Dec 2, 2008

HORROR

Hmmm...

Minggu ni, aku dah bejaya takutkan diri aku sendiri. Aku dah bejaya meng'pshyco' otak aku. Benda yg tak patut pikir pun, aku pikir. Puncanya, bila dah stat bayar Maxis. apa lagi. explore habis-habisan le tenet.

kalau cerita bab HORROR...banyak benda aku tak suka.

cthnya, horror movie. aku tak akan beli buat collection. aku tak akan tgk kat wayang (unless ada orng pujuk giler2). aku tak akan tgk sorang2. aku tak tau napa. tapi jawapan yg pasti, kompem la TAKUT kan.

tapi dalam dok takut tu, aku nak juga tgk. ye la, rembesan adnerlin itu sgt seronok kan. kadang-kadang orang buat banyak benda nak takutkan diri sendiri kan. so, pada aku, tgk movie horror part of the thriller i seek.





itu part movie. tapi part orng suka cita pasal horror a.k.a cita hantu. mmg part paling mengujakan. sbbnya. kita takut. tapi nak tau gak. pastu mula le membanyangkan macam2. tambah-tambah kalau cita hantu tu jadi dekat dengan surrounding kita.

ada orang yang 'bertuah' dapat six sense like boleh tgk hantu, rasa kehadiran benda ituu, mcam mana ek life dia?

sedangkan kita yg normal pun, bila dah berimaginasi, dah tak tentu hala. bagaimana dengan mereka mereka yang dapat anugerah ini.

huh...apa point aku cita pasal benda horror nie?

pointnye. sekarang nie aku diselubungi (ayat..x hingat) oleh perasaan takut. sebab almost 1 week aku baca dalam forum cerita pasal misteri, mistik and so on. benda yang dorang cinta mostly close encounter dan experience dorang sendiri. ada yang cari pasal. ada yang tak cari pasal, tapi diuji.

so, dengan cita-cita dorang nie, aku stat berimaginasi. itu ini. sampai nak tidur pun tak boleh. tambah lagi, dalam bilik aku ada botol tentera yang dibagi oleh tentera tu sendiri kat aku masa aku pi trip di jugra. aku mula pikir macam-macam dah. huhuhu...sadis. padahal takde apapun.

aku sebenarnya. tau makhluk lain tu ada. cuma biasa la. whether to believe or not to believe.

part yg sebenarnya lagi saiko buat aku. part bila aku baca pasal ghost seeker. mostly dorang pi tempat yang pastinya aku dah pi. dan lalu. dan buat aktiviti kat situ. huhuhu....mistik...mistik.

mungkin.

mungkin aku nie tak penah pikir pasal misteri sesuatu tempat tu. sbb tak tau apa yg misterinya kat situ. selalunya..niat aku pi tempat2 tersebut adalah dengan niat murnie (murnie..ke?). so, takde la macam terasa apa2 pun.

itulah. aku sebenarnya lebih suka diri aku nie diselubungi misteri dari memikirkan apa misteri itu sendiri. tapi yang pastinya, dah 4 malam aku tak boleh tidur sbb biarkan diri aku nie hanyut dibawa misteri..

Nov 24, 2008

CATATAN ANUGERAH - siri I

ini anugerah yg tpaksa dikongsi oleh 4 org penerbit dan juga 3 orng ex boss yg nk jugak tumpang sekaki. akhirnya, duit dapat sekadar celah gigi...hehehhee..sadis.



Konichiwa,

fuh...penat beb. memang penat giler.
jantung aku pun belum stabil lg degupan dia.
kenapa?

aku baru je balik dr Putrajaya. tujuan dia ke Wisma Tani.
sebabnya, antar borang masuk pertandingan Anugerah Media Pertanian 2008.

jadi, napa aku penat giler?

bayangkan dr pg tadi, aku menunggu bahan yg aku rasa cam best di transfer ke cd.
daripada 10 cd yg aku amik last week, 1 aje boleh pakai.
jadi aku lari-lari pegi tukar cd baru di ting.1 pastu amik cd lagi 5 sbgai tambahan.

kluar mkn jap kt blakang istana. pastu balik opice, pegi check, cd dah siap ke belum.

