Apr 16, 2009

SHHH....JANGAN BAGITAU ORANG YE...!!

...Hmmm.....

Aku patut bangun jam 5 a.m pagi tadi.
Patut tidur awal...
Patutnya jangan matikan alarm hp bila berbunyi.
.
.
.
.
.
.
.
Kerana...kalau aku buat semua seperti yang disenaraikan di atas, takdelah aku kelam kabut pagi tadi dan nasib baik lah....
.
.
.
aku mandi malam semalam......hahhahahahha.
OUT OF MY MIND....OUT OF MY MIND....

Apr 15, 2009

AKU TETAP MERINDUI MU...TING TONG!!

...Hmmm...

Dah lama dah aku mengabaikan kekasih aku yang satu ini. Ye lah, aku sudah berjumpa dengan kekasih baru...nak buat camana. Tapi, jangan risau, ko tetap di hatiku....







aku mampu OUT OF MY MIND dengan benda ini selama 3 bulan sahaja...sampai tak cukup tidurlah melayan dia seorang saja...Tapi tak apa, dia sudah ada affair dengan orang lain sekarang ini, aku merela dalam terpaksa...Belai dia baik-baik ye, ms. affair.

JADILAH DIRI SENDIRI...ITU YANG TERBAIK

...Hmmm....

Perlukah menjadi lelaki lembut untuk lebih senang didekati, glemer dan juga senang orang ingat? Aku tak anti lelaki lembut or patah nie, tapi aku jadi nyampah bila ia bukan berbentuk semulajadi. Yang asalnya memang keras kejong, tapi bila bergaul dalam dunia 'glemer' kononnya, tetiba nak jadi ala-ala mak nyah. Mulalah melembut-lembutkan pergerakan tangan, jalan terkepit-kepit, pakai foundation yang tak kena gayanya, cakap yang dibuat-buat laser dan lepas, kononnya itu yang orang suka. Duh...tolonglah.

Lagi satu aku perhatikan, golongan ini sangat attention seeker. Kalau boleh, nak semua orang pandang diorang. Bila orang dah tengok, mulalah buat-buat ayu...buat-buat malu. Padahal masa berkelakuan yang sangat keterlaluan tu, takde pulak ko nak malu.

Aku ada kawan yang memang original lembut. Memang dari kecik dia macam tu. Kulit dia...fuh...memang mulus giler. Kalau dia dressing cam pompuan, adoi...memang boleh terpikat lah. Tapi..dia takde pun berkelakuan cam wannabe wannabe nieh. Dia cool je...itu yang membuatkan dia lagi anggun pada mata aku...jelir.



Mereka berdua ini adalah perempuan sejati. Kompem.

Aku bukannya apa, semenjak dua menjak nie...aku asyik terserempak je dengan golongan faker nie. Macam makin menjadi-jadi. Tambah-tambah kat lokasi aku bekerja sekarang nie. Budak-budak baru kebanyakkan semuanya ala-ala...Hentikan lah. Jadi lah laki Metroseksual yang lagi tampan dan bergaya....lagi kitoarng pompuan nie suka...tak pun...Jadi diri sendiri sudah lah. Macam takde pendirian pulak ikut orang camtu.





OUT OF MY MIND bila kadang-kadang aku 'terpaksa' berurusan dengan mereka-mereka ini, dan aku pulak seperti terikut-ikut gaya diorang bercakap...huh..



Apr 12, 2009

BAJU KURUNG OH BAJU KURUNG

...Hmmm....

Baju kurung. Baju Kebangsaan untuk pompuan. Baju yang seksi juga. Aku langsung tak minat dengan baju yang satu ini dan agak rebel jugak bila kena pakai baju nie time raya masa usia belia remaja. Kenapa aku tak minat dengan baju nie....

