Jan 15, 2013

BODOHLAH KAU KALAU JADI PENJAMIN.

...Hmmm.....

"Ada orang berhutang memang dengan niat nak bayar hutang tu. 
Ada orang berhutang dengan niat...lantak pi lah nak bayar ke tak."

itu kata-kata Angah aku.

Dan sekarang nie aku yang rasa sengsaranya....
sumpah sengsara sangat rasa.

Motif nak menolong orang nak mulakan hidup dan karier, menjerat diri sendiri. Haish. Dan lah menjerat, pastu kena maki pulak lagi.

Punyalah aku pecaya dengan sedara sendiri. Tapi sedara sendiri makan diri aku. So, moral of the story...sila jangan jadi penjamin orang. Plz Plz Plz jangan jadi penjamin orang....

Peminjam buat tak tau, penjamin pulak yang mengelabah lebih. Dok pikir nak cari solution camna nama tak di blacklist, tak di istihar bankrap atas sebab orang lain. Dah lah tak makan sesen pun duit yang peminjam dapat, lagi menanggung derita adalah.

Sekarang nie, aku tepaksa mencari 6K untuk lepaskan diri sebagai penjamin. Nasib baik lawyer yang nak saman ngan istihar bankrap tu sudi tolong aku dengan uruskan masalah aku dengan bank. Sebabnya bila aku sendiri pegi bank nak settlekan hal nie, aku lagi di aniaya adalah....stupid fucking bank.

Tak pasal je sekarang nie aku bodoh bodoh je kena tanggung semua nie. Bayar free je 6K tu...
pengajaran untuk aku.
Jangan pecaya sesiapa pun....sesiapa pun.
Biarlah putus saudara sebab tak nak tolong, dari putus saudara macam keadaan sekarang nie yang penuh maki hamun. Bukan dari side aku...tapi dari side diorang.

Haish....
6K...boleh travel p jepun sebulan dah....

OUT OF MY MIND bila 6K lesap demi membayar kenteteraman jiwa....takpalah.  

Jan 14, 2013

BANGKOK - BY LAND

....Hmm....

Mari memandu & melancong

Baru-baru nie Cuti hujung tahun dan cuti awal tahun merangkap jadi cuti nak selebrate new year dan jugak cuti nak tenangkan otak. Aku decide nak ke Bangkok. Tapi bukan dengan jalan udara, tapi jalan darat. Nak rasa sendiri betul ke apa dorang cakap pasai jalan kat Thailand lebih cantik dan bagus dari highway kat Malaysia....

Hakikat...highway kat Malaysia jalan dia lagi indah..sungguh lagi indah tanpa lopak-lopak dan lubang-lubang yang menyakitkan punggung. Kiranya kalau hang nak speed 160km/s...hang boleh speed tanpa halangan lah dari johor sampai kat bukit kayu hitam nun.

Tapi jalan ke Bangkok dari Hatyai...aduhaaaaai...patah pinggang aku. sumpah, memang sakit pinggang weh. jalan dia walau ada 4 lane, 2 lane utk kiri, 2 lane utk kanan, tapi kondisi jalan dia, teruk weh. hanya lagi sejam nak sampai Bangkok je jalan dia cun, tapi lagi 12 jam perjalanan tu.... memang kalau ngandung, dah lama keguguran bak kata parnet travel aku...gila.

ini fakta-fakta untuk rujukan korang lah. Sebabkan masa aku on the way, persoalaan yang sama aku tanya dan google. tapi takdak jawapan.

Kami pergi bertiga. 2 perempuan. sorang lelaki. Drive dari KL - Jitra. Tinggal kereta kat umah sedara-mara kami. lepas tu dia hantaq sampai Duty Free bukit kayu hitam. Dari duty free tu, sebab kami dah sampai malam dalam 9.30, adalah 2 3 bijik van yang akan masuk ke sana. so, korang boleh ambik van tu untuk ke Hatyai.

Korang boleh pilih samada nak ambik van kat duty Free atau kat Danok. Jalan pun x jauh nak masuk ke danok tu. Dlm 5 minit dah pun sampai.


BORDER MALAYSIA - THAILAND di BUKIT KAYU HITAM = 
TUTUP JAM 12.00 MALAM



Sungguh sopan menikmati panorama Malaysia


Ngedah..hujung Malaysia 


Bye bye...beginning of Thailand. Danok.



Kami sampai kat Hatyai, cari je hotel bajet. Seorang dalam RM20. OK lah tu...kunci utama untuk dapat hotel murah nie adalah korang kena rajin berjalan & jugak rajin bertanya. Kunci untuk menjadi backpackers nie adalah sila ringan mulut dan banyak buat homework. Homework sangat penting ya. Nak jimat tak..?? 

