Jan 30, 2012

29 JANUARY 2012

...Hmmm...

Officially, 29 January 2012....aku dah umur

three fabulous.vogue. thirty

God,
officially Out Of My Mind....

Jan 18, 2012

PASSPORT DAH K.O

...Hmmmm...

Kat sini aku nak kongsi beberapa perkara yang boleh jugak lah jadi rujukan buat korang, dan reminder untuk aku. kenkadang, benda tu kita dah tau, tapi kita saja tak pay attention. padah betui....


  • passport sila renew klau 6 bulan lagi nak mati. Jangan na verangan nak gi travel dalam tempoh 6 bulan sebelum di expired tu. Buat naya je.
  • Walaupun passport boleh disiapkan dalam masa 2 jam, silalah lah jangan buat last minit macam aku. malam nie nak pi oversea, petang tu baru gedik nak pi renew. Lebih malang bila hari yang ko sangat urgent adalah hari mesin buat hal. padan muka kau....Nasib baik atas budi bicara imegresen dengan bukti kukuh, diorang mampu tolong aku. kalau tau...say bye bye lah kat percutian oversea kau.

lain-lain info:

  • Naik keretapi murah ye dari KL-hatyai. dalam 69 hengget camtu. Nie 1st time aku nak naik ketapi malam-malam....tak sabaqnyaaaaa.
  • Sila pastikan bila korang book tiket flight, tengok banyak kali tarikh dan masa. tengok tengok tengok dan double tengok. Kalau tak, sia-sia kau sampai kt airport rupanya tiket ko betarikh semalam. ini sangat babi...
  • bila dah genting tahap maksima dalam apa jua urusan penting kau, jangan sesekali kau gatai nak pi blow rambut....ieeee poyo siooot. nak amek gambaq passport pun nak blow rambut. ko memang perangai buruk.. semenjak bila tah gedik...
wokeh, mau siap-siap.
super excited nak naik ketapi nie.

OUT OF MY MIND bila aku salah tgk tarikh flight, dah ke airport, patah balik, balik umah dan sambung tdo.

Jan 8, 2012

PULAU TIGA, SABAH (SURVIVOR ISLAND)

...Hmmm....

Tahun 2012. Masih lagi di arahkan produce program travelog. memandangkan aku pun dah mempunyai lappie sendiri...(akhirnya), aku dicide aku nak penuhkan entry pasal lokasi-lokasi yang aku shooting. Memandangkan beberapa lokasi yang aku cari, agak payah nak dapat informasi, so, apa salahnya aku kongsi sikit-sikit kan. Tapi seriesly, aku sangat malas nak menulis nie.

Dan bulan Disember baru-baru nie, aku baru je lepas abis shooting kat Pulau Tiga, Sabah. Pulau yang memang famous dengan nama Survivor Island. Pulau nie kecik je. Tapi kalau nak pusing keliling dengan jalan kaki, ambik masa 8 jam jugak lah (info dari staff resort).

Pulau Tiga. Lokasinya terletak 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Jeti Kuala Penyu. Lepas tu, ambik speed bot ke Pulau Tiga ambik masa dalam 30 minit.

Memandangkan kami menginap di Pulau Tiga Resort, so kami menggunakan bot Resort tu. Kalau tak salah, korang boleh jugak ambik bot orang tempatan kat situ. Harga dalam RM150 pergi balik.

Penginapan. Pulau tiga tak banyak resort. Ada 2 saje. Satu Pulau Tiga Resort. 1 lagu di bawah Taman-taman sabah (sedang di baik pulih time kami pergi). Pulau Tiga Resort sangat selesa bagi aku yang tak heran sangat pasal penginapan. Diorang ada sediakan Long House untuk yang nak dok ramai-ramai. Ada chalet yang sebuah-sebuah. Makanan disediakan secara buffet dan unlimited hot drink yang korang kena bancuh sendiri. Ok lah tu..macam santai je hidup sini. Harga makanan masa kami stay kat sana selama 3 hari 2 malam - RM210. Sila stanby jajan sendiri bagi yang gila makan. Sebab sini memang takde kedai runcit ke apa ke. Seriesly, korang dengan pekerja resort & pekerja taman-taman sabah je ada kat pulau tu. Survivor gila kan.

