May 30, 2012

TAKYAH NAK STRESS SANGAT LAH

..Hmmm....

Kalau lah aku diberi tanggungjawab untuk uruskan krusus pengurusan stress, ini adalah apa yang ada kat dalam kelas aku:

- diberi wang sebanyak 1k dan di hantar shopping ke mall pilihan.
- menonton wayang sepanjang hari
- 1 hari diberi off untuk tidur.
- pakej massage dan spa.
- di bawa ke pantai untuk bersantai je.
- lepak di kedai kopi dan bersembang kosong, sila bawak sesiapa yang anda inginkan.
- tidur lagi...
- saloon pakej.

apakebenda lah nak bagi ceramah dekat orang yang dah stress....lagi lah dia stress. silap-silap kena penumbuk ada lah.

OUT OF MY MIND entah apa-apa lah.

May 22, 2012

SUPER DUPER TIRED

...Hmmmm...


4 hari (jumaat - isnin) baru baru nie kena bukak booth untuk promosi program kat kota kinabalu. Super deym tired sekarang nie...dah lah penat balik shooting kat kuching tak habis lagi...

cuti pulak kena beku 2 bulan sebab standby untuk election yang bila tah akan kunjung tiba.

Sumpah aku penat. Nak hadap editing dan kerja pun aku malas.
2 kali dah pegi massage, haram body aku lega dari letih....

apa yang aku perlu adalah tidur secukupya, tidur tidur tidur secukupnya.....

OUT OF MY MIND dari pagi tadi tak berhenti menguap...

May 17, 2012

RANDOM PICTURE













# LAGU LAYAN - BABAK CINTA

...Hmmmm....


Dah jatuh hati dengan dia. Eh...dengan lagu dia. Jangan salah paham 
Talented. nice person also...

May 16, 2012

CERITA PASAL KERJA SIKIT

 ...Hmmm....

meh sini aku nak cita pasal keja aku....


ini selipar. saja je....sebab aku sangat cintakan selipar nie....bubuh je lah



Ini antara keja aku sebagai penerbit. Monitor shot yang di ambil ok ke tak ok. 
Aku paling tak suka guna monitor. sebab membataskan pergerakan aku. benci siooot.
aku lebih suka tengok monitor dekat kamera kameraman. so, aku tengok, aku terus boleh terus bergerak ke sana sini bagi arahan lain. Kalau pakai monitor nie, sebab dia attach kabel dekat kamera, aku selalu tertarik kameraman sekali bila aku bergerak. lupa...huhuhu.



Tengok...inilah planning aku kena buat tiap-tiap bulan. tak pernah white board nie jadi putih..aku kena tulis semuany kat sini. kalau tulis kat kertas, esok kompem hilang...kompem.



Nie sebahagian trip-trip yang aku kena shoot. Redah hutan bagai. Kalau selalu orang ambik masa 2 jam nak sampai, kami mungkin 3 jam. sebab banyak berenti-renti nak shoot. penaaaaat.



Macam nie lah gayanya...kalau silap mai gila aku nak suruh lagi low angle shotnya, mau kena meniarap kameraman tu dalam air. 



Ini risiko yang aku selalu ambik bila shooting. Bawak kamera HD yang bernilai 250k masuk laut. Kalau kameraman aku tak steady kakinya, tergelincir ke...matilah aku. Sampai pencen tak habis bayar beb. 



Nielah 'rumah' kami kalau shooting. balik hotel untuk tidur ngan letak beg je. Seharian akan dalam transport dari satu lokasi ke satu lokasi lain. 



Bila dah lama shooting...gila pun datang. Bagi krew yang dah kawin, hari ke-5 mulalah start perbualan lucah-lucah....air naik kepala katanya. ada aku kesah!




Ini part of the program aku kena shoot. video klip lah kononnya. hambik lah kau artis...




Bila hujan turun, aku jadi pemayung. keja tetap kena teruskan...kejar masa beb.



