Sep 29, 2010

BILA LELAKI EMO, ADA GAK MAKAN PENAMPAR

....Hmmm....

Kali nie aku memang nak sangat RAGE..Aku tensen sampai aku rasa nak nangis pun ada. Tapi nasib baik lah aku nie ICE QUEEN, so air mata keras...

Kisahnya.
Producer aku memang ada probs ngan Editor.
Ediotor aku plak memang ada probs ngan Producer aku nie.
Dua-dua sangat emosi.
Dua-dua jantan.
so, sesi tak bertegur sapa terjadi.

Editor aku nie, punyalah marah tahap petala ke-8. Jangankan sebut nama program, apa-apa berkaitan dengan program sumanya dia tak mau amik tau dan akan boikot habis-habisan. Termasuklah aku yang tak bersalah nie. Disebabkan masalah kekurangan editor, kami terpaksa menggunakan alternatif lain.

Bila dah guna alternatif lain, walau camna sekalipun, nak mintak tolong ke apa ke, tetap kena melalui editor-editor yang sedia ada kat tempat keja aku nie. salah satunya, nak "capture" bahan dari tape ke hard disk. nak tak nak memang kena buat camtu. dan kami shooting still lagi guna tape beta yang besar tu.

Bila nak transfer, hanya ada 2 Mac je boleh guna. Sorang editor baik nie, dianya mesin memang ada password. ok fine, aku mintak tolong time dia ada je. Tapi editor aku mesin dia takde password. Untuk siapkan program raya aritu, dapatlah aku capture bahan guna mesin dia.

Bayangkan, aku yang sebelum nie terkial-kial nak guna MAC apatah lagi Final Cut Pro (software editing) boleh jadi terer sekarang nie sebab pergaduhan dorang.

ok...pengenalan dah panjang.
disebabkan 'terer' nya aku dalam ilmu capture capture bahan nie, so aku mengambil la peluang time malam untuk transfer bahan. Kalau siang, kacau dorang plak kan. Mau aku kena bambu.

semalam (isnin) - aku stayback. tunggu editor aku blah. Kul 7++ dia belum blah lagi. dua-dua editor ada kat situ. bila dia nampak je aku masuk bilik tu, dengan bawak beg biru yang berisi hard disk...editor aku nie (aku bagi nama dia amad lah) si amad, terus je cakap kat John (editor baik) =

"weh, lepak lah dulu...main game seround dua, awal lagi nie nak blah"

aku dengan muka tak malunya, duduk lah dalam tu jugak. Yelah, nak tak nak kena juga transfer bahan tu. kalau tak, bila nak start buat editing. Ada lah dalam setengah jam aku duduk situ. Sambil tu aku tegur tegur lah si Amad nie. Dia langsung tak peduli aku. Malu siot. cam aku terhegeh-hegeh. Tapi bila orang lain tegur, dengar plak dia disamping kebisingan bunyi game dia tu.

pastu, aku sms kawan aku, mintak dia call aku....cover line untuk aku keluar. Malu siot kalau belah camtu je. setel..tak dapat lah aku nak transfer bahan. buang masa aku sehari.

hari nie, jam 5 aku dah blah balik. Tido jap kononnya. Kul 9.15 malam aku gerak pi opis dengan harapan amad takde dan bilik tu kosong. Tempat si amad nie agak tersorok sikit, so kita kena bukak pintu dulu, baru nampak dia ada ke tak. aku dengan kompidennya terus lah terjah masuk bilik tu.....jeng jeng jeng. dah boleh agak dah kan, amad ada. SIOOOOOOOOOOOT.

aku terkaget sebentar.
dia terkejut.
aku relax je tegur dia.
dia tak balas.
aku tanya soklan lagi...
dia tak jawab.
aku malu...
dia buat dunno.
aku sms kwn aku...mintak dia call...
kawan aku tak balas.
aku tembak kawan aku nie..
kawan aku call dengan paniknya.
aku buat-buat sembang ngan kawan aku.

pastu aku blah sembang kat bilik lain. aku sembang ngan kawan aku dlm 20 minit. dengan harapan biarlah amad balik dulu...dan, aku pun gerak lah pi mesin dia.

