MERDEKA...!! MERDEKA...!! MERDEKA...!!
Aug 31, 2009
Aug 29, 2009
SABTU YANG BORING
Aku plan nak balik kampung. Tapi, pakcik aku sampai tika nie, tak call aku, jadi ke tak nak join sekaki. Bukannya tak boleh naik bas....tapi aku lebih suka balik nak keta, ambik masa sendiri, boleh berenti sana sini. Takdak la punggung aku kematu 7 jam. Kalau nak balik nak kereta pulak, mestilah nak ada patner...baru best. Boleh kongsi kos perjalanan...jimat.
Memandangkan aku sorang je dalam umah...housemate aku sorang balik kampung, sorang lagi tak tau pi mana, dan situasi malas nak jumpa orang mengusai diri, aku lepak je dalam umah. Bulan puasa, apa lah sangat boleh buat kan.
So, dari pagi....sampailah ke petang - aku layan 2 bijik novel. Satu pirate, satu vampire...yummy. Tup-tup dah kul 6 ptg. Cepat giler....
Dok tekebil-kebil macam cicak berak kapur depan tv, dok plan nak bukak posa dengan apa. Bukak peti ais...ada ayam, ada kuetiaw. maveles. So menu hari nie - ayam masak kicap, telur goreng, nasi putih dengan kuewtiaw goreng....semuanya sejemput je..takde balance sekali makan...air-cukuplah teh laici rose - yummy.
Malam - bukak facebook, geng takde, semua balik kampung. bukak website ini, website itu, boring giler...bercucuk tanam dalam facebook pun dah buat. Bukak YM, kononnya nak main-main lah dgn orang. Skali semuanya kaki SX...boring.....layan TRUE BLOOD season II ( lot of yummy vampire).
Tengok jam....yea yea. Dah dekat kul 12 malam. Nak dating dengan novel lagi.....
OUT OF MY MIND untuk cukupkan waktu satu hari....huwarrrghhhh (nguap sat)
Aug 28, 2009
KAMI NAK TAMI
kami jumpa ramai orang - mau atau tidak...kerja...!!!
meja orang sibuk+orang "sangat rajin". Tolong jangan judge base dari kesemakan meja orang...;p
OUT OF MY MIND sebab bila nak bercakap dengan orang, topeng kena bukak jugak.
BONUS
orang A: Rasa-rasa tahun nie ada bonus tak?
Orang B: Mestilah ada...kan rakyat didahulukan.....hehehhehhe.
OUT OF MY MIND kalau dapat bonus...yea yea..tu pun kalau dapat la.
p/s: jgn mara aa mizzyN. cilok skit...
Aug 24, 2009
AKU PUASA LA...
Aku seorang perempuan yang sekiranya tidak boleh berpuasa, boleh tak makan sesuka hati dekat luar? Macam dekat fast food ke, apa ke...di siang hari.
Sebabnya, aku cari kawan aku yg non-muslim kat dlm satu restoran sushi nie. Sekali terus dia tunjuk aku meja dan menu tanpa segan silunya. Yang melayan aku tu...melayu pulak. Takkan le aku nak buat keja gila makan kat tempat awam di siang hari sekiranya aku tak puasa sekalipun kan.....
OUT OF MY MIND bila dok terkebil-kebil bijik mata tunggu kawan aku makan. Nak blah jalan sorang-sorang...kaki dah penat. Tapi aku mampu bertahan dekat situ 10 minit je lah...lepas tu, bawak diri....
Aug 20, 2009
FAKTA vs AUTA
- di tempat aku, ada orang dah kerja lebih 15 tahun...tak pernah sekali pun naik pangkat. Stuck di level tu sampai pencen. Jadi ramai yang ambil alternatif untuk bersara awal.
- Aku kesian dengan orang yang satu kumpulan dengan aku, yang mana suara tidak pernah didengari. Kebajikan kami agak terabai....siapalah kami....
- Gaji kami...banyak gila. Buat skrip bayar asing. Buat editing bayar asing. OT asing. Kalau keluar outstation semuanya dapat preee......
OUT OF MY MIND bila tengok muka kecewa senior-senior yang tak dapat bergerak naik pangkat. Adakah nasib aku juga sebegitu nanti....???
Aug 19, 2009
TRANSLATION
satu keadaan aku paling fedup bila buat program, adalah tak cukup masa nak buat research. Dan yang paling teruk, malaysia ini ketandusan informasi. Selalunya, kalau mencari bahan di dalam internet, dalam bahasa sangat-sangat payah dijumpai. Mostly, mesti bahan dalam English. Satu hal la pulak kita nak kena translate dan olah semula dalam bahasa malaysia (or melayu...dah lost).