Dah siap. lari plak pi ting. 3, untuk buat 7 copy cd yg dah siap tadi.
sambil tuh:-

* buat sinopsis pasal topik yg nak dipertandingkan..takde idea. tinggal jap.

* buat cover cd..ala, sempoi dah la. nak buat fancy2 pun dh x sempat

* dah siap cover cd, gunting plak...adoi...7 keping nya cd tuh. penatnye. semua dah herot2 cam apa tah. nasibla. asal siap..fuh.

*dah siap copy 7 cd..alamak. nak isi borang plak. aku tepaksa lari ke bilik pengarah nak amik sain dia. adoi...dia boleh sempat lagi nak betul-betulkan ayat aku. plz mem...dh lambat nie.

(time check masa tuh = 3.30 pm. dan sepatutnya aku dh gerak kul 2.30 pm td ke putrajaya)

* akak rambut panjang cakap meh aku tolong lekat pic ko, aku pun bg la..ok latu. kurang 1 kja aku.

* ish....jap...jap, nk preview cd nie jap. make sure smua benda di copy. klau tak tak pasal je antar cd kosong...huhuhu. MOA dpat cd free la.

*kul 4 baru le gerak pi putrajaya. nasib baik le dapat pilot baru. kalau tak....huwaaa...

* sampai sana, terus naik ting. 9-wisma tani.

*dapat goodies bag. beras lagi sekampit. takyah la aku beli beras lagi. jimaaaaaat...thanx MOA.

* balik ke opice.

waaa...penat seh. kemas meja aku yg selerak cam kucing nak beranak. kemas meja akak rambut panjang yang aku dah selerakkan...usik adik baru masuk jap. cuit abg unit sebelah sambil gelak-gelakkan dia dance mcm itik..

uit..lg 10 minit kul 6. berlalu jugak arie isnin yg solem ini. isnin yg buat mizzyN jd cam zombie and bitchie..isnin yg pastinya penat otak aku nie sbb tetamu utk program esok hari baru je di comform ketika ini..

setiap isnin yng pastinya aku OUT OF MY MIND to da max. never know why....




dua orang akak yg turut serta nak merasa tuah kitoarng. kitoarng tak kesah nak amik gambar. tapi kalau part nak kongsi angka merah tu, tak dapat lah....heheheh

AKHIRNYA

konichiwa,

Akhirnya...aku menyalakan firework ini sebagai tanda aku gembira giler. Firework ini mnunjukkan kejayaan aku sebagai sorang yang telah bersusah payah untuk sesuatu. Firework ini gambaran bertapa hati aku 'burst' bagaikan api-api yang menyemarakkan malam walaupun sekejap.



kenapa?
mengapa?

puncanya pasti apabila bill Maxis broadband tidak dibayar.

puncanya pastilah apabila aku terpaksa menggunakan LAN dr office aku yang pastinya, bila dah glemer sikit, screen yang paling tak cantik warna merah, biru dan kelabu keluar yang mengatakan WARNING. page yang anda buka mengandungi bahan-bahan yang tidak dibenarkan. huhuhu...sadis.

aku bukanlah seorang ahli politik yang mempu mempengaruhi orang untuk berbuat sesuatu atau mengundi aku.

aku bukanlah seorang blogger tegar yang mampu mengeluarkan kata-kata setajam pedang.

aku bukanlah seorang manusia yang pandai pandai untuk merakam aksi-aksi terlarang dan juga bukan pemusnah anak dara orang mahupun anak teruna orang.

aku hanyalah insan yang hanya mampu menyuarakan fikiran apabila dah OUT OF MY MIND.

jadi, kenapa mesti blog aku yg cantik, indah dan mamtap ini di block oleh Unit Sistem Maklumat (USM) ofice aku? apa salah aku?

daripada perbicaraan aku dlm tell dengan mamat USM ini, mungkin ayat-ayat dlm blog aku ini mempunyai unsur-unsur yang tidak dibenarkan...

HUH? biar betul beb?

hahahahhaha....lawak giler. walaupun hakikatnya, ayat-ayat indah selalu je kluar dr mulut aku yang pastinya bakal mak metua rejek kalau dengar, aku takde lah nak merendahkan diri aku aku lagi dan membuat mak mentua yng celek IT terus merejek aku...pastinya tidak..

so, today, aku dah tulis surat kepada pihak bos USM, untuk mem 'unblock' aku nye blog, maka mulai hari ini, takde le aku sasau bagaikan ketandusan kasih sayang, kerana pastinya aku dapat terus mem aprisiasikan minda dan fikiran aku...

sekian setelah seminggu OUT OF MY MIND.

