Mar 17, 2009

RAJINNYA CUCU MAD YU....

...Hmmm....

Minggu nie aku sibuk nak mampus. Tapi jangan tanya kenapa aku masih ada masa menconteng blog ini.
  • Aku terpaksa pergi Parlimen...arghh boringnye. Ini tugas unit lain.
  • Aku 'PERLU' menyiapkan skrip program Asean. Masa bila aku nak buat nie? (Ini juga pertukaran tarikh saat akhir. Boleh diterima lagi)
  • Aku di paksa rela untuk mencari tetamu untuk program talk show Khamis ini setelah di SMS oleh bos aku yang sebelum ini kononya dia boleh handle.
(Semua tugas-tugas di atas bukannya kerja aku pun)
(dan dibawah ini adalah tugas aku sebenar-benarnya untuk minggu ini)
  • Edit program aku untuk hari RABU dan Khamis.
  • Cari tetamu talk show minggu depan dan lagi depan.
  • Prepare untu Persidangan UMNO.
  • Edit program aku untuk minggu depan (sebab satu hari comform kat PWTC)
Siapa kata aku makan gaji buta...??

Nasib baik semalam aku sudah OUT OF MY MIND bergumbira. Jadi bos....boleh dapat cemerlang tak taun nie?

Mar 16, 2009

TERIMA KASIH MYEG


Terima kasih MYEG...memudahkan hidup aku.

...Hmmm....

Sebelum nie aku ada membaca blog puravidako (pakcik) pasal dia renew road tax dekat MYEG. Dan hakikatnya aku agak terpengaruh ketika itu (bahaya betul blog nie...boleh pengaruh2 orang pulak) dan aku nekad nak try.

Dan seperti kata pakcik, servicenya sangat cepat. Aku rasa hebat bila aku renew road tax ngan insuran hanya dengan hujung jarinya....waah...celik IT nya aku. bangga sekejap.

Aku renew insuran kereta aku by phone jam 12.00 t/hari, pukul 2.00 dah siap, yg juga dicomform melalui call dan aku bayar ikut Maybank2u. Aku renew road tax dekat MYEG jam 6.00 petang, dan esoknya dalam jam 10.00 pagi, orang MYEG sudah call nak hantar Road tax aku. waaa...cepat giler.



Inilah pakej yang dihantar.


Yang bagusnya, dia hantar directly by hand dekat kita. Siap bawak alat yang baca IC tu lagi, kena tumbprint, baru dapat. Kagum aku sekejap. Mulanya aku fikir dia akan post biasa yang mungkin lagi satu hari nak sampai dan mungkin lagi satu hari aku bawak kereta road tax mati (jgn saman aku ye En. JPJ) ...tapi lain pulak jadinya.

hahahhaa...sukanya aku. Dah la murah dari last year. Sebelum nie aku suruh bank renewkan dan aku pi collect je. Dia charge aku smpai RM35.00. Tapi dekat MYEG just RM28.++ je...dah le dapat rebat lagi....jimat giler taun nie. menari

Terima kasih dekat pakcik puravidako sebab berjaya mempengaruhi aku...takde la aku OUT OF MY MIND sangat ketika itu....sembah

Mar 13, 2009

UNDERWEAR MESTILAH SEKSI, BARU ADA UMPHH.

...Hmm....

Aku baru je lepas baca FREE SPIRITED (jackie) about bounce-bounce dekat body part dia. Dan aku akui, dia punya aset memang umpph. Tak payah nak pakai sexy, sebab dia memang semulajadi sexy. You go girl...siul

Kalau bab fesyen, aku bukan expert pun. Aku lebih selesa pakai jeans and t-shirt je. Tapi aku selalu remind diri aku dan jackie (dia benci panggilan ini), tak kisahlah kita nak dressing camna pun, yang penting, di dalam itu mestilah bersih dan sedap mata memandang. Di dalam bukanlah bermaksud private part, tapi underwear. Namun begitu, private part itu pun sama jugaklah teorinya, bersih dan sedap mata memandang jelir





Back to underwear, kenapa aku cakap camtuh. Bagi sesiapa yang tau, baguslah. Sebabnya, selain kita rasa seksi bila memakainya walaupun orang tak nampak, tapi in case of emergency, jadi something kat kita, dan kita di bawa ke hospital contohnya, tak ke malu, dekat bahagian luar, dressing bukan main hebat, tapi kat dalam....adoiii...barai, dah londeh, dah tak kenyal getahnya, tak ke malu. Memang nurse ngan dokter profesional. Takkan cakap apa-apa (mungkin), tapi dalam hati mesti macam nak gelak.

