tu, semenjak bila pulak body kawan aku semuanya kurus cam papan dan berdada nipis??? cuba cakap. pandai betul abang2 polis kita nieh cakap. Nak lepas tangan je. Lain kali, ayat tu, sila guna kepada budak umur 5 tahun ya. Tapi...rasanya budak umur 5 tahun tu lagi bijak agknya.

Lagi satu, dorang nie masa aku bawak kawan jepun aku buat report, sibuklah dok ngorat budak 2 orang nie. Siap mintak nombor telepon bagai. Camtu ke buat kerja. Takde maknanya aku nak jeles korang dok layan kawan2 aku nie lebey2.

hmmm...panjang pulak OUT OF MY MIND aku kali nie. mintak maaplah. sebab selalunya pencuri bermaharaja lela kat bandar-bandar je. Tapi sekarang nie, kat kampung...tiap-tiap hari rupanya.....sehari 3 hingga 4 buah rumah. gila betul.

En. polis sekalian...apa kata pi tangkap semua penagih-penagih dadah yang ada kat kampung-kampung tuh. Kalau still dok ada pencuri lagi lepas penagih semua kena tangkap, apa kata lepas tu, tangkap rempit-rempit pulak. Silalah kembalikan kedamaian dan keamanan kampung-kampung kat Malaysia nie. Tolonglah. Tolong....

Jun 4, 2009

JOE JONAS MENARI LAGU BEYONCE...LAWAK GILER

....Hmmm.....

Enjoy. lawak giler aku tengok mamat nie...

May 21, 2009

BETUL KE MODEL JE BOLEH JADI PENGACARA..??

...Hmmm....

UPDATE: aku berada di industri penyiaran sekarang ini. Menjadi pengulas radio untuk acara-acara besar negara seperti di Istana Negara, Pilihanraya, Perasmian-perasmian yang melibatkan PM dan TPM. Terlibat secara langsung dengan program-program pertanian. Ya, aku tau, post aku semuanya suck giler. Sebabnya aku dah bosan bercakap hal serius kerana aku sudah dikelilingi dan bekerja dengan orang yang serius dan protokol. Aku berada di tempat yang sama sudah 4 tahun. Jadi salahkan aku untuk mencuba di lapangan lain pula..???


Marahnya aku....aku sangat marah....
Al kisahnya kejadian di ofis:


KL: Weh...hang ada kawan yang nak pi audition tak? Hang kan ramai kawan yang macam model.

Aku: Audition apa...??

KL: Ala...rancangan tut tut tut tuh....

Aku: oooo...bila?


KL: Hang ada kawan ker yang nak pi audition tuh?
Sapa?

Aku: Aku lah....

KL: Hang.....

(maka gelak yang tahap dewa keluar. Bukan dia saja, ada lagi sorang akak batu api jugak join sekaki...gelak kuat giler nieh. Team akak kecewa pulak tersenyum sinis)

Aku: Awat pulak gelak..? Tak layak ke? (Nada perli nieh)

KL: Tak la...pengacara selalu good looking...ala-ala model...kan ke bila mekap muka dah lain..

Brownie: Weh...nape korang gelak kat dia. Aku sokong dia pi. Dia ada bakat apa...

Aku: Terima kasih Brownie...weh KL...bila audition tuh?
(aku memang dah cam cuak nie. Ye la..rendah-rendahkan aku)

KL: Entah...nanti aku tanya kawan aku. Hang betul nak pi ke...

(sambil muka dok senyum-senyum lagi)


Aku: Yup...(dan aku terus tulis dalam nie)




Aku sangat suka akak nie walaupun dia suka sampuk cakap guest dia.
Tak kiralah apa orang kata kat dia, gelakkan dia.
yg pasti..dia dh kaya raya sekarang.



Bengang tak? Apa, nak pergi audition jadi pengacara tuh mesti muka macam model ke? Macam mana pulak dengan bakat? Aku tengok pengacara dekat tv, takdelah semua rupa macam model. Biasa je....

Kalau betul lah, orang rupa tak model macam aku kat Malaysia nie, tak payahlah buang masa gatai nak pi audition. Kompem tak dapat.



Aku sanggat suka program nie....
Dan admire diorang punya pengacaraan - santai je.


Oprah. Jimmy Kimmel. David Letterman. Larry King. Aznil. Azwan. Zamzarina. Ally Iskandar. Adlin Aman Ramli. Ac Mizal. Mike Rowe. Mamat Mythbuster.....ramai lagi lah.

