Apr 16, 2012

OUT OF MY MIND

...Hmmm...

Menjadi penerbit sesebuah program bukan senang sebenarnya. Tanggungjawab besar nak mati. Tambah tambah kalau semua tannggujawab semuanya nak kena letak di atas bahu yang makin menunjukkan tulang temulang ini. 

Paling aku cuak, bila lokasi tak setel-setel. Memang pening kepala gila lah. Balik rumah hati tak tenteram. Macam aku buat program travelog. Melibatkan artis pulak. Memang ada kala boleh naik gila. 

Untuk 1 episod, aku kena cari 4 lokasi paling kurang untuk shooting. Mesti ada aktiviti yang menarik nak di highlight. Tambah pulak aku lah penulis skrip, aku lah penyelidik, aku lah editor offline, akulah tuan director, akulah jaga kewangan, aku jugak jadi manager artis. Amacam, cukup gila kuasa tak? Kat ending kredit tu, nama aku je penuh....

Keuntungan aku bab-bab lokasi nie adalah sebab aku bukan produksi luar. Senang sikit nak berurusan. Tapi yang tak senangnya kalau sesetengah tempat tu mintak dikenakan bayaran. Sedangkan kita  nie promote tempat dia. Kalau dia nak beli iklan kat tv, matilah kau nak bayar beribu ribu ringgit untuk 30 second. Nie kami dah offer masuk tv 2 minit, lagi mau charge ke. part nie, memang kena mulut manis gila lah.....tapi aku takde taik lalat di bibir, payah gak. Tapi bernasib baik digunakan multi skill untuk bertukar jadi gedik....

bab artis pulak, memang agak payah jugak nak cari. Tambah sekarang nie semua artis yang top top sibuk nak masuk realiti tv. Dah 1 hal sebab diorang terikat dengan shooting realiti tv tu....tak boleh ke mana-mana. pening weh....2 realiti tv yang betul betul menjual nama artis besar. Haish...

Mula-mula jadi penerbit. Aku jadi nervous gila nak shooting. Ye lah, aku takda ilmu broadcasting. Lepas tu nak deal dgn artis. Kalau yang tak top, ok lah, boleh lah aku handle....tapi kalau dah sebut je nama orang dah tejegil bijik mata, aku pun takut. Bukan apa, diorang konfem dah biasa dengan penerbit yang pengalaman, yang dah tau apa nak buat. Aku lak...dok terkial kial lagi nak trial error.

Caranya satu je, jangan bagi tau kata kita nie cetek ilmu....
bagitau je kalau ada idea, kongsi kan bersama....

Sekarang nie aku tengah pening nak setelkan hal shooting dekat sarawak.
4 episod pulak tu. 

OUT OF MY MIND

Apr 15, 2012

NOTA COMEL

...Hmmm....

Dulu...
dulu masa baru ting. 1. Sekolah sesi petang.
Sesi pagi ting. 4.
meja aku, abg senior yang punya.
nama...Kasturi...ini memang nama sebenar.

Dia pernah tunggu kat luar kelas semata mata nak tau siapa kongsi meja dgn dia.
Lepas tu....dia start berani hantar nota nota comel...
waaarrrrggghhhh......
apalah mampu seorang berumur 13 tahun yang tak reti erti cinta nak buat.
period pun terkial kial lagi nak paham kan.

aku jaja nota nota itu....
lepas tu...nota pun terhenti diterima....
hah...pandai lagi nak ngorat budak tak cukup umur.

apalah kabar Kasturi sekarang eh...

OUT OF MY MIND sengeh sorang....

Apr 9, 2012

RANDOM






SOURCE: 9gag

UMRAH PULAK

...Hmmmm...

Tetiba rasa nak buat umrah hujung tahun nie...
So, nak kena menabung dari sekarang lah...

so, kena buat simpanan lebih daripada biasa lah....
ohhhhhoooo.....

OUT OF MY MIND nak kena berdisiplin menabung....

Apr 2, 2012

JANGAN CARUT DOSA TAU

....Hmmmm...

takdak carutan yang mampu buat aku tenang sekarang nie....

diahdwecwebooweiowexunwafunpxoflbueruecupxwnu892947209323u98ryreuwxh87wb6rx921030910-3i##@#$$^^&*(()))IJJHHY&W)W)QIWOISIHs dhwceufbfr3dnrxwe9wmeoe

ok, mari lah kita tidak mencarut kerana carutan itu tidak mampu menolong kita.

Oh fuck.....so daym fukadooo dooo...
Cuti aku tak lulus. babi!

out OF MY MIND SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT DAH NIE

Mar 26, 2012

NAIK PANGKAT?

.....Hmmm....

8 Tahun dan kerja kat jabatan nie. Pasal Tv & Radio boleh tau sikit-sikit. Tapi, aku tak pernah langsung di offer nak di naikkan pangkat. Nak kata prestasi out...tak pulak..tip top je.

Tapi sebab last week aku oustation dekat 2 minggu. Aku telepas untuk isi borang kenaikan pangkat. Dan tak di offer pun untuk isi borang tu. Padahai syarat dia untuk orang keja lebih 5 tahun dan prestasi tip top.