Tidak dinafikan aku sendiri pernah gelakkan underwear orang masa dok asrama dulu. Dasyat. Yang dah jadi roti jala pun ada....huhuhu.

Yang lagi kesian, bila jadi cam kat video bawah nie.... gelakguling






Mar 12, 2009

KENAPA MESTI KO CIUM BONTOT AKU???

...Hmmm....

Dasyat tak title...hehehhehe. Saja nak ceriakan idup.peace

Aku sedih arini. Bontot kelisa aku sudah di liwat oleh bontot Pesona. Akibatnya, bontotnye sudah tidak sejelita bontot aku lagi. Tambahan pula, bumper juga turut calar balar akibat sondolan kuat itu.

Puncanya apabila org yng reverse kereta pesona itu tidak mendengar hon aku akibat mendengar lagu dengan kuat sekali. Tapi tidaklah serius sehingga layak masuk dalam ondascence punyer blog.

Argghhh..OUT OF MY MIND aku rasa..Ini yang buat aku nak tukar kereta nie.

LOVE LETTER - TAG FROM FIZAFEYA

...Hmmm....

Surat chenta ini dibuat melalui tag di Fizafeya blog. So, sapa nak buat, pergilah ke blog tuan empunya tag THE TALES

Ini hasil love letter yg dibuat.

Dear pura vida ko a.k.a (the last person who left a comment on your blog).

I don't really know how to tell you this, but Our horoscope doesn't match. I think I realized it when That night At the mental hospital and I saw you Sit on My illegitimate child in Ghana. I'm sure you're Middle class enough to understand That Santa doesn't exist. I'm returning Your memories from the military service to you, but I'll keep Your suicide note as a memory. You should also know that I Always will remember Eggplant-fetishism. Your everlasting enemy.

Loves: OUT OF MY MIND (Your name)
putuscinte

P/S: You are so lifeless, Dumb bitch, Semua blogger (The name of the person that you want to tag).

Mar 10, 2009

ADA JUGAK ORANG NAK NGORAT AKU ;-P

...Hmmm....

Cerita nie buat aku tersenyum sendiri. Of course, 1st person aku kongsi cita nie pastinya dengan jackie bon bon. Dia punya la suka...gelak tak hingat. sabar je lah...

Aku jumpa dengan kak Honney di seberang jambatan semasa mengambil fax. Dan dia ingin bertanya sesuatu dengan aku.


kak Honney (KH): Hang ada pakwe tak?

Aku: Hah?...aku...? takdak. Awat?

KH: Hang single la nie...betul takde pakwe nie.

Aku: a'a..ye la aku single lagi. takde pakwe langsung. nape?

KH:
nie aku nak bagitau hang, ada orang nak kenal ngan hang. nak kawan ngan hang.

Aku: oooo....ye ke. Sapa? Awat dia tak cakap kat aku sendiri? Orang radio ke tv?(aku dh tersengih cam kerang busuk)

KH:
Orang _____. Dia suruh aku tanya dulu. Mana tau hang dah ada pakwe. Dia suka kat hang sebab hang orang utara. Hang nak kenai tak?

Aku:
la...sebab aku orang utara je. Lain...??

KH:
lain aku tak tau. Hang nak kenai ke tak?

Aku:
aku nie kak...aku cakap dulu la, aku tak minat orang kerajaan. dan lebih spesipik, aku tak minat orang satu tempat keja.

KH: oooo...takpa la. kalau hang tak minat. betui hang tak mau kenai dia dulu?

Aku:
sapa kak...hang bagitau la. Nak tau gak....

KH: Ala...budak yang kita sembang hari tu. Sebelum nie dia dah nampak hang banyak kali. Tapi dia tak berani nak tegur. Tak terbukak hati lagi. Tapi lepas sembang aritu, dia baru tebukak mata. Dia rasa hang ok. Pastu bila hang terserempak ngan dia, hang senyum kat dia. Takdak la buat tak kenal. so, dia pikir hang tak sombong pun. mesra. Sebab tu dia nak kawan ngan hang.
(ini bukan ayat tekan butang lif, naik sendiri. tapi Kak Honney yg cakap ye.)

Aku:
Hmmm.....ye ke.....hehhehehehe. Tak sangka aku. laku gak ek. pasai dia tak jumpak aku sendiri?