Esok paginya, Kul 8.00am kami jalan kaki cari travel agent yang bukak untuk cari komuter atau minivan ke Bangkok sambil mencari sumber makanan halal di pagi hari. Kami dapat lah 1 van ke sana. gerak jam 9.00 pagi. Sementara ada waktu, cari sim card Thailand dulu. Senang nak update Instagram. Twitter. nak check in Foursquare. Show off itu perlu ye. 

Tambang ke sana = RM70.00 



membeli simcard sangat pening kepala.



Harga dalam RM36. untuk seminggu access unlimeted access internet data & jugak topup dan juga harga termasuk sebijik simcard. 



Nak tau tak perjalanan kami ke sana berapa jam?? lebih dari 12 jam ye....sepatutnya 12 jam dah sampai. Kami bertolak dalam jam 10.00am. Sampai kt stesen bas Bangkok (dia drop kami kat situ) dalam jam 12.30mlm....gilo weh. sangat gilo. Sebabnya van yang kami naik tayar meletup dalam perjalana....nasib tak jadi apa-apa yang teruk weh.

sampai je kami kat Bangkok, kami terus ke Khao San Road. Kawasan nie adalah heaven pada backpackers. Mostly ramai yang lepak sini. Malam sangat meriah ok...meriah gila. Sebab trip sebelum nie aku pernah duduk sini, so aku decide nak stay sini lagi. Walau kawasan nie jauh dari bandar. kat sini korang boleh dapat hotel bajet dengan condition yang bagus & memuaskan.


Khoa San Road


Esoknya...hari Ahad. Apalagi, acara shopping di Chatchucak bermula......Tak payah nak terang kot tempat nie....yang pasti dia bukak weekend je. Kira pasar hari yang paling besar sekali kat Asia tak salah. 




yeah...i know...my  boobs moderate je...



warghhhh....rambang mata beli natang nie je.



tada....collection...post kat instagram, kemain ramai yang memesan. 



sini adalah kawasan cam indie sikit dianye style. 


jangan lupa try aiskrim kelapa...sedaaaap. 



Pastu kitaorng ambik train ke next pit stop untuyk shopping. 



bessssstnye ada gambaq-gambaq instagram siapa yang post pasal Bangkok. Dok cari, pic aku takdak pun. 



MRT dorang....



Hello MBK...tempat nie macam sungai wang + Low Yat versi Bangkok lah. 



Pepehal beli dulu tiket bas nak balik ke Hatyai. Tak larat weh naik van. Sakit belakang. So, kitoarng naik bas VIP. gila sebijik cam dlm flight. Siap ada stewardess lagi. dalam bas dia bagi makanan, minuman, blanket bagai. Bila sampai kat tempat stop, turun je bas dah ada makanan disediakan. Gila rare. don worry, ada muslim section. Harga tiket bas dalam RM116.00. Bas pun sampai tepat waktunya. tolak jam 7.00 malam. Sampai 7.30 pagi esoknya. 



Gila membeli baju ini. RM10 sajork. murah...murah


Khao San Road.



Malam new year....


Apatah nama mee maggi yang dorang juai nie. Sedap weh. carilah stall muslim ye. 
Tapi dia takde lah letak daging pun. Sayur semata-mata. Kalau ragu-ragu dengan minyak dia, cuba tanya dorang guna minyak babi ke tak. kalau ragu-ragu lagi, toksah makan. Apa susah. 


Malam new year....gila pack weh....



kaki kaki yang mencari hala tuju. 



maknusia semakin ramai.



mari selebrate new year......


depan hotel aku. 


hari last sebelum betolak balik ke hatyai, kami sempat sewa taxi ke Floating market. Harga sebijik taxi dalam RM120. Kongsi 5 orang. Yang pasti patutnya dia drop kami kat floating market betul-betui. Tapi dia drop kami kat kawasan kampung mana tah, so kami kena naik dari parit yang busuk dengan harga RM70/seorang. Harga patut RM100, tapi kami mintak kurang. Lahabau betui. Patutnya kalau kami terus ke floating market, harga RM20 je. Tapi driver taxi tu cakap keta x leh pi. Kepala hotak dia. Sebelum nie, aku pi terus kat situ kot.  Yang pasti, Floating market dah busuk...busuk amat air dia. 



dekat stesen bas Bangkok nie ada tempat nak charge phone. Ko masukkan RM2, ko boleh guna dalam 20 minit. 


memandangkan kami kedekut. Member aku pulak bawak extension, maka kami bayaq RM2, charge ramai-ramai. Orang Thai tengok je perbuatan kami. Pastu pengawal dia lalu, tengok kami..dia nak kata apa lagi kan. Dia senyum...siap buat sign bagus lagi....hehe. Nak idup. Perangai Guna extension...charge berjemaah. Smart Phone slave...