Seksi
Aku rasa baju nie sangat seksi. Sebabnya, bila pakai baju nie, tambah yang berkain lembut (aku x pandai jenis2 kain nie) bila di tiup angin...fuh segalanya yang patut terlindung semuanya nampak. sedap la mata-mata lelaki nie. Dan bagi pompuan, satu bala bila angin kuat. Mana nak tarik bahagian atas bagi mengelakkan kain tu melekap terus ke body, mana nak elak kain terselak. Tak cukup tangan rasanya. Lagi satu, bila kain tu melekap ke arah celah kankang...aduih...malu ooo. Lagi dasat rupanya dari pakai seluar. At least seluar masih lagi tebal. kain baju kurung...??? Akibat angin, body bagaikan dibogel di khalayak ramai.....huhuhu.

Comot/selekeh/serebeh/serabai
Bila aku pakai baju kurung, aku rasa diri aku nie sangat selekeh. aku tidak tahu bagi pihak orang lain. Aku tak suka corak bunga-bunga besar..rasa cam makcik-makcik. Aku tak suka manik-manik dan pendek kata, semua style corak baju kurung semuanya aku tak bekenan. So, mostly style baju kurung aku kotak-kotak atau plain colour je. Lagi satu baju kurung nie macam baju ragbi. Memerlukan padding di bahu a.k.a letak span. Padding span di bahu sangat '80an nye stail. Jadi, banyak baju aku dah dibuang paddingnya. Dan malang bagi aku yang tidak berbahu bidang, bila baju kurung yang aku pakai tuh nampak cam droopy/sagging. Ini menyebabkan orang yang memakainya (mcm aku) rasa cam selekeh. Aku lihat ramai mengalami masalah macam aku.


Jenis Kain
Baju kurung banyak stailnya. Kalau kena dengan ukurannya, ia pasti tepat dan cantik di badan. Kalau tak...tak tahulah. Stail baju kurung gak ikut musim. Tambah-tambah jenis kain. Bagi aku yang tak ikut peredaran semasa bab kain baju kurung nie, kadang-kadang aku nak gelak jugak. Yelah..cthnya masa sibuk Syed Muzafar pi space, maka wujudlah kain angkasawan yang begermalapan dengan manik-manik yang ditaburkan penuh kain. Harganya mau cecah hampir RM100. Tapi kalau kita pi beli skarang, mau la ada 4 meter RM25 aje. Sekarang nie, aku tengok trend orang pakai baju corak kain ala-ala songket. Aku jugak agak rebel bab jenis kain ini. Aku tak akan beli kain yang sedang menjadi trend. Biarlah aku kekal dengan jenis kain sepanjang zaman.

Fesyen
Selain pada tuh, Fesyen juga memainkan peranan penting. Tambah-tambah dekat nak raya. Dulu pernah orang gilakan baju stail Veitnam, toleh kiri, toleh kanan, kita nampak fesyen tuh. Last year, aku tengok ramai yang pakai baju kelawar. Ala...baju yang macam baju tidur kelawar tu, yang ada kepak kat bawah lengah. Aku tak tau nama fesyen tu apa...aku just panggil baju kelawar. Macam dah takde idea nak buat stail apa je...fesyen cam baju tidur pun bleh jadi trend. Lagi satu, stail tangan saloma...ala stail kembang payung kat pegelangan tangan tuh. Ini satu aku tak paham. Macam mana nak makan kat umah kenduri? yelah...bila dah baju tu, besar di bahagian lengan, potensi nak masuk dalam kuah adalah besar. Dan bab fesyen ini, aku masih lagi suka baju kebaya labuh...cun oo..(fesyen utk baju kurung sekarang yg in adalah pesak gantung or baju kurung pahang).