Ni antara shot yang tepaksa aku plan. trekking dengan van. ambik shot depan. program 30 minit. nak pakai 1 aktiviti dalam 5 minit, tapi kejanya 5 jam....zzzzzz



aku bejemur....hangpa pun kena jemuq gak...takdak kompromi. 




selain dari monitor shot, audio gak kena jaga....



Aku gak jadi kameraman kengkadang dan bila keadaan memaksa. risiko memang tak pikir dah demi nak dapat shot yang best dan gempak. Kononnya lah. Sebab minat...aku rela.



Nie lah benefit yang aku dapat. dalam penat lelah yang aku hadap...aku cuba gak enjoy lokasi-lokasi yang aku pegi nie walau sekejap cuma sebelum aku start stress balik dengan artis, krew, orang perseorangan dan semua benda yang aku kena jaga.

Aku seorang perempuan yang kena handle semuanya. Termasuk time makan, break semua orang. Semuanya diorang nak tunggu keputusan aku. Kerja memang penat, tapi yang penting minat itu mengatasi segalanya. 

OUT OF MY MIND rasanya bila memikirkan. Tapi aku mampu je nok buat semuanya...


May 15, 2012

SUDAH MULA RASA

...Hmmmm....

Ist time rasa bila balik ke rumah dari oustation...terasa kekosongannya.
selalu tak pernah heran dengan rasa lonely nie.
Dari atas flight je aku mula terfikir...siapa sambut aku kat rumah?
melainkan tv, katil dan bantal.

start rasa kosong.
start bayangkan bestnya kalau ada orng sambut kat rumah.
start membayangkan hadiah-hadiah yang aku bawak balik.
start membayangkan senyuman yang akan diterima....kompem boleh hilang penat.
start membanyangkan boleh kongsi cerita duka & suka.
start membayangkan dengan hanya pelukan....mampu menenangkan perasaaan...
start membayangkan semuanya.

tapi....
terima lah hakikat.
aku masih lagi single & available dan macam masih lagi belum bersedia nak bertanggungjawab ke atas orang lain selain dari aku.

agaknya.....ini fasa melankolik umur 30 kot.

haish....

out of my mind nak sangat luahkan rasa pada dia.

SAYA HEBAT TAU

BARU JE ABIS SHOOTING KAT TAMAN NEGARA BAKO, KUCHING. 
Rock Climbing di Fairy Cave.
Moutain Biking kat Sematan.
Kayak di Sungai Sarawak Kiri.
Checkidout orang utan di Semenggoh & Matang.
Belajar budaya di Anna Rais Longhouse.

amacam....gempak?
nanti akan update semua cerita.

enjoy da view. sunset berlatar belakangkan gunung santubong di Taman Negara Bako.

OUT OF MY MIND kenapa saya cintakan hutan....


Apr 20, 2012

RESUME GUA HILANG...!!????

....Hmmmm....

Dugaan sungguh nak mintak naik pangkat pun.
memandangkan aku dah pun antar borang permohonan kenaikan pangkat apabila jawatan itu dibuka, dengan syarat kerja 5 tahun ke atas, maka aku rasa peluang untuk dipanggil temuduga mungkin 80% terbuka.

ya...aku confident....

tetapi hari nie dah direntap. tapi aku kan adiwira....seorang adiwira mestilah merampas balik haknya.

hari nie aku off day.
tapi terdetik hati nak singgah office lepas merayau seharian di kota metropolitan.

naik je kat atas, abang hensem tanya.."ko dapat tak surat interview tu..."
"entah...x cek lagi pun..." " cuba gi tanya kak ct...." " baiklah....."

pegi betanya kak ct.
kak ct cakap takde.
dia pun heran...sebab dalam office aku yang dapat surat 4 orang je. Katanya aku layak sbb dah servis lebih dari 5 tahun, yang lain x dapat sebab tak cukup tahun.
"sila tepon HR...."

Tepon HR...