JENG JENG JENG....cuak kali ke-800...kali nie memang aku carut habis-habisan lah amad nie.
pasal apa tau....pasal dia letak password kat MAC dia tu...setan tul lah. aku memang habis-habisan rage nie.....

RAGE ENTRY TIME:
apahal nak letak password bagai...itu harta kerajaan kot. kalau ada masalah ngan producer aku tu, apa kaitan ngan aku plak. kalau ye pun ko taknak amik tau pasal program aku nie, takyah aaa sampai nak libatkan sosial. aku dulu antara yang keluar lunch ngan ko kot. ko taknak tolong keja aku. FINE. aku paham. tapi sampai dengki taknak kasi aku siapkan keja aku terus nie apahal. aku buat sendiri. time aku sendiri. tak melibatkan ko sekulumit pun, apahal plak ko nak buat perangai camtu.

ko taknak tegur aku? apa salah aku pulak? sebab aku still lagi dalam program tu? hello, aku nie budak baru dalam production tv. kalau aku hebat, diva, no hal lah jugak aku boleh request nak buat program lain. nie tak....dalam sakit hati, terima je lah. yang ko nak emosi sangat tu apahal. Tau lah ko hebat, tapi tak yah lah nak kobar-kobar sangat belagak.

ieeee...tak paham betul lah aku perangai jantan sekarang nie. emosi kacau kalah pompuan. tu lah hormom estrogen tak terlepas, terperangkap dalam body. camtu aaa.....

aku memang OUT OF MY MIND marah gila-gila ngan semua orang sekarang nie.

Sep 22, 2010

BABY BABY OOOO

...Hmmmm.....

Daripada banyak cerita-cerita pasal kes buang baby, aku dengar orang cakap.......

orang yang melahirkan anak haram nie, dia beranak senang. Takde sangat komplikasi. Sebabnya tuhan memudahkan dorang dalam urusan ini, untuk menyedarkan mereka.

Patutlah dorang nie cam takde hati perut je buang baby. Dah takde sakit-sakit sangat nak beranak. Agaknya sekali teran, terus keluar baby kot. No wonder lah dorang bleh branak kat Toilet, dalam bilik sengsorang, pastu masuk baby tu dalam plastik...duuum...campak je. setel.

dan jarang kita dengar, ibu-ibu segera nie meninggal waktu melahirkan baby dorang sengsorang. Tu pun ada satu kes je...tapi aku lupa kat mana.

Kalau camtu, patut lah senang benar Angelina Jolie beranak pinak. anak-anak dia kan anak haram. so, mesti tak sakit sangat cam anak halal....hehehhehe

OUT OF MY MIND nak tau betul ke tak fakta dorang cakap tuuu....nanti nak pi sekolah harapan nak tanya diorang lah (tapi skolah tu pompuan pegnen..bukan pompuan lepas branak.apara aku nie..)

p/s: aku tak sanggup nak letak pic baby terbuang, meremang bulu2 youuu

Sep 21, 2010

MARI CARI SEKOLAH

...Hmmm....

Makcik aku ada anak sorang. Umur dia 5 tahun. Dia pompuan, perangai dia gedik-gedik, boleh tahan DIVA. Diorang nie mencari rezeki di Kuala Lumpur.

Aku tak sangka, banyak jugak cabaran sebenarnya nak sekolah kan anak di bandar besaq nie. Tambah anak sulung yang baru nak masuk alam persekolahan. eceh, cam aku pulak nak hantar anak kan.

so, nak jadi cerita, makcik ngan pakcik aku nie tengah cari sekolah yang relevan dengan perangai anak dia yang gedik sorang nie.

Ini list-list yang dia buat. Pergh....aku tak sangka camni cabaran zaman sekolah sekarang.

  • Sek. Kebangsaan - dia risau anak dia mudah terpengaruh ngan anasir-anasir tak baik. Sebab memandangkan kazen-kazen dia yang darjah 1 pun dah start bergatai berpakwe bagai. Itu budak yang tak berapa nak gedik, kalau dah budak gedik sorang nie masuk situ, lagilah haru biru....so REJECT!