Tailor
Agak payah nak cari tailor yg kena dengan citarasa kita. Kalau dah dapat tailor yang best, makna kata, sampai tailor tu meninggal la kita kan stick dengan dia. Macam aku, aku suka dengan sorang tailor dekat Alor Setar, even aku di KL skarang nie, aku akan kirim kain suruh tailor tu buat. Tak kesah la dapat lambat sikit pun. Asal Puas hati. Aku pernah banyak kali baju yang aku harapkan tak menjadi. Memang sakit hati. Jangan harap la aku nak pakai. Yang paling aku tak boleh lupa, aku buat baju kebaya kat johor. Akak nie siap dah ukur badan aku dan aku pecaya dengan kepakaran dia sebab dia ambik tempahan baju koperat dengan baju pengantin. Tapi, lain jadinya dengan baju aku. Ada ke, baju kebaya tu dibuat sekali ganda lagi besar dari badan aku. Pastu kain pakai pulak tahap boleh masuk lagi sorang...hello akak..im not that big ya....kenapa ko boleh bagi alasan takut aku menjadi lagi besar bila baju sampai kat aku. duh...you insult me big time akak.

Payah nak match
Bagi yang bertudung. Maybe agak payah nak match dengan baju. kalau baju dah penuh bunga, choice yang ada pastinya dengan tudung yg colour plain. Yang paling popular pastinya tudung bawal (nape ye dipanggil tudung bawal?). Jadi, pemaikaian baju kurung menjadi biasa apabila dimatchkan dengan tudung plain ini. Dan pastinya seorang perempuan yang bertudung memerlukan semua jenis colour tudung utk matchkan dengan warna dan bunga baju kurung itu. Bagi yang ingin play safe, beli aje kaler hitam dan putih. senang...Dan pecaya atau tidak, bagi yang tidak mengetahuinya, tudung bawal nie ada gred dan gred yg bagus boleh cecah sampai ratusan ringgit...mahal tu. Kalah harga baju kurung yg dah siap tempah.

Aku hanya buat baju kurung 3 helai sahaja setahun...OUT OF MY MIND bila terpaksa pergi ke istana dengan memakai baju kurung tidak sedondon. Boleh tak aku pakai kain dari baju lain...bajunya dari jenis kain yang lain...itukan tidak sedondon...hahahhaha.Dan aku masih lagi memakai baju kurung yang dibuat masa aku umur 15 tahun...

Apr 9, 2009

KO MEMANG YAHUDI...!! UiiK...RELAX

...Hmmm....

Pelik aku bila kita saudara sesama muslim boleh melabelkan sahabatnya yang tak memberi respond sebagai seorang Yahudi. Diulangi....tak memberi respond. Dan respond itu hanya dihantar di friendster.

Ini kisah kawan aku. Ms. L.

Ms. L cukup berjaya pada pandangan mata aku. Mampu drive kereta mewah, dah boleh beli baglo sebjik kt KL nie. Nie semua atas usaha dia. Bukan usaha Sugar daddy dia. baru je kawin last year, juga dengan seorang lelaki yang berjaya. Umur sama aku, dan asalnya juga dari pekan kecil nun jauh di utara, sama dengan aku. Walaupun dia nie dah kaya raya, tapi dia still layan kawan tak kaya dia cam biasa. Takde pun sifat bongkak dalam diri dia. Cuma kadangkala kita sendiri yang rasa segan sikit dengan dia.

Nak dijadikan cerita....kawan kitoarng yang dah agak lama tak contact, lebih kurang dalam 10 tahun, hantar message kat dalam friendster (Kita gelar mamat nie MB). Memandangkan Ms. L nie sangat lah buzy...jadi dia tak dapat nak layan sangat friendster nie.

Jadi MB sudah bengang. Mulalah membangkitkan soal masa zaman skolah dulu, kononnya betapa tergila-gilanya Ms. L dekat dia. Sebab kesian, dia layankan jugak. Setahu aku, Ms. L takde la tahap smpai tahap cintan-cintan ngan MB dulu...mungkin dia aje kot yang perasan.