Sempat rembat kasut doc mart Bundle...murah sioooot.



Yang pasti...i love Khao San Road.

End of our journey.
So, total aku habis RM1000.00. Aku memang bajet gila. KL-Bangkok-KL tau bajet tu. 
Memang kalau nak ikut amount, murah lagi naik flight, tapi aku tetap nak rasa camna ikut laluan darat. So, aku dah ada pengalaman...puas hati aku..phew.

OUT OF MY MIND bajet lari weh....!!

Dec 11, 2012

KERETA SAYA WANGI


orang : wangi eh keta ko.... aku letak benda yang sama gak, apsal tak bau camni?

aku  : memang lah... sebab body aku wangi, bau badan aku tak pakai minyak wangi pun memang wangi.

orang: blah lah...x abis abis perasan. 

(dialog kat atas bila lebih dh 5 orang puji bau keta aku. Hakikatnya aku dah x basuh keta aku dah sebulan. Hujan. Rugi ayaq weh)

betul apa...tiap tiap orang mengeluarkan scene atau bau bauan lain lainkan. Kalau hang semboq minyak wangi yang sama macam aku pakai, efek dia konfem lain. kat aku wangi, tapi kat hang busuk. sebab dah becampur dengan feramon hormon kat body kot (main tibai je nie, jangan pecaya)


aku letak menatang wangi nie dlm keta. Tahan lah dekat 3 bulan. Kalau nak harapkan pewangi kereta yang kecik dah tu bau cam haram...memang x bau indah lah keta aku tu. 

KAMERA BANYAK

...Hmmm...

Dah 2 tahun rupanya aku jadi penerbit program travelog. Untuk produce program nie aku gunakan 2 camera. Tapi masih lagi di anggap sebagai SCP (Single Camera Production). Sebabnya 2nd camera itu sebagai backup dan juga insert insert candid yang memang kegemaran aku. 

Dan sepanjang 2 tahun tu, aku tak pernah sekali pun buat production untuk MCP (Multiple Camera Production). Tak kira lah jadi tukang sibuk atau tukang apa sekalipun. Salah satu puncanya sebab aku terlalu sibuk dengan program travelog aku, so..boss aku decide tak nak kacau aku sangat. 

Memandangkan episod raya khas raya program aku, aku gunakan 3 camera dengan jayanya, maka sebagai penutup tirai tahun nie, bos aku suruh buat konsert tahun baru. menggunakan 5 camera. 

MATI....

memang aku dah nak mati. betapa susahnya yang zero nak jadikan hero....arghhhhhh.
Sumpah aku stress. Puas aku berguru sana sini. Macam-macam pendapat. Tapi part malu adalah bila teknikal tanya itu dan ini, dan muka aku BLUR / KOSONG macam orang hilang ingatan. Matilah nanti aku kena buli nanti. Senior senior teknikal nie bukan boleh bagi peluang tunjuk ko bodoh, nanti mati lah kau....memang mati. 

Aku nak tidur. Aku nak keluar tengok wayang sekarang. Aku nak pegi panjat bukit nak menjerit....
tapi aku jerit sini dulu lah....

AAAAAAAAAAARGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGhhhhHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH



ini single camera. betapa dedikasinya krew aku bila aku paksa dorang turun sampai dlm laut. Teknikal dah menggelabah sebab barang barang kalau dah kena air laut, memang pasti jahanam. Peduli apa aku, aku nak gak shot tu....



Bapak berat siot camera nie. Macam pikul anak gajah. 



Ini screen dlm studio untuk multiple camera. Hambik kau, pilih shot mana ko nak sambil juling bijik mata. 


Camni lah rupanya MCP. Nie kira sikit lah nie. 

OUT OF MY MIND sebab tinggal lag 4 hari je.....*gulp*

Dec 10, 2012

BUKU OH BUKU - BIG BAD WOLF 2012

Hmmm....

Big Bad Wolf datang lagi tahun nie dengan lagi banyak buku dari tahun lepas. Buku-buku kali nie pin lagi umpph. Dan aku gembira jugak sebab lebih banyak novel dan juga ada section bahasa melayu walaupun buku melayu kat situ semuanya tahap tak pernah dengar kewujudannya. 