  • Sek. Cina - Memang dia plan nak hantar anak dia sekolah sini. Siap dah survey sekolah cina mana yang dekat dan sebagainya. Pada pendapat mereka, at least anak cina nie dia tak buas sangat. Lepas abis sekolah mostly pi kelas Dancing lah, Pianolah, tusyen lah dan sebagainya. Kiranya mak bapak budak skolah cina nie, kawal sikit anak-anak dorang. Lepas puas survey sana-sini, dan tanya pendapat itu ini, akhirnya dia REJECT jugak. Sebabnya, dia bertanyakan kawan dia yang cina, dorang pun tak hantar anak dia pi sekolah tu. Bahasa Inggeris dorang lemah. Lebih banyak tumpu kepada bahsa cina katanya....so, tak jadilah anak makcik aku nie sokolah cina.

  • Private school - pergh.....dia mampu je nak hantar. Tapi terus di reject dari awalnya. Pasal tak mau anak dia perangai cam haram belagak nak mampus perasan bagus lagi DIVA. - REJEK.

  • Private Islamic School - Ini sekolah yang sangat sesuai dengan anak dia. Diharapkan dapat kontrol gedik anak dia. Kiranya ini yang terbaik. At least, mana satu hari terbukak hati maknya nak pakai tudung ke apa ke. Kata makcik aku ye.....

So, sekarang nie, dorang dalam proses nak cari Private Islamik School. Gitulah alkisahnya. Dengan harapan, anak yang gedik ini jugak dapat 'guide' mak bapak dia jugak.....amin (ini keluar dari mulut mak dia sendiri ye)

OUT OF MY MIND pening gak eh nak cari sekolah pun. Banyak benda nak kena fikir....hmmmm.

Sep 20, 2010

OUT OF MY MIND DER

....Hmmmm....

Baru-baru nie Balik kampung raya. Sakan punya raya, tahap tak ingat dunia punya. Cuti pulak dekat-dekat 2 minggu gak la. Family aku pun tergezut besar sebab aku cam takde tanda-tanda nak balik Kolumpo keja.

OK, bukan nak cita pasal balik kampung. Citanya...aku baru tau pasal satu benda.
Takdak lah besaq mana pun. Tapi aku rasa cam pengetahuan am tu baru sangat untuk aku.

Apa yang aku tau,
Rupanya...driver bas, tak kiralah bas apa pun. Tapi yang bawak bas express....dorang makan just kena bayaq RM2 hinggit ja. Gila murah. Ambik lah makan apa pun. just bayaq RM2. Ini kalau bas tu berenti kat R&R Highway lah.

Tapi apa yang aku tau, kalau benti kat stesen biasa, diorang dapat makan free. Untung kan.
ok tu ja, pengetahuan amnya.
OUT OF MY MIND punya entry.

Aug 24, 2010

BZ BEE oooooooo

...Hmmm...

Bulan ramadhan nie, memang mencabar akal dan fikiran. Fizikal jugak mental....
Banyak benda nak ngarut, tapi kekurangan kelengkapan dan juga kesibukan menjadi pelarian jugak menyebabkan takdak masa aku nak ngadap PC.

List nak update:

  • aku kena halau dek tuan umah setan yang dah jual umah kat orang lain, tapi masih lagi nak jual umah tu kat aku. Pastu without warning suruh aku move out end of september tapi bulan september nya sewa dia naik kan sebanyak lagi RM100...apa hal ko nak upkan duit sewa umah, padahal umah tu dah jadi hak milik orang lain, sedangkan aku nak stay situ sebulan je lagi....dah lah tak pikir pasal aku nak raya ke, sekarang bulan posa ka..apa ka, nie nak buat jadi racist nie....hotak lu lah...!!
  • Penat shooting....
  • Tengah cari rumah nak beli....kalau u guyz ada suggestion, saya terima. Saya memang mencari umah untuk dibeli..kalau property yang baru nak naik pun, ok.....
  • oh ya...dah kembali solo/single/sengsorang cam biasa. Melankolik dah habis.
  • nak cerita sikit pasal lokasi rumah orang tua.