**perkataan hari ini ---> aprisiasi.

Nov 11, 2008

BLOCK WEB PAGES

LAMAN WEB KEMENTERIAN SENDIRI PUN KENA BLOG
NO WORD TO DESCRIBE THIS STUPIDITY.

MASUK TV

konichiwa guys..

Arie Khamis 13 Nov 2008. Aku dijemput masuk tv slot Selamat Pagi Malaysia (SPM) untuk promosikan program aku, BESTANI.

so, stay tune. bukak tv ari kamis nie kul 9.45 AM.

psss...psstt - ieek..nk ckp apa ek?

Nov 10, 2008

NEW POST..

konichiwa.

Time check 5.30 PM. Mata masih lg segar bugar. Bila nk ngantuk nie?
ting tong betul le aku nie.

hmmm..apa tujuan aku bukak new post nie ek?
lupa plak...pikir jap....hmmmmmm......................

oooo. (selepas 3 minit)
hari nie 10 november 2008.
my entry already 10 - for november only nie.

hmmm.....apa tujuan aku sbnnarnya bukak new post nie ek?
rasanya lebih sesuai aku close tenet opice yg asyik nk block akunye blog nie.
balik umah.
try cr bantai yg sesuai.
tdo...zzzzzZZZZzzzzz....kroh...kroh...kroh
(yg pasti aku tidak tidur berdengkur.)

KAMUS [1]

SOMNOLENCE - keadaan mengantuk.


pssstt - nape pekataan yg advanceeee like F**K xde dlm kamus dwibahasa OXFORD?

NGANTUK + SANGAP

mata aku yang sangap. dh sepet...huhuhu


konichiwa + ohaiyoo gozaimasu,

adus....ngantuknye mata aku skrng nie. semengantuk orng kje curi ayam di malam hari. semengantuk pak guard yg dok jaga bank tiap-tiap hari. semengantuk nicole kidman dlm cita THEN INVASION yang mana beliau tak boleh tidur, klau dia tidur maknanya soul dia dah diambil alien...gitu lah tahap ngantuk aku skrng nie. :-(

napa aku ngantuk giler sangat nie.
citanya bermula bila aku decide nak lepak umah selama 2 hari tanpa keluar.

kwn skolah rendah call...ajak keluar. aku cakap malam esok boleh tak?

esoknya kawan kolej aku call...tanya tengah buat apa. aku cakap aku tgh bca novel. tp hakikatnya, aku tengah membuta sambil silent kan hp..kiranya buat sreening, sapa yg aku sudi cakap saja akan dilayan. Da rest, ko vibrate le smpai esok.

kesimpulannya. ari sabtu, aku just keluar bilik tgk tv, makan..pastu masuk bilik balik utk smbung baca novel + main PSP..nasib baik le housemate gi dating. so, da house is fully mine.
malamnye...tepon aku bervibrate lagi...
tgk-tgk tepon tu ada almost 20 miss call. sorry guys. malasssss....sangaaaat nk angggakt.

ahad.
semenjak usia aku makin muda nie..aku dh tak boleh bangun lewat. sadis betul. kalau dulu kul 2 pasti belum terjengah lagi muka aku. tp skrng nie...around 10 AM aku dh bangun...
dah namanya bujang. apa lagi yg boleh dibuat...lepak-lepaks je la. sbb niatnya dah bermalas-malasan.

bangun. basuh bilik air. mandi. goreng nugget, telur, burger ramlee, sayur campur, hotdog. ala-ala western. tp versi aku la...makan. pastu masuk bilik, habiskan lagi satu novel. dah abis baca novel, kuar tgk tv plak. housemate aku kuar dating lagi. bagus...umahku syurgaku.

dgn riaknya. aku pasang lagu ABBA dgn sekuat hatinya. dancing-dancing dalam umah sorang-sorang sambil siram pokok orkid. OH..BAHGIANYA IDUP AKU.

kul 8 mlm, rasa ngantuk nak mampus. niat nak tidur. jadi terus tertidur.
Kul 10 mlm. ..