Tahun nie event buku terbesar nie bukak selam 63jam tanpa henti. Aku ada plan nak pi dalam jam 1 pagi. Memandangkan aku tengok kat Instagram ramai yang mengeluh sebab nak bayar kena beratur sampai dekat 2 jam dan orang sangat ramai, so aku matikan lah niat tu. 

Aku jugak dok cari teman seangkatan yang hari tu kemain dok tak sabaq nak pi sini, tapi bila call dekat 5x telefon tak berangkat dan juga takdak balasan return call malah takdak jugak sms, aku decide pegi seorang je. Geng aku yang lain, minat buku diorang maybe bertahan 30 minit je, so dari ambik risiko kena balik awai sebab dorang bosan, so pi sorang. Hambik kau...4 jam baru 2 row aku  jelajah. Dan ada berpuluh row lagi yang aku tepaksa cekidout trip ke-2 lepas gaji nanti. 

oh ya...venue kali nie kat Mines Convention Center dekat sebelah The Mines tu...Buku semurah murah buku dan majoriti harga RM8. 




buku nie berguna gila beb. Harga RM10. worth every penny beb. Semua benda ada. Dari cara nak menipu, sex, survival, how to itu ini...macam-macam lah. 


on the way keluar hall, ada orang jual nie. Agak mahal lah. 3  = RM10. tapi sebab dah terpikat, rembat lah. 


ini kira tak ramai sangat lah. Sebab boleh lagi konker satu satu meja. 


nak curik gak....tak kira


saujana mata memandang...duduk kat table nie, sibuk jeling table sana..takut terlepas punya hal 


20 minit pertama


setelah di tolak tolak - 4 jam kendian 


buku untuk cougar


comic....yippieee.....!! sebuah RM15


OUF OF MY MIND kan....


Dec 2, 2012

BILA BESAQ SAYA NAK JADI DOKTER NGAN CIKGU

...Hmmm...

semalam masa melepak sesi luah perasaan, sesi ngumpat mengumpat, sesi kenang kenangan lalu, kami mula bertanya pasal kerjaya geng geng kami zaman sekolah dulu. majoriti kawan-kawan aku ramai jadi cikgu. Separuh dari dorang yang jadi cikgu memang berminat jadi cikgu. Dan separuh lagi sebagai kerjaya terakhir sebab dah tak dapat kerja. Takkan nak menggangur je kan sementara nak tunggu peluang kerjaya idaman kan. Jalan terakhir, jadi cikgu je lah....terima je lah. 

Ok, bukan nak bebel pasal kerja cikgu. Tapi nak bebel pasal kami yang dari sekolah kampung, tak pernah sedikit pun diberi pendedahan kerjaya kat dunia yang luas nie. Ini series. Yang aku tau dulu bila nak tulis dekat kad yang mintak kita tulis apa cita cita kita dimana kerjaya pertama adalah yang paling kita nak...dan lain lain, hang fill in lah sendiri. Ada 4 cita-cita kita kena bagi rasanya. Yang aku ingat, keja Dokter, nurse, cikgu (tepaksa gak letak sebab tak tau nak keja apa dah) pastu last sekali tukang jahit (kononnya syok sebab boleh jahit baju sendiri). Naik tingkatan 4, aku nak jadi Akauntan yang utama...pastu bisnesman. Tapi...lani, tengok angka pun aku nyampah. 

Rentetan kerjaya & pendidikan aku.

- ting 1 - 3 = kelas Agama
Sebab result UPSR ok bagi budak kampung cam aku, maka kena lah dok kelas Agama. Ambik bahasa Arab. Masa form 1 & 2, bahasa arab aku excellent lagi. Tapi bila dah masuk form 3, dah diva sikit, start lah mengabaikan subjek Arab. Benak sangat gamaknya....1-1 nye pelajaran yang aku lambat  betui nak pick up. Lambat boleh. Punyalah pi tusyen kemain, tetap result cam taik. Last last masa nak ambik PMR, aku decide lupakan sajalah bahasa arab nie. Dan aku memang sengaja fail kan subjek nie. Gila kecik kecik pandai buat keputusan camtu. Masa exam pun, aku tak jawab soalan. Sebab malu nak antar kertas kosong, aku salin balik semua soalan kat dalam kertas jawapan. 