Malamnya memang agak bosan kalau yang jenis suka huha huha. Tapi dun worry lah. Dorang ada sediakan pool table. bayar RM5, main lah sampai rabak. Karaoke pun ada...nyanyi lah sampai suara korang hilang. Siapa yang pergi cara ramai-ramai, dan happy-happy, boleh bawak bekalan bbq. dorang ada sediakan bar kat tepi pantai yang boleh dikategerikan - bar ko yang punya itu malam. Korang nyanyi lah, memekak lah sampai nak mati. takda siapa pun heran.

Apalagi eh....

Aktiviti. Takdelah banyak sangat yang korang boleh buat selain daripada aktiviti santai-santai manja. Tempat nie.


Waktu senjanya sangat superb. Dari kuning-kuning biasa sampailah ke warna purple langitnya. speechless sangat. sila bersabar menanti. tapi macam biasalah, ikut nasib jugak. Kalau xde awan tebal, ini yang korang akan dapat tengok.


Ini entrance masuk pulau Ular. Mesti datang dengan orng dari Taman-Taman Sabah. Tempat nie memang dipenuhi dengan ular laut yang tengah tidur bawah tibunan batu-batu kat pulau nie. Sebang siang harinya dia tidur, so dia tak berapa aktif. 



Nie lah ular laut...nie entah berapa ekor pun tak tau lah...geli siooot. Jenguk lah bawak batu mana-mana kat pulau nie...kompem ada ular tu tengah tidor...seraaaaam....


Nie lah rupa pulau Ular dari jeti. Kecik je pun. Tapi cantik. Tak boleh buat apa sangat, boleh tengok ular je..Boat trip ke sini dan juga sand Bank RM100. 



Nie lah sand bank. Nope, bukan superwoman tu..tapi pantai nie nama sand bank. 



Kat area pulau tiga nie, Sand Bank nie paling cantik air dia. Kawasan nie hanya ada pasir sahaja. Kawasan pasir yang macam cerita 3 Idiots tu. Rasa cam nak lari dengan slow motion sambil goyang-goyang rambut ala-ala hindustan je....haish.



Nampak macam bercantum kan dengan pulau Ular tu..tapi tak pun. 



Lepak-lepak kat Pulau Tiga. Santai siooot...tapi sila pakai krim anti agas ye. Kalau takdak angin, matilah korang di serang agas. Nie aku dah balik dekat 3 minggu pun tak hilang lagi kesanya. Semua kami krew diserang agas. Gatal nak mati.




Entrance kat jeti. Lokasi wajin amek gambar....



Kena lah bayar sikit kan kat Taman-taman Sabah. Tapi rasanya dah included dalam pakej kot. itupun kalau korang amek pakej lah. 



Sila patuh.....kalau tau jangan balik daratan.



Nie senja kaler kuning-kuning.....verangan jap...



sapa yang lagi hantu...tak dapat den nak kangkang cams setan tu. nanti nampak camel toe...maluuuuu 



Hah, nilah kawasan yang paling menjadi tarikan kat semua orang...volcano mud. Gas dia masih ada ye. kitaorng siap test dengan api lagi...kebusssh keluar api...tegezut mak... nyah....



terus kejong jadi rupa orang keras macam kat bukit bintang tu. Tapi seriesly, walau dalam camana pun tempat nie, ko still akan terapung. Sebab gas tu kot. Nak ke sini korang kena trekking sikit lah, ambik masa dalam 45 minit sejauh 2 kilometer. Nasihat aku, silalah pakai kasut bersarung ke sini. Bukan apa, boleh pakai selipar, tapi bila dah berlmpur, licin sioot nak balik nanti bila pakai. Sini bukannya ada punca air nak basuh kaki. Kena balik ke resort. itulah cabarannya. Lagipun banyak pokok duri yang menjalar kat hutan tu.



Apalagi, dah mengeras masing-masing dengan lumpur. Trekking balik 45 minit ke resort, Terjun laaaa...memang best gila aaa. Yang pasti dan fakta. Kulit ko lembut gila beb lepas mandi. Sungguh. Lepas tu mulalah aku pasang niat nak cilok ambik bawak balik lumpur tu sikit. Tapi kalau kena tangkap dengan orang taman-taman Sabah,silalah menjawab dan bayar denda ye. 



Petang-petang meh kita beriadah. Kalau ko p berdua, silalah dengan muka tak malunya ajak budak2 resort main sama. Nie pun ajak budak2 resort gak memeriahkan majlis. Masuk tv kot...=D



Acara santai-santai....



Nie la bot yang akan bawak korang ke Pulau Tiga nie.....