Lepas tu...MB dapat nombor Ms. L.
Tiap-tiap masa dia hantar message yang menuduh Ms. L macam yahudi. Bukan seorang Islam yang sebenar sebab tidak melayan beliau...Dan macam-macam lagi lah. Sampai satu tahap, Ms. L nie dah takut sangat. Aku ngan suami Ms. L cadangkan dia abaikan. Lagi tak balas sms tu...lagi dasat perangainya. Kitoarng pun jadi hairan.

Pastu kitoarng nasihatkan Ms. L buat report polis je. Sebab dah macam kronik. Ms. L ambik tindakan call boss MB dan boss MB cakap jangan report polis dulu, dia akan tolong uruskan. Dan hari nie, semuanya settle. SMS tu semua dah stop. Nasib baik...

Tapi Dalam friendster MB di bahagian Shout Out Box dia...dia cakp, dia dangat kecewa dan menyesal dan tak akan tegur Ms. L lagi sampai ke liang lahad...duh...stupid betul. Yang ko extreme sangat dok bambu Ms. L tu buat apa. Cam orang gila.

MB nie dah kawin. Ada anak sorang pun. Dan satu lagi bakal menyusul. Tak paham aku. Apa motif dia attact Ms. L camtu sekali. Yea...aku tau, kadang-kadang Ms. L nie percakapan dia agak 'up' sikit. Tapi terimalah jelah. Kalau taknak...abaikan.

Tapi aku rasa sangat over bila ko melabelkan sahabat ko sebagai seorang Yahudi. Fahamkah engkau perangai dan sifat orang Yahudi itu bila ko sesuka hati menggunakan perkataan itu. Itulah, kadang-kadang lebih baik kawan dengan orang Yahudi yang memang kita tahu Yahudinya daripada orang yang kononnya berjuang atas dasar Islamic dan sesuka hati sahaja menafsirkan orang itu sebagai Yahudi.

Aku dengan OUT OF MY MIND nye cuba menhubungi MB untuk mengetahui permasalahan sebenarnya. Mulanya tak mau masuk campur, tapi bila dah kronik camtu sekali, sian la pulak...yela...dua-dua kawan aku. Betul ke tindakan aku nie?

Apr 8, 2009

SIMPUL BIAWAK

...Hmmm..

Body aku tidak boleh berfungsi seiring dengan otak aku. Body cakap rehat, tapi otak cakap, nantilah dulu.

Jumaat - Ahad
Aku drive ke Raub untuk program di Homestay Kg. Sg. Pasu.

Isnin - Selasa
Aku drive ke Selambau - cover pilihanraya. Lepas setlle, dah tau keputusan, malam tu jugak aku drive balik KL. Ya....jam 5 pagi tadi baru aku sampai. Aku pengsan dengan jayanya.

Sungguh tak ku sangka...tabahnye aku drive smpai 1200km minggu nie. Tapi itulah...body aku dah menjerit mintak di kasihani. Lagi OUT OF MY MIND bila mengeliat sikit tiba-tiba kaki aku sentap kena simpul biawak (aku selalu salah menyebutnya sebagai simpul mengkarung...taktau nape).

Apr 7, 2009

Hello Ida!

Ini mizzyn menghacking blog miss OOMM! Ni hadiah untuk ko yeeehaaa!


Menurut saksi (Asiah HEA) kereta ini berlanggar dengan sebuah kereta lagi.
Oleh itu pandulah dengan hati-hati.

Muah-muah

XOXO

MizzyN

ps: Aiskrim pisang!

Apr 3, 2009

HI....A/S/L PLZ...

...Hmmm....

Buat semua pompuan yang suka berchatting or skarang nie dlm proses nak cari kenalan kat dalam internet. Satu je aku nak cakap....hati-hati dengan penipu. Make sure orang yang korang kenal tuh, dalam tempoh sebulan korang dah buat list-list kat bawah nie nak elakkan scammer.

