May 16, 2010

MID LIFE KRISIS

...Hmmmm.....

Makcik saya cakap...
idup saya sebagai seorang yang single mingle lagi best...
nak buat apa pun tak kesah.
Tak mau mandi 2 hari pun takde sapa nak marah.
Nak bangun lewat sampai kul 5 petang pun...takde sapa yang heran.
Body orang single adalah untuk dirinya sahaja....(ini statement nak gelak..)

Pendek kata...
makcik saya cakap..tak payah lah saya gatai nak kawin muda.
Padahal makcik saya kadang-kadang lupa, umur saya sebenarnya sudah tua...cuma hati saya saja muda. camna tuh..??

Tapi apsal lately nie entry saya berbaur pelik dan semacam ye...?
saya pun kurang pasti...apakah yang terjadi sebenarnya kepada saya?
mid life krisis kah...??

saya tau kenapa saya semakin melankolik...sebabnya best friend saya lagi 2 bulan nak tinggalkan saya. Nak masuk alam rumahtangga. Saya sangaaat jeles dengan dia. Saya cuba sedaya upaya bergumbira untuk dia. Memang saya happy sebab akhirnya kata-kata saya dia dengar. Bukan apa..saya suruh dia kawin cepat, sebab saya rimas tengok dia dating macam orang yang tak pernah jumpa pasangannya selama sebulan...padahal..tiap-tiap hari tuh dating.



Kami sgt suka camwhore time saya tgh drive.
bestie saya tau, saya tidak boleh mantain my overdose cuteness while driving...

Tapi jangan risau...jeles saya adalah sebab lepas nie saya tak serumah dengan dia dah. Tak boleh dah nak pukul-pukul manja dia. Tak boleh dah nak marah-marah dia cam orang gila sebab dia buat benda tak logik. Dan dah takde pendengar saya menceceh bagai nak rak luahan hati saya.
Yang paling penting...dah takde orang nak kongsi bayar duit minyak kereta saya....arghhh. benci.!

OUT OF MY MIND bila saya dah malas dah nak cari bestie baru....

May 15, 2010

CAMNA RASANYA YE?

...Hmmm....

camna eh rasa kalau betul-betul falling in love. Sebab aku nie romantic novel buff. MILLS & BOON ngan Historical Romance yang kat cover depannya seksi-seksi belaka - adalah bahan bacaan utama aku.

Kalaulah aku merefer perasaan aku base on cerita-cerita dalam novel tu dan jugak perasaan-perasaan yang di alami oleh watak-watak heroinnya, aku rasa aku tak pernah ada perasaan camtu kepada sesiapa pun.

Dan....aku setiasa berangan nak falling in love style dalam novel. hahahaha.
Mesti best...boleh cerita sampai ke anak cucu.
Tapi...ini real life lah.
so terimalah kenyataan.

Aku tertanya-tanya camna perasaan falling in love tu sebab, kalau aku jumpa seseorang - tapi takde perasaan berdebar-debar or butterfly in da stomach, aku akan ignore je orang tu.

Tapi kalau perasaan gembira bila jumpa orang itu, tapi takde jugak rasa rama-rama dalam perut - aku akan pay attention lebih sikit. Dan perasaan nie semuanya berpaksikan novel romance yang aku baca...huhhu. sadis kan.

So...sebetulnya, bagaimanakah rasa perasaan falling in love itu?

OUT OF MY MIND tak...?

May 13, 2010

AKU BUKAN WAKIL U.N

...Hmmm....

Betul orang kata, hidup single lagi best dari kenal banyak orang terutama lelaki. Aku selama nie kenal laki yang sangat bertenang. Konflik pun sebulan sekali je. Tapi sekarang, ramai giler laki aku kenal. Dah la tu...semuanya emosi..mak aih, kalah pompuan. Penat aku.

Dari dulu lagi, aku merasakan macam ada magnet je dalam diri aku nie orang nak luahkan perasaan. Aku bukanlah pendengar yang baik. Malah aku bukan pemberi nasihat best pun. Tapi semua ni, orang tak pernah kesah. Mesti nak cari aku...nak cerita masalah masing-masing. Kadang-kadang yang buat aku makin stress bila aku rasa aku pulak yang jadi penyebab dorang gaduh-gaduh bagai. Padahal...aku diam je. Yang banyak aku luah perasaan aku pun...hanya kat MizzyN.

