Nov 18, 2009

UMUR SAYA 20 TAHUN....PERCAYALAH.

....Hmmm.....

Tetiba rasa sangat dewasa bila orang tua nak berbicara pasal politik, dunia dan segalanya dengan aku.

Aku sebenarnya mengalami masalah 'stuck' di umur tertentu. Series.
Aku rasa cam aku tak layak lagi nak menyampuk cakap orang tua, sedangkan aku mempunyai idea dan lagi paham topik yang diorang cakap. Bila aku rasa cam nak tambah sedas dua perkataan, tetiba aku ingat pesan nenek aku..."Jangan nyampuk cakap orang tua...!!".
terus aku diam.Hah...sangat delima. Series

Tahun nie, masalah 'stuck' pada umur tertentu sangat teruk. Banyak borang terpaksa aku isi balik. Sebabnya, aku salah tick di tempat yang tidak sepatutnya. Contoh: umur aku sekarang adalah 27, aku selalu tick dekat 20-25. Series. Bila cek balik, adus....perasannya aku. Series

Bila orang membicarakan pasal jodoh pun sama. Aku sekali lagi 'stuck' di umur yang aku rasa aku masih lagi muda belia untuk kawin. Dan kenyataan ini aku masih lagi pegang kukuh. Angka umur aku tidak hit lagi THE BIG 3 oooooo ya. Series.

Banyak lagi situasi yang buat aku 'stuck' di umur belia remaja nie..

  • Situasi nak beli tiket wayang yang kadang-kadang orang GSC masih tanya samada aku 18 tahun ke atas (mungkin budak tiket ini buta).
  • bila nak beli produk kecantikan, diorang cakap produk ini untuk 23 tahun ke atas. (mungkin jugak mereka ini buta)
  • Bila salesman tidak memburu aku bila aku lalu di tepi mereka. Juga orang-orang yang nak bagi kad plastik free. (mungkin juga baju aku selekeh gila. Hari wekend aku adalah jeans lusuh, t-shirt, selipar)
  • bila aku masih lagi mampu masuk kedai teenagers sesuka hati aku. (mungkin mereka fikir aku mencari hadiah utk adik aku)
  • tapi bila masuk butik yang best, salesman tengok aku gaya aku tak mampu dan tak layankberada di situ. (sebab itu aku benci shoping pakai baju kurung....aku selekeh pakai baju kurung dan nampak makcik dan tak matured. Apa kaitan nie...???)
  • dan ..................banyak lagi.

ok, umur yang aku stuck adalah 20 dengan 25. Sebab itu aku rasa bangga dan rasa cam dewasa bila orang sudi tanya pendapat aku mengenai politik, masalah negara dan segala orang dewasa suka cakap. hihihihi....Sila jangan baling aku dengan selipar....

OUT OF MY MIND tak...?
Korang ada tak 'stuck' kat mana-mana umur?

Nov 17, 2009

AKU JADI MAKCIK? BIAR BETUL BEB

....Hmmmm.....

Hahahahaha.....nak gelak dulu. Benda tak lawak pun. tapi saja nak intro dengan gelak....

Tetiba semalam adik laki aku bagitau sesuatu (bukan adik suami aku, sebab aku takde laki lagi. Tapi adik aku yang lelaki...)

dia bagitau kat aku ada dua berita. Satu baik satu tak baik, Pastu dia gelak-gelak...aku cuak.


"oii...cepat lah cakap...kedit aku ada singgit ja nie...apahal."

"Relax aaa...jangan aa marah-marah along"

"nie apahal panggil aku along pulak...buang tebiat ka?" biasa la...orang utara kan kahaq sikit.

"Aku nak jadi daddy...." pastu dia gelak-gelak happy...

"dah tu...apa yang berita tak bestnya" aku kan kakak yang takdak emosi.....mestilah terus direct to da point.

"dah lin pregnant....kami takleh la pi holiday nanti...kan tiket dah beli bulan may punya.." cis...itu berita tak baik dia...hampeh.

"oklah daddy...congrat. jangan lupa tinggal anak hang nanti sebulan dua...aku nak uli cukup2..."



Nie lah pasangan yang bakal menukar gelaran aku.


weh, taun depan aku jadi makcik tuh.....gempak seh. Tak pernah termimpi aku nak ada anak sedara. Tak pernah berangan pun. Aku rasa adik aku kawin aritu atas dasar cam nak cari housemate permanent je....heheheh....

Sebelum tu aku dah remind adik aku....jangan panggil aku maklong....tak glam...tak vogue...tak diva...tak class...panggil aku along ja...aku bukannya mak kepada sapa-sapa lagi yang sesuka nak panggil aku maklong....hahahha...harus gila kuasa dulu..

