Aug 27, 2008

WEDDING

Disini aku aku letakkan pic kengkawan aku yang dh selamat melangsungkan perkahwinan. Congrat Guys....

ina N wan - ex housemate aku dulu nieh...tcapai gak nak kawin b4 25.


abg ajak n afrizan - setelah lama dok takle minah nie...dpat gak..usaha tangga kejayaan

Lily n Shahrain - kwn time skool...merangkap kwn kampung. tinggal le aku sorang je pasnie..huhuhu...

useri n Sarah

mingle...mingle..

HIJRAH

konichiwa...
pagi nie dapat cerita yang ahkak yg melalui percakapannya suaminya tidak membenarkan dia keluar Out station sangat dapat tukar. Tukar pulak ke tempat yang pastinya out station adalah satu kewajipan. Aku cakap dekat dia, kalau tempat yang aku idam-idamkan tu adalah lokasi pertukaran dia, aku nak tukar suka sama suka dengan dia. Tapi dia cakap, biar dia pergi sana dulu, kalau tak best or memerlukan komitmen yang tinggi, dia akan tukar dengan aku...

wah..wah..mudah je cakap kan. Ada trial error pulak..huhuhu...
maybe sebab aku jeles dan juga dah Out Of My Mind...la....Jeles tuh...sangat...

Aug 15, 2008

HECTIC

KOnichiwa..

skrng nie life agak buzy dan aku jugak mengalami sikit depression sbb terlampau penat + tensen + tak cukup tidur. Tak cukup tidur memainkan peranan penting kpd mood seseorang seperti aku yang memang suka tidur nie.

life aku buzy sgt bulan nie...seperti biasa, skrng nie aku sibuk ngan MAHA 2008 yang selama 2 minggu aku terpaksa ada kat sana. keadaan kat sana pulak, dengan terpaksa layan orang selain guest yg patut aku entertain mmg sangat memenatkan.

well...takde apa aku boleh buat stakat nie just ikut flow je lah. penat memang penat giler. tapi nak buat camna. terima ajelah. hopefully niat aku nak tukar pasni, mendapat restu lah hendaknya.

Aug 13, 2008

MAHA 2008

konichiwa...

hari ini merupakan hari ke-2 MAHA 2008 berlangsung. so, apa lagi, mari le kita meriahkan lagi acara julung-julung kali di adakan ini. (wah..cam wat laporan pengulas plak aku..).

banyak benda nak story. Tapi next time lah. memandangkan masa pun tak mengizinkan dan juga perut pun semakin meriah menyanyi lagu siti nurhaliza....

Aug 8, 2008

HADIAH KAWIN

KONICHIWA...

aku call pzza pg tadi..dia tengah membuta lagi. Aku tanya dia, nak pi kenduri si polan ke? Nak beli hadiah apa ye kat dia? polan nie dah kaya. lagi kaya dari kita. tapi aku lagi kaya dari dia dari segi budi bahasa..hehehe...

nak ke dia accept hadiah yg bernilai lebih kurang RM50 je? apakah penerimaan seseorang yang drive mini cooper terhadap hadiah aku kasi tu nanti? kawan aku cakap, hadiah tu datang ikhlas dari hati..so, orang yang beri kena ikhlas, orang yang terima pun kena terima dengan besar hatinya lah..

tapi skrng nie dunia materialistik..adakah pemikirian camtu boleh diterima?
entahlah...

HEHEHE

konichiwa

hari nie, mari kita belajar macama mana nak buat bodoh dengan orang sekeliling. Senang aje. Buat muka bodoh and cuak.

adios...
OUT of MY MIND right now...hehhehe

Aug 6, 2008

BUZY

Ogos memang bulan yg buzy utk taun nie. Taun sblum nie, takde le sgt smpai cmnie. Taun lepas, bulan ogos, aku dpt peluang jelajah satu semenanjung Malaysia utk war-warkan kpd dunia yg kita dh smbut 50 tahun merdeka. 3 minggu hidup di atas jalan...mmg best.

Tapi tahun nie, buzy nye lain sikit. aku still kat KL. cuma event yg datang, semuanya berturut-turut.

