Sep 9, 2008
5 THINGS..
1. Dlm tempoh 2 weeks..aku abiskan duit aku RM100.00 je (hebat tuh)
2. Dlm tempoh 5 hari lepas gaji, balance dlm acc aku hanyalah RM200.00 (lagi hebat - orng pinjam la...)
3. Aku makan sekali aje sehari - (dh bulan puasa katakan...)
4. Tiap-tiap hari aku masak..
5. Dah lama aku tak pi shoping.
5 Benda yang aku asyik ulang siar (selalu kuar dr mulut aku la)
1. Daaaa...
2. Hampeh..
3. Tolonglah...
4. Budus Betul...
5. Ye ke...
5 benda yang aku nak buang tapi tak buang2 gak
1. Baju lama aku
2. kasut yg rosak giler...sayang..
3. unders aku yg dh lama aku x pakai.
4. mekap-mekap yg aku dpt dr kwn aku dr jepung. (dh expire)
5. resit-resit-resit.
5 benda yang aku cuak giler
1. driver2 kat negara aku yg veryyyy da "sopan" sangat. naik darah je
2. Ngan bos aku.
3. ngan stalker-stalker aku...
4. orng yg susahkan aku..
5. dekat diri aku yg x mampu kata tidakkkkk.....
5 benda yg aku bangga giler dgn diri aku
1. aku mampu dpt keja skrng
2. Aku mampu beli keta
3. aku mampu pengaruh orang...HAHAHAHA..hebat
4. aku boleh depends dgn diri aku sndiri
5. people keep asking about my opinion even thoungh apa yg aku ckp suck giler...hehehe...
5 benda yang aku x mampu lagi nak buat
1. Sambung study di ober da sea
2. Super bike
3. kawin
4. kuruskan badan..
5. fikir sblum bckp...
- mizzy..aku tag ko..-
PONTENG KEJA
Semalam ( Isnin 08/09/08), aku dah ponteng keja. Niatnye memang dah nekad nak pi keja awal..awal tu dlm kul 7.30 am la. Tapi by da time dah pukul 6, mata aku nie dh tak sanggup dh nak layan otak aku nie. Apa lagi...konon-kononnya tidur2 ayam la..Sekali..tebabas dah sampai kul 9.Sep 5, 2008
POLITIK...TAK HABIS LAGI KER?
konichiwa...
Politik...tak habis-habis lagi ke pasal politik nie. Sekarang nie, di office aku, di satu sudut sedang berlaku perdebatan ataupun ceceh menceceh pakcik dan makcik pasal kes Saiful, anwar, politik dn macam-macam lagi. Yang pastinya, dorang nie tak boring-boring ke nak bincang pasal isu nie. Apa yang pakcik n makcik nie dapat dok discuss pasal semua nie.
yang pastinya, dorang nie dapat, aku tak puas hati dekat ko, ko tak puas hati dekat aku. Dan maka dari situ bertambah-tambah lah macam-macam teori sendiri dan juga pandangan peribadi mengenai isu-isu bodoh nie. Kalau la dengan bincang semua nie dapat mengubah sesuatu, kan bagus. Nie...hampeh.
henti-hentikan lah. Boring la...ada banyak benda lagi yang harus di ambik tahu dari benda yang tak berkesudahan ini. Out Of My f**king mind.
Sep 2, 2008
RAMADHAN..
Today dh masuk 2nd day pose..
masih tak lambat lagi to say welcome to Ramadhan.
Ramai yang cakap, bulan posa bulan nak buat amalan. Nak jimat cermat. Nak kurus. Tapi pada aku. Biasa aje lah...cuma bulan posa nie banyak ngajar aku balik cepat utk masak kt rumah..hehehe. Tak lah..time bulan posa nie lah aku nak muhasabah diri balik..
- nak sediakan makanan or nak masak kat family. of course lah pastinya mck2 yang menjadi juara dalam kategori nie.
- Pck pakcik pulak akan tuang keja kejap sebab nak kejarkan bubuk lambuk kampung baru yang katanya sedap nak mampus. Padahal, aku penah jugak le rasa bubur lambuk kg baru nie, dengan membeli RM1 daripada orang yang pegi ngambiknya, kesimpulan: takde le sedap sangap pun. Rasanya cam bubur lambuk tempat lain je. Apa yg bestnya. Maybe suasana rebut tu yg jadi bubur lambuk nie lagi best kot.