Tadi, aku nekad....aku jumpa boss. Dengan tebalkan muka aku cakap aku nak apply kenaikan pangkat tu. Sebabnya aku dah kerja dekat 8 tahun.

Aku tak minat langsung pun untuk naik pangkat jawatan eksekutif nie. Sebab takde OT. Keja cam taik. Aku lebih suka naik 1 anak tangga je. Sebab OT lebat. Tapi dalam situasi sekarang, takde lah lebat mana pun. Yep, aku materialistik. Keja kat KL beb, kenalah materialistik sikit.

Tapi tadi...dengan nekad, tekadnya....dan boss aku pun muka agak besalah jugak kerna katanya terlepas pandang, suruh aku hantar permohonan kenaikan pangkat tu.

Alah cuba je lah.
Tak dapat pun, at least aku bleh cakap...aku dah apply jawatan tu..tapi tak dapat.
rezeki tu kan di tangan tuhan....

OUTOFMYMIND dengan tujuan utamanya adalah nak tau saya layak atau tidak saja...tidak sungguh-sungguh pun. 

Mar 25, 2012

KENA SUPPORT HOLLAND LAH PASNI

...Hmmm....

ini lah barang yang paling berharga sekarang nie...
Jersey kaler oren tu...
_*v*_
thaaaaanx sangat sangat sangat sangat....

OUTOFMYMIND tidur peluk baju lah malam nie.....

Mar 24, 2012

LAMBAT LAH YOU....(VIDEO)

bila dah shooting sampai dekat 2 minggu. Tanpa henti. Dari pagi sampai malam.
Semua pun masuk air.....


OUTOFMYMIND kan.....

Mar 15, 2012

SINI BUKAN RUANGAN GOSIP. GO DIE PLZ.

...Hmmm....

ini adalah cerita tipikal seorang melayu yang cuba menjadi makcik kepoh.

Kawan saya berkahwin dengan suami orang. 
Dorang dah kenal dah lamaaaa sangat...
Mendapat restu pun dari bini pertama. 
Menapat restu gak dari keluarga 2-2 belah pihak. 
so, takdak masalah lah kan.

tapi....

Cerita nie menjadi hot. Ye lah, bukan selalu orang yang kita kenal kawin dua. Selalunya kawin duda. 

Relationship aku dengan minah bermadu nie - kawan baik lah. Boleh kata banyak cerita dia aku tau. Kitaorng selalu travel sesama. Tapi semenjak aku dah tukar department nie, kurang sikit lah kitaorng bercumbu mesra. Tapi takde lah sampai tak update kehidupan memasing.

Nak jadi cerita, sepanjang dorang nak kawin nie, macam-macam-macam-macam cerita aku dengar. Dan aku sendiri pelik dengan cerita-cerita yang disampaikan nie. Bayangkan, nuuuuun jauh kat pantai timur, tak kira siang malam, sibuk nak begosip dengan aku pasal pasangan nie. Hek eleeeeh...tak paham aku.

Aku rasa aku tak jumpa kawan aku nie ada lah dekat 3 bulan, tapi macamana cerita kononnya dorang dah kawin 2 taun lepas kat siam jadi sebutan? Kawin sebab tak dapat restu lah. Sekarang buat kenduri sebab dah mengandung lah. Si laki selalu turun KL jumpa dia lah...dia bini no 3 lah...macam-macam lah...

Tak sanggup aku jadi kawan aku. Banyak betul cerita dia kena terima. Tu tak teramasuk tomahan lagi....pergh...aku guna perkataan tohmahan beb....huhuhu.

aku dengan sarkastiknye menjawab gak...eh, dia pergi surabaya dengan saya, takde pulak dia cakap apa2...pelik gak...takkanlah berhari-hari kitaorang kat sana, dia tak nak bukak mulut langsung kan. 

itu satu hal...

ini dah selamat menikah. dah selamat semuanya...dok ada lagi mulut cirit ayam nak gosip lagi. hello...u nak gosip dengan salah orang lah beb.

siap tanya..."bila akad nikah sebenarnya..." "meriah nampak majlis...banyak dapat sponsor lah tu..."

mak bapak...apa masalah kamu dengan pasangan nie...dia rampas laki kamu ke. kalau ye pun anti dengan poligami, tak payah lah melampau sangat...diam sudah. Keluarga diorang takde hal..kamu pulak yang over.

aku ni yang drive 8 jam nak sampai kenduri pasangan nie, harga hantaran dia pun aku tak tanya tau. 

Lantaklah diaorang nak buat apa pun sebelum nie. Dah kau sendiri kata diorang dah nikah 2 tahun lepas, dia datang KL selalu pun, nak jumpa bini dia kot. Apa masalah kau...tak paham aku.

Hentikan lah. Kamu patutnya mendoakan kebahgiaan dia. Ini tak...melayu sungguh perangai kamu. Kamu pulak yang lebih overdose meloncat loncat macam kera kena belacan. Padahal pasangan nie, tak kenal sangat pun kamu....sedih lah kamu nie...

OUTOFMYMIND ....

Total Pageviews