  • 10/08/08 - 12/08/08 ---- aku kena pi Sabah utk melawat pangkalan hadapan operasi angkatan tentera di sana. Tadi baru aje balik briefing. dapat ration mkanan, baju loreng topi loreng, kerusi apa tah...beras pun ada jugak..so, stay tune guys in my kaki travel blog for da pic. (kakiaku.blogspot.com)

  • 12/08/08 - 23/08/08 --- aku terlibat dengan event MAHA di Serdang. As a Penerbit penyelaras dan juga pelapor dari lokasi, dan juga ini merupakan event yg terbesar yg selalu unit aku uruskan, wajiblah memakan masa seharian aku di sana. Yg pastinya, tak sempatlah aku nak berintenet sepanjang 2 minggu ini. Maybe kalau ada chance pun, maybe malam la..bila aku balik ke office.

  • 23/08/08 - 24/08/08 --- Pada tarikh ini, aku join Treasure Hunt anjuran PENYIAR. Mencari harta karun ini akan bermula dari Angkasapuri - Air Keroh, Melaka. Penyertaan hanya RM210.00 bg staff. (p/s - aku dapat free utk join. yg pasti kabel kena baik la...)

  • 30/08/08 - 31/08/08 --- Pada tarikh wajib ini, sudah pastilah ulangtahun KEMERDEKAAN negara kita yg ke-51. Dan sudah pasti aku juga akan turut terlibat utk memberi laporan live from da location. Memandangkan unit aku sudah digabungkan. maka ada lah peluang aku utk join sambutan Merdeka tahun ni. Selalunya, aku tgk dekat TV aje lah...

Bulan Ogos jugak..ramai kengkawan aku sibuk nak kawin. Tarikh angker yg pasti jadi pilihan comform lah 08.08.08..

  • 03/08/08 --- Nurul budak kolej aku Nikah. seminggu sebelumnya aku dapat SMS dari nombor yg tak dikenali menjemput aku menghadiri majlis Akad nikah dia. Aku tak tahu siapa gerangan penghantarnye. So, bila dibalas rupanya si kecik Nurul. Nikah juga dia akhirnya. Tup tup aje.

  • 09/08/08 --- June bekas officemate aku. Budak nie skrng dh keja kat Suria FM. Dia datang serahkan kad dia bulan 6..harap-harap aku sempat le pegi kenduri dia. Dulu masa aku mula-mula masuk keja, dia banyak gak berdua-duaan dengan aku...hehehhe

  • 09/08/08 --- Lily budak kg aku. Minah nie best freds aku masa time study skolah menengah dulu. Dia juga best frends aku dikala kami balik kg beraya. Sebabnya, kengkawan lain suma dah kawin. So, kitoarng 2 je yg solo, apa lagi..buat le pertemuan sesi bergossip-gossip. Lepas nie, kompem la aku sorang je kt kg raya taun nie.huhu...

  • 10/08/08 --- Useri pilot kat opis aku. Mamat nie diam aje. Dia bakal berbinikan Sarah budak berita radio. Congrat. Tapi maybe aku tak dapat pegi. Tapi aku akan cuba pegi umah Sarah on 090808...tu pun kalau perut aku tak mengeras mkn nasik minyak 2 rumah sebelum itu lah....hehehehe

well guys..Congrat.

for me..just keep buzy wit my on works...and stay focus and not OUT OF MY MIND.

Aug 4, 2008

4 August 2008

Semalam aku baca mag Female. part of camana kita nak sayangkan diri kita adalah dengan berterima kasih kepada diri sendiri dengan apa yg dh dibuat even benda tu kecik aja dan takde makna apa-apa pun. So, today...aku nak start lah..

aku rasa best sgt hari nie sbb:-
  • hari nie aku bejaya gak bangun gie kerja kul 8.30..
  • aku attend meeting pre-production utk MAHA. aku berjaya menjawab segala persoalan dengan takde rasa nervous pun. selalunya..huh..jgn ckp lah. nak bernafas pun rasa susah giler...hehehe
  • gembiranya aku, dh berjaya settlekan pasal hal mini studio. pegi recee tmpat dgn kontractor. dan jawab semua persoalan dgn pro nye.
  • berjaya gak aku tido semalam tanpa syak wasangka event aku sorang2 je kt rumah. selalunya aku nie agak payah nak tido. dan kalau tido pun, mstilah tidur2 ayam je..asyik2 terjaga. kadang-kadang sakit sangat otak aku.

tu je lah setakat jam 4.40 PM..not OUT OF MY MIND yet...