Adakah mereka-mereka ini rupa macam model? Memang tipikal melayu suka rendah-rendahkan orang. Gelak-gelak kat orang dengan jayanya kalau kita nak buat sesuatu. Aku tau, korang memang takde cita-cita. Sekadar berpuas hati di level sekarang.

Ya..napa nak kerja teruk-teruk...Dah tahap sekarang pun, kira syukur dah kan...kan...kan....

F**k lah korang berpikiran ortodok. jumud. jahil. Sebab itu aku tak kawan dengan korang....Stupid A**.




Aku jugak suka pakcik nie.
Program dia dulu hanya disiarkan di tv local sahaja.
Lepas tu, dia cuba menghantar tape audtion program dia ini (Dirty Jobs).
Nah...sekarang nie, program nie dah hits dekat Discovery Channel.
Dia juga tanpa segan silu menunjukkan rasa geli dengan sesuatu yang dia memang geli
bila dia jadi pengacara program ini




Macam mana pakcik nie boleh telan semua makanan tah apa-apa nieh?
yuck..yuck...


Rasa-rasa patut tak aku pi try audition tuh?
OUT OF MY MIND..bengang kat dorang...

May 14, 2009

000...BARU AKU TAU MACAM MANA NAK BUAT SUSU

...Hmmm...

Rajin betul ex budak praktikal aku hantar email. Ada yang best. Ada tak. Email yang dia hantar kali nie, aku rasa nak buat kenangan dalam blog aku...Sharing is Caring...peluk















OUT OF MY MIND tak...sila ketuk kepala aku...dush..dush..dush!!

May 11, 2009

PENJARA PUDU

...Hmmm...



Teringinnya nak tengok apa yang ada disebalik tembok ini.


Tadi masa aku dalam perjalanan nak ke Berjaya Times Square, aku lalu depan Penjara Pudu. Dalam keadaan jem, sempat la penjara seribu kisah nie menjadi tajuk perbualan. Aku teringin sangat nak masuk dalam penjara nie, nak tengok sendiri keadaan dalamnya. Nak tengok bilik gantung, penjara itu sendiri dan tempat-tempat yang kita sendiri tak pernah tau.



pic ehsan Mizzyn


Alangkah bagusnya, kalau penjara pudu nie dibuka untuk tarikan pelancong. Menjadi ikon. Lagipun penjara nie dah lebih 100 tahun, mesti banyak peristiwa yang boleh diketengahkan. Dan aku percaya, geng-geng seekers yang suka mengejar hantu pun, pasti teruja nak meneroka tempat ini. Betul tak en. thoyol...? (apa cita mimaland??).





Disini aku sertakan serba sedikit maklumat yang aku copy dari Jabatan Penjara Malaysia...

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat “Gaoler"�, pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan dan bilik pengawal.

Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital". Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang.

Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00.



Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895.

Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini.


Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat, pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa.

Pada tahun 1985 penjara bersejarah ini telah memcatatkan jumlah bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa. Kesesakan ini memaksa banduan bergilir-gilir (shift) untuk tidur.

Kumpulan banduan yang terawal menghuni penjara ini diambil dari daerah Jugra, Hulu Langat, Banting, Ampang, Klang dan Rawang. Sebelum penjara ini diwartakan sebagai penjara reman, terdapat beberapa kategori banduan telah ditempatkan iaitu banduan jatuh hukum, banduan akhir, banduan buang negeri, banduan buang tempatan, banduan seumur hidup dan banduan seumur hayat.

Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985, berlaku penawanan dua orang awam, iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari setelah banduan menyerah diri

Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat.

Kepesatan pembangunan persekitaran yang begitu cepat menyebabkan ciri-ciri keselamatan penjara unik ini semakin tergugat. Penjara Pudu yang sarat menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan Penjara dan negara ini terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November 1996 setelah lebih 100 tahun digunakan. Tapak penjara yang terletak di kawasan segi tiga emas ini akan dibangunkan untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur dan diberikan kepada Jabatan Penjara.

Dulu tak salah aku, ada dibuka untuk pelancong. Sekarang ada tak lagi? Aku rasa dah takde..Siapa tahu?

Apa kata, kita letak semua rempit-rempit dalam penjara pudu nie seminggu. Biarkan dorang rasa camna rasa hidup dalam penjara. Kena kejar hantu...huuuu....huuuuu (bunyi hantu camna ek)? OUT OF MY MIND tak...?

May 9, 2009

KESIAN BUDAK NIE...TAPI..