- ting 4 & 5 = kelas sains
Disebabkan subjek Arab aku dapat E (hehehe....), aku tak boleh lah sambung masuk kelas Agama lagi. Dan dengan result aku yang boleh lah tak cemerlang sangat, aku dapat masuk kelas sains. Memang ditempatkan dekat kelas sains. Ikut keputusan. Sekolah dah atur. Cuma aku boleh buat pilihan nak ambik extra subject ekonomi atau akaun. Sebabnya SPM kami kerajaan baru umumkan sijil terbuka yakni ko boleh ambik subjek lebih dari 9. Masa aku belajar kemahiran hidup, subjek yang paling aku suka adalah akaun, so aku decide nak ambik akaun masa untuk SPM. mula bercita cita nak jadi akauntan. Masuk kelas sains pun terpaksa sebab nak ambik akaun. 


Diploma = IT
Aku dapat pangkat 1, tapi tak dapat masuk U. Aku pun tak tau kenapa. Ramai gak kawan aku dapat pangkat 1 tak dapat masuk U. redo... so, masuk lah salah satu kolej under MARA. Mintak akaun tak dapat, tapi di tolak untuk ambik IT. ambik je lah...sekali lagi, hidup ditentunkan oleh kolej. Nak tak nak terima je lah kan. 

Kerja = Producer
Hah, hambik kau...keja aku sekarang takdak langsung kaitan dengan rentetan sejarah pendidikan aku. Seriesly bila aku masuk keja nie, aku jadi lost. Kena belajar semuanya dari bawah. Term term dan juga proses keja sebagainya. Susah...amat susah. Tapi..syukur sebab aku minat gila. 


so, kat sini aku nak cakap lah. sepanjang aku sekolah, aku tak pernah langsung didedahkan bahawa kat luar dari kampung nie, banyaaaaak sangat keja selain dari dokter, cikgu, bisnesman, tukang jahit, cikgu, jurutera dan lain lain lain....tak pernah. 

Kami pun takdak seminar kerjaya ataupun siapa siapa yang boleh kongsi dengan kami, kalau awak nak jadi wartawan, sila ambik jurusan masscom, nak jadi designer baju ambik lah bidang itu ini. takdak ye. Sumpah masa aku interview jawatan penerbit, aku sendiri tak tahu apa itu penerbit dan kerja penerbit. Aku apply keja nie sebab bunyinya macam gempak je. Bayangkan aku seorang graduan yang tak ketahuan punca keja yang aku mintak. 

PAda aku, apa salahnya...sekolah jemput siapa-siapa memberi talk kat sekolah bekernaan kejaya. Maka tebukaklah sikit minda kami. Tadaklah aku dulu hegeh hegeh nak masuk sangat kelas Sains yang mana dalam jiwa, takdak sikit  pun minat nak jadi dokter maknusia mahupun dokter haiwan. Dalam diri aku, aku nak keja yang berbentuk outdoor selain dari akauntan. So, pilihan kerjaya aku next banyak nak jadi tentera....gilo.

Dan yang pastinya, aku rasa ramai kawan kawan aku yang kalau kami diberi pendedahan dari peringkat sekolah, pastinya ada yang jadi macam macam dah selain dari keja tipikal yang kami tau.

Well what to do.....itulah kami. Sekolah kampung.

OUT OF MY MIND semua orang kata keja aku glemer...hakikatnya....

Nov 21, 2012



dedikasi kat diri aku sendiri....

Nov 20, 2012

JOVIAN OH JOVIAN 2

...Hmmm....
Aritu Raya Haji, Jovian buat lagi sale baju raya. 
Deym...so hot. Lagi hot dari yang raya Aidilfitri nye. 
Dalam tak nak beli, gigihkan diri juga simpan duit nak rembat sepasang. Tidak boleh tidak. 

Nie lah idaman hati. Nama dia Jewel. 
Beli nie sebab nak rasa comel comel kiut kiut gadis. 
Itupun main pesan dekat kenalan yang pergi ke open house.
 Dia pulak letak alamatnya kat Rawang (pre order masa open house)
Penat jugak mencari rumah adik nie... dah lah esoknya nak balik kampung dah. 
Tapi demi nak show off....gigih kan jugak. 



Tadaaaa....
Gadis tak? gadis taaaaak?
Ini lah 1st time aku pakai. Lepas tu tak pakai sampai sekarang. 
Dok elok lagi dalam plastik. Sayaaaang oooo...
Masa raya haji ada lah pakai paginya. 
Lepas tu, nak pi tengok lembu korban, takkan lah aku nak berfesyen gini kan.
 Kang lain pulak jadinya. 
Dah lah sayang gila dengan material dia. Kain lace.
 Kalau koyak....HUwaaaaa....

Jadi, bila lah dapat aku melaram baju gadis gadis ini...??

OUT OF MY MIND gewdik tau...

Total Pageviews