Nak buat skrip, bukan main copy paste je.....tapi mestilah faham dan explain balik melalui pemahaman kita. adoiii......nie sekarang aku kena buat skrip pasal Kemboja. Punyalah terhad dia punya informasi. pening aku. Dah la nak siar malam nie. arghhh......
OUT OF MY MIND bila menggunakan translation nya web pages, tonggang terbalik bahasa dia. Lagi aku pening....nak gelak pun ada.
Aug 18, 2009
HASIL MENUAI
Aku baru je balik bertugas seminggu di Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2009. Memandangkan pihak kementerian sudah membeli 'airtime' di radio untuk membuat liputan, jadi kami kena berkampung di Melaka.
Jadi media nie kadang-kadang 'murah rezeki' jugak. Ada je yang menghantar barang mintak dipromosikan. Ada yang bila dah memang kena interview pun, bawak jugak 'buah tangan'. Aku bermakna aku (aku tak tau orang lain), tak pernah mintak untuk merasa barang-barang mereka secara free....malu ooooo....sangat malu. Malu kalau di cop muka goodies bag...tapi kalau orang dah memberi, baiklah kita menerima...tak mau malukan diorang pulak....hehehhehe.
Hasilnya selama seminggu.....tadaaaaa:-
Ini hasil yang pasti kena bawak balik kg. Kalau tak serah kat kampung, maknanya expire je lah kat umah tu. Jadi tukun tiruan.
sapa nak produk-produk nie. sila tinggalkan alamat. Nanti aku post mana yang ada lebih dari satu. Bila lagikan nak rasa produk buatan malaysia...
Tengok...baja pun aku dapat. Tapi ini bukan pemberian. Tapi hadiah kuiz yang aku menang teka beras dalam tong. Aku ingat dapat beras. Sekali dapat baja daaa....
jenguk le blog lagi satu jugak -> me n cam
Aug 17, 2009
H1N1
Hari Sabtu hari tu, aku menguatkan hati pi Hospital Melaka. Bukan sebab hospital di KL ramai orang, tapi dah seminggu aku kat Melaka, jadi lebih senang aku ke sana. Sepanjang aku kerja, rasanya tak pernah sekali pun aku pergi hospital. Jadi, bedebar gak la masa nak kena pi tu. Yelah, sekarang nie keadaan tak bagus...takut oooo.
Sampai je kat hospital, aku pergi tanya bahagian pendaftaran. Diorang tanya apa masalah aku, aku cakap batuk-batuk dan mungkin asma. Tanpa cakap panjang, aku dengan kawan aku disuruh masuk ke bahagian kuarantin....Aku cakap..aku hanya batuk je. tapi...diorang cakap, aku MESTI jugak ke bahagian kuarantin tu. waaaa....apa cerita nie kan. Aku takde demam. Cuma batuk teruk je.
Di bahagian kurantin, tak ramai lagi orang. pagi lagi. Kena isi borang. Tunggu dengan orang-orang lain...aku jadi panik sikit. Yelah...aku di bahagian kuarantin. Tak tahu sapa yang ada H1N1 dan siapa yang takde kan....dibuatnya bejangkit sebab aku terpaksa di bahagian tu camna? Dah la orang depan, belakang, kiri kanan...dok batuk batuk pastu bersin lagi...ayarrkkk.....
lepas 30 minit lebih kurang tunggu bahagian tu, kami ramai-ramai di bawa ke bahagian rawatan sakit luar. Pak guard yang bawak. Jalan lah ramai-ramai. Kelakar rasa masa tu. Rasa macam nak kena sumbat di satu tempat yang tiada hala tujunya....hahhahaha...jauh benar imiginasi aku. Semua orang tengok time tuh....
Sampai di sana, cek tekanan darah...suhu..ngan apa tah lagi...aku pun tak sure. Lepas tu baru lah, di panggil jumpa dokter....
Lucky me. aku dapat dokter hensem dan muda dan sangaaat baik hati...hahhahahahha. Risau aku denyutan jantung laju dari biasa bila dia check penafasan....hehehheheh. Kawan aku cakap, lama jugak aku kat dalam tu. Aku tak perasan. Tapi memang aku ngan doc tu borak panjang. Siap lepas bukak mask, doc siap tanya lagi:
"awak ada adik dekat UM ke...?"
"takde..."
"hmm...muka awak serupa dengan somebody yang saya kenal dkt UM..."
"ramai jugak kata macam tu. Agaknya saya nie muka pasar malam kot.."--------------->hahahhahahahha.....