" awak tak cukup servis lagi lah..." kata akak HR.
"hah...saya keja dari 2005 lagi lah...apalak tak cukup servis...8 tahun kot..."..
"kejap ye....."
" awak OUT OF MY MIND kan...." " ye..."
" resume awak takde pun kat kitaorang. Awak sure ke awak hantar..."
" eh, saya hantar lah...boss saya dah approve, akak admin saya hantar by hand lagi kat tempat awak..."
"takpe...nanti saya call balik eh...."

ahhhhh sudaaaaah....aku tak pecaya.
Nasib baik akak ct jelita ada buat copy permohonon aku tu...resume pun.
berlari-lari aku ke tingkat 7....ye aku berlari...bawak resume...aku cari itu orang HR...
masa aku sampai, dia tengah pegang rekod keja aku....buku tu cam report kad.
aku bagi resume...
dia cakap..ok...cukup bukti.
isnin dia hantar surat panggil interview.
aku cakap, saya nak kepastian...konfem ke saya akan dipanggil interview sebab saya nak free kan jadual bizi mengalah kan perdana menteri saya nie.

aku turun balik.
10minit kendian dia call suruh naik balik tingkat 7 ambik surat....
yahooooo....aku kena panggil inteview lepas 8 tahun keja...

doakan kejayaan aku untuk jadi bos kengkawan.

OUT OF MY MIND taknak tapi macam nak...make up ur fungus mind lah...


Apr 16, 2012

CUPPY CAKE


nak kek nie puhleeeezzzzz....
puhleeezzzz..

Dah stop verangan.
sambung buat keja!

OUT OF MY MIND

...Hmmm...

Menjadi penerbit sesebuah program bukan senang sebenarnya. Tanggungjawab besar nak mati. Tambah tambah kalau semua tannggujawab semuanya nak kena letak di atas bahu yang makin menunjukkan tulang temulang ini. 

Paling aku cuak, bila lokasi tak setel-setel. Memang pening kepala gila lah. Balik rumah hati tak tenteram. Macam aku buat program travelog. Melibatkan artis pulak. Memang ada kala boleh naik gila. 

Untuk 1 episod, aku kena cari 4 lokasi paling kurang untuk shooting. Mesti ada aktiviti yang menarik nak di highlight. Tambah pulak aku lah penulis skrip, aku lah penyelidik, aku lah editor offline, akulah tuan director, akulah jaga kewangan, aku jugak jadi manager artis. Amacam, cukup gila kuasa tak? Kat ending kredit tu, nama aku je penuh....

Keuntungan aku bab-bab lokasi nie adalah sebab aku bukan produksi luar. Senang sikit nak berurusan. Tapi yang tak senangnya kalau sesetengah tempat tu mintak dikenakan bayaran. Sedangkan kita  nie promote tempat dia. Kalau dia nak beli iklan kat tv, matilah kau nak bayar beribu ribu ringgit untuk 30 second. Nie kami dah offer masuk tv 2 minit, lagi mau charge ke. part nie, memang kena mulut manis gila lah.....tapi aku takde taik lalat di bibir, payah gak. Tapi bernasib baik digunakan multi skill untuk bertukar jadi gedik....

bab artis pulak, memang agak payah jugak nak cari. Tambah sekarang nie semua artis yang top top sibuk nak masuk realiti tv. Dah 1 hal sebab diorang terikat dengan shooting realiti tv tu....tak boleh ke mana-mana. pening weh....2 realiti tv yang betul betul menjual nama artis besar. Haish...

Mula-mula jadi penerbit. Aku jadi nervous gila nak shooting. Ye lah, aku takda ilmu broadcasting. Lepas tu nak deal dgn artis. Kalau yang tak top, ok lah, boleh lah aku handle....tapi kalau dah sebut je nama orang dah tejegil bijik mata, aku pun takut. Bukan apa, diorang konfem dah biasa dengan penerbit yang pengalaman, yang dah tau apa nak buat. Aku lak...dok terkial kial lagi nak trial error.

Caranya satu je, jangan bagi tau kata kita nie cetek ilmu....
bagitau je kalau ada idea, kongsi kan bersama....

Sekarang nie aku tengah pening nak setelkan hal shooting dekat sarawak.
4 episod pulak tu. 

OUT OF MY MIND

Total Pageviews