Apr 21, 2010

PULAU SIBU, JOHOR...TERBAEKKK

....Hmmmm....
Align Center

Cuba wind surfing. Instructor tu cakap dalam 2 jam, kompem aku dah boleh belayar pi Indonesia. Sebab lutut aku tak ketaq....hehehehe



Ada kawan beli camera boleh celup air...apa lagi. Habis-habisan lah aku posing kan.



Tujuan sebenarnya kat sana adalah buat keja. Nie black & da geng...
Siaran hujung bulan mei nie...


best giler main wind surfing nie..tak puas tuh



rusa kat sini jinak giler...sua tangan, terus datang. dah la di biar bebas bekeliaran kat area resort tu...memang best lah


OUT OF MY MIND - aku jadi rentung, walau dah pakai sun block bagai...sedey.
camna nak pi dating nie

Apr 8, 2010

GEDIKZ vs COOL

...Hmmm....

Aku selalu pikir:

seorang lelaki yg sangat cool, indie dan trendy - pastinya meminati perempuan yang plastik. Bagi yang tak tau term plastik yang labelkan nie adalah:

  • maintanance tinggi gila nak mampus,
  • cakap gah berdentum-dentam yang berbunyi ala-ala omputih+fondan (fondan adalah sumber inspirasinya dalam gaya berkata-kata)
  • dressing of course lah ala Paris Hilton
  • bimbo dia pun serupa Paris jugak jugak.
  • selalunya fesyen rambut dorang mesti panjang curly-curly kat bawah...ala...macam Miley Cyrus tuh....
  • Selalu bawak handbang yang beg dokter tuh....ala yang selalu gantung kat antara siku ke bawah tuh.
  • Pakai jenama je....Petaling street pun ok...asal nama monokrom jenama tuh.
  • cakap pun gedik-gedik sikit....
  • jalan lenggang kangkung.
  • Agak payah nak jumpa dorang nie makan kat gerai tepi jalan. Port utama pastinya Kopitiam yang mahal-mahal gitu...
  • dan banyak lagi lah....sekali tengok mesti boleh cam kata dia perempuan plastik. Paris Hilton wannabe...
Tapi bila lelaki yang hype, cool dan trendy ini mengatakan perempuan camtu gediks dan tak boleh diterima oleh dirinya...aku kehilangan kata-kata.

OUT OF MY MIND sebab sudah lama tak hapdate...

Apr 7, 2010

Apr 4, 2010

DAILY LIFE YANG.............

.....Hmmm....

Dah agak lama aku tak hadap blog. Sangat buzy, dan seperti yang aku xplain sebelum nie, aku tak sangka kerja kat production TV, buat aku agak tak bermasa dengan orang lain, mahupun diri aku. Tambah lagi, bila Penerbit program yang aku buat nie, dah kena tukar ke program lain. So, tinggallah aku dengan sorang lagi budak kontrak yang pasti dia kena banyak sabaq nak ngajar aku pasal production program nie. Dah la, program nie weekly, dengan kekurang manpower...paham-paham je lah.

Aku baru je kena assign program Xpresi Kembara nie 2 minggu. Tapi dengan tahap kerja yang aku buat nie, dah rasa cam aku dah keja 2 taun je....hehehhe. Tapi yang pasti, aku sangat enjoy dengan tugas baru nie...Tapi yang buat aku cam terkial-kial, adalah aku kena berkejasama dengan artis....arrghhh...tensen. Lagi tensen adalah sebab, program nie melibatkan band-band muda yang sangaaat kiut, yang pasti bisa gugur jantung gue...HAHAHAHA...

Tapi yang tak boleh blah, bila dorang nie start panggil aku Akak...
Ayark...spoil da mood lah....seriesly.....hahahahaha.

Baru-baru nie, aku terserempak dengan 2 orang pekerja unit hiburan sedang bergosip di tangga. Kebetulan, aku yang sedang mengamalkan senaman naik tangga, turun tangga, terserempak dengan dorang nie. Budak tu tegur aku dengan bertanyakan soalan yang boleh buat aku kembang. Sokalannya"

"awak nie student praktikel ke...??"
"taklah....staff tetap..."
"ooooo...staff ke...ingatkan student petikal...."
"Akak dah tua dik oii....nak masuk 30 pun dah..." aku senyum lebaq...
"Bangga lah tu..kitoarng ingat akak budak petikal..."
"haruslah...." aku terus turun tangga lagi.....berbunga-bunga hari aku berlalu....

Haruslah aku bangga...sebab yang tanya tu pastinya umur 23 tahun. Bila dia cam pandang aku cam budak petikal, aku terus cari cermin...aku rasa cam dah tua je pun. Geng-geng artis pun ingat aku 23/24...hahahaha. syok nye.....!!

OUT OF MY MIND bila lari topik nak bercerita.....harap lepas HARI annivesaary yg ke-64 nie, idup aku kembali normal...

Mar 26, 2010

KAKI BULI

...Hmm...
Ini sebahagian dari tugas aku kena buat...



Masuk ke kawasan yang sempit untuk artis-artis nie buat aktiviti.
aku jadi tukang gelak je bila ada yang penakut nak mampus.
Siap jerit-jerit cam hapa tah - hilang suara jantan dorang...




Ambik korang...
aku nie bab mendera memang sangat suka...




Preparation nak buat abseiling....

Mar 25, 2010

BILA IDA TAKDE LIFE

..Hmmm....

Aku tak tau ngupanya kerja kat bahagian production tv sangat memakan masa aku. Kenapa??