Bye bye....jumpa lagi....wehooo....
Tempat nie memang best bagi yang suka sunyi-sunyi. aku rekemen bagi korang yang nak feeling-feeling pulau nie aku yang punya. Tak rama orang tempatan yang datang kat tempat nie. Ramainya omputih. 


Lain dari tu, korang boleh lah buat snorkeling kat sini. Coral dia banyak macam dah mati sikit. Tapi kalau buat scuba dive, cantik kot. Bagi yang minat fotografi, lokasi nie mmg terbaik....sungguh. 

Apa yang tak bestnya...??
Entah, takde sangat kot. Kalau tinggal lebih dari 3 hari 2 malam, mungkin akan terasa jemunya kot. 


- OUT OF MY MIND -
Star: 3/5

Jan 6, 2012

HELLO 2012..!!

...Hmmm....

2012 aku malas nak ada azam tok nenek bagai nie. Bosaaaaaan. Dan sebenarnya pun tak pernah pun ada azam tahun-tahun sebelum nie. Cuma kalau dah berkeinginan tu, apa-apa pun aku pulun. Jadi, apa yang aku nak sangat sangat sangat tahun nie......??


Aku nak holiday. 2011 aku ambik cuti 12 hari je....kalau secara puratanya, sebulan sekali cuti. 
Mak aih....betapa gigihnya ko kerja tak hingat dunia sosial. 
31 cuti ko simpan camtu je...sudah-sudahlah. pikir hal sendiri sama ye.


Duit...duit...duit.
Tahun nie nak mata duitan lebih sikit. Memandangkan prospek masa depan lebih ke arah serius yakni nak membeli rumah dah jugak...ehem...nak kawin (x kira lah lg 2 tahun sekalipun), aku tetap serius nak menyimpan. Selain daripada 2 perkara utama itu, aku nak ambik gap year tahun depan. Itupun kalau aku masih lagi single lah..... 


 
Aku nak terus maintan Stay Cool dan overdose Cute =D.
Oh ya....tahun nie dah masuk 30 tahun tau.
Chiiiiiil.....!!

OUT OF MY MIND tak rasa perubahan dalam diri. 


Dec 17, 2011

SABAH OH SABAH

..Hmmm...

Dah lama aku x dapat nak bukak blog. dan aku slalu menganggap dunia blogging dah pun berakhir. Dah tak ramai otai-otai yang blog dorang wajib khatam dah stop blogging. Dan sebenarnya, aku sendiri dah lupa apa add blog aku. Sangat sadis.

Time nie, aku tak dapat nak tdo. Di sabah. Jam dah kul 12 malam. Baru je setelkan pasal artis. Pickup dorang kat airport Kota Kinabalu. Briefing untuk shooting esok, bagi bilik bagai. Aku sampai 2 hari awai kat KK nie. Setelkan banyak benda yang tak setel. Shooting kat sabah nie memang menekan nekan nekan diri aku sampai satu tahap aku rasa macam nak terjun KB Mall. Sungguh. Tak bohong.

Mula mula masalah kenderaan yang tak ada nak shooting kt KK nie. Cawangan kat KK nie tak dapat nak sediakan, sebab diorang pun banyak jugak program nak dikerjakan. yelah, nak dekat pilihanraya kan. mestilah orang semua kena overdose sebuk. Lepas usaha sana sini pasal transport, tepaksalah sewa jugak van. Haish.

Lepas tu pulak, malam sebelum nak pegi ke KK, bos pulak boleh kanselkan 2 orang krew. Dia cakap aku bawak full team. Patutnya jgn ramai-ramai. Hah, camana tu aku nak ckp dkt 2 orang nie. Boleh je nak explain. Boleh je nak cakap. Dorang terima seadaanyaa. Tp bila aku cakap, dorang kena bayar penalti 25% dr harga tiket yg dekat 2K tu...terus lah memasing naik hantu kan. Gila....lepas dengan debar/semangat yang x banyak, aku pegi ngadap bos...nasib kali nie dia lepaskan.

Lepas tu nak jadikan cerita lagi, ya...banyak drama sebenarnya. Aku dapat surat yang tertulis dengan dukacitanya kami tidak dapat bekerjasama dengan anda pada kali ini. Demn...super duper deym. aku dapat surat tu jam 7 malam sehari sebelum betolak ke KK. apa aku nak buat, semuanya dah di atur. Sedangkan bukan main lagi dia cakap semuanya lulus. Tetiba surat cakap tak lulus. Aku dah macam nak pengsan....