"ketung..ketang..ketung...ketang"
"bam....sreeet...sreett....ketuk..ketuk...hentak...hentak.."

semua bunyi-bunyian di atas tu semuanya datang dari atas dan bawah umah aku.
dengan tensennya, aku bangun tidur...muka bengang. lepak tgk tv. kepala sakit nak mampus.

housemate balik. amik notebook, then kuar balik..hmmm..dok sorang balik.
lepak tgk THE GAME PLAN...arghhh...boringnye..

masuk bilik ngan niat nak tidur. tutup lampu..tutup kepala ngan bantal...tak jugak boleh tidur.
baca novel....chapter 4. rasa ngantuk plak. tutup lampu....tutup kepala ngan bantal...tak boleh jugak nak tidur...argghhh....main PSP.

main PSP....PSP...PSP...PSP.....tgk jam.
agrhhh...kul 5 pagi. NAPE NIE. tak ngantuk lagi. xleh nak tidur. otak dah beku dah nie...

main PSP...PSP...PSP...PSP..tertengok tingkap.
arghhhh....dah cerah. jam HP tetiba bunyi...sms housemate. suruh bangun tidur.
keluar bilik. bukak lagu ABBA lagi. seterika baju...etc...etc.

gie keja...

wahr.....dh kul 3.30 petang. masih lagi bertahan. tp otak dah tak boleh pikir dah. mata tetap tak ngantuk lagi. mizzyn dah sound.

camna ek orang tak boleh tidur?
jawapan : entahlah... hanya orang OUT OF MY MIND je mampu berbuat demikian.

wasaalam panjannya..hhuhuhu

Nov 7, 2008

MASUK OFFICE


konichiwa guys

arini masuk opis lewat skit. dlm kul 10++ baru le aku smpai opis. tgh dok paking skooter, bos aku call...

"ida..akak nie"
"aaa...ye kak. apahal?"
"ko kat mana?"
"ni hah...kt blakang. nape?"
"ooo...takpe lah. akak ingat ko tak masuk opis arie nie. nak suruh isi borang SKT ni."
"oo...ok. jap gi saya naik. bye"
"bye.."
tut..tut..tut....talian dah putus...

aku pun naik le opis. so, dgn dedicated nye aku spend masa almost 2 hours dok ngisi borang sambil dok ingat keja apa aku buat spanjang taun nie. nasib baik le kursus abis, kena je masanya. sebabnya..aku amik kusus sbb taun nie xde langsung kusus aku attend...huhuhu.

sedar tak sedar, dah 4 pages aku senaraikan keja aku buat. wah...excellent nye aku. klau tak dapat cemerlang gak..xtau le...hehehhe. (ayat perli nieh).

lunch time..call mizzyn.."jom gerak..sentap"
kitoarng vroooooom...redah panas yg nk mmpos panasnye pegi central market (CM).
motifnya kat sana. antar buku...then makan kat tempat murah. tambah lagi nasik dia bertimbun2 macam nak suruh satu team bola kongsi nasik satu pinggan ngan aku...huhuhu.

pastu, dah setel cari buku. (dapat 3 buku je...tu pun dah almost 80++) VROOOMMMM..kitoarng mencemarkan lagi alam sekitar KL, menuju ke opis. smpai kat simpang, mizzy cakap "weh..dahaga nak mmpoas le, jom pi minum kat kedai air free". aku pun dgn malas nak responnye..mencilok terus ke kedai air free...

minum segelas teh o ais, sambil layan perasaan abg air free..dkt kul 3 gitu, blah masuk opis.
arghhh...nak cari guest progrm aku next week. mampos le..klau tak dapat arie nie. takpe..call dulu.

"elo...dr. fatimah"
"ye aida..deepavali dh abis, raya dah abis, baru nak call saya. ada benda baik ke"
"ye..ada. nie nak bgtau le nie. arie selasa nie free tak...bla...bla..bla"
"ok..setuju."

waa...senangnya atie aku. selesai satu kja. uik..nk tgk blog jap aa. hmm...nk kena tulis cita baru nie. apa ek...
alah. rapu je lah. heheheh.....abis...
very very..out of my mind..but still in my own world.

Total Pageviews