Kengkadang aku rasa cam aku nie duta UN pulak...
dan aku rasa aku sesuai bukak klinik jiwa-jiwa. laku nieh.

Tapi aku paling kesian kat kawan aku yang sorang tu...tiap-tiap hari tabahkan hati mendengar aku menceceh....

OUT OF MY MIND bila mulut aku lenguh sebab banyak becakap...kalah bebelan aku masa aku keja kat radio dulu.

May 9, 2010

BENCI...DIA DAH TAU BLOG AKU.

..Hmmm...

Aku kat Perhentian.
Benciiiiiiiiiiiiii..............sebab Amer dah tau blog aku...arghhh. tensen
kepada Amer...sila jangan sebarkan kepada orang ramai pasal hal nie.
Aku tak suka orang yang satu office atau officially kenal aku, tau kata aku ada blog.

tolong ye amer...tengkiu adik...sayang kamu...!!

OUT OF MY MIND cam nak cekik-cekik je budak amer nie.......hish. camna la dia boleh cari jugak.

May 4, 2010

SKIRT PUNYA HAL

...Hmmmm....


Bila pompuan gebu yang hot pakai skirt datang office.
Pastinya menjadi gegaran buat makcik-makcik.
Tapi pakcik-pakcik pastinya tersenyum lebar...
hahahaha.
Yang pastinya....kaki gebu itu bukan milik aku.

OUT OF MY MIND bila tengah hari, dia kena nyorok dalam kereta, sebab satu building menunggu kedatangan dia...kononnya nak menyaksikan sendiri skirt hitam yang cantik ini. Kalah celebriti famous kat tempat kita tu nok. hahahahaha.

BROADBAND OH BROADBAND

....Hmmm....

Tika ini aku sedang menyiapkan diri untuk pergi shooting kat Pulau Perhentian. Membawa seorang artis tanah air yang memang kalau disebut namanya...orang yang suka tengok filem, akan kenal...Dia seorang perempuan. Kecik molek. Menang banyak jugak anugerah.

Harapan aku...tiada apalah yang tah apa-apa terjadi. Terjadi itu adalah bila mulut aku sama naik dengan tangan aku ye....

Oh ya...hari nie jugak aku akhirnya membeli Broadband setelah sekian lama berkongsi dengan MizzyN dan juga selepas di terminate hasil perkongsian itu, menumpang ehsan dari MizzyN dan tunangnya.

Yelah...siapalah aku untuk meneruskan episod kongsi dengan dia selama-lamanya. Lebih baik dia kongsi ngan bakal hubby..lagi senang kan. Mizzy N cakap, ini episod aku mula nak menjarakkan diri aku. Bukan camtu...

Aku tepaksa mempunyai Broadband sendiri sebab....aku nak online tiap-tiap malam untuk berchatting dengan kawan aku....hahahahaha.



Adakah dugong akan terdampar lagi...
ataupun paus yang bakal terjerat?


OUT OF MY MIND bila aku mempunya Broadband...tapi tak mempunya laptop, desktop dan apa-apa yang berkaitan dengan komputer yang aku boleh cocok Broadband aku nie. Haih...pinjam ngan minah tu lagi lah. Nanti dia dah kawin, aku cocok lah dalam telinga aku je menatang nie...huhuhu

May 2, 2010

KONSERT ITU BUKAN UNTUK AKU

...hmmm...

Semalam aku gatai sangat nak ikut MIZZYN ngan tunangnya tengok konsert Double Trouble. So, ikutlah aku dengan berkoyan-koyan maknusia memenuhi Indoor Arena Bukit Kiara.

Aku bukanlah peminat hard core Wings mahupun Search. Kalau buat kuiz pasal dorang nie, aku mesti jawab 2 soklan je betul dari 10.

Aku adalah seorang maknusia yang sangaaaat tidak suka tempat yang ramai orang. Aku jadi lost dan tak tentu arah. Beberapa perkara bodoh jadi masa konsert nie pada diri aku. First sekali pastilah tidak boleh bawak masuk camera. Aku jadi hairan, DSLR tak dibenarkan bawak masuk...Tapi yang bawak video cam, camera dgital yang kecik yang canggih manggih lagi dari camera aku, lepas pulak. Hairan...