...Hmmm....

Namun, gadis berkenaan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya kerana gelagat liarnya didorong pengalaman hitam selepas dinodai datuk sendiri menyebabkannya ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Demi memuaskan nafsu gila selain membalas dendam terhadap perbuatan datuk yang mengaibkannya, dia mula belajar meneguk minuman keras seawal usia 12 tahun dan mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam berkenalan.

Disebabkan keghairahannya itu, gadis terbabit mendakwa menggugurkan kandungan lebih 10 kali sepanjang tempoh dia merelakan tubuhnya ‘diratah’, termasuk di kalangan Mat Rempit sehingga digelar Ratu Bohsia di kalangan pelumba haram. - Petikan dari myMetro-

Kesian budak nie...tapi kenapa kamu memilih jalan yang bodoh untuk balas dendam. Banyak cara lain lagi nak balas dendam dik oi...Jalan dendam yang kamu pilih ini, membinasakan diri kamu sendiri. Terpaksa tahan sakit gugurkan anak, kena rogol, jadi lauk, hidup tak tentu hala...Kamu yang dok tanggung derita sorang-sorang atas pembalasan dendam yang tidak kena caranya....Sekarang nie, datuk kamu syok-syok aje terlepas amarah kamu. Kamu..dapat apa? Kepuasan?

OUT OF MY MIND bila sesuatu terjadi menyalahkan 100% mak bapak. Kenapa tak salahkan diri sendiri?

Adakah patut kita kesian dekat budak macam nie..atau pegi mampos la sama kamu????

May 3, 2009

POSTO DARI BALI - MIZZY N PLZ ALERT...!!

...Hmmm....
Aku memang tak dapat tahan kegatalan aku mencari internet. Ketagih seh. Dengan kadar bayaran Rp1200....aku gagahkan juga ngadap benda ini. Tapi disini ingin aku sampaikan pesanan kepada yang berkenaan:
  • mizzyN - tolong contact tetamu aku untuk kompemkan program dia hari selasa nie. Urgent tau...kalau tak, aku kena log. Aku akan cuba online dengan kau Isnin nie jam 9.30am, untuk bagi instruction mana nak cari no. tepon akak tuh. Thanx a lot. Jangan risau, ada ole-ole dari bali ye. Aku dah puas sms ko, satu apa pun ko tak balas. Mintak tolong top-up pun takde jugak kabar berita. Sedey tul la.

plz respond ASAP. Nie message aku yang ke-1253 kat ko....!!!! OUT OF MY MIND bila tiada berhubungan dengan ko...Sesiapa terbaca message urgent ini, tolong kabarkan ke MIZZYN secepat mungkin ya....thanx...

from BALI with love...

Apr 28, 2009

LEWATLAH LAGI...TAKPE...AKU TAK MARAH...

...Hmmm....

Flight jam 9.50 pagi. Jam 9.10 pagi baru kitoarng sampai kat kaunter check in. Itupun lepas aku berlari meninggalkan kawan-kawan aku yang berlenggang kangkung di belakang, kononnya dengan harapan kaunter belum tutup lagi.

Akibat penat berlari dengan backpack yang takde barang. Dan oksigen kurang sampai di otak, aku tak dapat berfikir langsung dan sebut je apa yang terlintas difikiran.

aku lari....ke kaunter tertulis 'Bandung'
"Ini kaunter pukul 1050. Cuba tengok di kaunter 64" abg hensem cakap

aku lari....ke kaunter tertulis 64...
kosong....takde orang. Tanya pompuan di kaunter sebelah.
Amboi...sombongnya. Langsung tak layan. Mengangkat muka pun tidak...

Aku lari lagi...cari kaunter tulis 'Bandung'
Tak jumpa. Dalam hati...sah...sah...aku memang akan shopping kat midvalley je lah..

Aku lari lagi ke kaunter jam 1050 'Bandung'
"Dik...cuba pergi yang hujung..mungkin mereka boleh tolong check in kan."

Aku lari pergi hujung. Dalam hati nyumpah kawan-kawan aku yang datang kat kl sentral jam 7.45 pagi, yang mana sehari sebelumnya bukan main sms aku suruh datang awal...siot tul.

"Cik nak pergi mana?"

"Bandung...." aku bagi pasport.

"Bandung..??"

"Yeap...Bandung"

abang baik cek dalam komputer....


"Tapi nama you all takde dalam list..."