OUT OF MY MIND bila tetiba teringat tiket holiday itu adik bertuah aku tak bayar lagi. Cepat-cepat SMS...
"tak kiraa...hang pi ka...tak pi ka...tiket kena bayaq gak. hang suruh aku belikan, bukan hang mintak aku hadiahkan...terima kasih ya daddy."



P/s: Harga tiket tu RM80.00 je....hahahhahaha...sadis tak aku?

Nov 16, 2009

CHARLES & KEITH AKU MENCINTAIMU....!!!

...Hmmm....

Ok pompuan-pompuan semua. Juga kepada guyz guyz yang nak cari adiah nak kasi kat aweks aweks dan juga korang punya other half......nie ada berita baik. Berita baik haruslah dikongsi ya...tak baik kedekut ilmu.....

wokeh, nie berita baik punya....berita yang bakal meranapkan poket korang....TADAAAAA :-




Discount Duration : Fri, 13 Nov 2009 - Fri, 4 Dec 2009
Company : Charles & Keith
Location : Charles & Keith - 1 Utama Shopping Centre Charles & Keith - Gurney Plaza, Charles & Keith - Mid Valley Megamall, Charles & Keith - Pavilion Kuala Lumpur Charles & Keith - Sunway Pyramid
Promotion : Charles & Keith End of Season Sale 2009 , discounts up to 50%.




INI KOLEKSI YANG AKU IDAM-IDAMKAN....KALAULAH DAPAT...KALAULAH....(pssst....aku dah cop, jangan tiru tau)



Haritu dah usya dan try...sangat massyuukkk dengan kaki ku....pasti beli nieh.




oh...platform heel....i loving it....!!!



cun aaa....sangat cun....gerammmnya...



arghhh....hypertensen...hypertensen....nak nak nak...





hmmm....aku suka stud stud nya. tapi tak suka stail kasut ini. Pasti sakit kaki....handbagnya sangat cool.....!!


OUT OF MY MIND nie...sangat dah out of my mind. Pasti lepas balik kerja aku akan kerjakan butik ini....(cis gaji tak masuk lagi pulak...cis cis cis...)

TAKDE ANAK SENDIRI ANAK ORANG PUN JADILAH
































Nov 12, 2009

DENGAR-DENGAR #2

..Hmmm....


" aku dulu masa kerja swasta...aku suka bergaya. Pakai subang besar, pakai skirt, melaram sakan lah... Tapi sekarang keja kat sini tak boleh bergaya sangat dah. Takut Ida tiru..."

Statment dari seorang budak yang aku tidak kenali. Ida itu adalah nama pemilik blog ini....akulah tu...

Budak nie bukanlah aku tak kenal langsung. Dia kerja di bahagian lain. Aku just tau nama dia Hajar (ini memang nama sebenar), kerana kawan aku yang bertukar ke bahagian dia yang bagitau nama minah nie (biasalah, bagitau nama dengan erti kata mengumpat minah nie lah....hehehehe). Aku tak pernah pun senyum dekat dia...hatta berbual sekalipun.

Aku jadi cuak, bila dua orang yang berbeza menyampaikan statement ini kat aku. Cuak bukannya apa, Kenapa dia harus cakap aku akan tiru gaya dia? Sedangkan setakat aku jumpa dia, dia berpakaian macam makcik-makcik yang nak bergaya vogue tapi tak kesampaian or tak mampu.

Sedangkan gaya aku, yang menjadi sumber inspirasi besar aku pastilah Angelina Jolie (Angelina jolie yang berpakaian lengkap ye...bukannya pakaian yang tidak cukup di body). Aku juga mencintai gaya hippies...60's dan juga gaya-gaya artis hollywood yang aku rasa cukup menarik dan tertarik. Yang pasti, gaya aku yang paling aku suka pastilah jeans, t-shirt ngan sneaker or selipar jepun je.

So, apahal pulak aku nak tiru gaya makcik ko? hahahhahah.....tolonglah jangan perasan. Kalau ko Angelina Jolie, fine...aku akan tiru, tapi ko sapa...???????

fashion suck, ada hati kata aku nak tiru...pigira...!!!

OUT OF MY MIND and OUT OF MY FRIEND MIND bila kitoarng recall balik statement dia. Gelak weh...gelak bagai nak rak....

Nov 5, 2009

YIPPIEEE.....NAK PI BANDUNG!!!


...Hmmmm.....



Esok aku akan terbang bercuti sambil menderma kepada peniaga-peniaga di tanah seberang. Dah pasti, tiket dah beli setengah taun yang lalu....Masa tu kita dengan negara itu, masih lagi gaduh jeling-jeling. Sekarang nie, kita dengan negara itu sudah gaduh angkat tangan..