  • Aku tiada masa lagi nak meronggeng dengan hebatnya.
  • MizzyN tiada masa nak lunch dengan aku. Malah dia jugak terpaksa menyeksa diri dia dengan menaiki transport awam. Dengar kata dia sesat nak ke tempat keja....Padahal, bangunan opis ko tu sangaaaat besar sebelah federal highway. Camna ko boleh sesat hah??
  • Masa weekend aku di spend untuk membuta dengan jayanya.....arghhh. Plan memang nak membuta, tapi hakikatnya aku dok layan novel bagai nak rak..petang baru membuta dengan jayanya.
  • Banyak projek gambar terdelay. Sian pengantin tak dapat lagi album. Ampunkan aku....akan aku siapkan secepat yang mungkin.
  • Blog jugak tidak dapat di hapdate. Salah satu sebab, aku takde apa nak story. Dan genre cerita pun pasti akan berubah selepas ini.
  • Dan banyak lagilah....
Oh ya...aku sekarang di assign buat program lain pulak - xpresi kembara. Melibatkan perlancongan dan jugak artis....dan sesiapa yang kenai aku, pasti tau - aku tak minat nak berurusan ngan artis nie. Tapi aku minaaaat gila melancong. So, memang kenalah dengan jiwa aku.

OUT OF MY MIND bila artis pandang aku dengan herannya bila aku cakap aku tak pernah dengar lagu dorang. nasiblah...

Mar 16, 2010

BIGGEST LOSER ASIA - JACKIE SILALAH PERGI AUDITION..;P

..Hmmm....

Bila dah tengok Biggest Loser Asia...aku jadi teruja nak masuk. Tapi, probnya...berat aku nie sebenarnya tak melayakkan aku pun - aku rasa lah. Yelah...dari rekod pencapaian diorang dalam masa 2 bulan, ada yang dah hilang dekat 35kg, kalau aku masuk...hilang 35kg, mau tinggal tulang gamaknye....tambah lagi, kalau dapat masuk final, kena excersie lagi, nak tengok siapa penurunan lemak dia lagi banyak....of course lah aku menang kan...hehehehe.

Oleh itu, aku mencadangkan housemate aku merangkap kawan aku untuk masuk realiti show nie. Dia kata dia tak layak...Aku cakap, ok je. Apa kata, dalam tempoh 2 or 3 bulan nie, ko makan bagai nak rak, gemukkan diri...sampai ko rasa ko layak. Insentifnya = RM300++ ribu tuh...kaya beb. Kaya. Lagipun, dengan sikapnya yang periang, manipulasi dan juga cita-citanya yang nak pergi travel satu dunia, aku rasa dia antara yang boleh lepas ke final.



Carlo sebelum kurus...comei.



Carlo lepas kurus - hensem seh. Tapi David nie over sangat la tahap kurus dia.
Dah nampak rupa penagih dadah dah...Tapi sebab dia nak menang kan, kira relevan la alasan dia sampai kurus camni.




yeah...we adore ur body...

pic diambil dari fanclub dia kat facebook

So, sekarang nie aku tengah berkempen untuk dia pi Audition Biggest Loser Asia - season 2. Alah, kalau dapat masuk Top 20 pun dah orait. Sebab yang tak layak masuk bootcamp, kena turunkan berat badan sendiri juga kat umah. Siapa yang berjaya - menang duit jugak beb...Kaya..kaya..kaya.

OUT OF MY MIND beb....mana boleh aku nak gumukkan badan aku. aku sekarang kena bergerak aktif.

Mar 12, 2010

FACEBOOK

...Hmmm....

Funny Facebook Fails

OUT OF MY MIND sungguh...
see more funny facebook stuff!

BYE BYE MR. BROWN

...Hmmm....

Hari nie, geng-geng opice yang terbuang buat farewell party untuk rakan kami Mr.Brown. Mr. Brown sangat cool dan aku sangat suka dengan dia dari segi erti kata persahabatan yang erat yang berlainan umur mahupun jantina.

Beza umur kami hampir 15 tahun. Tapi dia tak kesah kawan dengan orang yang amarah macam aku. Dialah wikipedia bergerak aku mengenai topik-topik sensasi yang pasti mustahil aku nak tanya kat daddy mahupun uncle aku, mahupun jantan-jantan terpilih kat luar sana....Bukan aku sorang je ye suka tanya soalan cepu emas kat mr. brown nie...Mizzy N jugak....

lepas nie, agak payah le nak komunikasi ngan dia lagi. Dia dapat tukar ke tanah tumpah tercinta - Kuching, Sarawak. Best aaa...dapat balik jumpa bini. ceh, tetiba nak buat ayat jeles pulak....hahahhaha.

Anyway Mr. Brown, bergembiralah dengan family ko kat sana, tambah lagi anak-anak ko yang memang rindukan ko sangat-sangat tuh. Kalau aku turun sana, sila bentang karpet merah untuk aku ya.....

OUT OF MY MIND bila semua dah bawak haluan masing-masing dah. Kat sapa lagi aku nak luahkan perasaan aku yang huduh ini....sob sob sob



Mar 10, 2010

OUT OF MY MIND

...Hmmm...

suka gila aku dengan skin baru nie...cam sesuai je ngan aku. Saiko.
Jugak dia ada buku yang banyak...
Sangat aku....!!

MizzyN cakap aku dah poyo ngan gila.
Biasalah...dia kan sangat dengki dengan aku bila aku asyik angkat bakul sendiri.
kalau tak....takdelah nama blog aku nie OUT OF MY MIND.

Total Pageviews