Nak dijadikan cerita lagi, program aku siaran 24hb ini baru je edit master camera. Belum lagi ditampal2 dengan 2nd camera. Ah mati....aku pulak balik 23hb. Macam mana tu. dengan nak setelkan semua tu, pastu nak setelkan editing. Aku dah macam gila. Aku buat mana yang mampu. Aku yakin, program minggu nie kompem suck ass punya.

Hujung tahun, akak admin push suruh siapkan penilaian prestasi. Sorilah kak, aku memang tak sempat nak hadap semua tu. Aku upah orang buat. Nasib baik dia overdose rajin. Thanx akak.

Pagi hari aku nak ke KK. aku ke ofis awal gila. Jam 7 dah tepacak. Sedangkan nak berangkat jam 10 pagi. Ada 3 jam nak setelkan editing, hadap bos lagi, buat surat itu ini.

Kalau nak cerita memang kepala nak meletup. Aku tak tau camana aku mampu hadap. Time time cam gini, nak sangat meraung dekat seseorang. Tapi apakan daya, siapa aku mampu kacau?

OUT OF MY MIND dengan tekanan ini. Harap-harap artis aku nie tak buat perangai sangat dengan mengatakan aku busuk....jihaa!!

Nov 13, 2011

RANDOM JE

..Hmmm....

Aku bukannya pura-pura bizi dalam 5/6 bulan ini. Tapi hanya tuhan yang tahu tahap bizi aku. ini beberapa sebab aku sangat bizi...

  • aku dah jadi penerbit. mungkin aku dah bg tau entry sebelum nie. aku malas check. sebab aku bizi kan. mana ada masa nak cekidout entry-entry sebelum nie. Jadi producer dengan takdak assistant. sugguh suck ass. semua ko kena buat sendiri.
  • aku jadi bizi bila dalam tempoh masa 5/6 bulan nie aku kerja macam babi. aku rasa babi pun tau rehat. Macam bulan nie, 3 minggu berturut-turut siaran aku. Balik shooting, terus hadap editing. lepas siap editing, terus hadap plan utk next shooting, terus hadap boss, terus hadap editing balik bagai. aku sendiri kagum dengan diri aku. camana aku boleh survive eh?
  • oh ye, takdalah aku 200% bizi pasal keja kan. aku jugak bizi pasal dok melayan lelaki-lelaki yang sekarang nie dok kerumun aku macam aku ada madu yang manis nak di sedut. Eh, salah perumpamaan....bagai ada kabel besar yg mampu menaikkan pangkat dorang. Seriesly aku tak tahu kenapa diari aku penuh dengan temujanji dengan mereka-mereka ini. tetiba terasa nak jadi player...gulp.
  • dan hari nie hari ahad, aku nak kena pi office kejap lagi. buat editing....setan tul.....!

OUT OF MY MIND semalam pi ofis kejap je, pastu aku gatai pi berdating....padan muka aku arinie kena pi office sambung editing...HAHAHA

Oct 8, 2011

WAVELENGHT AKU & BESTIE

...Hmmmm....

Bila engkau dan jugak bestie engkau sudah tidak sama wavelength.

Engkau:
next year dah nak masuk 30. Tapi masih lagi dalam fasa nak ngorat lelaki sana sini. Masih lagi bermain emosi, masih lagi nak main permainan (games) dia suka aku atau tak? Masih lagi nak jiwa kacau diganggu emosi bila rindu seseorang dan tidak dapat mengucapkannya. Masih lagi nak main perigi tidak akan mencari timba. Masih lagi menangis sendirian malam-malam bila kena marah dengan bos.

Bestie:
Dia tak perlu lagi memikirkan permainan flirting-flirting nie. Dia hanya perlu fikir fasa menjaga anak saja. Bila aku cuba bercerita kisah jiwa kacau, aku rasa malu sendiri kerana dia sudah tidak sama wavelength dengan aku dimana fasa itu dah lamaaaaaaaaaaaaa dia tinggalkan.

OUT OF MY MIND bila aku sendiri yang berasa demikian kot.

Oct 5, 2011

MARUAH DI SIAT-SIAT

...hmmmmm...

