Nov 12, 2012

ANNAPURNA BASE CAMP TRIP (A.B.C) - HARI 1 & 2 (KATHMANDU & POKHARA)

...Hmmm...

Sebelum nie aku ada buat entry pasal keterpaksaan aku menggihkan diri untuk trip trekking di Nepal. so, Masanya dah sampai....!!

(re edit...)

Semalam 6hb/10/2012 sampai kt nepal. 1st time naik international flight kt KLIA, jadi super excited. Siap dok merayau sengsorang kat terminal satelit lagi. Bila sampai kt terminal tu dlm hati dok cakap...."ooooo ini lah tempat kononnya airport dlm hutan tu..."

Flight ke kathmandu dlm jam 850am lebih kurang. Sekali lagi excited naik flight MAS. 4 jam lebih perjalanan x rasa apa selain dari seat sempit. Sebabnya ada film best best siooooot. Lepas 1 film 1 film aku tgk...eh..movie lah.

Bila dah dekat nak sampai, pilot buat announcement " ...di sebelah kanan kita dapat lihat pemandangan puncak Everest..." wooooooo gila lah.


di sebalik awan awan tu...ada puncak gunung tertinggi kat dunia tau...


gila lah tingggi....


Sampai kat kathmandu dlm jam 1200 tgh hari waktu dorang. Kami guna travel agent utk trip kali nie. Ye lah nak trekking naik gunung kan. Sampai je...dah kena kalung bunga. Perghhhh rasa cam menteri lak.

Terus ke hotel. Ok lah...not bad. Yg penting toilet bersih. Ada wifi...

Letak je beg, owner travel agent terus bawak kami merayau kat Thamel. Perghhhhhhh...yang aku boleh ckp, mmg gila babi murah dan banyak lah barang outdoor, pashmina, aksesori bagai...rambang mata weh.

Lepas dah abis pusing, kami balik hotel. Beg kena spot check ngan travel agent tu. Alah...dia nk cek apa yg x lengkap lg...apa yg x payah bawak. Tinggai je kt hotel.

So pastu kami keluar balik. Shopping apa barang x cukup. Beli byk gila. Tapi x abis smpai 300 pun...


acara memilih mana yang berkenan....



Rajin rajin lah belek belek harga...



semua nie tak sampai RM300 beb....


Malamnya...owner travel agent tu blanja kami mkn. Pilih je lokasi mana. Apa lagi...aku terus je excited nk makan kat Anatolia. Restoran beriyani. Halal food.

Kemain krew krew aku yang pernah sampai kt sini dok suggest pi makan kat Annatolia nie. Bila dah try...apalagi. Terus rasa hebatnya nikmat dunia. Sumpah sedap. Sangat sangat sangat....
Haish..


Lauk pauk kitaorang..sedap weh..sangat sedap 





Hari - 2 

view dalam bas... Kathmandu - Pokhara

Sekarang nie aku di pokhara. 6 jam dari kathmandu. Padahai jarak dia dlm 200km je. Sebenarnya trip nie kami di offer naik flight local. Tapi sebab jiwa advanture yang over da top kononnya, kami decide nak naik bas. Guide kami untuk trekking, nama dia Suresh pun join gak naik bas. 

Yang pasti, MasyaAllah sangat jalan dia. Gerun jangan cakap lah. Sebijik macam dalam cita hindustan zaman dolu dolu yang part adegan kejar penjahat kat lereng bukit, jalan simpang siur tu. Takpun sapa pernah tengok dokumentari pasai Deadliest Road, hah...camtu lah jalan dia. Tak tipu. 

Dah lah driver bas tu bawak laju plak. dalam hati, kalau brek tak makan, jatuh gaung, conform meninggal terus...mau mayat aku hilang kat lereng bukit. 


kalau silap letak tangan kat luar, mau hilang sebelah rasanya...


himpit setepi tepi yang boleh...



inilah jalannya, seraaaaaam.....


Pemandangan memang superb. Cantik. 







Sepanjang perjalanan 6 jam tu, dia akan berenti kat certain-certain tempat je. Kalau nak kencing sangat-sangat sila lah tahan. Dinasihatkan jangan lah minum air banyak sangat kalau pundi kencing korang cap ayam. 

macam aku, kononnya takut dihydrate, minum mineral water setengah botol besaq. tu baru separuh perjalanan. Lepas tu ambik kau, dah lah jalan lubang-lubang. terhentak hentak...terkemut kemut lah menahan kencing. huwaaaa....perit weh. 