OUT OF MY MIND cam penat gila...gila gila punya penat...

Aug 11, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI

...Hmmmm.....

Selamat berpuasa.
Tahun nie single lagi...belum berdua. Tapi dah bertiga dan berempat jugak berlima..
Senang puasa orang single nie.

Tak payah nak terkejar-kejar balik kul 4.30 petang.
tak payah terpikir-pikir nak masak menu apa.
tak payah nak bangun awal-awal nak makan sahur ke tak.
Tak heran apa orang lain sibukkan.

yang aku paling sibuk sekali time puasa nie.
camna aku nak kontrol makan akibat mendapat jemputan dari sana sini.
Tapi...tahun nie, aku nak low profile yang boleh dalam berpuasa.

Baju raya pun malas nak beli.
OUT OF MY MIND bila di facebook, baru kul 11 pagi, semua orang sibuk dok announce resepi apa nak berbuka....terliur beb!

Aug 10, 2010

JOM BUAT DONAT

....Hmmm.....

Aku tak suka shopping. Tapi kalau sekali mood shopping aku tu keluar, hah..bepinau jugak bijik mata. Kat sini ada item yang aku rasa nak beli...perasaan nak beli nie baru je muncul semalam. Aku rasa kalau aku ada barang nie, mesti aku cool giler....

TADAAAA......!!


MINI DONUT FACTORY

Enter the Mini Donut Factory - 6 Donuts in a waffle-iron like configuration. Pour in the batter, close the clamshell, and wait for 4 short minutes. Boom - you've got hot donuts ready for immediate nommage.

Warning: these donuts can be highly addictive! Though they're much healthier than their larger store-bought cousins, eating twice-as-many sort-of ruins the effect.



















Ini bukan bulan posa nye iklan
tapi tetiba rasa cam nak buat donat....
sapa yang nak belikan untuk aku...sila layari web ini.
banyak lagi benda best kat situ....

www.thinkgeek.com


OUT OF MY MIND kan.

Aug 6, 2010

TERER GAK AKU EH...

...Hmmmm.....

Haritu masa kawan gua kawin, gua offer mau buat hantaran kat dia. Gila seh, gua bukan terer pun. Apatah lagi bab-bab seni. Goreng je kuat gua nie. Over kompident overload...

Malam sebelum gua bertolak ke rumah kawan gua di JayBee, gua bertungkus lumus lah menyiapkan hantaran kawan baik gua tu. Penolong gua time tu, gua import, DJ lagi gua gunakan. Gila...sampai kul 4 pagi gua ngan kawan gua dok nganyam hantaran dia.

Hasilnya...tadaaaaa....(cam gempak je..jadilah kan.)



Kasut mat bunga...




Minyak wangi tambah wangiiii....




Jam sesat dalam taman




Sireh tak jadi jungjung...


sekian...

OUT OF MY MIND aku takut mizzyN marah bila hantaran dia dah kecut bunganya...hahahhahaha

Aug 3, 2010

COBAAN...

.....Hmmmm....

Dua minggu lepas, aku 1st time nya kena tidur spital....nie aku yang tidur tau. Bukan temankan orang tidur ke apa. Puncanya, dengan tetiba tanpa bagi amaran, perut aku buat hal. Gila weh...sedap-sedap dok update blog, tetiba 'tersentap' kat bahagian perut.

Dah la seharian aku dok umah sengsorang. Nak jadi cita, MizzyN yang masa tu masih lagi bujang, baru je balik umah...

Aku panggil dia, cakap aku sakit kat bahagian perut. Time tu aku dah keadaan berlutut dah. Nak bangun pun dah tak mampu. Apa tau reaksi kawan baik aku nie? dia boleh gelak....yep, dia gelak. Dia ingat aku buat lawak....dah sebijik cam cita Pendekar bujang lapok dah....ini bukan cobaan lah. Ini betul-betul....