Yang pastinya, kalaulah aku nak amik shot yang baik sekalipun, ia agak mustahil...semua peminat berani mati group-group nie bagai nak gila buat aksi tolak menolak. Head bagging bagai. Dan pastinya...sangat sorry aku nak serahkan kat korang camera aku. Kalau ada jaminan RM6K...ok fine....kalau tak, sorry beb. Bukan camera je tak boleh bawak..air pun tak boleh.

Pastu..bila dah start show..aksi tolak menolak belaku. Kitoarng memang terkepit kat tengah-tengah alam. Bila dah start dalam 3 lagu...aku dah mula rimas, peluh dah mencurah-curah. Aku dahaga nak mampus. Aku ajak MIZZYN keluar...nasib baik dia nak layan aku. Thanx a lot my friend.

Part nak keluar satu hal...laluan exit masa konsert berlangsung..satu sahaja. Di ulang - 1 sahaja. Time tu bukan aku je nak keluar..ramai lagi sebenarnya. Orang sangat-sangat ramai dan kusyuk sangat tengok konsert, dah tak peduli kat orang lain dah. Aksi tolak menolak sampai terpenyek dan jugak sesak nafas terjadi...bayangkan nak naik tangga yang tak sampai 10 tu pun, 30 minit jugak gaduh...gila. Aku membayangkan...misallah jadi sesuatu dalam indoor Arena tu...mau semua mati kena pijak lah.

Bila dah dapat keluar...ngupanya ramai yang tak dapat masuk..kesian. Dan aku takmau dah pi konsert camtu.Tapi janganlah serik ajak aku...tunggulah aku cakap taknak dulu...ok.

OUT OF MY MIND bila kena raba...arghhh aku dah tak suci. Benciiiiiiii...!!



Apr 30, 2010

2 HARI TANPA TIDUR

.....Hmmm....

Masuk hari nie, jam ini 3.41 a.m pada hari jumaat...sudah 3 hari berturut-turut aku bermalam kat ofis. Puncanya editor aku kena demam denggi. Kena admit hospital. Bila seorang je yang buat kerja nie...bila dah jadi keadaan darurat camni, memang sakit. Dah la program aku nie weekly...siaran untuk sabtu nie. gila.

Jadi, solutionnya, kami terpaksa mengupah editor luar. Bukan editor lain tak boleh buat, tapi semuanya ada tugasan masing-masing. Semuanya nak kejar dateline. Memandangkan editor bidan terjun nie boleh kerja time malam je...so, aku pun terpaksa lah korbankan time aku.

Dan secara seriesnya...aku dah tak tidur selama 2 malam. Ye lah, aku sampai umah dekat kul 6 pagi. Pastu...kul 900 pagi, phone aku dah start bunyi. Camna nak tidur dengan aman.

Sekarang nie...aku dah turun 4kg akibat keletihan. Makan hanya sebungkus roti sardin 80sen. dan minum air 5 gelas serta panadol sebijik. Deria rasa dan sakit...semuanya dah tak ada feel. Tangan pegang apapun dah tahap menggeletar. Apa orang cakap...aku totally blank.

OUT OF MY MIND to da max. Aku tengah memikir camna aku nak balik kejap lagi nieh. Aku dah tak mampu nak auto pilot drive sekalipun. Untuk tidur, aku perlu katil aku jugak...suasana yang aku percaya dan selesa...hmmmmm

Apr 28, 2010

JANGANLAH SUGGEST DIA JADI FRIEND FB AKU..AKU TAK MAU!

...Hmmm.....

Oh no...
ada orang sudah suggest seorang friend yang paling aku nak elak dalam facebook aku...
sangat mimpi ngeri......ngeri sangat.

Kalau aku add orang ini, pastinya idup aku tak akan aman sampai bila-bila. Pastinya keluarga aku di kampung jugak pastinya akan call aku serta merta. Pastinya setiap kali ada family gathering, aku akan dijadikan bahan tah apa-apa....no way joze...no way aku akan add dia....

Ada ke diorng suggest aku add adik nenek aku yang ANDALUSIA utk jadi friend aku. Bukan sebab dia ANDALUSIA, aku tak mau add dia...tapi sebab dia nie menyeramkan gila bila bab memotivasikan diri orang lain, bab mengepohkan diri dia dalam hidup orang...no way aku akan add dia. Gila ke hapa...cari pasal.

Kang habis gambaq terseksa aku dia tengok....(macam lah ada kan...). Kang tah apa-apa dia komen kat aku nya wall...