Bila dia dah berenti kat toilet tepi jalan nie, ada 2 jenis. 1 yang pintunya hanya plasti besar yang dah  berlubang-lubang, mangkuknya hanya tanah yang di korek. Dan 1 lagi tandas proper, tapi takdak air. Air kat tong luar. tahap hancingnye nye toilet tu sampai boleh koma. tapi sebab nak kena gak let go, so tabahkan hati...bila dah setel, dia nye busuk makin menikam nikam masuk hotak. menggelatar nak zip seluar beb...ini cerita betul. 

tapi toilet tempat tempat lain, bersih lah....takde lah horror sangat. Tahap-tahap ok sikit dari toilet puduraya zaman sebelum sekarang nie....


Oklah...nak tdo dulu. Kemas apa yg patut.  

Esok start kaminye trekking ke Annapurna Base camp selama 10 hari...wuuu


Out of my mind super excited...wish me luck guyz...aku perlukan segala positif vibe utk trip nie.







apa mau makan??? silalah ambik dengan harga RM6.20 


mau panas panas pun ada.....


100 rupee bersamaan RM4.00 lebih kurang...
silalah pilih ikut bajet anda..


aku rasa ini ikan kering. Kemain lagi dorang dok membeli. Sedap agaknya. 



nie makanan time pit stop aku. Vegetarian burger...
roti kering macam hapa, tapi inti dia best....


barang-barang dari Malaysia. 

  
hello hectic Kathmandu....


 










Thamil Road


Thamil Road






















ini Tom Cruise....


Kathmandu... 

Sep 13, 2012

JONGGING OH JONGGING !!

....Hmmmm....

Dua tahun lepas, aku dah pernah jongging. Seminggu dalam 2x. Mula-mula dengan bestie si MizzyN. Lepas tu bertambah lagi seorang, Yuyue...pastu tambah lagi sorang, Syad. Seronok gila dapat jogging ramai-ramai sesambil gosip. Pastu mulalah dok lumba sesama kami. 

Kami mampu maintain dekat 2 bulan gak bejongging. Pastu masing-masing sibuk dengan comittment. Komitmen lah sangat kan. Tapi semangat nak jongging tu tetap ada. Semangat tanpa usaha takdak guna kan. Last-last tinggai hangat-hangat taik ayam je. Tambah pulak pastu MizzyN dah pregnant...Syad dah masuk gym...yuyue asyik sibuuuk je....aku nie lak jenis paranoid nak pi sorang-sorang. Akhirnya...terkubur...

Memandangkan aku buat decision membuta tuli nak ke Nepal, tepaksalah aku start balik dari awai untuk aku fit kan diri aku. Masa mula setuju nak ke Nepal tu, aku fikir just jejalan santai-santai tengok culture je. Sekali minah yang aku nak follow nie nak pi trekking. Pastu aku tanya abang-abang krew yang dah naik everest, trekking kat sana macam mana....yang diorang cakap. FIT FIT dan FIT!!!

Maka, bermulalah rutin harian berjongging. Lokasi kat tasik perdana. Lucky me, besfrend jantan aku tu rupanya dok siap sedia diri dia nak naik gunung kinabalu, dan aku pun ada partner lah untuk jadi fit...yeaaaa....



Nie lah laluan yang bakal ditempuh. Rasa cam nak pengsan dah nie. 



Nanti nak amek pic kat sini....eh nak instagram. 



Inilah pit stop last. Aku haraaaaaaaaap sangat aku mampu sampai jugak kat atas nie. 



Balik je dari kampung lepas raya, aku gigihkan diri pi jongging. nak start balik perit beb. perit nak mati. So, aku banyak jalan je...jalan dah 500m, tapak kaki cam berapi rasa. Ye lah pakai sport shoes yang tak sesuai. pastu macam ketak sikit. Blister pulak dah dekat anak kaki. haish...dugaan sungguh. Minggu 1st tu, 2 hari aku pi...lepas tu weekend naik Broga. 