  • Kalau hensem macam mana pun pic yang dia hantar, tolonglah jangan percaya 100%. Silalah membuat temu janji dengan orang itu dan berjumpa in person. Tak pun, kalau dia dok jauh, cuba-cubalah berusaha untuk melihat orangnya yang sebenar melalui webcam. Kalau takde, pagi lah cyber cafe. Mesti lihat orang itu secara 'live'. Kalau dia mengelak...dia memang menipu.
  • Jangan sesekali memberi nama penuh korang yang best itu kat dorang nie kalau baru-baru chat. Guna je nama manja ke. timang-timang ke apa ke...bohong terus pun takpe. Ini nasihat yg aku dapat dr seorang scammer. Sebab katanya, dengan nama penuh kita tuh, dia boleh buat vodoo sebagainya...entahlah. Aku kurang percaya bab ini. Tapi orang ini beriya-iya mengatakan sedemikian. Tambahan lagi orang yang suka buat vodoo vodoo nie, mestilah abang-abang hitam...(beliau cakap).
  • Bagi yang suka letak pic banyak-banyak kt internet, cuba-cubalah alert kalau gambar-gambar anda digunakan orang lain (selalunya lelaki lah yg suka letak pic tipu). Nie pasti terjadi. Tambah-tambah kalau anda extra hensem. Sebab itu, peranan webcam amat penting.
  • Cuba-cubalah google maklumat orang yang orang korang 'berasmaradana' tu dalam internet. Jangan malas. Contohnya, kalau dia menyebut kerja-kerja yang kita sendiri tak familiar. Tgk apa bidang tugas kerja tu sebenarnya. At least, korang ada ilmu skit, dan cuba-cubalah bertanya itu dan ini pasal kerja tuh. Kalau dia boleh jawab dengan excellentnye, mungkin itu benar kerjanya. Kalau dia jawab acuh-tak acuh....pikir sendirilah.
  • Ok...nie untuk pompuan...jangan sesekali. Sekali pun jangan, bagi duit dekat orang yang korang kenal kat internet. Lain lah kalau korang kaya. Tak kiralah, sakit cammana pun dia, miskin sekalipun, hatta papa kedana sekalipun, JANGAN BAGI. Ini common sense. Tapi kadang-kadang biasalah, hati perempuan (aku terkecuali), mudah simpati. Tapi janganlah sampai ditipu. Bertegas sikit tak apa. Yelah...belum apa-apa pun dah pandai mintak duit...apa kes kan.
  • Duit-duit yang diminta yang kononnye tak bayar health insuran, nak dapat treatment, nak beli itu lah...nak bayar hutang lah...sebenarnya nak disalurkan ke tempat-tempat yang kita sendiri confuse. Dia tidak digunakan untuk diri sendiri. Kononnye ala-ala Robin Hood moden lah nie.
  • Cuba google info orang tersebut dekat semua pages cam facebook, myspace, friendster tagged or apa-apa jelah. Pasti akan ada profile orang tersebut. Nie just langkah berhati-hati yang perlu diambil lah.
  • Tolong tinggalkan ROOT = Ceritalah perihal orang tesebut dekat kawan-kawan korang yang open minden dan korang rapat, yang tau pasal semua perihal korang. Ye lah, at least apa-apa terjadi kat korang, kawan korang tau kan. Ini kewajiban bagi sorang pompuan dalam dunia sekarang. Safety reason beb.


Hi, i'm sexy_girl...wanna chat wit me..peace
saya single lagi tau...takpe, mama saya ok.


Sebenarnya...banyak benda yang aku nak cakap. Banyak benda yang nak diberitahu. Tapi, bukan semua orang itu jahat kan. Ada yang honest. Lagi satu, kalau orang itu ada blog, lagi bagus. Bukan apa...melalui penulisan or content dalam blog, kita boleh kenal serba sedikit camna orang itu. Kaki carut ke...hidup dalam blues ke...jiwang ke...rock ke...kaki pompuan ke...porn star ke...dan macam-macam ke lah...

Jangan OUT OF MY MIND macam aku ya....

Apr 1, 2009

Total Pageviews