Disebabkan best frenz aku nie tak pandai bawak apa-apa jua jenis transport, terpaksalah call paksu aku. Dia lah yang ambik aku kat umah, hantar dan tunggu kat hospital sampai aku masuk wad.

Yang bestnya, sampai 3 dokter cek aku. Gempak seh.

1st doc - dia tekan-tekan perut aku. dia ambik darah aku. dia suruh aku kencing dalam botol. Katanya suspek apendiks. Dia suruh aku start posa...in case esok pagi nak kena operate. Aku kena panik attack peringkat kecil-kecilan. Sementara nak tunggu result darah ngan urine test, dia suruh aku pi makan dulu....3.30 pagi datang balik.

3.30 am - aku muncul balik kat spital. doc cakap macam positif kena apendik. aku dah cuak. Mula dah terbayang macam-macam. Sebelum tu bukan main paksu ngan maksu aku dok takut-takutkan aku. Siot. Aku bukannya takut apa....aku takut jadi cam cerita AWAKE yang Jessica Alba ngan Luke Skywalker belakon tu. tak gila jadinya.

sebelum kena tidur spital, mestilah kena cucuk jarum masuk air tu dulu. Mula-mula try tangan kiri. Akibat penakut jarum nak mampos, aku dah tertarik tangan aku, maka jarum tu dah lari ke tempat lain....ayark. Padan muka. Kena buat sebelah kanan pulak. Baru aku tau sakitnya...hanya tuhan je tau (manja gila kan aku...). adoiiiiiii.....

Pastu kena tidur spital. Tunggu doc no. 2 datang cek pulak.

Doc no. 2 - dia kata cam takde apa. Tapi stanby je lah kat spital.

Doc no. 3 + doc doc pratikal - takde apa. awak boleh balik....(time nie dah kul 10++ pagi). Tak sempat lagi nurse tu bukak tirai ngan doc-doc semua blah, aku dah bangun, capai handbag, terus nak blah. Siap nurse pesan lag..."jangan lupa bagi balik jarum kat tangan...." ...ngeeee...

  • aku langsung tak boleh tidur sepanjang aku kena lepak spital tuh. Kononnya kalau aku kena operate, biarlah time tu aku tidur ngan ngantuk gila. Dengan harapan, aku tak terjaga cam cita AWAKE tu....
  • aku dok jalan-jalan. pusing-pusing dalam wad tuh. Nurse pun dah rimas ngan aku. Sorry nurse, saya boriiing.
  • takde sapa pun lepak ngan aku. Pesakit lain suma ada orang jaga. Sedeh. Tapi padan muka aku gak, suruh paksu aku balik.
  • Baru aku tau, sila stanby pakai baju sejuk kalau ke hospital. Manalah tau, kena masuk wad, tak ke naya mati kesejukan dalam tuh.
  • Hospital sangat boring.


Budak buas, padan muka 2-2 tangan ko kena cucuk...


OUT OF MY MIND bila semua doc asyik dok tanya aku bila last period. Pelik aku. Bila aku ckp bulan lepas tanpa bagitau spesifik date, dorang sibuk gak nak tanya date bila. Bila aku ngadu kat maksu aku (dia nurse) - maksu aku cakap, itu pertanyaan berlapik nak tau kita pregnant, sexually active ke dan sebagainya....oooooo. baru aku tau.


Jul 30, 2010

BZ NYE AKU...KALAH TEBUAN

...Hmmm....

Lama tak update. Bukan apa, banyak sangat kesibukan yang melanda dalam 2 minggu nie. Dengan ketiadaan medium yaknie laptop, pc...aku pun tak dan lah nak cerita semua yang berlaku. Kill kill die die....

apa yang jadi kt aku dlm 2 minggu nie....:
  • 1st time kena admit spital
  • MizzyN kawin
  • mengalah sebelum berjuang
  • aku si pengubah hantaran - gila....
OUT OF MY MIND - curik-curik update jap time tengah dok mixing program. Tergezut jugak bila bukak blog, tetiba dah 69 fanz. thanx guyz sudi layan orng gilak....=D

Total Pageviews