Minggu dua haram aku tak buat apa-apa. Bila nak pi..hujan. Bila tak hujan...bizi pulak. pastu weekend takde partner nak naik Broga. 

Minggu nie start balik dari mula. Hari selasa..pakai lagi kasut lama. gigih jugak banyakkan berlari dari berjalan. Tapi berjalan jadi juara. Kasut fail. Pastu habis je jogging terus ajak partner pi cari kasut baru kat midvalley. Dalam hotak dah dok membayangkan kasut cun cun kat butik NIKE. takmau jenama lain...nak NIKE gak. 

Lepas survey harga kat sport outlet. Rupanya kat butik NIKE gak murah sikit. Memula malu gak nak bagitau kat salesperson yang hensem tu aku tengah cari kasut nak jongging. Pastu dah gedik-gedik ambik semua kasut yang ada kat situ, ambik beberapa bijik kasut yang aku bekenan kaler dia, baru aku tanya abang hensem tu. 

Rupanya semua kasut yang aku ambik adalah tak sesuai buat aku ye. boooo....
pastu partner aku lak dengan selamba dia cakap.."dia nie ada knee problems...."

dari kasut yang aku boleh terima kaler dia...terus dapat kaler yang huduh. Sebabnya dia mempunya cushion yang support tekanan kaki dan hentakan. 

Dan Running-running shoes tu semuanya ada tujuannya, ada nak bentukkan muscle lah...nak rasa free x yah pakai stoking lah. Dan dia cakap jangan salah amek kasut yaknie trainner shoes. Kasut tu sesuai untuk gym. tak sesuai untuk outdoor. Gitu pulak. 

Nasib baik tanya. Kalau tak....burn baby burn....mahai-mahai lak tu kasutnya. kalau tak betui beli, tak selesa...jahanaaaaam je duit kan. 


Suka tapak dia...cam best. Kaler dia pun cam yummeh. 



Nie pun cam cun walau aku tak suka pink. tapi sebab tapak dia cantik. 


hakikatnya.....inilah yang sesuai utk saya. 
fitsole. terima jelah. cuma tapak dia purple, body dia putih hitam and little bit purple. 
rasa cam Justin bieber lak bila pakai...



Dah beli kasut mahai, marilah kita gigih berlari dan berjongging. Motivasi tu kan...takkan lah nak perap je dalam keta tu kan. 

Dan semalam dengan rasminya lari dengan kasut tu...perghhhh dah rasa cam champion dah. Siap overdose lagi naik turung tangga kat Tasik Perdana tu. Malamnye...MasyaAllah sakit sangat belakang betis aku. Bangun paginya terus tak leh nak jalan sangat. sebab muscle yang tegang. Takpa, kalau gigihkan hari nie, komfem dua tiga hari, body yang terkejut nak mati nie, akan terbiasa lah tu....manja sangat nie..babab kang..!!

Meh nak kongsi info sikit-sikit..:


Warm Ups And Stretching Are The Key To Avoiding Injuries

The best warm up activity prior to jogging is brisk walking. Spend 5 minutes walking through the terrain at a brisk pace breathing deeply to get your lungs ready for the work out and getting your muscles warmed up for the activity.

(Aku tak pandai warm up yang dok kira 1 sampai 8 tu...slalu pastu lost apa next step. So, aku jalan je sampai aku rasa dah ready nak jongging-jongging anak)



The Right Form To Follow
it’s best to take shorter strides allowing your feet to land on the ‘middle’ portion of the sole moving to transferring weight onto the heel and finally the toe region. Some people, while jogging, take longer strides and land directly on the heel region, which can create more ‘impact’ because of lesser area of contact leading to a higher chance of injury and this movement also causes a braking effect in your stride causing more wear and tear not only to your shoe but to the muscles in your feet region.


 (Ini aku tak tau...slalunya bukan main aku gigh dok bukak langkah besar. Selalunya kita ada target nak lari sampai mana ke mana)


Alternating Between Jogging And Brisk Walking
As a beginner, since your body is yet to adapt to the rigor of running, it’s best that you alternate 2 minutes jogging with 5 minutes of walking. You can steadily increase the number of minutes you jog and reduce the number of minutes you walk, so that in a couple of weeks you are doing 5 minutes of jogging and 1 minute of walking. By the fourth week your body should feel adapted to jogging so you can do a steady 20 minute jog without any break for walking (of course it’s important that you always start your jog with 5 minutes of walking for warm up, no matter how veteran you become at your running skills).