Sebelum nasik jadi bubur, dan aku tepaksa lari nyorok duduk bawah tempurung...lebih baik aku Ignore dia..dan buat-buat tak kenai...

OUT OF MY MIND oooo, kalau diingat masa aku mula-mula nak hidup kat KL...dia mula cari keja untuk aku...weekend lansung aku tak boleh keluar sebab kena jadi maid kt rumah dia.

Bila aku sebut maid...memang betul-betul dia buat aku cam maid. Dia duduk lepak atas kusyen, pastu dia arah-arah aku buat keja rumah...kalau ada yang tak kena, dia suruh buat balik. Iron baju lah..mop lantai lah..cuci toilet lah...pendek kata, mak nenek lah aku kena buat keja. Tiap-tiap malam, aku kena tidur pukul 10.00 malam. Tengok tv, dia yang pilih channel..tak boleh sebarangan. Padahal masa tu aku dah umur 23 tuh...gila apa.

Penah satu ahad tu, aku tak nak ikut dia pergi satu tempat nie, sebab aku nak jumpa kawan aku, dia boleh buat perang saudara ngan aku...sabaq je lah.

Masa tu gaji aku keja receptionis RM900..gila banyak. ye lah baru keja kan. Tapi, monthly aku dapat dalam RM600 je. Boss aku cakap, lagi RM300 dia kasi kat sedara aku nie, sebab sedara aku nie cakap dia nak tolong simpankan untuk aku sambung study kat oversea...ok fine..logik. Pastu dia cakap kat boss nie, aku tak pandai simpan duit. boros..aku tau la, boss tu kawan baik dia. Tapi tak payah la drop my waterface kan...malu gila aku time tuh.

Tapi..bila aku dah move out dari umah tu lepas sebulan aku stay ngan dia dan tinggal ngan sedara-sedara bujang, dia marah gila...Bila aku mintak duit aku balik, dia boleh cakap kata duit tu untuk bayar letrik, makan minum, air ngan sewa sepanjang aku tinggal ngan dia. Gila babi betul punya mahal...adalah dalam RM600...bayaran sebulan tu.

Lepas tu...aku tobat dah nak mesra-mesra, nak mintak tolong ke..apa ke dengan dia. Padahal sedara sendiri tuh. Nasib baik lah aku nie dah jauh dah pertaliannya...cucu sedara gitu.
Konkulusi yang panjangnya.....AKU TAK MAU ADD DIA..!!

OUT OF MY MIND oooo....trauma sepanjang hayat...!!


Apr 24, 2010

KALAULAH KO PILIH AKU BUKAN DIA. TAPI APA NAK BUAT KAN

...Hmmm...

Beberapa bulan lepas aku ada story aku ambik pic best friend aku kan...
So, semalam selepas dekat 3 bulan dan inai di jari dia masih lagi merah aku jumpa dengan dia.

Disini aku just nak cakpa..kalaulah:

  • Kalaulah dia bagitau awal kat aku pasal berita pertunangan dia, pastinya aku akan bantah habis-habisan.....dan aku akan request dia yg dtg pinang aku. (seriesly)
  • Kalaulah dia kenal dulu hati budi wifey dia....
  • Kalaulah dia berfikiran lebih luas dan logik...
  • Kalaulah dia lebih memikirkan implikasi perkahwinan dia kat diri dia lebih dalam...
  • Kalaulah dia tak terburu-buru.
  • Kalaulah dia dengar dan faham kata-kata aku...
  • Kalaulah dia pecaya dengan hanya dia mengenali wifey dia dah lama dari aku tak bermakna dia sangaaaat mengenali perempuan itu...
  • Kalaulah dia mampu bertegas..
  • Kalaulah dia bukan seorang yang sangaat cool dalam membuat keputusan ..
  • kalaulah dia confident dengan diri dia...
  • kalaulah dia yakin dengan aku...
  • semuanya kalaulah....
Tapi sekarang...wahai sahabat - banyaklah bersabar.....sekarang nie ko masih lagi tempoh mengenali hati budi. Mengalah bukan bermakna ko seorang yang loser ya...

OUT OF MY MIND aku sakit jiwa bila best friend aku dibuat begitu...boleh tak aku nak pergi tarik rambut minah tu...arghhhh. spoil my day..spoil my mood.

Total Pageviews