- pakcik-pakcik yang tak pegi berebut bubur lambuk, akan duduk bekumpul sambil sembang-sembang apa yang patut dalam tu jugak amik kesempatan pejamkan mata. KOnonnya kosentrate la tuh. tak paham aku. apa yang diletihkan sangt pun tak tahulah. padahal, semuanya isteri dh sediakan...huhuhu
- bagi golongan remaja terpilih mcm aku nie, bagi yang tak posa, aku cari peluang nak makan curi-curi. Kadang-kadang buat muka tebal megi McD beli Value Meal Set...hehehe. Dan taun ini percubaan kali kedua aku semenjak posa pi beli McD time tengah hari. mavelous. Tak malu punya pompuan...hehehe
- Golongan remaja (ehem) cam aku jugak tengah dok pikir-pikir. Nak masak. Nak Tapau. Masak Apa? Asam pedas - tak reti. Ayam masak kicap - selalu sangat dah, muak pulak. Tom yam - kenkadang sedap, kenkadang tak best pun, kurang apa pun tak tau...ala..senang tapau je lah. Tunjuk-tunjuk. setel. dok depan Tv, tunggu je azan. nyum..nyum.
Bulan posa bagi aku, takde le sangat aku nak jengah bazar ramadhan. entahlah. aku nie memang tak minat sangat nak beli-beli nie. baik aku masak kat rumah. tak kisah la...tak sedap pun. yang penting anak tekak aku cakap sedap. Dah tu, ada plak orang yang sudi makan, dah besar sangat hati aku.
bulan nie jugak membuat aku terfikir dan berhasrat untuk tune my mind supaya tak Out Of My Mind..
Aug 27, 2008
WEDDING
ina N wan - ex housemate aku dulu nieh...tcapai gak nak kawin b4 25.
abg ajak n afrizan - setelah lama dok takle minah nie...dpat gak..usaha tangga kejayaan
Lily n Shahrain - kwn time skool...merangkap kwn kampung. tinggal le aku sorang je pasnie..huhuhu...
useri n Sarah
mingle...mingle..HIJRAH
pagi nie dapat cerita yang ahkak yg melalui percakapannya suaminya tidak membenarkan dia keluar Out station sangat dapat tukar. Tukar pulak ke tempat yang pastinya out station adalah satu kewajipan. Aku cakap dekat dia, kalau tempat yang aku idam-idamkan tu adalah lokasi pertukaran dia, aku nak tukar suka sama suka dengan dia. Tapi dia cakap, biar dia pergi sana dulu, kalau tak best or memerlukan komitmen yang tinggi, dia akan tukar dengan aku...
wah..wah..mudah je cakap kan. Ada trial error pulak..huhuhu...
maybe sebab aku jeles dan juga dah Out Of My Mind...la....Jeles tuh...sangat...
Aug 15, 2008
HECTIC
skrng nie life agak buzy dan aku jugak mengalami sikit depression sbb terlampau penat + tensen + tak cukup tidur. Tak cukup tidur memainkan peranan penting kpd mood seseorang seperti aku yang memang suka tidur nie.
life aku buzy sgt bulan nie...seperti biasa, skrng nie aku sibuk ngan MAHA 2008 yang selama 2 minggu aku terpaksa ada kat sana. keadaan kat sana pulak, dengan terpaksa layan orang selain guest yg patut aku entertain mmg sangat memenatkan.
well...takde apa aku boleh buat stakat nie just ikut flow je lah. penat memang penat giler. tapi nak buat camna. terima ajelah. hopefully niat aku nak tukar pasni, mendapat restu lah hendaknya.
Aug 13, 2008
MAHA 2008
hari ini merupakan hari ke-2 MAHA 2008 berlangsung. so, apa lagi, mari le kita meriahkan lagi acara julung-julung kali di adakan ini. (wah..cam wat laporan pengulas plak aku..).
banyak benda nak story. Tapi next time lah. memandangkan masa pun tak mengizinkan dan juga perut pun semakin meriah menyanyi lagu siti nurhaliza....
Aug 8, 2008
HADIAH KAWIN
aku call pzza pg tadi..dia tengah membuta lagi. Aku tanya dia, nak pi kenduri si polan ke? Nak beli hadiah apa ye kat dia? polan nie dah kaya. lagi kaya dari kita. tapi aku lagi kaya dari dia dari segi budi bahasa..hehehe...
nak ke dia accept hadiah yg bernilai lebih kurang RM50 je? apakah penerimaan seseorang yang drive mini cooper terhadap hadiah aku kasi tu nanti? kawan aku cakap, hadiah tu datang ikhlas dari hati..so, orang yang beri kena ikhlas, orang yang terima pun kena terima dengan besar hatinya lah..
tapi skrng nie dunia materialistik..adakah pemikirian camtu boleh diterima?
entahlah...