Tapi, nak buat camana...pesan orang tua-tua, tak baik membazir. Jadi, aku dengan rombongan angkatan mak kiah yang lain, menekadkan diri nak ke sana. Dari pertanyaan aku kat kawasan tuh, Orang takde otak di negara tu, hanya beroperasi di Jakarta sahaja....Lokasi aku nak pergi, tak terlibat pun....harap-haraplah kan.





Duit-duit yang bakal beterbangan. Aku jadi hairan jugak...kenapa dekat board Money Changer tertulis RM1 = Rp 365. Sedangkan bila kita tukar, rate nye adalah RM1 = Rp280. je...Heran betul. En. Hezrey, sila siasat....






Kengkawan aku dah sibuk memesan semua pakaian di atas ini. Aku hanya mampu melayan satu permintaan je...Ye la...nanti sibuk-sibuk dok shoping barang diorang, bila masanya aku nak melayan diri aku sendiri pulak kan....nie kena charge double dari harganya nie...





Hah...Ini lokasi wajib pergi nie. Aku dah malas pi dah tempat nie, boring. Takde apa yang menarik pun kecuali kalau korang rasa diserbu oleh penjual jalanan itu adalah menarik, pergilah tempat nie banyak kali. Tapi, memandangkan aku bertindak sebagai TOUR GUIDE tak bertauliah untuk trip kali nie......jadi, aku bawak jugaklah mereka ke sini.

Ye lah, nanti dalam gambar trip diorang takde lokasi nie, macam tak lengkap pulak kan perjalanan diorang nie kan.


OUT OF MY MIND dah nie....tak sabar den nak shoping LV tiruan, ZARA copy, dan segala-galanya yang pasti membuat bijik mata aku juling..hahahahhaha (gelak setan yang suruh aku membazir) !!!!

Nov 2, 2009

#1 DENGAR-DENGAR

...Hmmm....

Entry nie bersifat sarkastik (camna nak eja?) sikit...Ini semua hasil pendengaran dan percakapan yang berjaya ditangkap pendengaran aku....check it out. Nie statement yang aku dengar hampir setengah tahun yang lalu...yang masih lagi menjadi bahan sarkastik aku kat orang ramai...


"ORANG DAH KAWIN MANA ADA TUMBUH JERAWAT DAH...!"


OUT OF MY MIND bila aku dengar statement nie...betul ke? kalau cam tu untung la orang dah kahwin, hormon dah tak menggila...stabil dan tenang je ek. Eh, camna pulak yang dah kawin masih jerawat dok keluar bagai nak rak? adakah.....???

Tapi betul ke statement nie?

Oct 30, 2009

APA? ORANG AFRICAN AMERICAN? SORRY NOT MY TASTE...!!!

...Hmmm....

Situasi nie berlaku di laman rumah aku. Semalam time aku nak keluar dating dengan kengkawan aku, ada sorang mamat hitam nie tegur aku dengan ramahnya. Lagaknya macam dah lama kenal.


"hello..hi...how are u...long time no see..." dengan suara gatalnya...

aku pandang dengan hairan dan curiga. Dalam hati...apahal mamat hitam nie...

"where are u going...?" sambil dok ikut aku.


Apa lagi...aku terkajet le kejap kat tengah jalan. Apahal mamat pulak mamat nie dok ikut-ikut aku nie. Nasib time tu, kereta tak banyak...kalau tak mau aku mati katak kena langgar...tak pasal pulak masuk dalam blog ondescene...

Pastu aku dengan cekalnya terus masuk dalam kereta...mamat hitam negro tak guna tu, berenti betul-betul depan kereta aku bila aku dah masuk dalam kereta. Sial...celaka...memang dasar negro tak sedar diri. (aku tau, diorang tak boleh di panggil negro lagi atas dasar perkauman...tapi peduli apa aku..itu kat america...Ini Malaysia...suka hati aku lah).

Dari luar kereta, dia jerit kat aku....

"bye-bye darling...see u" sambil dok lambai-lambai tangan kat aku...

ieeeuuuuuu.....pergi mampos la ko. Mangkuk hayun betul, tak pasal je nanti pak guard tu pikir aku ada affair ngan negro tu...

Tau la bumper aku besar, tapi aku bukanlah tergolong dalam kalangan wanita-wanita yang berbumper besar yang memang suka dekat bangsa ko....hish. karut sungguh.

OUT OF MY MIND....benci betul.

Oct 27, 2009

DANOK OH DANOK

...Hmmmm....

Weekend hari tu, sempat juga aku lepas border Thailand. Apa lagi, Danok la....
DANOK bersepadanan dengan Bukit Kayu Hitam. Sebelum tu, puas aku tanya orang tempatan dan jugak sedara mara aku, jugak kepada abg imegresen....