Ada lah dialog-dialog lain lagi....tapi pendekkan cita, dia suruh aku buat x-ray. Sebab katanya, asma aku dah takde. Nafas aku semput mungkin sebab penat kerja. Tapi sebagai langkah jaga-jaga, dia suruh aku buat x-tray, sebab takut ada jangkitan kuman dalam paru-paru. lepas tu jumpa dia balik....baik doc...jumpa kamu lagi 100 kali pun aku sanggup....;p
Kesudahannya aku tak kena apa-apa selain batuk sebab cuaca dan sejuk sangat dan jugak terlebih bekerja. Tak payah kuarantin di rumah...yea yea....tengkiue doc hensem. Lepas je balik dari hospital tu, aku balik hotel...tukar baju dan membersihkan diri balik...takut ooooo.
OUT OF MY MIND.....hahahhahahah. pasti lah.
p/s-doc, kalau kamu terserempak dengan blog saya ini, jangan lupa tinggalkan komen....hehehehe.
Aug 5, 2009
STOCK BUKU MINGGU INI
Buku yang baru di sewa di Central Market semalam. Stok untuk minggu nie.
Yang bestnya bila sewa beli buku nie, kita boleh simpan buku mana yang kita suka. Dah la dapat harga murah pulak tu. Condition pun bagus lagi.
Nie, beli last week kat MPH masa dia buat offer untuk members. Sekarang nie, aku gila nak baca buku Vampire.
Beriya-iya aku beli buku nie. Nama kedai dah tak ingat. Beli 2 tahun lepas. Harga RM25. Sebab aku cari buku nie - aku ada tengok movie, dah dia cakap, every person should have their own Love Story ;p. Masih lagi mencari Filem ini.
Old Skool tak? tak baca lagi pun, sebab dah tengok filemnya. Beli dan simpan sebab harga dia RM6 je.
aku kalau dapat buku....jangan lah kacau. dah OUT OF MY MIND
Aug 4, 2009
1 MALAYSIA YANG OVERDOSE
.....HMMMM.....
Konsep satu malaysia (1Malaysia) (konsep ke???) yang sekarang nie sibuk sangat di laung-laungkan dimana-mana, tak kira lah kat newspaper, tv tak pun radio..takpun cakap-cakap biasa, Bila dah overdose, jadi menyampah pulak. Seriesly. bosan. Contoh mcm petikan yg aku ambik kt bawah nie.
''Bertemakan konsep rakyat dan '1Malaysia' restoran ini akan menyediakan pelbagai juadah dalam suasana yang penuh keselesaan dan dengan harga yang berpatutan,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis makan tengah hari di Restoran Rakyat 1Malaysia di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - sumber Utusan online
Sampai nak bukak restoran pun, nak buat konsep satu malaysia. kenapa, sebelum nie, takde kedai yg kaum lain boleh makan sekali ke? Kedai tak halal excuse la bagi Islam...tapi food court, fast food, mamak....kedai-kedai nie tak mengamalkan satu malaysia ke? duh.....
OUT OF MY MIND.....
Aug 3, 2009
MEDIA
AND
DONT AFRAID TO QUESTION THE "EXPERTS"
OUT OF MY MIND - no its da truth
Aug 2, 2009
OUT OF MY F***KING MIND
Hot yang semaksima mungkin. Carut yang sebanyak mungkin yang mungkin kurang sesuai pada pendengaran orang ramai. Setelah sekian lama tidak mengamalkan carutan, semalam Sabtu yang celaka, aku berjaya menunjukkan skill carutan aku level yang paling tinggi....hahahhahahha
Kalau tak disebabkan aku memang dah janji dengan member aku nak pi piknik, jangan haraplah aku nak keluar rumah. Tapi apakan daya, janji mestilah ditunaikan. Apa lagi, perjalanan aku dari rumah ke umah pakcik aku (untuk ambik anak dia yang umur 4 tahun untuk join aku bersuka ria aku) yang patutnya 10 minit aje, jadi sejam....arggghhh. nasib baik minyak kereta ada suku...kalau mati tengah jalan, naya je....
Benci betul. Patutnya, nak buat apa-apa, buatlah di padang or kawasan lapang yang tidak melibatkan orang ramai. Aku tak kisah apa pun diorang perjuangkan. Asalkan tidak menyusahkan orang ramai. Lagipun, banyak lagi altelnatif lain lagi boleh dibuat. Gunakanlah teknologi yang ada nie. Nie tak....
Aku pecaya, orang kita sangaaaaat kreatif dalam bab menyuarakan hak dan pendapat didengari. Fuck media mainstream....kerana mereka tidak boleh buat apa-apa.
OUT OF MY MIND....!!!!