Jul 31, 2008

ANDA NO BERAPA

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb,19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb,20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb,21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb,22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb,23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb,24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb,25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb,26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb,27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

No.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil,rajin, terus-terang, cemburu dalam asaspertandingan, baik hati, peramah danautoriti. Anda ingin mendahului dalamapa jua keadaan. Anda seorang yangberdikari, berkeyakinan dan tidak pernahberada di bawah pimpinan orang lain.Anda akan bercinta dalam usia yang mudatapi akan berkahwin pada usia yangmatang. Anda tidak suka akan orang yangbertentangan pendapat dengan anda. Malahanda juga menyimpan dendam dengan orangyang bersalah dengan anda. Anda seorangyang kuat belanja. Pada masa hadapananda adalah professional dalam kerjayayang anda ceburi. Namun terdapat jugaorang yang kecil hati dengan pencapaiananda. Anda mempunyai keluarga yangbahagia. Pasangan ideal anda adalahno.4, 6, 8.

No..2----
Tak kira apa pun, anda akan disukai olehsemua orang kerana anda berperanankanBulan dan semua orang suka akan bulan.Em....bagus! Anda suka bermimpi siang.Anda kurang berkeyakinan terhadap dirisendiri. Jadi and perlu membuatperubahan ke atas hidup anda. Andaadalah seorang yang sukar diramal keranaanda membuat perubahan berdasarkan masadan keadaan. Anda juga seorang yangmementingkan diri sendiri tetapi andmempunyai bakat dalam muzikal, seni dankomunikasi lisan. Sikap anda sepertibulan yang datang keredupan dan pudarjadi semua orang boleh mengetahuiperubahan anda. Anda boleh menjadiMahatma Gandhi yang kedua kerana cintaakan keamanan. Anda juga seorang yangbertanggungjawab dalam keluarga.Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

No.3----
Anda adalah seorang yang berhati keras,pentingkan diri sendiri, kuat agama dansuka untuk mempertingkatkan kehidupansendiri. Anda mempunyai masalah keluargadan anda dapat mengharungi dengankesabaran anda. Anda sangat pandaibercakap, wajah yang cantik, jadi kemana saja anda pergi anda akan dapat apayang anda inginkan. Daripada hari lahiranda, anda perlu berkerja keras untukberjaya. Anda juga seorang yangmenghormati orang yang lebih tuadaripada anda. Bukannya senang nakmenjalinkan hubungan sama adapercintaan, kekeluargaan ataupersahabatan. Sekiranya anda suka akansikap seseorang itu, maka hubungan ituakan berpanjangan. Anda suka akankebebasan, pencipta di mana ada andaakan membawa harapan, kegembiraan dankeceriaan ke dunia ini. Pasangan idealanda adalah no.6, 9.

No.4----
Anda adalah seorang yang amat degil danrajin. Mungkin anda akan menjauhkanorang lain daripada anda keranakata-kata anda. Anda seorang yangbertimbang rasa akan masalah orang lain.Anda berbakat dalam penyelidikan danseni. Anda akan membantu ahli keluargaatau kawan-kawan yang menghadapi masalahtanpa berfikir panjang. Anda kenaberhati-hati dengan orang sekelilinganda kerana mereka mungkin akanmempergunakan anda. Kawan-kawan andaakan menghabiskan masa dan wang ringgitanda dan selepas itu menjauhi daripadaanda apabila anda dah tak ada nilai buatmereka lagi. Walau bagaimanapun andatetap seorang yang sabar dan tegas.Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

No.5----
Anda sangat popular dalam komuniti. Andaboleh menyelesaikan sesuatu perkarahanya secara lisan. Anda mempunyai akalfikiran dalam menjalani perniagaan.Namun anda terlalu terburu-buru. Andaadalah seorang yang humor di kalangankawan-kawan dan ahli keluarga.Kawan-kawan dan ahli keluarga anda jugaakan minta bantuan anda apabila merekamemerlukan bantuan. Anda bukan seorangyang setia dalam hubungan percintaan.Anda suka perubahan dan kebebasan. Andamempunyai ciri-ciri seorang pengembaradan ahli silap mata.. Anda mempelajarihidup melalui pengalaman. Pasangan idealanda adalah no.1 , 2, 9.

No.6----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidupini. Anda tidak pedulikan apa-apaperkara dan hanya ingin berseronok dalamhidup anda saja. Anda sangat pandaidalam pelajaran dan pengurusanperniagaan. Anda seorang genius, baikhati (tapi hanya orang yang beranggapananda orang baik), mempunyai paras rupayang cantik atau kacak. Semua benda yangbaik akan datang pada anda. Andamengambil berat ke atas ahli keluargadan kawan-kawan anda. Pada pandanganmereka, anda adalah seorang yang murahhati, peramah, adil saksama danmempunyai penilaian yang tajam. Pasanganideal anda adalah no.1, 3, 9.

