Jan 13, 2011
FILEM KARAK - GILA SERAM
Oct 14, 2009
BILA FILEM KENA POTONG SESUKA HATI
Aku cukup hot dengan Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF). Kalau filem itu dah di label 18s*, 18SG, 18 PL atau apa- apa yang melibatkan 18 tahun ke atas....kenapa perlu lagi dipotong dan disunting filem sehingga kita sendiri rasa frust dengan situasi pemotongan tersebut.
Pada hemah aku....orang yang berumur 18 tahun dah boleh pikir baik dan buruk. Dah boleh bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Dah tau semua carut-carutan yang perlu dipelajari. Dah tau semua apa itu making baby dan juga teknik-tekniknya. Dah tau sejauh mana keganasan itu boleh diterima akal dan dah tau segala-galanya lah.
Tapi pelik...filem-filem yang dilabel 18 inilah, beberapa adegan sesaat dipotong menyebankan kita rasa macam nak rage yang amat sangat. Ye lah...tengok kusyuk layan...tetiba cerita dia jump ke scene lain. Tak ke heran...tak ke rasa frust.
Sedangkan, penonton-penonton yang datang ke panggung tu datang dengan bayaran yang dikenakan termasuklah cukai hiburan untuk menonton cerita yang pastinya tiada gangguan yang over sangat seperti pemotongan scene-scene yang sangat tak profesional.
Sebagai contoh. Semalam aku melayan cerita (500) days of summer. Cerita yang best dan harus ditonton kali kedua. Tapi ada beberapa scene yang dipotong yang membuatkan orang dalam panggung jadi panas hati. OPPSS...scene itu tidaklah dipotong. Tapi percakapan perempuan tu di TOOOT TOOOT TOOOT kan. Bayangkan...perempuan itu menjerit perkataan itu dengan nada gembiranya...lepas tu mereka ketawa....Dan aku rasa, kalau dilepaskan pun perkataannya pun, aku rasa itu adalah antara funny moments dalam filem itu....tapi sayang, sepanjang adegan di taman tu...semuanya di TOOT TOOT TOOT kan. Kita rasa seperti menonton scene yang kosong-nada-dan tidak perlu. Alang-alang nak TOOT kan, baik buang terus je scene tu.
Penapisan filem diurus beberapa jawatankuasa yang dikenali sebagai panel tapisan, iaitu setiap satu panel dianggotai antara dua hingga tiga ahli. Panel ini dilantik oleh Pengerusi LPF mengikut Seksyen 4(1) Akta Filem.Dalam tugasnya, panel mengambil kira tema sesebuah filem, kemungkinan kesannya kepada penonton, jalan ceritanya diikuti dengan teliti dari awal hingga akhir serta mengambil kira mesej tersurat dan tersirat. Kemudian, ditentukan pula sama ada bahagian babak, adegan, dialog, suara dan sarikata sesuai atau sebaliknya berdasarkan garis panduan yang berkuat kuasa.
Perlu ditegaskan sistem klasifikasi LPF adalah berbeza dengan sistem yang diamalkan di sesetengah negara lain. Sistem klasifikasi meliputi dua kategori iaitu untuk tontonan umum dengan label ‘U’ dan bagi label ’18 Tahun Ke Atas’. Kategori filem untuk penonton berusia 18 tahun ke atas pula dibahagikan kepada empat kategori kecil iaitu 18SG untuk filem yang ada unsur ganas atau seram tidak keterlaluan, 18SX untuk filem unsur seks tetapi tidak keterlaluan, 18 PA, filem yang menyentuh aspek agama, sosial dan politik dan 18PL untuk filem yang ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks.
OUT OF MY MIND sebab banyak filem yang dipotong sesuka hati. Solutionnya: CD cap Ah Beng....(scene dalam TROPHIC THUNDER telah dicaras dengan kejamnya oleh LPF)
Sep 14, 2009
Jun 24, 2009
TRANSFORMERS - BEST OOOO ;p
Yea, puas hati dapat tengok Transformers yang seksi. Shia dgn jari patahnya. Megan Fox yg hot kononnya dengan aksi menonggeng bontotnya, dan pasti robot-robot yang banyak sekali sampai buat aku kompius mana satu yang Autobot dan mana satu Decepticon. Yang pasti tak nak spoil keterujaan orang lain untuk nontonnya, jadi.....resultnya, memang best la bg yg suka buang masa cam aku. Nak pi tengok lagi sekali...yea yea yea (sbb dpt half price)
Yang pasti, banyak la scene-scene yg cuba meruntun jiwa tapi tak.....
Oh ya, robot-robotnya lebih entertain kali nie. Juga expect cliche scene dan cliche shot dari michael bay ini...terima kasih.
Sapa nak join...angkat tangan....(tapi aku sorang je dpt diskaun tuh)
Feb 6, 2009
PINEAPPLE EXPRESS
Smlm layan cita nie. Cerita nie pasal:
Lazy court-process clerk and stoner Dale Denton (Seth Rogen) has only one reason to visit his equally lazy dealer Saul Silver (James Franco): to purchase weed, specifically, a rare new strain called Pineapple Express. But when Dale becomes the only witness to a murder by a crooked cop and the city's most dangerous drug lord, he panics and dumps his roach of Pineapple Express at the scene.Dale now has another reason to visit Saul: to find out if the weed is so rare that it can be traced back to him--and it is. As Dale and Saul run for their lives, they quickly discover that they're not suffering from weed-fueled paranoia: incredibly, the bad guys really are hot on their trail and trying to figure out the fastest way to kill them both. All aboard the Pineapple Express.
Cerita nie best sebab:
- Funny giler yang pastinya bukan jenis splastik.
- Lakonan yang hebat oleh abg James Franco (bg yang tak kenal, mamat nie belakon jadi kawan Spiderman yang dok minat kat Mary Jane tuh) lepak giler dia blakon dan dia lagi funny dari Seth Rogen dalam cita nie.
- Kalau korang tak tau pasal dadah pun boleh tengok jugak. Sebabnya dalam cita nie dia cerita mana datang asal usul Pineapple Express nie.
- Kelakar tengok macamana seorang dewasa menguruskan alam percintaanya dengan budak High School. Ye la, budak pompuan tu cuba nak belagak mature dan laki tuh pulak immature. So, funny masa diorang gaduh.
- Seorang dealer yang tak pernah ada best friend tetiba terasa terharu dengan 'persahabatan' beliau yang tak diduga walaupun stoner tuh tak nak kawan ngan dia. Time dioarng bawak diri masing-masing, klakar giler James Franco menangis giler-giler punyer kat taman...hahahhahaha. So, funny.
- Aku nak gelak giler bila James Franco dealer dadah boleh guna term nie. BFFF - BEST FUCKING FRIEND FOREVER. Ye la, selalunya digunakan oleh Paris Hiton and the geng kan.
- pendek kata, cerita nie buat anda tersenyum la. Even ada part yang boleh duga...
Bintang-Bintang: 31/2 / 5
p/s: cerita nie tak mungkin keluar wayang malaysia. Ye lah. cita pasal dadah.