(Ok lepas nie takleh kondem diri kalau tak larat nak lari. Kononnya fail sangat-sangat sebab termengah mengah macam lembu kena sembelih. rupanya ini normal...)


Increasing Your Mileage, And Intensity
The first two or three weeks are for your body to adapt to the practice of jogging. During this time, just focus on getting your form right and getting your body acquainted. You can do a mile, or a mile and half, initially, for the first two weeks, while you get used to this work out. From the third or fourth week onwards you can start incrementing a mile every week or half a mile increment every 3 days (I believe the latter is a better option). If you do this, in a couple of months you should be able to run for 40 minutes without a break, taking in 5 miles with ease.


(ok...dah faham...jangan nak paksa diri sangat....)

What Should You Wear For Jogging?
A good pair of ‘light weight’ running shoes is a must, so that you don’t injure your feet during this high impact workout. A low quality running shoe can give you a shoe bite and also create an internal injury owing to improper cushioning. Women should invest in a good quality sports bra, as a mandatory requirement, to avoid injury to their back, while also ensuring a comfortable run.

(MOTIF UTAMANYA MESTI TAKUT BREAST LONDEH SEBELUM WAKTU...OH NOOOOO)


What Is The Best Time To Jog?
If you have the independence to choose your workout timings, the best time to jog would be towards between 5-7 pm. During this time your body temperature is at its highest, your muscles are warm, your body has higher energy levels (from your breakfast and lunch) and your lungs are functioning at a higher efficiency. You naturally feel more alert and aware, so it’s easy to motivate yourself at this time than early in the morning when your brain is sluggish. Since your muscles are far more supple at this time of the day, you can exert yourself towards higher intensities without running the risk of injury (as you would early in the morning).

(bangun pagi...oh nooooo...not for me. So, masa aku pi jongging nie sesuai sangat lah...kan kan kan. )


Lebih-lebihnya korang boleh lah baca kat link ini. iamnotobese

OUT OF MY MIND pasal knee problem nie....haish. Nak kena pi check doc agaknya. 

Sep 10, 2012

BROGA AGAIN


Last week naik lagi Broga. 
Dari 45 minit sebelum nie, kali nie dah jadi 30 minit sampai ke puncak atas. 
Dengan berhenti sebanyakl 3x je sepanjang naik atas tu....

Masa turun adalah 18 minit je dah sampai dekat keta. Non-stop turun. 
Kelas kau jah...!

Buruk kan kasut tu...tapi puas hati dengan performance dia.  





ASID

...Hmmm.....


"Jaga-jaga beb dok lepak dengan suami orang...bukan risau bomoh-bomoh ke apa ke. Tapi risau kena simbah asid kat muka..."

Dup...apsal lah kengkawan aku nie mention benda asid nie. Terus paranoid.
Tapi memang betul apa dorang cakap. Hawa nafsu yang cemburu mampu menjadikan orang buat apa je pun.

Thanx korang atas reminder tu.
Selama nie aku tak pulak pikir sejauh tu. Ye lah suami orang tu best friend aku.

OUT OF MY MIND nieh...sumpah. 

Sep 4, 2012

FIFTY SHADES OF GREY

Apalah yang nak di hype kan sangat pasal buku nie.
tak lebih dari cerita ala ala cam twilight je. dragging. tak best pun...
BDSM? 
takde apa pun sangat...biasa-biasa je. Aku pernah baca novel yang lagi detail dianya description pasal sex part tu. sangat sangat detail. Nasib baik sewa je buku nie. tak hingin aku nak buat collection. 

Oh sekarang nie kat internet  bukan main dorang dok vote siapa yang sesuai bawak watak christian grey dengan si apatah nama pompuan tu. 





PERFECT 10!


hidup itu perfect...
lagi perfect bila ondaway kamu nak keluar rumah...
kamu dah lock main door..
kamu cari cari dan cari kunci rumah...
rupanya sayang.....
tertinggal kat dalam...
hidup tu kan perfect...


Total Pageviews