Harinie penug dengan dugaan & cabaran.
menjadi seorang penerbit sesuatu program bukanlah benda yang mudah.
Banyak benda kena fikir. Banyak benda kena bertangungjawab.
dari orang, lokasi, production sampai lah kepada seremeh-remeh benda.
sampai kalau krew ko berak mana mana pun ko kena ambik tau. definasinya.
Tidak boleh menggunakan perkataan ko "tak tau" sebabnya ko memang kena ambik tau.

hari nie memang totally aku down gila.
kena blame yang melibatkan kos yang mana sepatutnya benda tu tak terjadi.
maka, bos hilang kepercayaan kat aku. katanya aku tak jujur.
Sedangkan aku sendiri speechless dengan tuduhan tu.
Sebagai penerbit, walau kau tak buat benda tu, kau jugak kena ambik kesalahan tu.
Tak aku sangka sampai tahap tu pulak kisahnya.

Ini memang "kesalahan" yang sangat besar buat aku.
pengajaran.
Walhal benda tu memang sepatutnya tak terjadi langsung.
aku memang bodoh.
memang bebal.
baik hati tak bertempat.


OUT OF MY MIND bila maruah kau dicalar-calar camtu.

Oct 2, 2011

HAL DI TAMAN NEGARA

...Hmmm...

3 minggu lepas, aku baru je habis shooting di Taman negara kuala tahan, Pahang. Samapi di jeti pun dah agak lewat petang. dalam jam 5. Sudah mendung. Tolak awal pagi. Tapi disebabkan berenti shooting di sepanjang jalan nak masuk ke Taman negara tu, maka lewatlah sampai.

(Oh ya, aku dah jadi penerbit untuk program nie. Memang memenatkan tanggungjawab nie. tapi puas hati.)

Nie 1st time aku nak shoot menggunakan 4x4. nak guna untuk aktiviti night safari.

Sambung cerita.
lepas aku dah hantar artis & 3 orng krew naik bot untuk ke penginapan kami di Nusa Holiday Village (15 minit naik bot). aku dan beberapa krew naik 4x4 untuk ke penginapan kami tu. dalam 45 minit lebih kurang ikut laluan balak.

Nak dijadikan cerita, lepas 2km masuk dan panjat bukit kat lalulan balak tu, masa di puncaknya, hujan pun turun. Kami bawak 2 4x4 yang penuh sarat barang sampai ke bumbung. Bila dah di atas bukit, nak tak nak, kenalah turun kan. Aku naik 1st 4x4, dan aku seorang je perempuan dalam perjalan nie.

masa nak turun, jalan dia menyerupai huruf Y dimana hujungnya adalah gaung, dan jalanya split 2. kenderaan aku naik tu, abg fadil berjaya control walaupun agak macam nak tergelincir. Hujan lebat, jalan basah, tanah merah.

Tapi kenderaan ke-2, tak lepas. Masa tu, kenderaan yang aku naik dah berenti dan tunggu yang ke-2. Aku sibuk tunggu dorang turun. Nak ambik gambar mulanya. Sekali depan mata aku sendiri nampak kereta 4x4 tu hilang kawalan dan berpusing atas bawah dekat 4x. Gila seram...aku dah menjerit. Kami mampu tengok je.

nasib baik takde pusingan ke-5, kalau tak terus ke gaung. Aku memang panik gila masa tu. dan sangat bertuah sebab, kereta tu kembali ke kedudukan asal. Kalau tayar ke atas, susah jugak tu. 10 minit lepas kejadian, kebetulan ada 4x4 TNB lalu. Diorang lah yang tolong bawak krew kami yang cedera keluar dari hutan tu dan bawak ke klinik. Diorang jugak yang menunggu sehingga ambulans dari Jerantut datang.

Seorang dislocate bahu. 2 orang cedera ringan. Syukur sangat tiada yang serius. Dah lah di tempat kejadian takde line talifon lansung. Memang gila rasanya. Semuanya ada tanggungjawab aku. pergggghhhh..

Lepas 30 minit tenangkan diri, buat apa yang patut, kami pindah barang. 2x trip terpaksa dibuat untuk pindah barang hantar ke resort. Memang gila.



Nasib baik dia masih lagi berfungsi.


Krew lighting yang calar balar body dia.
Boleh lagi kami buat lawak kata dia kena sebatan sbb pedofile...



keadaan kat dalam..



gaung yang dah tak tahu nak cakap apa kalau masuk ke sini.
aku mampu meraung je lah kot.




nampak macam tak tinggi. Tapi view dari atas sangat menyeramkan.
hanya nampak gaung di bawah je...jalannya dah tak nampak dah.

OUT OF MY MIND saya tak serik nak masuk hutan dengan 4x4 lagi.

Total Pageviews