KH:
dia suruh aku survey dulu. hang tak mau try ka?

Aku: Takpa la kak, sebab aku tak minat orng kerajaan, aku tak mau la try. Kalau tersangkut payah kak. Sian pulak dia nanti. Lagipun aku nie hipokrit. Kat opis orang tengok aku baik. Tapi kat luar aku nie setan. Sian budak tu nanti terkejut.

KH: Ala hang bukan bunuh orang ka. perompak ka....

Aku: Takpa lah. Aku tengok dia pun innocent je. Sian dia pulak. Lagipun dia orang kerajaan. Hang cakap je kat dia aku dah ada pakwe. Tak payah la cakap aku tak suka orang kerajaan. ok.

KH: oklah...hang lepas nie jangan dok pandang dia semacam pulak. Sian dia.

Aku:
relax aa kak...aku nie kan brutal. Apa hal plak aku nak pandang semacam. buat biasa dah la.

KH:
oklah....




hehehhehehe.....tak sangka aku. tak sangka....buah cempedak jadi nangka....hahahhaha. aku bukan gelak kat budak tu, tapi gelak kat diri sendiri. adoi la....sebab aku tak pernah bekecimpung secara serius dlm bab-bab nie. Malunya aku time tu rasa cam orang nak masuk minang je...

Tapi betul ke cara aku tuh, sebab aku tak minat dengan orang kerajaan tambah lagi satu tempat keja, eloklah aku tak start or try nak 'kawan'. Pandangan korang camna...???

OUT OF MY MIND rasanya sebab ramai kawan aku cuba jadi cupid.

Mar 9, 2009

AKU NAK MASUK AMAZING RACE

...Hmmm.....

Aku bukak Forum.cari.com.my. Lokasi fav aku utk baca gossip artis malaysia. Ya, aku memang suka baca gossip artis nie. Aku tak tau napa. Bukan artis Malaysia je, Hollywood pun. Ko tanyalah apa pun, aku pasti tau pasal gossip tuh. Even bila aku dengar Hitz.fm bila si Richard dengan nada gaynya menceritakan pasal gossip artis Hollywood pagi-pagi, aku dah tau sehari lebih awal. Tapi selalunya aku just kongsi cerita gossip ini bila orang bertanya sahaja. Kalau tak, aku simpan utk pengetahuan diri sendiri dan kadang-kadang bila orng sekitar aku bercerita pasal gossip-gossip tersebut aku just senyum sinis..sebab diorang baru nak tau....kesian..hehehhe.

OK....aku bukan nak bercerita pasal pengetahuan 'luar biasa' aku pasal gossip nie. Tapi pasal bila aku bukak ruangan gossip tersebut, gossip apa tau yang banyak keluar...Pasal budak-budak hingusan AF. DUH...DUH...DUH....kalau budak2 AF yang sebelum2 nie aku tak kesah sangat. Tapi nie tak....AF7. Bayangkan...belum jadi bintang, baru je terpililih tu pun belum tentu lepas konsert first, dioarng dah ada gossip. Dan lagi...gossip dioarng tu tersenarai dalam gossip artis Malaysia pulak tuh. Gila ka apa...senang giler nak dapat title artis kat malaysia nie. Memang betul la, cakap kawan aku, artis Malaysia nie tahap tepi longkang je... belum apa-apa dah digelar artis...uweekk..muntah aku.


nak merasa pakai jubah konvo dengan cepatnya, sinilah tempatnye.


Dah la tu...ada jugak forumer-forumer yang awal-awal lagi dah meroyan, letak avatar dengan pic budak2 AF nie. tah apa-apa. Nak gelak aku. Taksub betul.

Pada aku la, AF memang top, memang boleh popular cepat, sebab audience dia mostly malay. Dan AF nie seolah-olah macam dalam cerita SLUMDOG MILLIONAIRE. Cerita harapan semua orang yang ingin lari dari belenggu kemiskinan dan ingin rasa cepat kaya, popular. Cara yang cepat pastinya masuk AF. Kalau untung jadi MAWI. Kalau malang jadilah FAIZAL...huhuhu.