ADAKAH PERLU KITOARNG SEWA TEKSI KE SANA? BERAPA HARGANYA?


Memandangkan geran kereta ada kat Bank, tak dapat la aku nak bawak kereta kan. So, Aku and jacqueline ambik keputusan naik je keta sapu kat situ. Diorang charge satu kereta RM10. wow murah giler...kitoarng pun rembat je la.

Yang kelakarnya.....dan yang terover pandainya....
DANOK itu adalah selepas imegresen punya check point.....ayark....

Apalagi...aku tengok ko..ko tengok aku lah...nak buat camna. nasib sorang RM5 je kena keluarkan duit...kalau tak mau aku kejar kereta tuh. Pakcik kereta tu, beriya-iya cakap, dia tunggu kat gate depan...kitoarng pun pikir Danok tu jauh lagi, ok kan aje.....Sekali, hampeh... hahahaha..padan muka kami...

Pakcik kereta sapu tu, tanya...balik nanti dia nak ambik ke?
Gila lah kalau balik pun nak naik keta kalau dah tau dekat nak mampus camtu.
Dan memang kitoarng jalan kaki 10 minit pun dah sampai...tak sempat ketiak nak berpeluh pun...

Jadi kengkawan sekalian ----> kalau nak ke Danok, parking kereta kat DUTY FREE tu, Jalan kaki je ke Danok....jangan jadi cam kitoarng...



Ini jalan ke Padang Besaq...bukan Danok...


OUT OF MY MIND bila pakcik teksi siap pesan "Jangan ke tempat tu...itu untuk lelaki.." .Jacqueline sangat gembira bila diberitahu mengenai lokasi itu. Mujurlah kitoarng masuk pada jam 12.00 tengah hari. Kalau 12.00 Tengah malam.............hehehehhe.

Oct 21, 2009

APA ADA DALAM HANDBAG?

...Hmmmm.....

Nak membuktikan aku jugak mempunyai sifat feminin jugak, entry kali nie aku nak buat tipikal entry dalam blog sorang pompuan....nie atas permintaan seorang blogger yang ingin menyaksikan apakah barangan yang aku bawak dalam handbag aku yang gedabak tuh...

Oh ya....aku banyak koleksi handbang dan juga high heel...lebih dari 20 aku rasa...ini akibat fetish selepas 20 tahun menjadi seorang tomboy tegar....(series...series aku ada lebih dari 20 hanbag, lebih 20 high heels, 20 tahun jadi tomboy tegar lagi series)

wokeh....nie benda yang slalu terkandung dalam handbag aku...harap je beg besar..barang takde pun.




topi...wajib pakai utk hari-hari bad hair day.
Aku ada banyaaaak koleksi topi. Tapi dah setengah tahun nie, topi nie jadi fav aku. pakai sampai reput




Ini tutup lens je.
Body nya tengah mengambil picture penutup nya....
Memandangkan beg asal camera nie dah kena cilok masa kenduri adik aku, jadi aku guna je hanbang aku sebagai perumah sementara....sadis.
(takde sapa-sapa ke hadiahkan beg camera kat aku...;)





Jangan tak tau, dalam beg yang penuh koperat dan kewanitaan, barang ini juga termasuk dalam antara yang wajib berada di dalamnya. Aku sendiri tak tau masa bila aku nak main, ye la, masa aku banyak habis untuk drive ngan kat tempat keja. Shoping pun sama...Takpa, hanya untuk pemberat je. (bila nak main, slalu bateri habis)





Ini wallet aku, merangkap perangkap resit. perangkap syiling jugak. Beg nie beli kat Vietnam. Keychain beli kat atas flight Air Asia....sungguh aku beli kat atas Flight Air Asia. Sewaktu abang steward hensem menolak troli....kesian tengok dia...terbang RM10.





Talifon baru....talifon yang hanya digunakan untuk angkat call. Jugak nak sms...jugak camwhore sikit-sikit. Jugak sebagai internet bergerak tika outstation. Jugak sebagai radio. Sebenarnya aku lagi selesa dengan Nokia screen kuning aku. Simple dan cepat. Tapi, sebab aku memerlukan radio bila di lokasi, so...terpaksa la spend duit sikit.






Oh ya...perkara wajib nie. Kunci keta. Kunci Rumah.
tak yah explain panjang-panjang lah.


OUT OF MY MIND untuk menyiarkan gambar handbang aku....tak nak ah...nanti peragut tengok barangan dalam handbang aku, tak pasal je kena aim....jangan tak tahu, diiorang pun pandai apa guna internet. Betul tak?

Total Pageviews