"Biar betul.....ada lah. Flight kitoarng kul 950"

"Tapi flight pergi Bandung takde jam 950....1050 ada lah"

"Biar betul bang...takde pun terima sms, flight delay..."
.
Check lagi dalam komputer. Nak make sure....kot...

"pergi bandung ye....ada print out tempahan tak?"......tak percaya kat aku ke...?

Tapi bagi jugak.

.
"Hmmm....awak sure ke pergi Bandung?"

"Yeap...mestilah."

"Nie tempahan pergi Jakarta...." abang kaunter yang berbangsa india itu tersengih-sengih kat aku....

"Ha. Jakarta???alamak...betul lah tuh...sorry lah abg...panik attack la. Boleh check in lagi ke?" Aku dah cam nak pensang dah time tu menahan malu...


"Untuk awak.....ok je....tapi flight pergi Jakarta la...Bukan Bandung.." Siot.....siot sangat perli aku cam tuh...

.
.
Kesimpulannya.....
Aku benci orang lewat dan juga kalau aku sendiri terlewat....
Sebab semunya pasti jadi kelam kabut dan benda yang simple pun tak boleh nak ingat dan buat.

pasal kes menyebut Bandung.
Kami semua akan terus ke Bandung apabila tiba di Jakarta. Memang dah plan kaw-kaw punya bila sampai kat Bandung...Itulah sebabnya, dalam otak nie ingat Bandung aje....malu...malu.

Kepada abang berbangsa india yang sempat perli aku...thanx ya....membuatkan aku tidak OUT OF MY MIND yang berterusan..

korang pikir...patut tak aku bunuh kawan-kawan aku?

Apr 23, 2009

SEE U WENT I SEE U...!!

...Hmmm....

Jumpa lagi dalam masa 2 minggu...
Itupun Kalau aku tak gatai tangan nak cari internet lah....
Aku cuti habis-habisan setelah bekerja keras...
Jumpa aku di Jakarta-Bandung-Bali ya ibu-ibu...bapak-bapak. babai



Pasport....check...dah dalam beg!!



Kitab Ajaib (gelaran yang dibagi oleh Eliz), Kompem bawak.
Buku nie dah banyak jimatkan duit aku. Lepak di hotel yang selesa, lagi best dan murah.
Kenal dengan orang yang sekepala dengan kami.
Dan adventure yang tak disangka-sangka...!!!




Beg nie nampak je besar. Dalamnye ada baju 3 helai je. Seluar 2 helai,
yang part-part lain tak payah lah dibagitau ye...:p
Aku bawak sikit sebab, kompem bila balik...penuh macam hapa lagi...
tipikal pompuan aku nie, kalau bab shoping..



Budak baju hijau tak akan join trip kali nie. Kakaknye bertunang.
Budak baju putih, akan join trip ke bali je...
Yeah...Bali...we will paint da town red, blue, green...yellow...

OUT OF MY MIND dah nie....cuti...cuti...cuti...cuti.
Kerja yang menunggu, belakang kira ya.

Apr 19, 2009

3 JENIS BUNGA...7 WARNA....

...Hmmm.....

Psst...esok pagi-pagi aku temankan kawan aku pi mandi bunga dekat negeri sebelah. Tak pernah lagi seumur hidup aku menghadiri upacara ini..Best nieh. Dan aku masih lagi dengan pegangan aku untuk tidak mempercayai semua ini..

Penat giler tadi menemankan kawan aku pergi cari bunga. Aku yang jahil bab-bab ini, mencadangkan beli je bunga yang dah di pakej-pakej banyak yang di jual kat petaling street tuh.Abis dekat RM50 jugak la...Ye a...beli tahap nak hias dewan punya banyak. Nak beli sekuntum-sekuntum mahal sangat.

Lepas tu, dapat pesanan, jangan lupa mencari bunga melur....aku pun drive le cari bunga melur yang aku tau lokasi tersebut pasti ada...mana lagi kalau bukan Brickfield. Kemudiannya menjelajah satu pasar malam nak cari limau purut pulak....yang jumpa 4 bijik saja...Dengan perasaan penat jugak...aku pun mencadangkan beli ajelah limau nipis. Manalah tau, boleh pakai jugak...hehhehe.

Jadi....Sejauh manakah keberkesanan mandi bunga ini?
just wait and see.
.
.
.
Eh....mujarab or jadi tak mandi bunga tu kalau aku dah cerita kat sini?
OUT OF MY MIND sebab tiba-tiba aku berkecimpung dalam hal-hal macam ini.

Total Pageviews