Pada pendapat aku, peserta-peserta AF dengan One In A Million dengan Amerika Idol sangat berbeza. Setakat ini aku follow One In A Million dan America Idol. Belum lagi tengok AF. Tapi kalau nak dibandingkan dengan lepas-lepas, tahap AF nie jauh lebih rendah dari segi bakat. Ada yang betul-betul talented dalam AF nie, tapi jarang yang menang. Contoh aku ambik Amelia. Suara minah nie sedap. Ini terbukti dalam One in A Million. Tapi dalam AF dulu, sedap jugak. Tapi biasa la, voter lebih utamakan yang ada rupa extra dan aura. Entahlah.

Tapi pertandingan realiti camnie sebenarnya membuatkan ramai lagi la student2 kita berimpian nak jadi artis. Tak kira la pelakon ke, penyanyi ke, pelawak ke apa ke. Buat apa belajar rajin-rajin. Tengok Mawi, Siti, Nabil, apek......ok je, kaya je, best je. Tak caya, buatlah survey kat sekolah-sekolah, mesti impian dorang kebanyakan camtu.


Kalau korang rasa korang mampu buat lawak pandai, ada talent, masuk la kat sini.


Aku berani cakap macam tu sebab apa tau, sebabnya aku dulu ada seorang kawan cita-cita dia memang nak jadi model. So, dia hanya menyiapkan diri dia untuk bergelar model saja time kitoarng sekolah menengah dulu. Dulu belum lagi wujud realiti tv. Aku akui, memang dia cantik. Dan dengan kecantikan dia ni, dia tak kisah SPM dia dapat berapa dan duduk di kelas corot sekalipun. Katanya, nak jadi model muka kena cantik saja. Aku yang memang masih lagi duduk bawak tempurung, dengar aje. Manalah aku tau apa requirement nak jadi model. Dan aku dulu pun tak pernah memimpikan kerja tempat sekarang sbb aku tak tau apakah requirement kerja ini nak dari aku.

Tidak macam budak-budak sekarang. Nak jadi artis, tau mana tempat nak tuju. Untung dioarang. Tapi sayangnya, diorang tak tau dunia di dalamnya macam mana. Tengok je la Tom Tom Bak. Budak-budak nie terer giler nyanyi. Siap ada vibrato, falseto segala (betul ke term aku nie?). Yang menari lagilah. Malu aku sebab tak boleh buat cam dorang. Tak salah diorang nie nak tunjukkan bakat dorang dalam tom tom bak tu. At least diorang boleh belajar menonjolkan diri sendiri dan berani. Confident. Tapi harapnye, takdelah bercita-cita nak jadi penyanyi, pelakon dan macam-macam pe lagi....kalau betul ada bakat, talented tahap kate winslet, Leonardo aku tak kisah. Nie setakat boleh besar-besarkan mata, tak payah la.

Dulu dalam cerita ibu mertuaku, nak bersuami/isterikan orang seni nie, jangan haraplah. Tapi sekarang, siap canang satu negeri lagi....huhuhu.

Aku OUT OF MY MIND sebab tak boleh nak masuk Amazing Race...

Mar 4, 2009

TRAGEDI UJUNG BULAN FEBRUARI

...Hmmm....

Cerita nie patutnya di post minggu lepas. Tapi memandangkan asyik error je, aku menunjukkan keganasan aku dgn terus mendelete posting tersebut. Pandai tak aku? dan arini aku terpaksa type balik kisahnya....huhuhu. padan muka aku. ini ceritanya...

Last week, 3 hari berturut-turut bos aku membuat amukan puakanya dengan memberi silent treatment kat staff-staff dia yg seramai 6 orang nie (bayangkan 6 org je dia tak dpt nak uruskan). Selama 3 hari itu kami hidup dengan bermaharajalela dengan happynya. Buatlah apa pun, bos kami tidak akan ikut serta. Hatta nak melihat wayang di siang hari. Gempak btul time tuh. Geng-geng lain lagi selamat, sebab berpeluang pergi ke kantin dan mengutuk beliau sesuka hatinya tanpa ragu-ragu.

Puncanya...kami sendiri tak tau apa sebabnya. Tetiba datang office hari isnin last week, dia terus menonong masuk biliknya. selalunya dia lepak kat luar bawak gossip-gossip or merungut-rungut itu dan ini. Tapi hari tu tak macam hari lain. Aku seperti biasa buat tak heran. Kengkawan aku pun buat tak heran. Mungkin gaduh dengan laki dia pagi tadi kot. Lantaklah.

Hari Pertama = tiada siapa peduli

Hari Kedua = Masih muka asam kelat lagi. Kami membuat tuduhan terhadap engkau dan aku. Mungkin engkau yang berdosa. Tapi masih kami tidak pedulikan dia. Kami happy saangat....