No.7----
Anda mempunyai daya tarikan kepadasesiapa saja. Anda adalah seorang yangrealistik, yakin, gembira dan merupakanseorang yang genius dalam bidangpendidikan, muzik, seni dan nyanyian.Anda mempunyai masalah sikap iaitu panasbaran. Namun demikian, anda banyakmelakukan pengorbanan untuk keluarga.Anda meletakkan keluarga di tempat yangamat tinggi sekali sehinggakadang-kadang mengabaikan kebahagiandiri sendiri. Anda telah dilahirkanuntuk memberi sumbangan kepada duniaini. Jadi anda seorang yang bagus danseorang yang amat gembira. Pasanganideal anda adalah no.2.

No.8----
Anda mempunyai personaliti yang sangatkuat jadi tak ada orang yang memahamianda. Kepakaran anda hanyalah menudingjari pada sesuatu benda. Anda jugamengalami pelbagai dugaan dalam hidup.Semua masalah ini telah menjadikan andalebih kuat dan tabah. Andamemperjuangkan keadilan. Kebanyakan masaanda telah dihabiskan bersama-samadengan kawan-kawan. Anda seorang yangdisiplin dalam hidup, tidak putus asadan berani. Faktor-faktor ini telahmembawa anda ke puncak kejayaan. Andajuga adalah seorang ahli pasukan,keluarga dan pejuang yang sangat bagus.Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

No.9----
Anda adalah seorang yang sangat tabahdari segi fizikal dan juga mental. Andamempunyai penilaian yang sangat tajam.Anda juga adalah seorang yang sangatdihormati dalam komuniti. Anda adalahorang yang boleh menerima cabaran danberjaya dalam apa jua yang anda buat.Pada usia yang muda anda selalubertentangan dengan ibu bapa anda. Tapiapabila usia anda telah semakinmeningkat anda adalah seorang anak yangtaat dan hormati mereka. Anda sesuaimenceburi bigan kejuruteraan atauperbankan kerana orang lain percaya danyakin akan anda. Anda merupakan modelteladan kepada orang lain. Pasanganideal anda adalah no. 3, 5, 6

Jul 29, 2008

BEAUTY AND DA ....

mizzy N sibuk suruh aku buat benda alah nie. Dia tag aku..aku pun tak paham tag tu mende. So, aku layankan aje lah.

MY FOUNDATION
skrng nie aku suka pakai REVLON. Sbbkan akunyer REVLON yg baru beli dh tetinggal kt kg, so aku pakai la yg MizzyN yg dh cam nak keras tuh. (beb..bnda alah tu bleh pakai lg la..)

EYE MAKE UP
Aku tak kisah jenama apa pun. Tapi aku suka sgt ngan FACE SHOP. dia nye eyeliner best giler. dan aku suka kaler hitam (eye liner). browniesh (eye shadow)..kononnye smooky le tuh.

DAY CREAM
Himalaya range - ini leh benda yg sesuai ngan aku

MY ESSENTIAL LIP PRODUCTS
tak kisah pun..asalkan boleh pakai.

MY PERFUME
L'occitane green tea - aku x reti nak eja. dan juga 3 perfume yang aku beli di Thailand. Nyum nyum

MY NAILS
aku suka kaler yg natural gitu. berkilat je kuku aku.

MY FEET
aku basuh aje dgn apa pun.

MY FAVOURITE MAKE UP PRODUCT
Entah lah. Sbbnye suma make up tak kekal pun kt muka aku...

THREE THINGS TO BRING ON A DESERTED ISLAND
1. Romance novel (must..sigh..sigh...) - boleh berangan beb smbil tnggu SOS
2. Camera - boleh fooling around till da batery last.
3. Spenda - tak nak le pakai spenda yg sama je tiap-tiap arie.

WOMEN I ADMIRE FOR THE BEAUTY
1. Tok aku (nenek) - kulit dia cantik la..jeles aku
2. Angelina Jolie - Sexy ... i like

WOMEN WITH THE BEST SENSE OF STYLE
Of Course la ....Me

MY ULTIMATE BEAUTY DREAM
Nak kuruskan badan skit. Pastu nak buang acne scar....yg lain suma dh perfect. opps..orange skin jugak.

MY FAVOURITE FASHION PUBLICATION
Cleo - ini je mag yg ada kt umah aku. MizzyN suka beli. Layankan je lah.

Total Pageviews