Hari Ketiga = waaaahhhh...extra kelat dia hari nie. Macam buah kelubi yang muda dibuat jeruk.

Kami mula membuat teori. Antaranya, sebab kami bagi markah sikit untuk penilaian kat dia. Kami pi meting lupa nak bagitau dia. Kami lupa jemput dia makan. Kami bersuka ria tanpa menjemput dia merasmikan acara suka ria itu...dan macam-macam lagi.

Tapi 2 jam kemudian, 'akak kecewa' (nanti aku cerita pasal akak kecewa ini) sebelah meja aku terfikir sesuatu. Katanya, adakah kita telah melupakan besday boss. Kami semua bertanya bila besdaynya. "hari sabtu arietuh" kata akak kecewa. Aku dengan sepantas kilatnya cuba menyiasat..dengan menghantar message di facebook. (kelas tak aku. bercium molot dgn boss melalui facebook).


aku antar



dia balas



hahahahhahah.....Gelak besar aku. siap aku print bagi kat semua kengkawan aku lagi. Dorang pun gelak sama besar ngan aku. Sadis betul.

Pastu dorang ngusik-ngusik manja ngan aku yang mengatakan boss aku paling marah dengan aku and nurul (budak baru masuk) sebabnya time besday kitoarng arie tu, dia bagi adiah, time dia langsung kitoarng tak ingat. Aku just balas, what the hell...sapa suruh dia tak ingatkan kitoarng besday dia bakal menjelma. Boleh kitoarng buat pulut kuning, ayam panggang dan kenduri pisang.

Nak ingat besday orang, program aku pun slalu kena log sebab salah tarikh, inikan pulak tarikh-tarikh penting orang yg xde kepetingan dalam hidup aku...(log = log adalah laporan sekiranya terdapat masalah dengan program yang disiarkan atau yang berkaitan. Dan ada seoarng DJ yang malas, suka sangat log aku).

Buat apalah nak OUT OF OUR MIND sekirang takde orang ingat besday anda. Renung balik, kenapa orang tak ingat tarikh penting dalam sejarah idup anda keluar tengok dunia.

*hari keempat = bos aku cakap rugi dia merajuk, takde sapa memujuk. hahahha...mengong tul. Takde masenya kitoarng nak memujuk ko. Banyak keja lain lagi boleh buat. Dapat apa pujuk ko.



Mar 3, 2009

JANGAN LUPA TAU...EARTH HOUR 28 MAC NIE

...Hmmm...

Simply switching off your lights for one hour, and join the world for Earth Hour.

Sign up for Earth Hour! - PARTICIPATING: ida yunus

Earth Hour 2009 by WWF - Sign up for Earth Hour!


Mar 1, 2009

ORANG TAKDE BAHASA IBUNDA SENDIRI, PLZ JGN JELES YE

...Hmmm....

NAD: No offense ye...aku cukup nyampah kalau orang tu jumpa orang negeri dia, cara cakap mesti lepas tu berubah. Macam orang utara, kalau jumpa orang utara, terus nak cakap utara. Nape tak cakap cam biasa aje(Lebih kurang bunyinya)

AKU: kenapa lak?

NAD: Ye la, kenapa mesti nak ubah cakap utara. Cakap je lah macam biasa sebelum ko tau dia tu pun datang dari utara.

AKU: hahahahaha...jeleslah tu, takde bahasa sendiri. (nad asal Johor)

NAD: Takdelah. Bila aku ckp aku dr mana, takde pun dia nk sembang excited sgt. Tapi, bila orang tu tetiba datang dari sama negeri, terus ramah mesranya sangat over.

AKU:hahahhaha...jeles...jeles...Ko tak paham, sbb ko takde bahsa ibunda sndiri. Kitoarng kalau dah jumpa satu geng, mesti lah ckp bahsa asal balik. Dan sangat hipokrit kalau ko cakap dengan orang dr satu geng ko dgn bahsa KL...memang mampus kena ejek la....hehehehe.

NAD: Mana aci...

AKU: warghhhhkakakkaka....jeles la tu...hahahah. lain kali jadi lagi orang Johor. Dah la sombong....hahahhahaha.
.
.
.
Jgnlah OUT OF MY MIND nad...relax la. Ko still paham lagi kan kalau aku ckp utara.

Total Pageviews